


Pada pagi hari ini aku telah bersedia untuk menghadapi kerja yang mungkin memeningkan kepala. Dapat pulak sms yang kawan aku mc dan sorang lagik cuti, hmm nampaknya aku keseorangan la untuk memikul beberapa benda yang perlu dipikirkan, nasib baik aku dah isi minyak penuh, tapi tak ada ertinya sebab ianya hanya bertahan sampai esok atau mungkin lusa sebab banyak jalan jauh beberapa hari ini. Kerja yang perlu ditangani ada dua iaitu bagaimana nak selesaikan masalah kenaikan minyak dari seringgit kepada seringgit empat puluh tiga sen untuk subsidi nelayan (ooo orang minyak rupanya he he) Jenuh nak maklumkan semua pengusaha jeti, tapi settle dah, satu hal lagi tu pasal pemantauan e pendaratan la pulak, kehulu kehilir aku arini, bayangkan la, ada satu jeti tuh sistem tak idup la, ada yang komputernya hang la. Tapi alhamdulillah berkat pengalaman sebagai pensyarah komputer (eleh.. cikgu jer la...) tau la jugak mengendalikan secara online. Nak buat camana, segalanya perlu disesesaikan, takan la aku nak lepas tangan pulak.
Satu yang aku perasan, bos aku dah macam lepas tangan dah kat aku dan kakitangan yang lain, adakah hanya aku berperassan sebegitu atau sebaliknya, entahla semenjak lepas mesyuarat agung hari tu bos dah macam jarang masuk opis dan banyak kerja kerja yang staff buat sendiri memandangkan kami semuanya dah boleh berdikari. Mungkin juga sebab kami semua dah boleh buat kerja kot dia biarkan agaknya. Tak pa lah apa yang penting aku buat kerja aku dan begitu juga staff yang lain, semuanya dah boleh berdikari. Cuma pada hari ini banyak aku buat keputusan sendiri, tapi tak la besor benor keputusannya, sikit sikit jer, samada nak minum kopi jantan atau kopi tongkat ali.. he he....jadi aku memilih teh tarik saja....macam lawak bodoh jer kan. Apapun aku cuba buat yang terbaik untuk pejabat aku, kekadang tuh aku takut jugak kalau bos atau orang opis dah tak sukakan aku dan halau aku keluar, takut juga, tapi aku dah bertahan cukup lama untuk menempuh pelbagai dugaan di opis tuh, dari kena fitnah sampai la kena santau, semuanya aku dah rasa, dan aku tahu tuhan maha adil, harini dia buat kita esok dia pulak yang kena, kalau tak kena pada dia, pada anak dia, pada cucu dia begitulah adanya.
Malam ni macam biasa aku edit gambor pengantin dan masukkan sikit sikit pada http://superzai.fotopages.com/ ikutkan dalam senarai tinggal lagi 3 pengantin lagi, nasib baik sabtu dan ahad ni takda shoot, boleh la aku konsenteret nak buat kerja, aku kalau pengantin nak cepat cepat aku takut tak elok editingnya, tu sebab aku mintak masa lebih kurang dua minggu untuk siapkan. Tapi aku tau aku ni kameraman kampong, gambar pun tak seberapa dan bayarannya pun biasa jer, tapi aku tak kesah apa orang kata, aku cuba buat yang terbaik. Dari segi gambar pun aku cuba perbaiki sentuhan dari semasa ke semasa, dan aku taknak la terikut ikut dengan stail orang bandar yang suka sangat main candid candid ni, aku buat candid gak tapi beberapa jer la. Setiap orang ada stail dia sendiri kan, dan mana buleh banding aku dengan kemeraman bandar, dah la bayaran mereka masyuk, datang pun lebih dari 2 kameraman, boleh la gambar cantik, dah tuh upah editing power power. Kalau aku orang bayar banyak banyak pun boleh buat gitu kan. Kalau rezeki tu tuhan nak bagi, dia bagi jugak, cuma sabar saja, bak kata orang tuh, kalau dah bukan rezeki kita, yang masuk mulut tu pun buleh termuntah tau kalau tuhan nak tunjukkan. OK la.. sambung lain kali. Salam
No comments:
Post a Comment