


Malam ini aku benar benar letih, matapun dah betul betul kelabu, tapi aku gagahkan diri aku unuk menulis blog pada malam ini, hampir 3 hari aku berkampong di sg. besar untuk shoot pengantin. segalanya ada di http://superzai.fotopages.com/ , sambil itu aku nak ucapkan terima kasih dulu pada abang janis kerana membantu aku semasa proses penangkapan gambar tersebut. dengan ucapakn moga cepat beli kamera SLR baru yer.. he he dan juga alazahar (http://ukirkasih.fotopages.com/) tapi topik malam ini lin dari cerita mula mula, tapi sama dengan tajuk berkenaan ibu an ayah, ingin aku berkongsi bersama pada sesiapa yang membaca blog aku ini. terima kasih bebanyak. Kenangan aku mengimbas berpluh puluh tahun yang lampau, semasa aku kecil, telah ditakdirkan aku ini anak ketiga dari tiga adik beradik. bongsu la tuh, mesti manja kan, dulu kecik kecik manja la sekarang ni dah besar manja dengan orang lain lak... (ehhhh manja dengan bini ker dengan sapa nie... jangan salah buat statement.. tak pasal pasal kang penulisan ini digam hehe) memang aku mengaku manja, dan aku patut berbangga dengan kenyataan itu, salahkan aku menyayangi ibu dan ayahku sebanyak mungkin, tak salah kan, kerana mereka yang membesarkan aku dan menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. salahkan aku menyayangi sepenuhnya insan yang termat mulia di sisi Allah yang banyak berkorban apa sahaja demi untuk membesarkan aku, kalau dengan kenyataan ini anda semua menggelakkan aku kerana aku kata aku manja dengan ibu dan ayah aku ternyata anda semua silap. Cuma masa kecik kecik bolehlah ditunjukkan dengan ciuman dan pelukan, bila dah besar ni segan la sikit, sekarang dan dewasa kena gunakan pendekatan yang lain.
Jika dikenangkan, memang tak terbalas jasa mereka, tapi apakah yang aku lakukan untuk membalas jasa ibu dan ayah aku, aku tau aku bukanlah anak yang baik tapi aku berusaha kearah itu, aku bersyukur mereka telah mendidik aku sebaik mungkin dan aku amat amt berbangga memilikumu. Sempena Hari Bapa dan Hari Ibu kuambil kesempatan untuk mengucapkan semoga dikau berdua dipanjangkan umur dan semoga keluarga kita semuanya kekal aman dan bahagia. memang tiada kata secantik bahasa untuk kuunngkap betapa kasih dan sayangnya aku pada ibu dan ayahku, cuma aku ingin kongsikan bersama semuanya, andainya ibu dan bapa kalian masih ada, ambillah masa untuk bersamanya selagi ia ada, peluklah mereka selagi ada kesempatan, ciumlah tangan mereka selagi ada ketikanya. Jenguk jenguklah dan bertanya khabarlah selagi ada klapangannya, hubungilah mereka walaupun berjauhan seupaya kalian semua. Fikiran aku terdorong untuk mengingati iklan petronas tahun lepas... burung aper.. burung murai..... bunyinya macam kelakar tapi dihayati dan diselangi dengan lagu ayah dan ibu nyanyian surirman, hati aku betul betul tersentuh, mungkin aku tak dapat tunjukkan melalui air mata atau bentuk zahir tapi aku benar benar terharu dengan iklan tersebut. itu sebab dikala hari raya, aku rasa cukup sebak bila dapat memeluk dan mencuim tangan ibu dan ayahku, sampai sekarang aku masih merasa betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayahku hinggakan aku tak tahu apa yang boleh aku berikan dan hadiahkan untuk menghargai jasa mereka.
Dan ada ketikanya kita tidak sependapat dengan ayah dan ibu kita, sebaiknya berbincanglah, dan kita pikirkan kenapa dia marah atau tidak setuju tentang beberapa perkara, cuba kita ambil masa sejenak untuk membayangkan satu masa nanti kita jadi ibu dan ayah, mungkinkah kita akan bertindak sedemikian?. itu sebab jangan kita terus tidak setuju dengan pendapat mereka, mungkin mereka ada sebab untuk memarahi dan tidak sependapat dengan kita ataupun kerana mereka terlalu menyayangi kita sampai segala perbuatan kita terbatas, jadi kita kena ingat jangan kita rasa terkongkong dengan tindakan mereka, sebenarnya mereka amat menyayangi kita. janganlah kita membuat tanggapan yang bukan bukan, sebaiknya berbincanglah dan jangan terus menghina dan mengherdik mereka sekiranya kita tidak setuju dengan mereka, bersabar dan berbincanglah. Macam yang dah aku katakan tadi, kita sayangilah mereka selagi mereka ada di hadapan mata kita, usahlah sekiranya sudah tiada baru nak meratapi dan menangisi kehilangan mereka, nanti sudah terlambat pulak. Budak zaman sekarang ni lagi aku pelik, kalau melawan aja dah mula pandai larik dari rumah, kena pukul sikit mula la melawan, kalau tak dimarah pulak jadinya budak jahat la pulak, tah la. berapa banyak kelas pendidikan moral pun masih belum mengubah apa apa, tak tahulan PLKN yang kerajaan buat diharapnya dapat mengubah sebanyak sedikit. Dan aku rasa pendidikan agamalah yang boleh mengubah segalanya. Agama kita yang suci sudah tentu amat lengkap dalam menangani apa saja masalah.
Disini inginku ambil kesempatan untuk menyatakan betapa sayangnya aku pada mereka mengatasi segala galanya walaupun amat payah bagiku untuk meluahkan atau menyatakan secara lahir. Dan aku akan berusaha membasal jasa mereka walaupun aku tahu pengorbanan mereka tidak terbalas.
Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai...
Ayah dan ibu lahMesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
NasihatSupaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
oo..dah kwin ye..sape eh..tjuk la gambar die..skli..hehe.baguslah awk syg kluarge wak..sye ucapkan smoge awk bahgia,disamping kluage awk..wlaupun sye yg xbhgia2 ni..haha..grau jer..tpi xthu la tul x..mlas la nk pkir..dah la..cter awk dh msuk lam cter sye plak..hehe..ida..
ReplyDelete