Thursday, July 30, 2009

Tempe Tempe Mari Beli Tempe



kisah penjual tempe

Bacalah....moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.

Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini
buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang
perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan

Tuesday, July 28, 2009

rondo satu, rondo satu, masuk masuk he he....







Malam ini aku sebenarnya letih sangat, kol 10 malam tadi alik, sebelum alik orang umah pesan lak nak beli nasik goring la pulak, singgah la skejap beli kat kedai depan tuh, balik jer umah makan nasik jap, perut tak berisi lagi malam ni, lepas makan aku lepak jap tengok tv, ingatkannak tengok cerita CSI, hmm takda lak, yang ada setat kol 12 setengah, rasa malas lak nak tengok sebab jauh malam sangat, jadi aku amik keputusan untuk membukak leptop dan menulis apa apa yang patut, sebab rasanya dah lama dah tak bertulis blog aku nie, selang beberapa waktu banyak gak benda benda yang berlaku yang mungkin aku boleh kongsikan dengan sesiapa saja yang sudi membacanya, dan mungkin juga untuk aku ungkapkan sebagai sejarah hidup aku nanti, bila aku dah tua nanti, mintak mintak aku panjang umor la yer, bila dah tua nanti boleh la aku membacanya, hari ini rasa yang biasa biasa saja buat aku, mudah mudahan esok akan menjadi lebih baik dari hari ini dan begitulah di hari hari mendatang, macam macam yang aku rasa malam ni, tapi aku ada terdengar nasihat fadilah kamsah, sebelum tido kita kena memaafkan semua orang yang kita kenal, dan jangan kita simpan dendam pada mereka, hmmm tu yang ada kalanya tak semua manusia boleh buat, kalu boleh buat sudah tentu aman dunia ini,pada diri aku sendiri pun begitu, tapi bila dipikir piker balik tak salah kalau kita memaafkan orang lain, sebab biarlah hanya tuhan saja yang membalas perbuatan jahat mereka tuh, macam hukom karma kan, buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Kita sudah diberikan akal fikiran dan kitalah yang tentukan hidup kita, kita dah tahu yang mana baik dan yang mana jahat, terpulang la yang mana kita nak buat, kekadang tuh kita tak sangta manusia tergamak membuat benda yang jahat dan sanggup tak mengaku, sampai dah ada bukti baru nak mengaku, emtahla, hukuman dunia boleh dielak, hukuman tuhan tak boleh la kan, dunia lepas, akhirat jangan harap la nak lepas, pada aku, pada isi hati aku, kekadang tersimpan pelbagai perasaan, dan ada kalanya aku pikirkannya dan ada kalanya aku biarkannya dan pasrah dengan ketentuan tuhan, buat masa ini aku tak ada benda lain selain menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk berusaha menjalankan perniagaan sampai aku berjaya. Itu matlamat utama aku sekarang, dan terlalu banyak sangat yang aku perlu pikirkan untuk semua benda itu, dan sekarang ni aku memerluan sokongan dari semuanya termasuk keluarga an kawan kawan, dan dalam hal ini juga tidak dinafikan terlalu banyak benar dugaan dan rintangannya, samada dari dalam dan dari luar, rintangan dari dalam termasuk la masalah rumahtangga samada isteri buat perangai dan taknak menyokong dan memahami kerja kita dan dari luarnya pulak perihal kengkawan yang suka buat tak baik sebagai contoh mencantas atau tutupkan periuk nasik kawan lain, tapi semuanya itu aku anggap asam garam hidup, dan ianya sesungghnya akan memberikan kekuatan untuk diri aku, paling tidak ianya akan menjadikan aku lebih kuat dan semangat untuk lebih berjaya, kalau diceritakan banyak masalahnya, tapi segala masalah itu aku himpunkan untuk aku selesaikannya satu persatu, aku akan anggap masalah macam soalan matematik, jawab la soalan yang mudah mudah dulu dan selebihnya baru yang susah susah, jangan buntu untuk selesaikan, dan kita kena mintak tolong dari tuhan dan banyakkan bersabar, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, yakin dan bersabarlah, aku tahu dugaan yang aku lalui ini terlalu perit dan banyak, lalu aku bayangkan dugaan orang lain yang lebih lebih perit dari aku, aku pikirkan masalah perniagaan, aku patut bayangkan orang yang dah bengkrap dan takda duit tapi masih boleh tersenyum dan meneruskan hidup mereka, itulah dia, kena bayangkan orang yang lebih teruk dan gagal dari kita, baru boleh kita nampak yang kita ini masih bertuah dan boleh meneruskan lagi hidup dan jalan masih jauh, oleh itu jangan berhenti berjalan, ‘you may rest but you must no quit’, kejap betul hujung bulan, kalau dulu aku dapat gaji, sekarang pulak aku kena bayar gaji, huuu, cukup ke tak cukup duit dalam bank tuh?. Entahla, mudah mudahan cukup la, aku masih lagi batuk batuk, nampaknya kesihatan aku ni pun kejap stabil kejap tak stabil, apataknya kurang rehat, mungkin sabtu atau ahad depan aku kena gi jogging kat padang astaka untuk cergaskan badan aku, sapa nak ikut sila la kesana, he he, badan aku masih lagi sengal sengal, buat masa ni aku sedang dalam proses menyihatkan badan, mudah mudahan aku cepat baik, dan aku dapat buat kerja aku seperti biasa, ujung minggu ni ada shoot, dan mudah mudahan aku ada la kerja setiap hujung minggu. Dapat la jugak menampung kedai aku sikit sikit, kekadang tuh aku pening gak mencarik duit ni, kekadang jeles gak orang yang cepat kaya dan senang menang ni, hmm aku teringat iklan hai o, ‘bang inilah rumah kita’, he he aku nak tergelak, macam senang jer kan diorang dapat rumah tuh, percayalah, tak semudah itu untuk berjaya dan dapat rumah, itu rasanya kena jual beratus ratus penapis air tuh baru boleh jadi camtuh rasanya, alahai, aku ni tak pandai nak buat marketing camtuh. Aku tau tangkap gambor, aku tangkap gambor je la, biar seposen ke dua posen ker janji itu usaha aku, dan aku terima hasil aku semacam mana usaha aku, mudah mudahan usaha aku sekuat yang mungkin akan mendapat hasil yang membanggakan dimasa akan datang insyaAllah, moga moga dimakbulkan, di bidang fotografi pun terlalu banyak persaingan, terlalu banyak sangat dan terlalu ramai yang anggap dirinya jurugambar, mentang mentang dah beli SLR dan pandai edit sikit pakai potoshop dah mengaku jurugambar, podah !!!, ingat semudah itu ker, fotografi adalah seni, dan sudah semestinya ada perbezaan antara gambar kita dengan gambar yang budak kecik shoot pakai kamera henpon, itulah pandangan aku pada budak budak kameraman yang baru ni, kebanyakannya (bukan semua tau, ada juga yang okey) tunjuk lagak dan tak berapa respek pada yang jurugambar senior, terlalu banyak yang kita semua perlu pelajari, dan ilmu fotografi tak pernah ada penghujungnya, janganlah terlalu berbangga bila gambar kita cantik dan menjadi top 99 dalam fotopages, dan mendapat komen terbanyak kerana gambar yang meletup letup, ingatlah, segala puji hanya untuk Allah swt, kita tak layak menerima pujian, kalau ada pun memuji kita ucapkan la terima kasih dan hargailah mereka, dan bukannya boleh berbangga diri, sebaiknya biarlah semuanya hasil usaha kita, janganlah kita menggunakan jalan singkat semata mata untuk mendapat kejayaan, pada aku kita kena belajar dari bawah, dan bukannya nak jadi cepat pandai, tak mungkin kita boleh jadi begitu, belajar dan terus belajar, jangan syok sendiri bila gambar dah cantik dan jangan berduka lara bila gambar orang komen tak cantik, dunia ibarat roda, tak semestinya benda yang kita buat atau gambar yang kita edit tu disukai oleh pengantin atau mak andam, ada kalanya mereka tak suka dan tak berkenan, kena la terima teguran mereka dengan hati yang terbuka, kalau dah asik kena puji takan la kena komen pun taklehkan, itu je la pendapat aku, mudah mudahan ianya memberikan sedikit pedoman buat semuanya, hmmm mata aku dah pedih la pulak, besok pagi nak kerja, kena sambung lain kali la yer, ok la, salam ……

Tuesday, July 14, 2009

Anak kecil main api.... kena marah dengan mak dia....






Hmmmm malam ni aku amik masa sedikit untuk menulis apa apa yang patut, hari ini macam biasa, bisnes pun macam biasa alhamdulillah, suasaa kedai pun semuanya baik, harini aku lambat masuk kedai, dekat kol 12 baru aku sampai, apa nak buat, badan masih belum sihat lagi la, malam tadi pun rasa macam panas panas lagi badan ni, dh tuh aku telah eno bagi badan sejuk sikit, entah la aku pun tak tau apa nak jadi dengan badan aku ni yang lambat pulak nak baik, boleh jer aku nak cuti sehari dan takyah gi kerja, isk mana boleh dong, ada kerja yang perlu disesesaikan. diting gambor pun masih ada beberapa pengantin lagi yang setiap kali aku bangun pagi terbayangkan wajah mereka yang bertanyakan bilakah gamba mereka akan siap he he he. takper la. aku kena selow selow, kalau nak marah aku terima jer la, aku taknak bagi cepat cepat takut gambar nanti tak cantik, kang kalaua tak cantik nanti sapa susah, aku jugak yang susah. huuuu, Pagi tadi sampai lak surat merah bil telepon, huuu ada ada surat merah yang sampai, cuba la sampai surat kuning ker, surat kelabu ker, surat warna warni ker, surat ada bau minyak wangi ker, surat orang bagi duit ker he he, nampaknya esok lusa kena la aku buat bayaran la, kalau idak telepon aku nanti takda dalam perkhidmatan lak, takpa bersabar mudah mudahan ada la rezeki tuh, janji kita bersabar ok. Arini aku masih lagi batuk batuk sikit, kata orang tuh batuk batuk gatal la kot, batuknye yang gatal, orangnya takda tau he he, apa taknya beberapa malam lepas tak semna mena aku tersedak, nak kata minum air tuh tak, tersedak tak semena mena, dah tuh macam nak pecah dada aku ni, isk, tak tertahan rasanya sakit aku, apa taknya nak baring pun tak boleh, baring jer mula nak terbatuk, ikutkan kalau tak baik gak aku kena la gi wad kecemasan hospital, tapi aku sempat carik ubat batuk, lepas tuh aku carik air masak dan puh kiri puh kanan, lepas tuh minum, alhamdulillah aku boleh tidur, entahla apa nak jadi dengan aku, lama jugak tak baik, memang aku kalau batuk memang lambat baik, tapi kali ni memang lambat betul batuk aku, entah la, mungkin sebab aku tak rehat, kalau aku makan ubat dan rehat secukupnya mesti cepat baik, takpa la, memandangkan keadaan sekarang ni mana boleh aku rehat sangat, aku kena pastikan semuanya berjalan lancar, aku kena pastikan semuanya baik, aku kena pastikan perjalanan hidup aku ini menjadi sebaik mungkin, aku kena beusaha untuk mencorakkan yang terbaik dalam hidup aku.

Aku tak ada sesiapa yang boleh nak meminta mintak, aku bukannya anak kecil yang boleh meminta duit nak beli aiskerim pada seorang ayah, aku bukannya seorang anak kecik yang boleh merengek rengek meminta ibunya memberlikannya ayam KFC, aku seorang dewasa yang berusaha untuk mencari duit dengan cara berniaga, kalau dibayangkan sekarang ni pun, sapa yang nak bagi duit kalau kita mintak, kalau nak kena lempang buat la, dan aku bukan jenis yang meminta minta, aku akan berusaha semampu aku, buat masa ni aku memang pening nak uruskan perniagaan aku, dan aku tak boleh lari dari masalah, aku kna selesaikannya satu persatu, tuhan sudah memberikan kita akal fikiran untuk mencari jalan, jadi gunakanlah sebaiknya, Hmmm pejam celik dah setengah tahun dan, macam kejap jer dah nak 2010, macam baru jer raya, ini dah nak raja dan puasa lagik, hmmm cepat betul masa berlalu, ada orang kata kalau masa cepat berlalu ni katanya dunia nak kiamat. betul ker. alahai takutnya aku, mintak mintak tuhan lambatkan lagi hari kiamat, aku ni banyak dosa lagi ni, dan aku masih belum balas jasa ibu dan ayah aku ni, dan moga tuhan panjangkanlah umurku dan murahkanlah rezekiku ya tuhan.

Hari sabtu lepas aku ada shoot dekat kajang pengantin jaja dan suhaimi belah lelaki, semuanya ok, dan outdoornya pegi ke taman botani putrajaya, nasib baik gak abang kamarul ada join, ada gak semangat lebih untuk aku shoot, maklum la badan aku ni masih belum sihat secara total, mood pun kurang ada, tapi kalau dah shoot outoor insyaallah semangat tuh ada la jugak, lagipun pengantin pun sporting, best jer dengan diorang, dan aku seronok bila apa yang aku nak menjadi shoot dh ok, cuma editin jer sikit sikit lagik, bil pengantin suka, aku pun dua kali suka la. Lepas tuh hari ahad aku join ajey shoot kat bagan pasir, hm outdoor kat padang astaka, tg. karang, aku jadi tukang pegang lampu jer jadi la he he, takda hal, janji ada kerja nak buat, lagipun aku tak buat apa apa pun, kalau kat umah mesti tergolek jer, lagipun kita kena belajar teknik teknik baru dalam bidan fotografi kan, paling tidak teknik teknik baru boleh kita perolehi dengan mencuba benda benda yang baru, dalam dua minggu lagi aku dan berbincang untuk buat kursus potosop dengan geng potograper johor baharu, semuanya ada di dalam iklan www.snapdigital.biz kalau rajin jemput jemput la melawatny, dan kalau sesiapa berminat jemput la menyertainya, paling tidak ianya boleh meambah ilmu kita di bidang fotografi dan editing, moga moga kita semuanya akan bertambah ilmu dan pengetahuan dan menjadikan kita semuanya berjaya menjadi seorang jurugambar. Ok la, aku ada kerja lagi ni, nanti esok aku sambung balik, salam.....

Tuesday, July 7, 2009

Ya Tuhan moga dikau sembuhkan penyakitku..






hmmmm aku masih lagi terbatuk batuk dan tersedut sedut..... amatla payah untuk aku menyedut udara segar dari ladang. tak mengapalah, kerna setiap kesusahan yang tuhan berikan, pasti akan ada kesenangan yang akan tiba, kita kena yakin dan percaya akan kekuasaannya. Semenjak pameran harituh, tak baik baik lagi aku, dah dekat dua minggu dah, bermacam macam ubat batuk yang ku telan, ubat batuk cap ibu anak la, ibu ayam la. dan macam macam lagik, madu dengan asam limau pun dah, bberapa hari lepas aku gi berurut pulak, bagi longgar urat urat badan, mungkin juga orang kata aku ni tak rehat, ye la kot, tapi nak buat cemana, dah kerja aku, sapa nak bagi aku makan kalau aku tak kerja betul betul, sapa nak bagi aku kejayaan kalau aku tak berusaha mendapatkannya, rehat yang aku ada hanyalah masa tidur lepas semayang subuh itulah rehat yang aku ada, setakat ni kata yang nak lepak kat pantai dan bercengkerama sambil menikmati udara laut yang nyaman sepoi sepoi language hanyalah dalam ingatan ajer. huuuu takpa la.... kepala aku ni pening lak setiap kali sujud semayang. pelik gak masa beberapa hari lepas sakit dada bagai nak pecah sebab batuk tak renti renti, takpa la. semoga aku cepat sembuh dan terus berusaha untuk berjaya. Malam ni aku amik masa menulis sikit sikit, ikutkan editing gambor masih belum siap lagi, ada 3 atau 4 pengantin lagi lum siap, diorang dan call tapi aku kena bgtau baik baik la, dan kena mintak maaf, dah la kepala aku pening dan badan tak berapa sedap, kalau ikutkan hati mau jer marah marah, tapi kena la pikir dua tiga kali, tak semudah itu untuk kita ikutkan perasaan dan nafsu, kena pikir la panjang sikit, minggu lepas aku ada shoot jugak, walaupun hidung berair dan terkokok kokok aku kena la teruskan jugak, nasib baik ada geng boleh temankan, boleh juga datangnya semangat tuh nak shoot, minggu lepas aku shoot kat sini jer, tak jauh sangat, tapi semuanya alhamdulillah ok, berjalan lancar dan baik, sekarang ni pening nak editing jer lak, idea tak berapa nak muncul la he he he.

Harini alhamdulillah kedai aku ramai gak yang datang, dan sebelah malam aku dah ada staff baru, lelaki la beb, kalau pompuan bahaya la malam malam he he, sebab anak sedara aku tuh dah masuk tingkatan 6 kena la dia rehat sebab belajar, apa yang penting aku dah boleh tinggalkan opis aku untuk buat marketing atai urusan urusan rasmi, staff siang pun dah pandai cuci gambor dah, cuma kalau potograper tuh sebaiknya biarlah aku yang cucikan, takut nanti kalau tak cantik kang susah lak, apapun aku cuba buat yang terbaik untuk pelanggan aku, sememangnya cabaran dan dugaan itu memang banyak, hanya kesabaran dan ketabahan itulah yang membezakan samada kita boleh berjaya atau tidak, setiap orang dilahirkan mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama, ada otak ada kaki, tangan, cuma apakah yang dapat dinilai samada mereka berjaya atau tidak dalam hidup mereka, hanya tuhan yang maha mengetahui, kekadang tu ada kalanya didunia orang tuh berjaya dan hebat, tapi diakhirat tak siapa tahu, itu sebabnya kita mesti seimbangkan antara dunia dan akhirat, sebaiknya kalau dah kaya dan berjaya tu jangan la lupa orang yang miskin dan tak berkemampuan, sesekali sedekah dan bantulah diorang tuh, aku ni menasihati diri aku dan orang lain sama, tak salah kan kalau pegi bank tuh kalau ada yang mintak sumbangan atau suruh beli buku tuh, bagi la singgit dua kat diorang, kalau tanak beli pun hulurkan jer singgit ker sepoen ker, apa yang penting kita ikhlas dan tuhan nampak apa yang kita buat tuh, itulah sebaiknya kita mesti beringat, kalau masa kita sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, hidup sebelum mati, hmmm apa yer satu lagik.... hmmm lupa lak... takper la....

Hati aku pun beberapa waktu ni tak berapa tenteram, mungkin jugak sebab aku tak sehat dan jiwa kacau kot, cuma aku tak berapa selesa kebelakangan ni, tu la kena baca apa apa yang patut mintak kalau ada gangguan syaitan dan iblis supaya dibuangkan dan dijauhkan dari diri aku, aku cepat naik angin dan senang jer nak naik marah, nasib baik la kesabaran itu masih kupertahankan, da aku masih lagi boleh tersenyum, meskipun hingusku meleleh jatuh ke bumi ha ha ha ha. Kejap lagi aku nak sambung mengedit gambor lak, pengantrin dan marah marah ni, takper, aku cuba secepat mungkin, sebab kalau nak cantik kena la lambat kan, kalau nak cepat nanti tak cantik sapa lak yang susah, mudah mudahan tuhan perkuatkan hati aku dan sabar menempuh dugaannya. Aku dah berjanji pada diri aku, dan aku mesti tunakannya. Mudah mudahan.