




Hmmmm malam ni aku amik masa sedikit untuk menulis apa apa yang patut, hari ini macam biasa, bisnes pun macam biasa alhamdulillah, suasaa kedai pun semuanya baik, harini aku lambat masuk kedai, dekat kol 12 baru aku sampai, apa nak buat, badan masih belum sihat lagi la, malam tadi pun rasa macam panas panas lagi badan ni, dh tuh aku telah eno bagi badan sejuk sikit, entah la aku pun tak tau apa nak jadi dengan badan aku ni yang lambat pulak nak baik, boleh jer aku nak cuti sehari dan takyah gi kerja, isk mana boleh dong, ada kerja yang perlu disesesaikan. diting gambor pun masih ada beberapa pengantin lagi yang setiap kali aku bangun pagi terbayangkan wajah mereka yang bertanyakan bilakah gamba mereka akan siap he he he. takper la. aku kena selow selow, kalau nak marah aku terima jer la, aku taknak bagi cepat cepat takut gambar nanti tak cantik, kang kalaua tak cantik nanti sapa susah, aku jugak yang susah. huuuu, Pagi tadi sampai lak surat merah bil telepon, huuu ada ada surat merah yang sampai, cuba la sampai surat kuning ker, surat kelabu ker, surat warna warni ker, surat ada bau minyak wangi ker, surat orang bagi duit ker he he, nampaknya esok lusa kena la aku buat bayaran la, kalau idak telepon aku nanti takda dalam perkhidmatan lak, takpa bersabar mudah mudahan ada la rezeki tuh, janji kita bersabar ok. Arini aku masih lagi batuk batuk sikit, kata orang tuh batuk batuk gatal la kot, batuknye yang gatal, orangnya takda tau he he, apa taknya beberapa malam lepas tak semna mena aku tersedak, nak kata minum air tuh tak, tersedak tak semena mena, dah tuh macam nak pecah dada aku ni, isk, tak tertahan rasanya sakit aku, apa taknya nak baring pun tak boleh, baring jer mula nak terbatuk, ikutkan kalau tak baik gak aku kena la gi wad kecemasan hospital, tapi aku sempat carik ubat batuk, lepas tuh aku carik air masak dan puh kiri puh kanan, lepas tuh minum, alhamdulillah aku boleh tidur, entahla apa nak jadi dengan aku, lama jugak tak baik, memang aku kalau batuk memang lambat baik, tapi kali ni memang lambat betul batuk aku, entah la, mungkin sebab aku tak rehat, kalau aku makan ubat dan rehat secukupnya mesti cepat baik, takpa la, memandangkan keadaan sekarang ni mana boleh aku rehat sangat, aku kena pastikan semuanya berjalan lancar, aku kena pastikan semuanya baik, aku kena pastikan perjalanan hidup aku ini menjadi sebaik mungkin, aku kena beusaha untuk mencorakkan yang terbaik dalam hidup aku.
Aku tak ada sesiapa yang boleh nak meminta mintak, aku bukannya anak kecil yang boleh meminta duit nak beli aiskerim pada seorang ayah, aku bukannya seorang anak kecik yang boleh merengek rengek meminta ibunya memberlikannya ayam KFC, aku seorang dewasa yang berusaha untuk mencari duit dengan cara berniaga, kalau dibayangkan sekarang ni pun, sapa yang nak bagi duit kalau kita mintak, kalau nak kena lempang buat la, dan aku bukan jenis yang meminta minta, aku akan berusaha semampu aku, buat masa ni aku memang pening nak uruskan perniagaan aku, dan aku tak boleh lari dari masalah, aku kna selesaikannya satu persatu, tuhan sudah memberikan kita akal fikiran untuk mencari jalan, jadi gunakanlah sebaiknya, Hmmm pejam celik dah setengah tahun dan, macam kejap jer dah nak 2010, macam baru jer raya, ini dah nak raja dan puasa lagik, hmmm cepat betul masa berlalu, ada orang kata kalau masa cepat berlalu ni katanya dunia nak kiamat. betul ker. alahai takutnya aku, mintak mintak tuhan lambatkan lagi hari kiamat, aku ni banyak dosa lagi ni, dan aku masih belum balas jasa ibu dan ayah aku ni, dan moga tuhan panjangkanlah umurku dan murahkanlah rezekiku ya tuhan.
Hari sabtu lepas aku ada shoot dekat kajang pengantin jaja dan suhaimi belah lelaki, semuanya ok, dan outdoornya pegi ke taman botani putrajaya, nasib baik gak abang kamarul ada join, ada gak semangat lebih untuk aku shoot, maklum la badan aku ni masih belum sihat secara total, mood pun kurang ada, tapi kalau dah shoot outoor insyaallah semangat tuh ada la jugak, lagipun pengantin pun sporting, best jer dengan diorang, dan aku seronok bila apa yang aku nak menjadi shoot dh ok, cuma editin jer sikit sikit lagik, bil pengantin suka, aku pun dua kali suka la. Lepas tuh hari ahad aku join ajey shoot kat bagan pasir, hm outdoor kat padang astaka, tg. karang, aku jadi tukang pegang lampu jer jadi la he he, takda hal, janji ada kerja nak buat, lagipun aku tak buat apa apa pun, kalau kat umah mesti tergolek jer, lagipun kita kena belajar teknik teknik baru dalam bidan fotografi kan, paling tidak teknik teknik baru boleh kita perolehi dengan mencuba benda benda yang baru, dalam dua minggu lagi aku dan berbincang untuk buat kursus potosop dengan geng potograper johor baharu, semuanya ada di dalam iklan www.snapdigital.biz kalau rajin jemput jemput la melawatny, dan kalau sesiapa berminat jemput la menyertainya, paling tidak ianya boleh meambah ilmu kita di bidang fotografi dan editing, moga moga kita semuanya akan bertambah ilmu dan pengetahuan dan menjadikan kita semuanya berjaya menjadi seorang jurugambar. Ok la, aku ada kerja lagi ni, nanti esok aku sambung balik, salam.....
No comments:
Post a Comment