Monday, June 16, 2008

BIARLAH BULAN BICARA SENDIRI !





Hari ini dah mula setat kerja kat opis, bos macam biasa la takder jer memanjang, ada urusan lain kot. (ye la tuh). Pagi pagi aku dah terus pegi panjat lori. Memang tugas panjat lori kuranglah glamernyer dari tugas seorang jurugambar. dan akalu ada rezeki memang aku nak sepenuh masa, tapi sekarang ni masa belum sesuai, dah la semalam aku kena marah dengan nelayan, pagi pagi nak bukak pintu rezeki dah kena sembur, tapi aku mana buleh tahan, sembur la dia balik, ingat aku ni buleh diam diri jer, nasib baik pakai telefon, kalau dekat nak bertumbuk pun buleh, dia marah sebab tak dapat ambik minyak subsidi, memang peraturannya tidak boleh sesiapapun mengambil minyak melainkan tuan punya diri. dia marah kat aku dan suruh aku paham dia kelaur dari kol 9 pagi hingga malam, betul ker.. buleh percaya ker?. tah la tepuk dada tanya iman, alahai orang parit 3 Huzaimi Harun dengan bongkaknya marah kat aku pasal tak dapat minyak, aku rasa dia jer yang marah marah, nelayan lain ok jer dan paham pasal situasi minyak kita. kalau ikutkan kemarahan, memang semua nak marah, aku pun dah naik angin dah masa tuh, silap jauh jer, kalau dekat mau bertumbuk, aku bagitau dia kalau dia cakap bebaik aku layan bebaik, kalau dia cakap kasar aku balas balik, mungkin dia ingat aku tak berani melawan, memang aku kerja persatuan nelayan tapi aku bukan kuli, aku berkhidmat dengan orang yang menghormati, aku bukan bekerja untuk jadi kuli kat persatuan nelayan ni. lama jugak diborakkan. tapi aku geram sangat, aku sabar tu sabar jugak. tapi kekadang orang melayu kita ni biasanya macam tong kosong, cakap jer lebih tapi kerja tak tahu. Aku bukan jenis macam itu, aku cakap mesti serupa bikin, kekadang sesetengah orang suka membuat kata kata fitnah pada orang lain semata mata untuk menaikkan diri dia. sukatilah kau nak buat apa, tuhan maha adil tak kena kat dia, kena kat keluarga dia, lagipun janghan lupa balasan akhirat.


sesetengah manusia dia ingat dia dah jadi ahli dia buleh marah sesuka hati kat aku, begitulah semua keadaan, kenapa tidak bawak berbincang, tak semua perkara tidak boleh diselesaikan,. itu sebab dalam agama sendiri pentingkan permuafakatan dan bukannya berpuak puak dan bermusuhan. pepatah juga mengatakan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kita dan boleh jadikan banyak contoh tentang sejarah masa silap tentang kejatuhan empayar sesebuah negara. itulah kita serinf lupa tentang sejarah. belajar pun malas, aku malas gak tapi aku lulus tau pereksa sejarah (masa SRP dulu la, masa SPM aku sabjek sain la) mungkin kita semuanya sudah malas untuk membaca, paling tidak kita ada internet untuk dilayari dan surat khabar untuk dibaca, takan nak pikir pasal politik dan bercerita mengalahkan menteri, tapi belajar bodoh dan cakap pun sebab orang lain yang cakap dan ditambah tokok fitnah bagi sedap sikit mendengarnya. apa taknya bercerita pasal menteri itu menteri ini seolah menteri tu juran tetangga dia pulak, pasal sepender dia pakai pun mereka tahu, pelik kan. siapa yang bocorkan rahsia menteri menteri ni kan? sedangkan mereka semuanya sudah bersumpah untuk merahsiakan hal negara dan berkhidmat untuk rakyat, aku bukan la kuat politik sangat tapi aku tau la yang mana baik yang mana buruk. kalau dah cerita keburukan orang lain dan berkata sesuatu yang tidak benar tu pun kira jahat dan berdosa la jugak kan. pikir sendiri, kalau kita baik atau parti kita baik, kenapa perlu kita cerita keaiban dan keburukan orang lain, dan aku pelik sebab ramai yang sibuk nak tahu hal negara sampai tak dapat nak carik makan dan nafkah, lepas tuh marahkan kerajaan sebab tak bantu, apa tidaknya kalau dah malas dan selalu mengharapkan bantuan dah jadi terbiasa la. kenapa kita tak pandang kearah yang berbeza, kenapa kita tak pikirkan tentang ekonomi dan pendapatan kita, memang aku pedih sebab harga minyak naik, tapi apakan daya aku tak berani nak membuat rusuhan sebab aku rasa itu tak berapa sesuai, biarlah sesiapa yang agresif tuh buat apa yang mereka hendak, tapi kalau bertanya hal minyak aku memang tak bersetuju ia naik. Tidak dinafikan satu dunia mengalami krisis, pada aku biarlah kerajaan yang tentukan, kita dah ada ramai pembangkang kat dalam kabinet tuh, buat la apa apa yang patut.


Sekarang ni kalau aku diberi peluang untuk memberikan pendapat, biarlah orang politik yang dilantik tuh menjalankan tugas dia, kita dah pilih siapa yang kita nak jadi YB, yang kita ni tak payah la nak borak borak dan bergaya ala YB di kedai kopi, balik jer rumah tengok anak bini atau bekerja carik nafkah. ini berborak sampai senja dan tuh sambung malam lagi semata mata bercerita tentang YB sana dan YB sini, lepas tuh takda duit nak makan marah pada kerajaan sebab tak bantu, dah la tuh, pikirla sikit untuk bangsa kita, macam aku katakan tadi pilihanraya dah habis, YB dah kita pilih biar mereka buat kerja mereka dan kita buat kerja kita, pikirkanlah usaha untuk carik duit, beri kesedaran untuk anak anak kita jangan sampai bumi kita ini jadi milik orang, berusahalah, kita tahu bangsa melayu susah sikit di bidang ekonomi tapi bukan bermakna kita tidak boelh berjaya, jangan la orang bukak kedai makan kita bukak kedai makan jugak, lepas tuh tak laku sebab main santau. tu la masalah orang kita ni, tak boleh maju sikit mula la nak jatuhkan. aku teringat masa kursus motivasi arituh, apa beza ketam melayu dengan ketam cina sebab ketam cina ni kena tutup dengan bekas dan ketam cina ni tak tutup pun tekper, sebabnya ketam cina ni buleh keluar senang senang sebab dia bersatu dan berbeza pulak ketam melayu ni kalau sorang naik dan sorang lagi tarik . sedih aku dengar tapi itulah kenyataannya sekarang,


macam aku la sekarang ni, bila aku dah pakai avanza, mula la ada spekulasi yang tak baik tentang diri aku, aku curik minyak la, kaotim dengan tokeh la, dan macam macam lagi, dia tak nampak ker aku berhempas pulas kerja part time jurugambar, sabtu ahad tak penah rehat, kerja hempas pulas. tapi diorang tak nampak semuanya ini, aku belipun bukan kereta mewah. itupun untuk nak buat berniaga buleh angat barang dan bawak orang, aku fikir kalau bwak barang pelamin ker atau bawak bebudak opis ker atau apa saja yang boleh digunakan secara bayaran atau secara ikhlas. tapi dah lumrah manusia, aku buat pekak ada la. bukan apa, kita kalau pikirkan semuanya hal orang mau pecah kepala kita dibuatnya, apapun sabar sebab orang tak nampak usaha kita dan selalu jer pikir buruk. gasak la itu antara diaorang dengan tuhan.


dalam keadaan sekarang, aku berusaha apa yang aku mampu dari segi ekonomi, keluarga, kerjaya dan lain lain, seterusnya biar tuhan yang tentukan. berusaha dan bertawakkal saja. mungkin ditakdirkan aku agak lewat mengetahui dunia fotografi tapi masih tidak terlalu lewat, aku masih boleh pergi jauh dengan apa yang aku ada sekarang mudah mudahan insyaallah. berkat usaha dan sokongan keluarga dan rakan rakan seperjuangan, mudah mudahan aku boleh berjaya. segenggam harapan aku letakkan seikat usaha aku hulurkan, mudah mudahan berjaya dan dapat berkongsi sesama anak bangsa. Salam

No comments:

Post a Comment