Tuesday, July 28, 2009

rondo satu, rondo satu, masuk masuk he he....







Malam ini aku sebenarnya letih sangat, kol 10 malam tadi alik, sebelum alik orang umah pesan lak nak beli nasik goring la pulak, singgah la skejap beli kat kedai depan tuh, balik jer umah makan nasik jap, perut tak berisi lagi malam ni, lepas makan aku lepak jap tengok tv, ingatkannak tengok cerita CSI, hmm takda lak, yang ada setat kol 12 setengah, rasa malas lak nak tengok sebab jauh malam sangat, jadi aku amik keputusan untuk membukak leptop dan menulis apa apa yang patut, sebab rasanya dah lama dah tak bertulis blog aku nie, selang beberapa waktu banyak gak benda benda yang berlaku yang mungkin aku boleh kongsikan dengan sesiapa saja yang sudi membacanya, dan mungkin juga untuk aku ungkapkan sebagai sejarah hidup aku nanti, bila aku dah tua nanti, mintak mintak aku panjang umor la yer, bila dah tua nanti boleh la aku membacanya, hari ini rasa yang biasa biasa saja buat aku, mudah mudahan esok akan menjadi lebih baik dari hari ini dan begitulah di hari hari mendatang, macam macam yang aku rasa malam ni, tapi aku ada terdengar nasihat fadilah kamsah, sebelum tido kita kena memaafkan semua orang yang kita kenal, dan jangan kita simpan dendam pada mereka, hmmm tu yang ada kalanya tak semua manusia boleh buat, kalu boleh buat sudah tentu aman dunia ini,pada diri aku sendiri pun begitu, tapi bila dipikir piker balik tak salah kalau kita memaafkan orang lain, sebab biarlah hanya tuhan saja yang membalas perbuatan jahat mereka tuh, macam hukom karma kan, buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Kita sudah diberikan akal fikiran dan kitalah yang tentukan hidup kita, kita dah tahu yang mana baik dan yang mana jahat, terpulang la yang mana kita nak buat, kekadang tuh kita tak sangta manusia tergamak membuat benda yang jahat dan sanggup tak mengaku, sampai dah ada bukti baru nak mengaku, emtahla, hukuman dunia boleh dielak, hukuman tuhan tak boleh la kan, dunia lepas, akhirat jangan harap la nak lepas, pada aku, pada isi hati aku, kekadang tersimpan pelbagai perasaan, dan ada kalanya aku pikirkannya dan ada kalanya aku biarkannya dan pasrah dengan ketentuan tuhan, buat masa ini aku tak ada benda lain selain menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk berusaha menjalankan perniagaan sampai aku berjaya. Itu matlamat utama aku sekarang, dan terlalu banyak sangat yang aku perlu pikirkan untuk semua benda itu, dan sekarang ni aku memerluan sokongan dari semuanya termasuk keluarga an kawan kawan, dan dalam hal ini juga tidak dinafikan terlalu banyak benar dugaan dan rintangannya, samada dari dalam dan dari luar, rintangan dari dalam termasuk la masalah rumahtangga samada isteri buat perangai dan taknak menyokong dan memahami kerja kita dan dari luarnya pulak perihal kengkawan yang suka buat tak baik sebagai contoh mencantas atau tutupkan periuk nasik kawan lain, tapi semuanya itu aku anggap asam garam hidup, dan ianya sesungghnya akan memberikan kekuatan untuk diri aku, paling tidak ianya akan menjadikan aku lebih kuat dan semangat untuk lebih berjaya, kalau diceritakan banyak masalahnya, tapi segala masalah itu aku himpunkan untuk aku selesaikannya satu persatu, aku akan anggap masalah macam soalan matematik, jawab la soalan yang mudah mudah dulu dan selebihnya baru yang susah susah, jangan buntu untuk selesaikan, dan kita kena mintak tolong dari tuhan dan banyakkan bersabar, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, yakin dan bersabarlah, aku tahu dugaan yang aku lalui ini terlalu perit dan banyak, lalu aku bayangkan dugaan orang lain yang lebih lebih perit dari aku, aku pikirkan masalah perniagaan, aku patut bayangkan orang yang dah bengkrap dan takda duit tapi masih boleh tersenyum dan meneruskan hidup mereka, itulah dia, kena bayangkan orang yang lebih teruk dan gagal dari kita, baru boleh kita nampak yang kita ini masih bertuah dan boleh meneruskan lagi hidup dan jalan masih jauh, oleh itu jangan berhenti berjalan, ‘you may rest but you must no quit’, kejap betul hujung bulan, kalau dulu aku dapat gaji, sekarang pulak aku kena bayar gaji, huuu, cukup ke tak cukup duit dalam bank tuh?. Entahla, mudah mudahan cukup la, aku masih lagi batuk batuk, nampaknya kesihatan aku ni pun kejap stabil kejap tak stabil, apataknya kurang rehat, mungkin sabtu atau ahad depan aku kena gi jogging kat padang astaka untuk cergaskan badan aku, sapa nak ikut sila la kesana, he he, badan aku masih lagi sengal sengal, buat masa ni aku sedang dalam proses menyihatkan badan, mudah mudahan aku cepat baik, dan aku dapat buat kerja aku seperti biasa, ujung minggu ni ada shoot, dan mudah mudahan aku ada la kerja setiap hujung minggu. Dapat la jugak menampung kedai aku sikit sikit, kekadang tuh aku pening gak mencarik duit ni, kekadang jeles gak orang yang cepat kaya dan senang menang ni, hmm aku teringat iklan hai o, ‘bang inilah rumah kita’, he he aku nak tergelak, macam senang jer kan diorang dapat rumah tuh, percayalah, tak semudah itu untuk berjaya dan dapat rumah, itu rasanya kena jual beratus ratus penapis air tuh baru boleh jadi camtuh rasanya, alahai, aku ni tak pandai nak buat marketing camtuh. Aku tau tangkap gambor, aku tangkap gambor je la, biar seposen ke dua posen ker janji itu usaha aku, dan aku terima hasil aku semacam mana usaha aku, mudah mudahan usaha aku sekuat yang mungkin akan mendapat hasil yang membanggakan dimasa akan datang insyaAllah, moga moga dimakbulkan, di bidang fotografi pun terlalu banyak persaingan, terlalu banyak sangat dan terlalu ramai yang anggap dirinya jurugambar, mentang mentang dah beli SLR dan pandai edit sikit pakai potoshop dah mengaku jurugambar, podah !!!, ingat semudah itu ker, fotografi adalah seni, dan sudah semestinya ada perbezaan antara gambar kita dengan gambar yang budak kecik shoot pakai kamera henpon, itulah pandangan aku pada budak budak kameraman yang baru ni, kebanyakannya (bukan semua tau, ada juga yang okey) tunjuk lagak dan tak berapa respek pada yang jurugambar senior, terlalu banyak yang kita semua perlu pelajari, dan ilmu fotografi tak pernah ada penghujungnya, janganlah terlalu berbangga bila gambar kita cantik dan menjadi top 99 dalam fotopages, dan mendapat komen terbanyak kerana gambar yang meletup letup, ingatlah, segala puji hanya untuk Allah swt, kita tak layak menerima pujian, kalau ada pun memuji kita ucapkan la terima kasih dan hargailah mereka, dan bukannya boleh berbangga diri, sebaiknya biarlah semuanya hasil usaha kita, janganlah kita menggunakan jalan singkat semata mata untuk mendapat kejayaan, pada aku kita kena belajar dari bawah, dan bukannya nak jadi cepat pandai, tak mungkin kita boleh jadi begitu, belajar dan terus belajar, jangan syok sendiri bila gambar dah cantik dan jangan berduka lara bila gambar orang komen tak cantik, dunia ibarat roda, tak semestinya benda yang kita buat atau gambar yang kita edit tu disukai oleh pengantin atau mak andam, ada kalanya mereka tak suka dan tak berkenan, kena la terima teguran mereka dengan hati yang terbuka, kalau dah asik kena puji takan la kena komen pun taklehkan, itu je la pendapat aku, mudah mudahan ianya memberikan sedikit pedoman buat semuanya, hmmm mata aku dah pedih la pulak, besok pagi nak kerja, kena sambung lain kali la yer, ok la, salam ……

No comments:

Post a Comment