




hmmmm aku masih lagi terbatuk batuk dan tersedut sedut..... amatla payah untuk aku menyedut udara segar dari ladang. tak mengapalah, kerna setiap kesusahan yang tuhan berikan, pasti akan ada kesenangan yang akan tiba, kita kena yakin dan percaya akan kekuasaannya. Semenjak pameran harituh, tak baik baik lagi aku, dah dekat dua minggu dah, bermacam macam ubat batuk yang ku telan, ubat batuk cap ibu anak la, ibu ayam la. dan macam macam lagik, madu dengan asam limau pun dah, bberapa hari lepas aku gi berurut pulak, bagi longgar urat urat badan, mungkin juga orang kata aku ni tak rehat, ye la kot, tapi nak buat cemana, dah kerja aku, sapa nak bagi aku makan kalau aku tak kerja betul betul, sapa nak bagi aku kejayaan kalau aku tak berusaha mendapatkannya, rehat yang aku ada hanyalah masa tidur lepas semayang subuh itulah rehat yang aku ada, setakat ni kata yang nak lepak kat pantai dan bercengkerama sambil menikmati udara laut yang nyaman sepoi sepoi language hanyalah dalam ingatan ajer. huuuu takpa la.... kepala aku ni pening lak setiap kali sujud semayang. pelik gak masa beberapa hari lepas sakit dada bagai nak pecah sebab batuk tak renti renti, takpa la. semoga aku cepat sembuh dan terus berusaha untuk berjaya. Malam ni aku amik masa menulis sikit sikit, ikutkan editing gambor masih belum siap lagi, ada 3 atau 4 pengantin lagi lum siap, diorang dan call tapi aku kena bgtau baik baik la, dan kena mintak maaf, dah la kepala aku pening dan badan tak berapa sedap, kalau ikutkan hati mau jer marah marah, tapi kena la pikir dua tiga kali, tak semudah itu untuk kita ikutkan perasaan dan nafsu, kena pikir la panjang sikit, minggu lepas aku ada shoot jugak, walaupun hidung berair dan terkokok kokok aku kena la teruskan jugak, nasib baik ada geng boleh temankan, boleh juga datangnya semangat tuh nak shoot, minggu lepas aku shoot kat sini jer, tak jauh sangat, tapi semuanya alhamdulillah ok, berjalan lancar dan baik, sekarang ni pening nak editing jer lak, idea tak berapa nak muncul la he he he.
Harini alhamdulillah kedai aku ramai gak yang datang, dan sebelah malam aku dah ada staff baru, lelaki la beb, kalau pompuan bahaya la malam malam he he, sebab anak sedara aku tuh dah masuk tingkatan 6 kena la dia rehat sebab belajar, apa yang penting aku dah boleh tinggalkan opis aku untuk buat marketing atai urusan urusan rasmi, staff siang pun dah pandai cuci gambor dah, cuma kalau potograper tuh sebaiknya biarlah aku yang cucikan, takut nanti kalau tak cantik kang susah lak, apapun aku cuba buat yang terbaik untuk pelanggan aku, sememangnya cabaran dan dugaan itu memang banyak, hanya kesabaran dan ketabahan itulah yang membezakan samada kita boleh berjaya atau tidak, setiap orang dilahirkan mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama, ada otak ada kaki, tangan, cuma apakah yang dapat dinilai samada mereka berjaya atau tidak dalam hidup mereka, hanya tuhan yang maha mengetahui, kekadang tu ada kalanya didunia orang tuh berjaya dan hebat, tapi diakhirat tak siapa tahu, itu sebabnya kita mesti seimbangkan antara dunia dan akhirat, sebaiknya kalau dah kaya dan berjaya tu jangan la lupa orang yang miskin dan tak berkemampuan, sesekali sedekah dan bantulah diorang tuh, aku ni menasihati diri aku dan orang lain sama, tak salah kan kalau pegi bank tuh kalau ada yang mintak sumbangan atau suruh beli buku tuh, bagi la singgit dua kat diorang, kalau tanak beli pun hulurkan jer singgit ker sepoen ker, apa yang penting kita ikhlas dan tuhan nampak apa yang kita buat tuh, itulah sebaiknya kita mesti beringat, kalau masa kita sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, hidup sebelum mati, hmmm apa yer satu lagik.... hmmm lupa lak... takper la....
Hati aku pun beberapa waktu ni tak berapa tenteram, mungkin jugak sebab aku tak sehat dan jiwa kacau kot, cuma aku tak berapa selesa kebelakangan ni, tu la kena baca apa apa yang patut mintak kalau ada gangguan syaitan dan iblis supaya dibuangkan dan dijauhkan dari diri aku, aku cepat naik angin dan senang jer nak naik marah, nasib baik la kesabaran itu masih kupertahankan, da aku masih lagi boleh tersenyum, meskipun hingusku meleleh jatuh ke bumi ha ha ha ha. Kejap lagi aku nak sambung mengedit gambor lak, pengantrin dan marah marah ni, takper, aku cuba secepat mungkin, sebab kalau nak cantik kena la lambat kan, kalau nak cepat nanti tak cantik sapa lak yang susah, mudah mudahan tuhan perkuatkan hati aku dan sabar menempuh dugaannya. Aku dah berjanji pada diri aku, dan aku mesti tunakannya. Mudah mudahan.
No comments:
Post a Comment