



Hari ini kita semua dikejutkan dengan hal minyak yang melambung naik didalam sejarah. Pak Lah dengan bangganya mengumumkan harga baru yang benar benar pedih untuk ditelan dan perit untuk dikunyah dan payau untuk dikulum. Tah la. Sapa yang tak marah bila dengar berita ini, aku berani potong kuku walaupun ornag tuh sokong UMNO atau Pak Lah pun mesti marah punya, tak kesah la kereta kecik atau besar mesti kompom terasa kenaikannya, maklum la banyak naiknya kalau sesen dua tak kesah lagi la. Aku balik dari kedai tadi pun nampak petronas penuh dengan orang nak isi minak, nasib baik aku dah isi penuh petang tadi. Satu lagi dalam kerja akupun tengah handle sabsidi disel untuk nelayan yang dimaklumm kan akan naik dari seringgit kepada 1.43 sen, tah la.... aku rasa nak tidur pun tak buleh, camana nak carik makan, takan nak shoot pengantin pun masih kira harga sekarang ni, paling tidak pun kena naik gak haga aku, tapi tah la, kena buat mesyuarat tergempar lak ni nak tentukan harga berapa. Maklum la semuanya pakai kenderaan dan pakai minyak, bukan pakai air mineral (pun naik harga gak). Tapi aku bersyukur jugak sebab paling tidak aku dah tukar kereta yang c.c. nya rendah (ooo dah tukar keta tp tak bgtau ek) ye la dulu 1.6 auto, sekarang ni 1.3 manual, sekarang ni kos minyak aku turun separuh, tapi bila dah naik harga minyak, sama lak jugak jadinya. Isk pening pening, nanti kena carik basikal racing la pulak he he he.
Sebagai seorang manusia, jangan la kita jadi hipokrit, kalau dah tak suka cakap jer tak suka, kalau suku katakan suka, tak payah nak jaga hati orang tertentu sampai hati kita takda sapa yang nak jaga. Kalau nak berkorba pun tengok keadaan la. ini tidak, kadangkala sanggup menggadaikan maruah semata mata untuk mendapat kuasa atau menjadi pemimpin, tapi pada aku, kalau masa nak jadi pemimpin pun dah guna taktik kotor, mesti kepimpinannya pun akan jadi kotor, renung renungkanlah yer. Aku berdoa semuga aku tidak macam itu, elok la aku ni hidup serba sederhana, cukup makan pakai dan tempat tinggal, tak la tergila gilakan kuasa untuk jadi pengerusi mana mana persatuan atau bos mana mana jabatan, pada aku.. kalau kita ni hebat orang akan carik kita, bukan kita yang menawarkan diri dan melobi sana sini meraih simpati mencari undi. Perkataan ini bukan kutujukan untuk orang tertentu tapi ianya memang berlaku dimana mana sekarang ni. Cuba saja pandang keliling kita, tan tanya juga diri kita siapa yang ada buat semuanya ini, kita tau tapi kita tidak mahu bersuara, mungkin kita takut sesuata akan berlaku pada diri kita kalau kita bersuara atau tak ambil kisah atau juga turut sama melakukannya. Tah la.
Aku rasa kalau aku memilih, aku lebih baik berdiam diri saja, sebab dalam keadaan tertentu elok la jangan mengeruhkan suasana, biar la apa nak jadi, tapi berpada pada la. kalau dah terlebih lebih pun tak sabar juga kita dibuatnya, macam gunung berapi jadinya, senyap senyap meletup jer terus kang. Tapi pada aku, jangan la sampai maruah aku dicabar, kesabaran aku digugat, jangan la macam itu, memang kesabaran itu sebahagian dari iman, tapi bila iman dah hilang, penumbuk jer naik ke muka kang. (Ehh... cool,, bertenang.. sabar.. takda la.. sajer jer nak tunjuk marah, kontrol hensem lagi nie). Aku syukur juga ada blog ni buleh aku meluahkan rasa, apa tidaknya takan tengah malam macam ni nak ajak kawan jumpa dekat kedai kopi sambil hentak meja. luahkan perasaan kat blog pun dah pada dah. Tapi aku bukannya jenis cepat naik darah, tak ada gunanya nak mengamuk, kena pakai akal la (amboi... masuk bakul angkat sendiri nie). pada aku apa tindakan kita kena pikir dulu buruk baiknya, sebab setiap tindakan pasti ada kesan disebaliknya. Prinsip aku salah satunya, Kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita, Kalau kita berbudi, insyaallah kita akan dibalas, kalau tak pada kita, akan dapat pada isteri kita, kaluarga kita atau sedara mara kita.Kalau kita buat jahat pulak pada orang, tuhan akan membalasnya dengan pelbagai cara, kalau bukan kena musibah pada kita, kena pada anak kita, kena pada isteri kita mungkin juga pada sanak sedara kita. Itulah dia kalau tak dapat balasan dunia, akhirat pasti menunggu, ye la bukannya aku tak paham kia manusia memang tak sempurna. Tapi kita mampu buat yang terbaik untuk diri kita kan. Apa yang penting, jangan lupa balasan tuhan, OK la esok aku sambung lagi, tak berani nak jalan jalan jauh sebab minyak mahal weh. Salam
No comments:
Post a Comment