Tuesday, June 17, 2008

KENAPA DENGAN FOTOGRAFI?. KENAPA TIDAK KERJA LAIN





Hmmm persoalan itu ada kalanya timbul di benak fikiranku. kenapa pulak fotografi?. kenapa tidak mencangkul ker?. bawak lori ker. ternak ikan keli ker. dan lain lain yang sewaktu dengannya. Aku cuba mengkaji semua sejarah aku di bidang fotografi ini, kalau sebut fotografi sedap sikit bunyinya, kalau kameraman tuh macam tak sedap la he he...sebenarnya aku suka tangkap gambar semenjak dari kocik lagi, kalau ikutkan memang dari masa sekolah rendah lagi, pakai kamera kompak lepas tuh aku jual la sekeping singgit.. aku ingat lagi mak aku marah sebab aku tak pandai meniaga, dia kata aku buat bisnes gambor rugi jer.. he he ye la apa nak buat masa tuh aku budak lagik....tapi masa tuh tak tahu pekebenda dan zaman tuh aku tidak mengenal apa itu erti SLR, ker, shutter ker. diam tak diam aku mula meminati SLR bila satu keadaan yang tidak dijangkan aku telah membeli kamera seken hen dari kawan LKIM, tuan Haji Abdullah Awang, masa tuh dia kat PNK Sg. Besar, aku tengok dalam bonet dia ada kamera tuh dan aku bertanya nak jual ker, dia kata amek jer dulu, bayar nanti, fuh ok la tuh, lagipun aku memang terpikir nak pakai kamera besor ni, masa tuh kalau tak silap tahun 2003, kamera eos888, kamera yang hanya buleh ubah shutter jer, simple benor, dan nak koyak manualnya aku baca. tapi minat sedikit demi sedikit, ada duit aku beli flash murah kalau tak silap 40 hinggit kot, dan jiran aku dah merasa hasil fotografi aku dan alhamdulillah puas hati, banyak jugak gambar yang aku shoot, maklum la kamera SLR ni kalau orang nampak lebih kagum sikit, masa tuh pegang kamera pun eksen semacam he he.


Bila dah cukup yakin, aku mula usaha untuk buat pinjaman bank rakyat untuk beli kamera digital, lama gak aku survey sebab masa tuh ada pilihan samada nak beli Nikon D70 atau Canon EOS300D, aku sebelum ni pun pakai canon jadi aku terus beli 3ooD walaupun hati aku suka kat nikon, lagipun canon masa tuh murah sikit, murah tak murah la, masa tuh harganya RM4150.00 dengan kit lens 18-55mm jer, tapi masa tuh aku dah cukup berbangga dah, tapi yang tak bestnye rsebab body dia warna silver la.. macam tak pro pulak, sebulan lepas tuh keluar body hitam, eee geramnya. aku mengembangkan sayapku (bukan kembangkan buntut tau he he) lebih jauh dengan membuat promosi serta masukkan iklan aku selitkan ke surat khabar. dah register syarikat pun dah. bukan senang kan orang nak bagi duit kat kiter, banyak yang aku pelajari tentang kehidupan dan adat berniaga yang perlu bersabar menghadapi kerenah pelanggan. aku juga banyak mengikuti kursus dan kelas untuk memantapkan ilmu aku, ye la aku tanak la orang kata aku ni kameraman cikai jer (tau tak cikai tuh apa maknanya? aku pun tak tahu he he). paling tidak aku mesti buktikan awlaupun aku ni bukan kameraman kl, hanya kameraman kampong tapi aku mampu buat yang lebih baik dengan cara aku sendiri, aku tak perlu nak berbohong aku dari kl ker shah alam ker, aku bangga dengan tempat asal aku, dan aku berazam nak jadikan tanjong karang ni satu tempat yang aku buleh banggakan. memang dari pengalaman aku, kalau orang bertanya aku dari mana, dan aku jawab kameraman tg. karang, hmmmm mulala macam tak respek jer... kalau aku kata dari kl... hmmmm macam hormat semacam jer.. lantak la.. itu pendapat masing masing la....dah memang orang pandang tigggi kameraman bandar, tapi aku yakin kualiti gambar aku setanding dengan mereka semua cuma aku jauh di kampong. takper lah yang penting aku buleh bisnes.


Aku dah cuba bermacam-macam untuk berusaha mengubah hidup aku menjadi lebih baik. pada tahun 2002 kalau tak silap aku , aku dah pernah cuba ternak ikan keli dekat rumah mertua aku (ooo dah kawin rupenyer he he ingatkan muder lagi...) ada 3 kolam dan banyak gak ikan keli aku bela... tapi rumit sikit.. maklumla aku ni serba tak tau, dah 3 bulan ikan masih kecik lagi tak besor besor, salah makan ker, apa ker.....aku dah berusaha sebaik mungkin tapi nampaknya aku menuju kegagalan, aku sedih sangat masa tuh, macam rasa nak terjun jer kat kolam tuh. modal dah dekat 4 ribu dah habis, apakan daya kita berusaha tapi tuhan tentukan, masa tuh moral dan semangat aku benar benar lemah, sampai ada masa aku termenung kat tepi kolam masa malam malam memikirkan nasib malang yang menimpa aku, sedih sangat. tapi aku bukan jenis yang mudah berputus asa, aku tahu itu mungkin bukan bidang aku, aku teruskan kerja macam biasa. kuatkan semangat balik dan waktu tuh tak sapa yang boleh aku mengadu, pujuk hati sendiri jer, kolam tu aku biarkan terbengkalan seperti sebelumnya kerana aku kecewa, dan aku terima kegagalan ini dengan pahitnya, tapi aku redha dengan takdir tuhan, aku simpan azam yang satu masa nanti aku boleh berjaya, aku bukannya jenis orang yang sukakan skim cepat kaya la, jutawan internet la, saham segera la... semuanya itu merepek bagi aku, sebab tiada benda yang mudah kat dunia ini,tak semudah itu untuk carik duit, pada aku aku usaha banyak dapat la banyak, usaha sikit dapat la sikit, itulah kehidupan namanya, kalau hidup tak diselangi dengan dugaan dan cabaran, kita takan merasakan kehidupan yang sebenarnya. mungkin sesetengahnya dilahirkan kaya, biarlah itu rezeki dia, aku terima diri aku seadanya. yang penting aku berusaha untuk berubah dan berjaya yang lain biarkan tuhan menentukannya. Banyak program motivasi yang aku dengar, segalanya aku jadikan pedoman, aku tau buat masa sekarang aku masih belum berjaya lagi tetapi aku dah nampak bidang aku dan aku telah nampak sasaran aku, dan aku sekarang ni telah berusaha untuk menuju target tersebut, dan aku yakin tuhan akan makbulkan permintaan aku sekiranya aku berusaha bersungguh sungguh.


Aku tak mampu untuk menyangkul, aku tak mampu untuk bawak lori, aku tak mampu berniaga jadi kontraktor, aku hanya mampu untuk berniaga di bidang fotografi, mudah mudahan aku berjaya mencapai apa yang aku cita citakan. disamping azam aku untuk berkhidmat untuk komuniti aku di tanjong karang ini, agar aku dapat buktikan walaupun aku duduk di tanjong karang, aku mampu menyaingi kehebatan orang orang di bandar sana, dan aku nak bukan aku saja, malah semua kengkawan aku pun turun sama berjaya bersama sama aku mudah mudahan insyaallah. aku pegang amanat yang Ustaz Khir katakan dan YB. Sulaiman Razak katakan semasa kursus fotografi yang berlangsung minggu lepas, aku tak boleh mengusung senjata untuk melawan dan menyaingi bangsa atau kaum lain tapi aku mampu mengusung kamera untuk menangkap gambar terbaik dan menjadi jurugambar terbaik dan ahli perniagaan yang terbaik insyaallah. itulah azam aku, moga diberkati. cuma aku risau bangsa kita yang suka membuat fitnah dan benda benda yang menjatuhkan bangsa sendiri dan tak suka melihat bangsa melayu kita berjaya, aku berdoa moga tiada la hasad dengki yang melanda industri fotografi ini dan moga tiada la perkara buruk ini menimpa pada diri aku Amin.

1 comment:

  1. ermm..cter...mse kcik ek..ok..klakar r jgakk..pastu cter awk g kursus..ape awk angkat senjata..bkan angkat kmerA ker ..plik lah..umur bpe eh..awk kwin ni..k..ida..

    ReplyDelete