Tuesday, December 8, 2009

sua sue kemuning... istimewa raja......



Hmmmm, buat sekian kalinya aku dah mencapai usia baligh aku... ha ha ha aku dah tua dah.... 8 haribulan adalah besdey aku. seperti biasa dah tua ni takda la macam masa bebudak dulu kena tiup lilin dan nyanyi lagu. Tapi macam teringin gak nak buat camtuh, cuma besdey tahun ni suram sikit sebab banyak sangat masalah yang melanda jiwa hati dan perasaan aku. takpa la apa yang penting betapa susahnya hidup ini kita tetap kena teruskan, bukannya boleh macam lagu atau video yang boleh di cepatkan, diberhentikan, diperlahankan atau dicepatkan. semuanya telah ditetapkan dan ditentukan oleh tuhan. kita hanya berusaha untuk yang terbaik sebab kita tidak tahu bagaimana agaknya di masa akan datang.

Pagi ni aku pergi hantar akak aku ke selayang untuk dia meneruskan perjalanan ke temerluh, atas desakan ayah aku yang risaukan anaknya, aku pun pergi la. sempat la akak aku belikan baju dan seluar buat hadiah besdey aku, terima kasih la bebanyak. dalam perjalanan aku tak banyak bercakap dengan wife aku, mungkin sebab badan aku yang tak berapa sihat dan batuk yang agak teruk gak. tapi dah ok sikit, bila mak ayah aku dengar je aku batuk punya la risau, apa nak buat dah memang adat ibubapa akan risau akan anaknya. aku sampai jer opis tayar keta macam buat hal lak, nasib baik tampal jer ok la tuh. Sampai kedai aku dapat kek besdey sedap mata memandang dan sudah tentunya sedap juga untuk dimamam, aku ucapkan terima kasih kerana memberikan kek buat aku, aku menghargai pemberian kawan kawan aku, aku tak dapat membalas apa apa hanya jutaan terima kasih ku ucapkan dan moga tuhan dapat membalas budi baik kawan kawan semua.

Aku ucapkan terima kasih kepada semuanya yang mengenali aku, aku tetap menghargai semua yang mengenali aku, ibubapaku, keluargaku, sahabahandaiku, dan sesiapa jua yang mengenali aku, apa yang aku harapkan semuanya gembira dan bahagia semuanya, pada aku apalah ertinya sebuah kehidupan bila diri kita tidak dihargai dan disayangi. Apalah ertinya sebuah kehidupan bila kita dibenci dan dimaki, dan dikutuk dari belakang. entahlah, aku cuba untuk menjadi yang terbaik tapi segalanya tuhan yang tentukan, kekadang kita rasa kita dan jaga hati orang lain dan mengorbankan hati kita sendiri, tapi adakah pengorbanan kita berbaloi dan ada balasannya?. entahlah. aku cuba berusaha untuk tidak mengganggu hidup orang lain dan juga tidak mahu menyusahkan orang lain, begitu juga aku tidak mahu menyusahkan ibubapa aku dan isteri aku. Tapi aku juga manusia biasa yang lemah dan tidak berdaya melawan ketentuan tuhan dan suratannya. tapi aku sedang berusaha untuk yang terbaik, terlalu banyak dugaan yang kulalui tetapi aku redha dan tetap yakin akan ada kegembiraan dan kebahagiaan di hadapan aku nanti.

Meningkatnya umur aku dan aku tahu meningkatnya juga dugaan hidup aku sebagai seorang manusia. Walaupun aku seolah olah tiada senjata untuk berperang sedangkan musuh banyak berada di hadapanku, tapi berbekalkan tulang empat kerat ini aku akan berusaha biarpun telah jatuh dan luka parah. Memang aku tak boleh bergantung kepada sesiapapun dan hanya diri sendirilah penentu segalaya samada aku jatuh atau bangun, aku ada juga terbaca buku Dr. Irfan Khairi, tapi tak sempat baca banyak, jeling sikit sikit jer, anti ada masa aku baca la betul betul. banyak tips yang amat berguna dan bagus betul muda muda lagi dah berjaya. mungkin itu dah rezeki dia. "dalam hidup ini kalau kita berdoa jangan hanya meminta untuk diringankan beban dan dugaan, mintalah juga untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk menempuh dugan itu".

Badan aku tak berapa sihat kebelakangan ini, pegi klinik tekanan darah aku naik sikit, mungkin aku stress atau banyak kolesterol, tak tau la. mungkin juga aku kurang bersenam dan mengamalkan diet yang sihat, aku jarang makan siang tapi balik kerja malam terus makan. rasanya kena ubah sikit tabiat aku ni, aku kena selalu bersenam dan keluarkan peluh sikit, kena jaga kesihatan sebab badan nak pakai lama kan, ni batuk aku ni pn dah rasa lain macam. huuu apa la nak jadi aku ni, apa taknya sibuk jer memanjang. nak rehat pun macam takda masa inikan ulak bersenam. takpa lah aku cuba la buat apa yang patut, dan bebrapa waktu ni aku asi naik darah jer, ada jer bendanya aku nak marah. tapi aku masih dapat kawal keadaan aku, mudah mudahan kesabaran aku tetap ada.

Setiap manusia pasti ada impian dan cita citanya dalam hidup, bagi yang berjaya mencapai apa yang dicita citakan, pasti akan merasa bangga dan berjaya,bagi yang tidak berjaya mereka seolah olah berada dialam lain yang penuh dengan tandatanya. samada akan meneruskan hidup akan menetapkan diri mereka sebagai gagal. kalau mereka menyerah kalah dan tidak meneruskan usaha mereka akan dianggap gagal. bagi yang terus berusaha pasti kejayaan akan datang dihadapan mereka. kalau aku bertanya pada saat ini, aku tak berani untuk menawab aku dikategori mana sebenarnya, tpi mungkin aku dalam proses untuk berusaha hingga berjaya, sebab kalau dikirakan masa kecik kecik dulu, aku nak jadi doktor, pilot, askar. itu masa sekolah rendah dulu ada tercatat masa nak tulis buku laporan. tapi itu dulu dulu, dan aku masih tak mengerti kenapa aku kena belajar bersungguh sungguh hingga berjaya, aku tak paham kenapa kena berusaha hingga ke menara gading. dulu aku tak paham, sekarang ni dah cukup jelas dan menyesal kenapa tak belajar bersungguh sungguh dan berjaya dalam apa yang dicita citakan, adakah kesedaran ini agak terlewat buatku atau masih ada masa lagi untuk aku mengubah nasib hidup aku ini.

Mungkin masih belum terlewat untuk segalanya, masih boleh berusaha lagi untuk berjaya dan aku tetap yakin, dan aku tetap memujuk hati aku ini supaya yakin. "tidak apa pengajaran yang terbaik selain dari kegagalan yang dilalui. mungkin benar kata kata itu." aku bersyukur sebab ibubapaku tetap mendoakan kesejahteraan aku dan kejayaan aku, sebagai balasan aku tatap mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan mereka walaupun setakat ini tak banyak wang ringgit yang mampu aku hulurkan buat mereka kerana aku sendiri kesempitan wang. Tapi aku cukup menghargai kedua mereka yang memahami situasi hidupku. Dan aku harap juga isteri aku memahami diriku, walaupun aku tak berapa pasti kebenarannya.

Aku berharap hari hari yang seterusnya selepas ini, aku akan menjadi lebih kuat untuk berusaha hingga matlamat yang aku cita citakan akan berjaya, aku akan cuba menjadi anak, suami, menantu, sahabat, kawan yang terbaik dalam hidup aku, aku akan berusaha mendalami ilmu agama untuk menjadikan kehidupan aku sejahtera di dunia dan akhirat, aku akan berusaha untuk yang terbaik dalam hidup aku.

Mudah mudahan juga perjalanan hidup aku akan lebih teratur, selesa, berkat, aman dan bahagia insyaallah, terima kasih juga kuucapkan pada sesiapa yang membaca coretan aku yang panjang lebar dan mungkin memboringkan untuk sesetengah orang. Apapun terima kasih banyak banyak, dengan ini marila kita sama sama menyanyikan lagu..... "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Suzaini Sulaiman, Allah selamatkan kamu.... tepuk tepuk..."

Wednesday, November 18, 2009

hujan yang rahmat, kesejukan yang berkat

petang ni sejuk betul rasanya, rasa macam nak demam pun ada jugak ni, takpa balik nanti aku telah panadol atau makan panadol solubel, memandangkan kesejukan didalam badan aku ni jadi aku pun pergi kat kedai depan sambil menikmati sup ekor, fuh sodapnya tapi aku pegi sorang sorang sebab takda kawan nak ku bawak teman. Hari ini aku tak keluar kemana, cuma petang tadi ada panggilan bgtau ada accident di sekinchan, aku gi kejap shoot apa yang patut tapi tidak melibatkan kematian. Awal pagi ni bank dah telepon, ada masalah akaun sikit katanya, takpa la aku dah settlekan masalah itu, walaupun ianya memeningkan tapi takpe la, aku kena siapkan gambar konvokesyen yang banyak lagi belum disiapkan. Entahlah hanya tuhan saja yang tahu betapa banyak benda yang harus aku fikirkan.

suratkhabar harini ada keluar berita aku, yang tak bestnya kejadian kebarakan semalam masuk metro pulak, dah la tagline bukan nama aku, gambar pun gambar aku, ceritanya pulak cerita aku yang diedit wanjai. boleh jadi macam tu pulak. entah la, nanti aku kena rujuk bos aku, ternyata kerjaya wartawan ni amat mencabar, ada kalanya menyeronokkan dan aka kalanya memeningkan kepala, walaupun aku masih baru di bidang ini tapi aku cabar diri aku sendiri utnuk melakukannya, walaupun tiada sekelumit pengetahuan dan pengalaman aku di bidang kewartawanan tapi aku usahakan juga dengan bejalar sedikit demi sedikit. aku yakin usaha akan memberikan kejayaan. tapi sekarang ni aku ada sedikit risau, kekadang yang telepon ni samada yang boleh bagi bisnes atau nak kutip hutang he he, tapi aku ni tak la sampai pinjam along, aku pinjam yang halal punya, tapi bila orang dah nak mintak hutang tu kepala pun jadi pening dibuatnya.

tapi aku anggap apa yang boleh aku buat, aku usahakan sebaiknya. Aku tau aku ni bukan orang kaya dan tak ada tanah berekar ekar, depan rumah mak mertua aku tu banyak la tanah tapi itu bukan aku punya, aku hanya tengok jer, memang keluarga mertua aku ni macam banyak duit, rumah besar besar, kereta besar dan bini pun besar gak he he. Cuma aku ni jer yang macam jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan keluarga bini aku tuh, dah la aku ni tak berapa kaya dan berjaya dalam perniagaan, cuma sekarang ni aku selalu pujuk diri aku, katakan supaya bersabar dan rezeki tu akan sampai nanti, aku mesti yakin dan bersabar. Siapa yang tak cemburu bila melihat orang yang berjaya dan senang dalam hidup, siapa yang tak cemburu bila melihat orang berumah besar, cuma aku tak cemburu kalau orang ada bini besar, he he.

Ayah dan mak aku alhamdulillah sihat, aku bersyukur melihat mereka berdua amat memberikan aku sokongan dan dorongan, merekalah yang terbaik dalam hidup aku, kalau aku dapat putarkan masa, pasti aku akan menjadi anak yang baik dan mendengar kata, pasti aku akan belajar bersungguh sungguh dan sampai ke menara gading, pasti aku akan mendapat jawatan terbaik dalam hidup dan dapat menyediakan rumah dan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan seluruh keluarga aku, pasti aku tidak akan membuatkan ibu dan ayahku menangis kerana kenakalan dan kedegilanku, dan pasti aku akan meluangkan masa sebaiknya bersama mereka.

Malam tadi aku bermimpi, mungkin sebab aku buat banyak berita sampai aku termimpi aku pergi program PM Najib Tun Razak untuk cover berita, lepas tu ada ka patut aku tertinggal kamera kat kereta, jenuh aku mintak tolong polis mintak kebenaran nak amik kamera kat dalam kereta, lepas tuh tak sempat nak shoot PM dah pergi entah kemana, dah tu aku punya la takut sebab tak dapat cover untuk berita dan takut pulak wanjai marah, lepas tuh aku terjaga jadi tak sempat la wanjai nak marah aku ha ha ha... itulah ceritanya.

Entahlah, aku harap hari yang aku lalui akan berubah menjadi lebih baik, moga tuhan memberikan aku kekuatan dan juga meringankan beban aku. Moga tuhan juga memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buatku juga. Aku berharap agar usaha aku akan mendapat kejayaan. Aku redha kalau ditakdirkan aku susah dan apa yang aku boleh buat moga kesusahan ini akan menjadi kesenangan di masa depan. Amin.

-end-

Monday, November 16, 2009

hari yang berikutnyaaaaaaa


aku terpaksa menulis pakai nokia 9300 aku, mungkin aku boleh mencuba samada aku boleh taip laju atau tidak, tapi takpelah, sebelum ni aku ada beli henpon cina e 71 , tapi tangan aku mcm kecik dan takleh berapa nak tekan, takpelah, hari ini suasana mendung, cuaca mendung hati ku pun mendung, tapi kuteruskan kehidupan dan kerja aku macam biasa, 

hari ini staff aku coti, masalah pertama datang dah pagi pagi, aku tkleh la nak kuar sebab opis takda sapa nak jaga, tak dapat la aku ke program kemas kat dewan harini, aku sempat beli surat khabar kat petronas macam biasa, syukur cerita aku masuk muka depan central arini, ada jugak penyedap hati aku sikit, bulan ini aku rasa banyak gak artikel aku hantar, mudah mudahan dapat la 20 artikel bulan ni dan boleh la aku carik duit lebih,

kedai hari ini beroperasi mcm biasa, ada yang cuci dan kad sihat bn pun dekat lebih seribu dah dihantar, mudah mudahan segalanya ok, kerja memang banyak tapi aku kena susun sedikit demi sedikit,

tapi ada kalanya otak aku ni macam jem jer, kadang kadang sedikit hiburan itu perlu dalam hidup, tadi lepas magrib aku temenung jap tengok tepi cermin, alangkah indahnya suasana senyap itu, alangkah hebatnya kesunyian yang menyelinap hati ini, bila aku merasakan kesunyian ini, begitu indah dan nyaman sekali, 

bila selalu bising dan telinga bunyi macam macam, bila masa sunyi betul rasa nyaman, indahnya dunia, tu sebab bila aku dah matikan enjin kereta aku selalu tunggu kejap bagi menghayati kesunyian, tu sebab ada kalanya bila tensen, lebih baik diam dan senyap tak payah cakap apa apa, lebih baik aku pikirkan apa nak buat untuk selesaikan masalah, dan kalau aku terlalu letih memikirkan macam macam, baik aku tidur kejap, paling tidak untuk merehatkan otak aku,

aku ucap terima kasih pada kawan yang sudi menolong aku hari ini, walaupun tak seberapa tapi ianya cukup untuk menunjukkan keikhlasannya, terima kasih banyak sahabat,

malam ni mungkin selesai masalah aku, esok pagi tak pasti lagi, mudah mudahan tuhan meringankan beban aku dan berikan aku kekuatan insyaallah, aku akan terus berdoa dan berusaha juga mengharap akan keajaiban tuhan, tak salah aku mengharapkan keajaiban tuhan sebab aku dah berusaha sebaik mungkin dan aku yakin tuhan pasti memberi aku peluang untuk berjaya,

aku akan tetap berusaha dan berdoa, dan aku tau ramai sahabat yang memberikan aku semangat dan dorongan, aku takkan lupakan jasa kawan kawanku yang memahami, biarlah kita sama sama berusaha untuk berjaya

Saturday, November 14, 2009

hari yang mendung


Alhamdulillah aku meneruskan hidup aku seperti biasa, pagi ni aku pergi rantau panjang untuk ambil berita operasi rela dan tengaharinya pula ke sekolah agama untuk program sekolah, setidak tidaknya aku tak perlu pikirkan macam macam yang sering menggangu kepala aku. ternyata kesibukan aku hari ini walaupun memenatkan tapi aku lebih rela penatkan badan dari penatkan otak aku.




semuanya seperti biasa, aku nak balik awal hari ni, nak luangkan masa bersama famili aku. hal hal lain aku letak sekejap ke tepi. aku pun tak berapa ada idea nak menulis tapi aku sengaja membiarkan tangan aku menari mari di papan kekunci sambil melayan perasaan. hari ini aku dah hantar 3 berita tapi macam biasa banyak ayat aku yang tak berapa boleh pakai, banyak yang salah dan banyak ayat yang tak cantik. nyata sekali banyak yang aku perlu pelajari untuk menjadi seorang wartawan. tapi tak mengapa, aku akan cuba berusaha walaupun aku tau otak aku ni macam dah ada karat sikit sikit, kalau ayat bunga atau ayat pasar mungkin aku tak menjadi masalah, ternyata ayat untuk buat berita memerlukan otak dan akal untuk disusun dan diatur menjadi menarik untuk dibaca dan dilihat.




semuanya aku jadikan pengajaran, walaupun aku tak berapa pandai menulis, tapi yang penting fakta tu betul dan tepat. aku masih baru didalam bidang ni dan aku pasti sesiapapun pasti banyak masalah pada permulaan, lagipun aku tak ada latarbelakang di bidang penulisan. apa yang penting aku akan cuba belajar lagi.








Thursday, November 12, 2009

Penyakit B1N1 verses H1N1

Mudah mudahan harini tuhan perkuatkan semangatku dan ringankan beban hidupku. Pagi pagi lagi bank dah telepon duit tak cukop, kejadian semalam masih lagi memeningkan kepala aku, buat julung julung kalinya bini aku melihat blog aku ni, sesuatu yang memeranjatkan dia sebab didalamnya banyak gambar pompuan, yang terbaru gambar budak petronas tuh, punya la mengamuk bagai nak rak, aku tak tau nak jawab apa, dan aku tak boleh memaksa dia untuk memahami diri aku ni. Dan aku tak pasti dimana silapnya, adakah aku yang silap atau dia. Aku serahkan semuanya pada takdir. Pada aku apa yang aku tulis di blog ini dan gambar yang disiarkan hanya sekadar cerita dan untuk dikongsi bersama sesiapa yang sudi. Bukan niat aku untuk menyusahkan sesiapa dan berniat tidak baik untuk sesiapapun. tapi bolehkah dia memahami keadaan ini atau perlukan aku korbankan segalanya untuk dia.

Aku tak pasti walaupun sudah lama menjalani kehidupan berumahtangga, banyak yang aku korbankan untuknya tapi aku tak pasti pengorbanan ini dilihat atau dihargai. Walaupun demikian aku tetap terima kalau aku dipersalahkan, kalau yang baik dan benar biarlah dia yang menerima anugerahnya. Dia seorang isteri yang baik dan aku saja yang tak pandai menjaga rumahtangga, aku selalu melukakan hatinya kerana perangai aku yang suka berkawan ramai, lagi lagi dengan perempuan. Sikap aku sebegini sememangnya tidak dia senangi, dia selalu terluka dengan perangai aku yang ambil berat tentang orang lain dan dia merasakan aku tidak mengambil berat tentang dirinya. Sebagai seorang suami dan lelaki aku cuba melakukan yang terbaik dalam hidup aku.

Terlalu banyak yang aku kena pikirkan untuk aku teruskan kehidupan aku sekarang ni, ada kalanya aku tak sanggup menerima dugaan yang sebegini kuat, masalah rumahtangga, masalah perniagaan, masalah kewangan dan lain lain lagi sering menyerang aku dari segenap ruang. kenapa la tak ada ruang untuk aku bernafas dengan selesa. Celik mata jer mula ada masalah, bila nak masuk tidur jer mulalah susah nak tidur memikirkan perkara macam macam. Sudah setahun aku berniaga, saat untuk aku rehat hanyalah aku bangun lewat, kalau rasa nak demam aku minum panadol soluble, besok pagi mudah mudahan ok la.

Semalam juga ayah aku sakit keracunan makanan dan muntah muntah, aku sedih mengenangkan keadaan aku dan ibu bapaku, alangkah baiknya kalau aku dapat bermanja manja denan ayah ibuku seolah zaman kanak kanak. Berbeza pula di zaman dewasa dan berumahtangga. Aku dah tidak dapat bermanja dan selalu menjenguk ibu ayahku. Aku tak ahu dimana silapnya, setiap kali aku melihat ibu dan ayahku sakit atau tak sihat, aku rasa mata aku ni berair jer, aku tak nafikan kasih sayang aku dengan kedua duanya teramat amat mendalam. Kasih yang tidak terbanding hinggakan malam tadi aku bermimpi memeluk ayahku dan tanpa disedari air mata mengalir.

Aku sentiasa berdoa agar kedua ibu bapaku bahagia dan gembira selalu, walaupun aku tak mampu memberikan kebahagiaan dan kebanggan buat mereka, aku masih berharap aku dapat membawa mereka ke mekah dengan duit hasil usaha aku sendiri. Walaupun sekarang aku menghadapi banyak masalah dari segenap sudut dan ruang, aku akan tetap bangun dari jatuh walaupun bertongkat atau merangkak. Aku tahu memang susah untuk hidup berniaga, macam macam cabaran yang harus ditempuhi, aku bersedia tetapi sebenarnya persediaan aku tak cukup kuat, walaupun kekuatan aku kurang tapi aku akan terus bertahan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Aku tetap teruskan kehidupan aku walaupun penuh dengan dugaan dan cabaran dengan harapan satu cahaya akan muncul dihadapan aku. Aku akan tetap bersabar dengan dugaan yang aku alami. Tapi tak tau la nanti kalau ada masuk berita harian aku orang bunuh diri depan kedai ker tak tau la, tapi mintak dijauhkan Aku ucapkan terima kasih banyak banyak pada sesiapa sahaja yang menolong aku samada bentuk sokongan moral dan material. Moga tuhan saja yang mampu membalas jasa anda semua, buat keluarga tetap aku tidak lupakan, buat isteriku yang disayangi, kuserahkan padamu samada boleh terima aku sebegini atau tidak. Buat wanjai bos shah alam, thanks for trusting me to become a stringer, and also thanks for being a friend. Aku pasti cerita dan ayat sebegini tak boleh masuk surat khabar......

-end-

Monday, October 19, 2009

Ayam golek tercekik minyak petronas

Hari ini segalanya berjalan macam biasa, cuma ada benda benda yang memeningkan sikit sikit tapi tidak perlu menelan panadol. Pagi ini aku potong rambut bari pendek sikit, tapi macam terpendek sangat la pulak, ala gasakla janji ada rambut. LEpas tuh bila nak pergi kerja ada repot pasal kes kemalangan menyebabkan kematian di parit 3 sg. burong, aku tak berpa pandai nak bagi berita pasal kemalangan, sampai jer mayat baru diangkat, sempat shoot apa apa yang patut jer, lepas tuh pegi balai polis tg. karang, amik sedikit laporan dan pegi bilik mayat kat hospital, tapi tak masuk dalam la sebab diorang tak bagi, nak amik maklumat pun susah sebenarnya, mungkin aku ni tak pandai nak ikhtiar, diorang suruh aku keluar sebab tak boleh amik maklumat katanya, kena la aku mintak laporan kat tuan rosli jusoh, aku respek kat tuan ni sebab walaupun dia tak kenal aku, bahasanya baik, bila nak buat berita bos shah alam marah sebab tak cukup maklumat, hmm maklumla aku ni tak berapa pandai, mungkin nanti lain kali aku tau nak buat apa. apapaun sabar jer la, dah la aku ni nak keluar pun susah sebab staff aku cuti, huuu geram betul la... aku tak boleh nak buat macam macam, nak amik berita lanjut pun tak boleh, kena duduk dalam opis jer, tapi alhamdulillah jugak sebab ramai datang opis aku arini, dan banyak jugak masyuk, syukur jugak la.




Tapi aku tensen la sebab pening nak uruskan macm macam, tapi nak buat cemana aku kena banyak bersabar la, kalu tidak mau jer cermin kedai ni aku pecahkan. tapi syukur masih ada cahaya keimanan dalam hati aku ni,.... cewah...menjelang malam segalanya baik, pagi tadi aku dah risau kalau ada bank call tak cukup duit, risau betul ni, esok tak tau la cemana, aku berserah saja pada tuhan yang menentukan, aku sebenarnya tak larat dah nak pikir macam macam, ada kalanya aku rasa macam aku didalam keadaan kapten kapal yang di tengah lautan yang ribut dan berombak besar, aku hanya pegang stereng kapal dan berusaha jangan kapal karam dan pertahankan segalanya. lebih kurang camtulah yang aku rasa, apa nak buat, aku kena terus bersabar dan berusaha dan berdoa, aku tau yang bulat takkan datang bergolek dan yang pili takkan datan melayang, segala usaha ini aku pertaruhkan walaupun aku tahu ada kalanya keputusan yang aku buat seakan silap. Tapi sudah terlewat untuk aku berundur dan berpatah balik. Aku kena teruskan kehidupan dan perjuangan ini.

Kursus yang aku hadiri minggu lepas banyak mengajar aku, walaupun tak banyak tetapi bila kita mendengar ceramah dan motivasi kawan kawan yang berjaya aku jadi naik semangat, ada juga buku motivasi yang aku beli untuk memberikan aku kekuatan, aku akan terus berusaha, diam tidak diam sudah setahun aku menjalani kehidupan sebagai peniaga atau usahawan,walaupun masih baru tapi aku akan cuba menjadi yang terbaik. aku akan buktikan aku akan berjaya dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan yang lain. Mudah mudahan tuhan permudahkan perjalanan hidupku..

Thursday, October 15, 2009

Selagi Belom Tutop Mata Kursus Kursus Kursus he he

Alhamdulillah selesai sudah kursus aku di depalma inn arini, sempat jugak lepas tamat kursus tuh aku shoot gambar pengantin nikah lak kat sawah sempadan. Apa nak buat, dah kerja kan. Malam ni penat lak rasanya, dah beberapa malam balik lewat, dah la kursus sampai petang, lepas tuh sambung kerja kat kedai. Tapi nak buat cemana dah kerja kita kena la teruskan, siapa lagi yang nak buat kerja ni kalau tak kita. Biasanya kalau kursus aku rajin tulis dan ingat apa yang aku alami sepanjang kursus, jadi aku cuba la ingat apa apa yang patut untuk diabadikan kenangan bersama kengkawan atau sesiapa yang sudi membacanya. Yang baik tu dijadikan la panduan, yang buruk tuh jangan buat apa apa.. diam jer... he he..



Hari isnin hari pertama kursus aku lambat sikit sebab kena pegi beli suratkhabar. Maklum la setiap pagi kena ikut perkembangan semasa, wartawan la katakan. Sampai jer macam ramai jer yang dah sampai, maka bermulalah ceramah yang disampaikan, hmm projekter asik buat hal jer, tak keluar gambo, aku cuba betulkan tapi memang macam rosak jer, tapi penceramah tu berceramah pakai mulut dia jer le sebab projekter tak berfungsi. Ceramahnya ok dan bagus, sambil dia bercerita tentang pengalaman dan kisah benar setidak tidaknya boleh menjadi iktibar dan panduan usahawan yang baru baru seperti kami. Pukul 10 setengan minum, lepas tuh sambung balik sampai makan tengahari dan sambung balik pukul 2 setengah petang. Walaupun semuanya bentuk ceramah tapi alhamdulillah aku tak mengantuk... apa taknya aku duduk kat depan sekali. Petang tu pulak kami semuanya dapat menimba pengalaman dari tokeh lembu tuan Shahrizal Shahri, seorang usahawan berjaya anak jati Tanjong Karang. Banyak pengamalan boleh diperolehi, dia mengatakan 6 bulan untuk mengalami keperitan hidup, tapi aku rasa kalau aku 2 tahun pun belum tentu selesa lagi, tapi aku kena usaha dan yakin, segalanya tuhan yang menentukan. Shahrizal menceritakan pengalamannya sebagai usahawan lembu yang berjaya, kami mendapat banyak pelajaran dari beliau. Masa mendengar cerita kejayaannya aku rasa macam nak nangis jer sebab aku pun nak berjaya jugak macam dia. Huuu amma appa... heppi deepavali.. he he iklan kejap. petang tuh macam biasa minum petang dah habis pukul 4 setengah.



Hari kedua pulak penceramah yang datang macam aku kenal, rupanya senior aku masa kat ITM dulu (sekarang UITM, kalau tak tau isk...) tahun 1991, dia tengok aku macam kenal, jadi aku pun perkenalkan la diri aku, tapi kenal gitu gitu jer la.... kami diajar tentang pemasaran dan strateginya, dibahagikan kepada 5 kumpulan, disuruh buat aktiviti 'Cola War', kena buat campuran air dan buat label sendiri, seronok juga tengok muka hakim yang sorang sorang minum air yang tah hapa hapa rasanya. Apapun semuanya ok dan banyak benda yang tak tahu jadi tahu, dan banyak benda yang dpelajari, tapi grup aku buat air buah epel campur soda, sedap jugak rasanya, cuma kelat kelat sikit, nama unik SKY APPLE, haaa gasak la.. cuma aku terkilan sikit rasa macam tak bersedia sangat untuk presentation, bukannya aku main main, tapi mungkin disebabkan semua ahli dalam kumpulan ada idea masing masing, kita kena kerjasama la, semangat berpasukan. Semuanya baik dan alhamdulillah segala yang tak betul diperbetulkan dan cuba diperbaiki untuk pedoman dimasa hadapan.







Hari Ketiga kami kena pecah kepala yang macam dah memang nak pecah, bab akaun ni memang lama sangat dah tak berapa kuat ingatan, tapi nasib baik boleh follow, dan semua peserta nampaknya bersungguh sungguh membuat akaun walaupun ada kalanya tak dapat jumlah yang dikehendaki. Nasib baik penceramah tu pandai bercerita dan sambil tuh berborak tentang kerja dan pengalamannya jadi tak la boring sangat kami semuanyanya ni. Profit & Loss dan Balance Sheet diajar cuma tak sempat nak belajar Cash Flow. Tapi kalau nak lanjut kena buat kursus lanjutan la. Walaupun terdapat berselerak kedutan dan kerut kerut pada dahi semua peserta walaupun pada asalnya licin putih melepak akibat tak paham, tapi mereka masih gagah untuk menulis dan mengira. Takpa la, belajar memang susah, kalau dah paham nanti senang la. Itu namanya kursus, kalau dah tau tak payah la gi kursus kan. Sampai pukul 5 lebih baru dapat habis kelas, itupun ada jugak yang kurang paham, tapi ok la.. dah dapat minum petang semuanya ceria balik, dahi pun dah tak berkerut lagi. he he

Hari keempat dan yang last topik yang mudah penyediaan rancangan perniagaan, benda senang tapi susah nak buat kalau malas... he he. punya la banyak benda yang kena buat.. lebih lebih lagi pasal akaun, aku tulis jer semuanya, otak dah pikir majlis penutup jer... nak balik he he, tapi kursus tetap kursus la... petang tu pulak majlis perasmian, aku pun menjalankan tugas sebagai kameraman untuk tangkap gambar penerima sijil... yang sedihnya gambar ku takda sapa nak tangkap.. ala biasa la kalau dah nama kameraman ni memang susah la mukanya nak masuk dalam gambar. tapi kalau dah dapat tangak gambar pun aku dah puas hati dah. Semuanya seronok dapat sijil dan dah habis kursus, kalau boleh ada masa depan boleh masuk lagi.



Apapun banyak yang dapat belajar dan banyak kontek yang dapat dan boleh buat bisnes dan bayar hutang mara.. he he kata aku kat pegawai mara tu la...apapun aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang dah menjayakan kursus ini dan dapat ramai kawan dan jaringan untuk berurusniaga dan bekerjasama. Terima kasih juga pada semuanya yang mengenali diri ini dan semoga kehidupan ini akan kita harungi bersama dan berjaya mencapai apa yang dicita citakan. Semoga ilmu yang diperolehi akan dimenafaatkan sebaiknya... aku pun dah penat ni... mata pun dah nak kelabu, kerja mengedit gambor pun melambak... time to get to work.... im not the best... but i will be one... ingat tuh..

-end-

Monday, October 12, 2009

The better you do, the better you get...




Hari ini aku berkursus di depalma in... kursus kawen.. isk... cakap biar terang.. kursus perniagaan dibawah mara, semuanya ok alhamdulillah, alaupun pagi tadi ada ribut kat rumah... tapi bila kat luar dah ok..... malas nak layan benda benda remeh ni semuanya... buat menyakitkan jiwa jer.. aku kursus sampai isnin, tapi nasib baik waktu pejabat jer.. sampai kol 5, lepas kursus aku terus cabut ke kedai... tapi malam ni aku rasa badan lain macam jer... seram seram sejuk.. mungkin kat bilik seminar tadi air cond kuat kot, dah tuh aku pakai baju nipis lak, harapnya lepas aku menelan panadol esok ok kot, tapi harapnya ribut kat rumah aku malam ni tak bergelora lagi la, kalau ada lagi aku kuar rumah tidur kat dalam kereta senang cerita. Perjalanan kursus semuanya baik, banyak jugak tips tips yang berguna untuk perniagaan aku, syukur sangat aku dapat ikut kursus ni, moga moga tuhan bukakan pintu rezeki buatku, aku akan terus bersabar dan berusaha, mudah mudahan.

Dalam hidup ini tak semuanya benda baik yang kita lakukan akan dibalas dengan benda yang baik ada juga sebaliknya, tapi kalau kita ikhlas melakukan kebaikan, kita tak perlu bimbang dengan balasan baik atau tidak baik, sebab kita tahu hanya tuhan saja yang layak untuk memberikan kita balasan akan apa yang kita lakukan. Pada diri aku, kalau aku ikhlas berbuat sesuatu, kalau dibalas dengan terima kasih... aku bersyukur, kalau dibalas dengan yang tidak baik, aku redha. Aku menghargai semua sahabat aku, dan aku harap sahabat aku juga menghargaiku.

Kadang kadang dalam hidup ini kita cuba memahami hidup orang lain, dan sebaiknya kita kena cuba ambil berat dan bersimpati dengan kawan kawan. Sebab kawan semasa senang amat mudah dicari, kawan dimasa susah amat sukar dicari, kalau boleh aku nak jadi kawan yang boleh aku cari masa susah dan senang, buat masa ni aku tau aku susah dan tak berapa senang, dan aku ingat insyaallah sesiapa yang menolong aku. ..... aku rasa macam nak demam lak...

-end-

Thursday, October 8, 2009

ayam golek tertelan padi kat sawah sempadan




hmmm....
malam ini macam tak tau aku nak tulis apa, cuma aku berharap semuanya akan menjadi lebih baik keesokan harinya. mudah mudahan rezeki aku akan bertambah, mudah mudahan perjalanan hidup aku akan dipermudahkan, mudah mudahan segalanya akan berjalan dengan tenang, aman dan damai.Hari ini semuanya agak terkawal walaupun ada sedikit sebanyak yang memeningkan kepala, aku tak boleh keluar kedai kerana staff aku cuti, nak cari benda buat berita pun tak boleh, apa nak buat dah itu masalahnya yang menimpa, kena la usaha apa apa yang patut untuk selesaikannya. Apapun aku bersyukur segalanya baik, malam ni sempat aku cuci mesin bersih bersih, esok terus jer boleh jalan, letih betul cuci mesin ni, ye la, macam kereta jua, kena sebulan sekali cuci minyak itam, sama la benda tuh.

Malam ni macam tak berapa mengantuk, apa taknya baru pukul sebelas lebih, nanti kalau dah menguap dua tiga kali baru la aku tido, aku pun tengah pikir apa nak buat besok pagi ni nak carik berita, mungkin kena pusing dua tiga tempat untuk pikirkan topik topik hangat untuk dibincangkan, harapnya target aku untk 20 cerita akan berhasil mudah mudahan, bukannya apa susah pulak rasanya nak susun masa, sebenarnya boleh, cuma baru baru ni jer masalah sikit, lagi lagi kalau sabtu dan ahad jadual aku penuh dengan amik gambar pengantin, apa nak buat itu dah jadi kewajipan aku, tapi aku rasa tak da masalah untuk susun jadual, mudah mudahan dipermudahkanlah hidup aku ni.

Aku tau buat masa ni pening sikit nak uruskan hidup aku, tapi takpa lama lama ok la tuh, cuma kena susun satu persatu, jangan bagi berserabut, kata oang tuh macam menjawab soalan matematik kan. buat yang senang dulu, yang susah tuh kemudiankan. kita kena cuba enjoy dalam hidup ini walaupun ada ketikanya susah. sebab kalau kita tidak ciptakan rasa enjoy tu, nanti kita juga yang susah, sebenarnya hidup ini memang rumit kalau kita tidak mengenali erti kehidupan. Kalau kita selalu tak puas hati dalam hidup macam mana kita nak seronok dalam hidup kita, kita kena cipta dan bina kehembiraan dalam hidup kita dan bukannya memikirkan segala kesusahan semuanya.

Pada aku, aku akan seronok melakukan sesuatu yang aku minat, kalau dan suka, cepat jer pandai aku ni, tapi kalau disuruh buat sesuatu yang aku tak suka.. hmmm jangan harap la aku nak buat betul betul... e he.. tapi ada juga caranya, aku kena cuba untuk mengenali dan menyukai apa yang aku ingin buat. insyaallah semuanya akan berjalan lancar, bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan, jadi kita kena la mengenali apa yang kita nak buat, baru kita akan buat bersungguh sungguh. dan jangan la pulak kita mudah mengalah atau kecewa bila gagal dalam apa yang kita buat, anggaplah itu semuanya cabaran. hidup ini tak semuanya indah, jadi kita nikmati kehidupan ini sebaik mungkin.

Pada aku, walaupun aku tak tahu apakah yang akan jadi pada aku keesokan hari, aku selalu berharap semuanya baik dan menggembirakan, segala doa dan harapan aku penuhkan didada sambil usaha dan tawakkal aku bawa bersama, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Kadang kadang sesetengah kita takut untuk gagal tetapi inginkan kejayaan segera dan tanpa bersusasah payah... where got man... he he itu bahasa broken tuh. aku tetap penuh percaya... kalau kita berusaha.. tak ada yang mustahil, kita pasti terfikirkan, macam mana yang dulunya tak logik boleh terjadi, contohnya macammana kapalterbang yang berat nak mampus tu boleh terbang, dan macam mana fail yang dihantar melalui bluetooth tu boleh sampai, dan pengunaan wireless.. masa 10 tahun dulu pun kita tidak pernah terfikir.

Kita harus ingat, tak ada yang mustahil untuk kita kalau kita berusaha, kita juga kena selalu berdoa dan mintak tolong padaNya, dan jangan lupa untuk mintak restu ibu dan ayah kita, kalau kita burusaha tapi tak mendapat restu mereka, lupakan sajalah. Aku sering menasihati kawan kawan yang inginkan nasihat, dan sebenarnya nasihat itu untuk diri aku juga, sama sama kita menuju kejayaan dan perkukuhkanlah bangsa kita yang lemah dan tidak bermaya ini. Kita mesti bangun untuk berjaya dan unggul di mata dunia. jangan kita dianggap bangsa lemah dan layu, kita ada kekuatan, kita ada senjata, kita ada idea, maka gunakanlah sebaiknya. jalankah peranan masing msing untuk berjaya, apa yang penting kta jalankan tugas kita dengan baik dan kalau boleh terbaik, buangkanlah sikap hasad dengki dan hati busuk itu, sampai bila bangsa kita akan terus mundur dengan sikap buruk itu. kita terlalu jauh kebelakang kalau dibandngkan dari segi ekonomi, maka ubahlah, jangan kita asyik bergaduh sesama sendir dan bangsa lain mengambil alih tampuk pemerintahan,

Pikir pikirkanlah bangsaku...

-end-

Monday, October 5, 2009

Sinar di pagi Raya vs. Sinar Harian yang buat berita





Alhamdulillah hari ini kita teruskan perjalanan hidup seperti biasa. Aku mengambil masa seberapa ketika untuk menulis beberapa patah ayat. Hari ini macam biasa kerja seharian, sabtu dan ahad jadual alhamdulillah penuh. Aku bersyukur semuanya kuasa tuhan, dialah juga yang memberikan dugaan dan dialah juga yang memberikan kebahagiaan. Hari ini aku rasa macam nak demam jer pagi pagi, apa taknya badan aku tak rehat langsung ni, hujung minggu patutnya rehat, tapi kerja tak rehat, sabtu ahad jer jadual kesana dan kemari, tapi aku tak ada masalah dengan itu semuanya, dah menjadi kerja dan rutin hidup aku, kalau aku letih aku tidur la kejap. lepas tuh sambng balik. dan satu lagi, kalau aku tidur tuh maknanya aku ada banyak masalah la. nak buat cemana, mungkin penat sangat nak pikir jadi aku bawak la tidur, mudah mudahan dapat la idea idea bernas masa tidur nanti.

Aku pernah di tanya kawan baik aku, kenapa dalam blog ini macam aku ada banyak sangat masalah dan dugaan, sedangkan bila berjumpa dengan orang lain, berbeza sangat dan aku masih boleh bergumbira dan senyum. Itulah aku pun pelik jugak kenapa jadi camtuh. memang la dalam hidup aku, aku tumpang gembira kalau kawan aku gembira, aku turut macam sedih kalau kawan aku sedih, dan satu perkara lagi, takkan la kita nak cerita semua masalah dan isi hati kita pada kawan kan, sebab aku rasa tak semuanya sanggup mendengar luahan hati dan kedukaan kawan kawan, kawan masa gembira sudah tentu ramai, kawan di masa sudah tak ramai pun. Tapi aku cukup berterima kasih pada kawan yang ambil berat dan tanya masalah aku. aku cukup berterima kasih kerana bersimpati dan ambil berat kat aku. Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.

Insyaallah blog ini bukan untuk menunjukkan rasa kesedihan aku. ianya sekadar memberikan semangat untuk aku menjadi kuat dan mungkin juga boleh menjadi pedoman untuk orang lain bahawa tak semuanya orang di dunia ini bernasib malang, ada lagi yang lebih malang dan tidak bernasib baik dari kita. Setiap orang ada caranya untuk meluahkan perasaan dan menenangkan jiwa dan sanubari. Samada memandang ke langit, memandang air laut yang membasahi pantai, ataupun memandang sawah padi yang luas terbentang. apa yang penting kita mempunyai satu kegiatan yang boleh menenangkan jiwa. Kita juga digalakkan berzikir dan memberbanyakkan membaca ayat quran untuk menenangkan jiwa kita, dan aku juga menasihati diri aku dan semuanya agak ada kalanya kita berzikir dan mengingati tuhan. mudah mudahan kita mendapat petunjuk dari tuhan mudah mudahan.

Dalam kehidupan aku, aku cuba menggembirakan sesiapa saja yang mengenali aku, sebab aku ni pada asalnya pemalu, tapi aku cuba untuk tidak menjadi pemalu, sampai ada kalanya terlebih peramah, he he. lagipun ianya baik untuk promosi dan perniagaan aku, dan aku ikhlas bukannya hanya semata mata untuk perniagaan. Aku kalau berkawan biarlah sepanjang hayat. sebab berkawan biarlah seramai yang mungkin, jangan kita memusuhi orang sebab aku taknak orang memusuhi dan membenci aku. kalau orang benci kita dalam diam itu takper lah biar tuhan saja yang membalasnya. Dan apa yang paling penting, kita mesti ikhlas walaupun keikhlasan itu tidak dilihat pada mata sesama manusia, tuhan maha mengetahui. Kita wajib percaya pada hukum karma kan, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati diri aku dan pada kawan baik aku, sentiasa bersabar kalau ada menghadapi masalah atau musibah, kerana tuhan itu maha adil, dia akan menduga kita dan selepas itu barulah kita akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan. Kalau kita dilanda duka didalam hati, fikirkanlah orang yang lebih bernasib malang dari kita. Fikirkan juga benda benda yang manis dalam hidup kita, insyaallah kita akan bertenang. Hari ini aku pening memikirkan hal bisnes, pagi pagi bank dah telepon suruh masukkan duit, dah la badan aku rasa macam nak demam, seram sejuk masih lagi terasa...syukur alhamdulillah ada juga sumber kewangan yang aku perolehi, sebenarnya hari ini aku tensen, tapi aku pujuk hati dengan taknak memikirkan masalah itu sangat dengan membuat kerja kerja yang patut sambil berbual dengan kengkawan. Aku tak boleh melayan perasaan gundah gulana dalam hati ini, nanti berlebih lebih, aku kena ambil langkah positif untuk berfikiran terbuka dan merancang sesuatu yang baik. dan sambil tu kena la berdoa dan bertawakal semoga tuhan membuka pintu rezeki aku dan memberikan aku kesenangan di dunia dan akhirat. Syukur juga petang ni ada la jugak penuh kedai aku ni orang cuchi gambar, alhamdulillah.

Dan aku juga mengharapkan sokongan kawan kawan dalam kerjaya aku, sebab aku juga sering berdoa pada semua kawan kawan aku agar semuanya berjaya di bidang masing masing. Bila kawan kawan memberikan galakan dan sokongan sudah cukup untuk memberikan aku kekuatan untuk berjaya. Bukan senang nak senang kan... bukan susah nak susah..... Kudoakan semua sahabat dan kengkawan agar sehat sejahtera dan bahagia selamanya....

-end-

Friday, October 2, 2009

Hilang terang timbul gelap.. lepas tuh ujan ribut....lepas tuh.. three la...




Hari ini kehidupan aku diteruskan macam biasa.... lepas semayang subuh aku sambung tidur sebab macam tak cukup tidur saja rasanya. Lepas tu ada pulan insiden boring di rumah yang membuatkan aku lagi malas nak bangun kerja, jangka nak ke kuala selangor tapi tak jadi. Aku keluar dari rumah dekat tengahari sebab lepas jumaat ada shoot pengantin nikah di taliair 3, sempat la ke kedai kejap untuk bagi taklimat. Beli suratkhabar dulu tengok tengok kalau berita aku keluar. Lepas tuh aku terus ke taliair 7 dan semayang jumaat kat sana dulu. Arini aku malas sangat nak bercakap, banyak bercakap pun dalam hati jer. Jiwa aku tak berapa tenteram, pagi tadi pun bank tak telepon aku, maksudnya duit kat bank tu cukup la, esok lusa aku tak tau cemana, Hanya berserah pada yang maha kuasa. Aku banyak termenung berfikir arini, berserabut sangat masalah sampai tak tau apa yang nak dipikirkan. MAcam macam hal yang melanda jiwa aku, buat masa ni tak ada yang boleh menenagkan jiwa aku, segenap ruang hidup aku ni terlalu banyak yang berserabut dan memeningkan.

Memang la.. kalu jumpa kengkawan, suruh aku bersabar, memang tak dinafikan memang sampai saat ini aku masih bersabar dan bertenang, aku masih ada iman walaupun mungkin hanya selembut buih buih dilautan, tapi aku masih mengenal mana yang baik dan mana yang salah. Kalau boleh dalam hidup aku tanak menyusahkan sesiapa, tanak orang anggap aku ni mendatangkan masalah, dan aku amat malu untuk minta tolong dari kengkawan, kalau keluarga pun aku tengok jugak, tapi aku sebenarnya malu. Tapi tak salah kalau kita bertanya atau meminta kan, kalau tak bagi takpe lah. Sepatutnya waktu ini aku sudah boleh menyara hidup dan membalas jasa ibu bapa aku dan keluarga. Cuma ditakdirkan tuhan segala yang dirancang tak semestinya tuhan makbulkan, tak semestinya segala yang diusahakan akan membuahkan hasil, segalanya tuhan punya kerja dan Dia yang menentukan hidup kita, jadi kita hanya perlu bersabar, dan aku tetap yakin dan aku tau aku dah berusaha sebaik mungkin. Memang ramai yang tak berapa yakin dan memperlekehkan aku dan suka sangat kalau aku jatuh tergolek.

Tapi takpa lah apa orang nak kata dan buat, yang penting aku takkan berundur atau berpatah balik, aku dah berusaha bersungguh sungguh unuk berjaya dan mengubah nasib aku, aku yakin pasti akan ada kejayaannya, mungkin esok, lusa atau bila bila, tapi pasti ada, aku tahu dugaan tuhan itu maha hebat, sebab bila kita terima dugaan tu maknanya tuhan sayangkan kita, dia uji kita dan bila kita sabar itulah yang menjadikan kita lebih tabah dan kuat, cuma aku terpaksa menghadapinya dalam keadaan yang amat rumit, aku umpama diserang secara fizikal dan mental, hinggakan aku mahu melempang sesiapa saja yang boleh, hmm tapi itu takkan berlaku. Aku masih waras dan boleh berfikir panjang. Setidak tidaknya aku dah bertambah bidang baru, boleh juga aku melupakan masalah dan membuat kerja aku bersungguh sungguh. Setidak tidaknya aku berusaha mencari duit lebih.

Ada kalanya aku rasa hidup aku masa ini gelap hitam pekat dan tak nampak apa apa, tiada nampak hala tuju untuk aku meneruskan kehidupan aku, tapi aku juga terus teringatkan kata kata pujangga yang lebih kurang maksudnya " Ada kalanya tuhan mendatangkan hujan lebat dan ribut serta guruh setelah hari panas dan cerah, kita kecewa kerana dari hari cerah menjadi gelap, tapi kita harus ingat, selepas itu tuhan terbitkan pelangi yang cantik dan indah menerangi langit". kesimpulannya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, setiap satu dugaan pasti ada ganjarannya, cuma kita perlu yakin dan betul betul percaya. MEmang kita sukar mempercayai benda benda masa depan, tapi itulah sebabnya rukun iman yang keenam ada menyebut tentang percaya pada Qada dan Qadar tuhan.

Hanya blog ini tempat aku meluahkan perasaan, mungkin ada yang membacanya atau mungkin ada yang tidak, pada aku itu tak penting, kalau ada yang membacanya kalau ada yang baik boleh dijadikan panduan, kalau ada yang tak baik janganlah diikut, satu masa nanti bila aku dah senang pasti segala masalah dan keperitan ini aku jadikan sejarah dan ingatan seumur hidup aku. Bukan mudah untuk kita menjalani kehidupan kalau kita tidak benar benar tabah. Ada yang diduga setelah senang, ada juga sebaliknya, kalau aku eloklah susah dahulu dan biar nanti dah tua senang. Dan aku tak membandingkan diri aku dengan orang lain, sebab aku yakin tuhan maha adil, kalau yang kaya tu mungkin hartanya yang kaya tapi budi bahasanya tidak, sebab tuhan takkan memberikan kesempurnaan seratus peratus pada hambanya, mesti ada yang lebih dan ada ang kurang. Kita kena redha dan bersyukur dengan pemberian tuhan dan pasti tuhan akan memberikan lagi rezekinya pada kita.

Petang ni mendung jer, sama macam hati aku, buat masa sekarang aku suka sunyi, aku tak suka bising bising dan menyakitkan hati aku, aku inginkan ketenangan, moga moga tuhan berikan aku ketenangan jiwa. Memang fikiran aku tak sanggup untuk berfikir macam macam lagi, macam nak pecah kepala otak ni dah.... arghhhhhhh!!!!! jangan pulak ada sesiapa yang ternampak aku menjerit jerit depan kedai aku lak.... huuu !!!! Cuma ada kalanya aku terpaksa senyum kelat pada pelanggan kat kedai aku, walaupun jiwa ini hanya tuhan yang tahu. Pada raya tahun ni juga aku terkilan sangat sebab tak dapat luangkan banyak masa dengan keluarga aku sebab sibuk bekerja di kedai, Maafkan anakmu Mak dan Ayah, Maafkan juga adikmu ini wahai kakak kakakku, maafkan paksu wahai anak anak sedaraku, Aku mohon maaf kerana tidak dapat bersama semua kerana tepaksa berusaha untuk hidup, memang orang kata kena utamakan keluarga tapi aku kena carik duit juga, sapa nak bagi aku duit raya, aku bukannya bebudak lagi nak mintak duit raya dari orang, lagipun aku tak banyak balik rumah aku, asik rumah bini aku jer, ini aku tak tau nak kata macam mana,.

Ya tuhan, ampunilah dosa aku pada kedua ibu bapa aku, aku banyak berdosa kerana tidak menjadi anak yang baik, maafkan aku..... tapi dihati ini tetap menyanjungi dan menghormatimu, walaupun tidak dapat kuungkapkan. Air mata ini hanya mampu mengalir sekiranya aku mengenangmu. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu... moga dikau berdoa sihat sejahtera hendaknya. Amin Ya Rabbal alamin.

-end-

Tuesday, September 29, 2009

pantun bermakna....






kalau hendak pergi meramu
carilah kayu berbuah lebat
kalau mahu menuntut ilmu
carilah ilmu yang bermenafaat

banyak orang pandai berkitab
sedikit saja pandai bersyair
banyak orang pandai bercakap
sedikit saja pandai berfikir

apalah tanda batang tebu
batang tebu halus uratnya
apalah tanda orang berilmu
orang berilmu halus sifatnya.

Thursday, September 24, 2009

raya raya raya ?




Syukur Alhamdulillah tuhan telah memberikan aku masa lagi untuk aku meneruskan hidup aku ini, dapat juga aku menghidup udara di pagi Syawal. Sebenanya aku betul betul tak menyangka begitu cepat masa berlalu. Aku seolah olah masih terasa akan hari pertama puasa, seolah olah baru malam tadi aku bersahur. Entahlah, memang tidak dinafikan benar benar cepat, hinggakan Syawal pada tahun ini aku seolah olah tidak berapa merasakannya. Sepenuh masa aku dipenuhi di kedai, entah apa yang aku tunggu di kedai ni pun aku tak tahu, memang la kena menjaga kedai, kalau tak jaga sapa nak datang kedai aku, staff pun ada masalah, kerja pun macam tanak kerja, dah ada peluang tu kerja la betul betul, itulah bangsa kita, terlalu sombong di bumi sendiri dan tak mengenal untung, tak boleh susah sikit, nak kerja yang mudah tapi gaji nak mahal. Semuanya kuserahkan pada sesiapa yang boleh pikir pikirkan.

Raya pertama aku dah bukak kedai untuk sesi studio shoot, alhamdulillah ada la jugak yang datang. Sudah sebulan aku kering pening nak pusing duit, kuharapkan moga kedatangan syawal ini boleh sebanyak sedikit mengubah ekonomi aku ni, aku mahu mengubah nasib aku dan aku akan terus berusaha, aku ingin senang di masa hadapan dan aku yakin segala kesusahan ini hanya sementara, syukur juga aku dapat peluang untuk carik duit lebih dengan kerjaya baru aku. Paling tidak aku boleh berkhidmat pada masyarakat dan carik duit lebih dan juga boleh teruskan bidang fotografi, sebab ianya berkaitan. Dan aku rasa ianya boleh serasi dengan hidup aku, Buat masa ni dah dekat 8 artikel masuk dah, mudah mudahan akan bertambah dan bertambah lagi hendaknya.

Raya tahun ini ku sentiasa berdoa agar semuanya bahagia dan gembira serta ceria, aku sentiasa mendoakan ibu dan ayahku agar sentiasa sihat dan sejahtera. Aku juga mendoakan semuanya sihat sejahtera dan bahagia selamanya. Kata orang kalau kita mendoakan yang baik untuk orang lain, sudah tentu kita juga akan mendapat balasan yang baik juga. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitfi dan maaf zahir batin kepada semuanya yang mengenali diri aku, dan diharapkan raya tahun ini memberikan sepenuh erti dan kegembraan buat kita semuanya. Amin.

Wednesday, September 16, 2009

HARI RAYA?.......Nak raya aper?....


Hari ini penghujung ramadhan, syawal is just around the corner, staff aku dah cuti hari ini, staff petang pun cuti gak. Tinggal aku sorang jer menghadap jalan sambil membilang kereta kereta yang lalu lalang di jalan raya. Aku tak bukak lagu, tak pasang radio, sengaja aku biarkan sunyi kedai aku, bila mendengar lagu raya, aku sayu sikit, sebab pada tahun ini raya aku paling tak meriah, tak tahu kenapa, banyak sangat yang aku pikirkan. Sehinggakan aku rasa benci sangat, benci dengan keadaan ini. Aku menghadapi jalan buntu, pening yang tidak pasti ada kesudahannya, kenapa jadi begini, bila aku melihat kemeriahan syawal yang digembar gemburkan oleh semua orang, aku jadi amat tertekan dan sedih. Kenapa aku tidak merasa gembira dengan ketibaan syawal ini. Apa yang tak kena pada diri aku. Bila nak dekat dekat raya ni semuanya sibuk menguruskan persiapan dan berkemas kemas rumah. Aku tengok orang rumah mengemaskan apa apa yang patut, aku pulak tak buat apa, hanya mampu melihat dan sepanjang hari aku di kedai menunggu pelanggan yang datang atau tak berapa nak datang. Begitu juga sepanjang puasa ini, aku tak berapa sangat dapat meluangkan masa ke masjid, walaupun berpuasa tapi aku menyesal juga tak dapat gunakan bulan puasa ini sepenuhnya untuk beramal, hanya menghabiskan sepenuh masa di kedai aku.

Kedai ini dah jadi sebahagian dari hidup aku, jatuh bangunnya kedai ini bergantung kepada usaha dan kekuatan dari aku, aku tak boleh mengharapkan sesiapapun menjaganya, kalau aku sudah mula melangkah, aku mesti teruskan melangkah untuk sampai ke matlamat yang ingin aku tujui, tak boleh aku berhenti di tengah jalan, mungkin untuk berehat boleh, tapi aku tak boleh berhenti dan berputus asa. Aku jadikan pengalaman yang lalu sebagai kekuatan, aku jadikan kisah kisah dan pengalaman orang lain untuk dijadikan pedoman, aku jadikan kata nasihat dan pendorong itu sebagai bekalan, aku jadikan kesabaran dan ketabahan itu sebagai keperluan. Banyak yang aku pelajari sepanjang bulan puasa ini, bulan ini tak ada aktiviti shoot pengantin tetapi aku tetap sibuk mencari berita. Ada juga aku pergi melawat anak yatim atau warga emas, setidak tidaknya aku patut bersyukur kerana masih beruntung dan sedikit bertuah dari mereka.

Aku akan berusaha mengubah nasib aku, memang semuanya kena usaha sendiri, tak boleh mengharapkan orang lain, cuma aku berdoa agar tuhan meringankan beban yang aku tanggung ini. Aku rasa amat berat beban ydan dugaan yang aku alami sekarang, entah sampai bila ianya akan berkurangan. Aku tahu ramai yang lebih malang dan tidak bernasib baik selain aku. Aku cukup mengerti semuanya dam aku yakin dugaan ini akan digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan suatu masa nanti. Tapi aku hanya manusia biasa yang lemah dan tidak bermaya, ada kalanya kekuatan itu ada tapi ada kalanya sampai waktu lemahnya. Hingga aku rasa dalam jasad aku ini hanya tinggal pasrah dan sabad sahaja. Tapi setidaknya aku bersyukur, bersyukur kerana diberikan akal fikiran oleh tuhanku untuk berusaha berfikir dan mencari jalan penyelesaian, bila ada masalah aku masih boleh berfikir untuk sesuatu tindakan, alhamdulillah sudah sekian lama aku menghadapi masalah tapi tetap ada penyelesaiannya,

Apa yang masih ddalam fikiran aku, sampai bila ianya akan menjadi begini, sampai bila aku akan terus berfikir dan berasa risau serta takut untuk menghadapi hari esok, bilakah agaknya aku akan menghadapi hari mendatang dengan penuh yakin dan bersemangat. Mungkin tidak lama lagi agaknya dan aku pasti mengharapkannya. Banyak yang aku korbankan dan aku tak berapa pasti adakah pengorbanan aku ini akan berbaloi. Tapi sudah menjadi prinsip kejadian alam, kita tak boleh mendapatkan semuanya.

Kuucapkan selamat hari raya buat semuanya, moga raya ini akan menjadikan kita semuanya bahagia dan gembira dalam kehidupan. Cukuplah untuk hari ini, nanti aku sambung lagi.

End.

Sunday, September 13, 2009

Syawal akan menjelang tiba !!!!!!! Takbir... Takbir....







14 September 2009 2.39 pagi
Alhamdulillah, malam ini berlalu seperti biasa, aku masih diberi peluang untuk Allah swt meneruskan hidup aku, segalanya berjalan dengan baik seperti biasa. Segala masalah untuk sehingga malam ini nampaknya boleh dan telah diselesaikan. Untuk hari esok aku cuma berdoa dan berharap agar lebih baik dan dipermudahkan untuk aku menghadapinya.

Hari ini aku tak bukak kedai sebab Ahad, aku merancang nak pergi ke Klang nak beli frame gambar untuk pelanggan aku yang nak frame, tapi memandangkan dah beberapa hari aku tak berapa cukup tidur, aku lambat sikit bangun, nak recharge balik. Nampaknya beberapa hari lepas aku sibuk sikit walaupun dah malam, apa tidaknya, dah dua hari ikut program unisel dan umno bahagian tg. karang untuk program ala ala singgah sahur. Program yang bermula Khamis malam jumaat dan berlangsung selama dua hari itu melibatkan persinggahan ke rumah anak anak yatim di Parit 4,juga balai polis, balai bomba dan diakhiri dengan rumah warga emas di batu 10 tg. karang.

Pelajar pelajar unisel begitu teruja dan seronok menjalankan program itu, ramai juga kumpulan dari umno bahagian yang turut serta. Lebih lebih lagi sokongan penuh en. jasman anuar dan salbiah ketua puteri. Semasa lawatan ke Balai polis pelajar merasa la masuk dalam lokap, dan mendapat tunjuk ajar menggunakan pistol dan senapang, ada insiden yang memeranjatkan berlaku, tapi alhamdulillah semuanya selamat. Kalau di balai bomba pula semuanya merasa pakai baju bomba, cuma tk dapat berlatih padamkan api jer. Kalau nak tengok gambar sila la ke www.flickr.com/superzai .

Bila sampai di rumah warga tua di batu 10, semuanya berkumpul untuk bersahur bersama sama mereka, Turut hadir Ustaz Khir Ketua Pemuda dan rakan rakan yang lain. Banyak yang perlu kita renungkan bila berada dirumah warga emas itu, Ada juga ucapan ustaz khir yag menyentuh perasaan. Sayu melihat nenek nenek yang keseorangan dan tiada ahli keluarga di sini ketika bersahur, dan adakah mereka akan menyambut syawal nanti seorang diri tanpa keluarga juga?. Entahlah, aku juga rasanya ingin mengalirka air mata, tapi entah kenapa tak keluar, mungkin dah beku sebab sejuk sangat agaknya.

Aku takut untuk melihat wajah nenek nenek semuanya, Jelas terbayang wajah wajah yang aku sayangi, dan juga wajah aku nanti, bagaimanakah aku dimasa akan datang, adakah aku boleh dibela dan dijaga atau aku akan dicampak ke rumah warga emas seperti ini?. Itu yng sentiasa timbul di fikiran aku semasa berada di sana. Aku bersyukur sekurang kuragnya bila program ini memberikan kesedaran kepada aku untuk bersedia dab beringat ingat di masa depan.

Dan sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini banyak yang memberikan aku kesedaran tentang betapa beruntungnya aku hidup di dunia ini, walaupun tak berapa kaya dan senang masih dikira bertuah jika dibandingkan dengan yang kurang bernasib baik. Aku patut bersyukur kerana telah diberikan kehidupan yang selesa, mungkin aku ingin lebih lagi, tapi aku sudah patut bersyukur. Mata aku sudah terbuka dan boleh menilai tentang tuhan yang maha adil dan maha mengasihani. Kadang kadang hasrataku nak saja menolong orang yang tidak mampu dan miskin, tapi aku sendiri pun tak berupaya untuk menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin dan ekonomi aku mash belum kukuh. InsyaAllah kalau aku senang aku akan cuba membantu mereka yang memerlukan.

Sebelum program singgah sahur ini juga aku dapat mengikuti program puteri kuala selangor dengan kelab 4x4 redah yang menjalankan aktiviti konvoi menghantar sumbangan kepada yang tak mampu, aku yang pakai avanza ni pun rasa macam naik 4x4 pulak, seronok sangat rasanya, mungkin lain kali kalau aku ada duit nak jugak belik 4x4, memang dari dulu lagi impian aku nak beli 4x4 sebab kalau ada kereta sesiapa yang rosak bolehla aku tolong tarik, he he.

Smenjak aku jadi wartawan sambilan ni, aku dapat rasakan perbezaan dalam kehidupan aku, aku rasa semakin dekat pada masyarakat dan dapat menyelami masalah mereka, dan dapat juga menyalurkan masalah ini kepada mereka yang terbabit. Satu benda yang kelakar juga aku kena belajar menulis laju, aku menulis punya la laju sampai aku sendiripun tak paham. Takpelah janji aku belajar untuk menulis dengan lebih baik lagi. Sekurang kurangnya aku cuba mengubah nasib dan hidup aku untuk yang lebih baik.

Aku bersyukur kerana telah diberikan kerjaya tambahan yang baru dalam hidup aku, sekurang kurangnya kerjaya wartawan ini menjadi kerja sambilan aku. Aku tetap ada kedai untuk diuruskan dan jurugambar pengantin sepeti biasa, InsyaAllah aku akan cuba menguruskan masa sebaik mungkin. Buat masa ini aku akan cuba menambahkan pengetahuan dengan membaca dan mengetahui perkembangan negara dan masyarakat, Aku mesti banyak ambil tahu supaya tidak ketinggalan daripada orang lain.

Buat masa ini ekonomi aku amat membimbangkan, terlalu banyak yang harus aku pikirkan untuk meneruskan kehidupan aku.Boleh dikatakan setiap pagi aku sering risau untuk memikirkan macam macam tentang kewangan kedai aku yang tidak lagi stabil. Walaubagaimanapun aku tetap berusaha untuk mengubah nasib aku dan mencuba yang terbaik dalam hidup aku, aku taknak dan tak mungkin menyesal dengan apa yang aku dah buat sekarang, setidaknya aku mencuba mengubah nasib aku dan kuserahkan kepada tuhan untuk menentukan apa sahaja. Dankerjaya wartawan ini juga boleh membantu ekonomi aku dan aku cukup yakin dengan segala yang aku lakukan ini bukanlah kerja yang sia sia sahaja.

Mungkin ramai yang suka dan bertepuk tangan jika aku jatuh, kalau itu kehendak tuhan aku rela dan terima, tapi tak semudah itu untuk aku tidak bangun semula, sekiranya aku jatuh aku akan bangun lagi, mungkin aku bukannya seorang yang mempunyai sejarah kejayaan atau keluarga aku bukannya golongan elit dan bangasawan, tapi semuanya tidak memberikan tiket untuk aku gagal atau berjaya, dan semuanya tidak boleh menjadi ukuran. Apa yang penting aku mesti berusaha untuk yang terbaik dalam hidup aku,meskipun pada waktu ini belum menampakkan kejayaan, tapi aku yakin aku pasti berjaya.

Aku ingin berjaya dan pada masa yang sama berkhidmat pada masyarakat. Sikap aku ingin menolong orang lain dah bermula lama, semenjak aku masuk unit pertolongan cemas st. john ambulans masa dulu. Aku amat seronok dan gembira bila dapat menolong orang dalam kesusahan, kalau masa kemalangan aku akan cuba menolong apa yang mampu, inilah anugerah tuhan, dan inilah juga caranya untuk aku membalas apa yang tuhan telah berikan kepada aku, dengan membantu orang lain. Kalau bab duit tu mungkin aku tak berapa mampu, selain daripada itu insyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin.

Syawal sudah hampir mendapatkan kita, tapi seolah baru beberapa hari sahaja kita berpuasa, kad raya pun tak sempat dibeli, aku dapat rasakan aku tak berapa nak sambut syawal tahun ni kerana aku ada masalah kewangan, itulah sebabnya aku bukak kedai pada raya pertama untuk seesiapa yang nak bergambar studio, Kasihan juga aku melihat bini aku, dia tak beli baju rasa sebab aku tak bagi dia duit raya, entahlah, aku sendiri sedih bila mengnangkan semuanya. Tapi aku tetap yakin pada kekuasaannya. Selama ini bukannya aku duduk berdiam diri dan bergoyang kaki, cuma pintu rezeki untuk aku belum dibuka lagi itu saja. Aku cuma mengucapkan syukur pada ahli keluarga yang banyak membantu aku, terutamanya ibu dan ayahku, aku amat menyayangi mereka, jauh di sudut hati aku tak sanggup untuk aku menysahkan mereka, aku tak mahu membebankan mereka dengan masalah masalah aku.

Ada kalanya aku rasakan kehidupan aku berjalan kerana doa ibu bapaku sahaja,ada kalanya aku begitu lemah hingga yang tinggal dalam badan aku adalah doa dan harapan sahaja. Tapi aku teruskan juga hidupku ini, aku yakin cahaya pasti muncul dan pada sesiapa yang yakin dan percaya kepadaku tetap aku akan hargainya, pada sesiapa yang membantu aku insyaAllah tidak akan aku lupakan sama sekali. Dunia ini bulat dan sentiasa bergerak, yang diatas tak semestinya sentiasa diatas, yang yang tak semestinya kekal kaya dan bolehdikatakan semuanya tidak pernah kekal melainkan Allah swt.

Ada satu masa aku melihat seseorang yang sudah lama aku tidak bertemu denganna, aku terkejut kerana melihat tubuhnya yang agak cengkung dan tidak bermaya, mungkin kerana sakit. Berbanding dulu yang seolah olah pemimpin besar yang mempunyai kuasa memerintah, kata katanya akan diikuti oleh pengikutnya. Inilah hukum tuhan, hari ini kita kaya, janan lupa bersyukur, hari ini kita miskin jangan lupa memohon doa dan berusaha. Pada diri aku, eloklah ak bersusah dahulu dan bersenang kemudian, setidaknya aku dapat merasa susah dan insyaAllah aku takan lupa daratan.

Aku rasa cukuplah setakat ini coretan aku, aku akan menyambungnya di lain kali. Salam.
/end.

Thursday, September 3, 2009

Bubur lambuk vs. Kurma... apa nak makan dulu




Syukur hari ini aku masih bernafas untuk meneruskan kehidupan aku ini. Memang hampir setiap pagi aku pening dan risau kalau bank talipon takut duit tak cukup kat bank, aku juga tak putus putus memikirkan masalah kedai yang selalu bermain main dalam ingatan aku, tapi semua masalah aku itu aku harungi dengan kesabaran, walaupun ada kalanya aku tak sanggup menghadapi semuanya itu, diam tak diam sudah setahun aku meredah kepayahan hidup berniaga sendiri. Kalau dulu secara sepenuh masa tak la berapa pedih sebegini, sekarang ni kalau tak kerja takda la gaji, takda la duit nak bayar gaji staff dan tak ada la duit nak bayar sewa, bil api dan sebagainya.
Aku mengambil masa malam ini untuk menulis, hari ini jadual aku agak penuh, pagi tadi aku ke sekolah seri tiram untuk buat berita penyampaian alatulis untuk pelajar UPSR, Y.B. Dato Noh yang sampaikan. Aku datang sebab bos berita harian aku kat Shah Alam tu dah sms, lagipun aku takda kerja pagi ni, boleh jugak aku ambil masa belajar mengarang dan membuat berita, kalau tidak macam mana nak belajar. Makin hari makin seronok pulak aku jadi wartawan sambilan ni, walaupun ayat tak berapa bagus, aku ucapkan terima kasih gak pada bos shah alam tuh sebab banyak tolong dan sabar kerenah penulisan aku yang tak berapa manis. Maklum la dah lama sangat aku meninggalkan bidang penulisan ni.

Antara yang Y.B. Noh katakan adalah tentang usaha kita, mak bapak dah buat macam macam seperti kursus motivasi dan bacaan yassin serta tahlil, sekarang ni terpulang pada anak anak untuk menentukan masa depan sendiri, tak siapa boleh bantu melainkan ilmu yang dah disimpan dalam fikiran untuk dijawab masa periksa nanti, Anak anak kena belajar bersungguh sungguh sampai dapat 5A dan boleh pergi ke asrama penuh. Jika dibandingkan yang di Bandar dengan yang dikampong, sama saja badan dan otaknya tapi kenapa yang dibandar ramai mendapat 5A, itulah yang kena difikirkan. Tambah Noh lagi kita mestilah mengikuti Panduan Rukunegara Malaysia, jangan hanya tahu membacanya sahaja tapi tidak diamalkan, jika kita patuh dan hayatinya pasti kita akan hidup aman damai dan harmoni di Negara kita ini.

Banyak juga yang aku dapat ingat dan selami jiwa seorang wartawan, walaupun sambilan pun sambilanlah, tapi aku macam seronok pulak. Tapi buat masa ni kalau bab politik aku tak pandai la dan tanak komen apa apa, Cuma ada mata kita pandang dan kita nilai sendiri. Cuma aku taknak menyebelahi sesiapa, biar aku simpan dalam hati saja. Paling tidak aku dapat menjalankan peranan aku dalam bentuk penulisan, matlamat aku sekarang ni untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cara menulis. Semasa program tadi, mereka macam tak berapa perasan yang aku ni wakil berita harian, dato noh pun tak kesah sebab aku selalu tangkap gambar dia, biar la nanti dia tau la, bukan nak di banggakan sangat, biasa jer aku ni kan. Cuma aku sekarang ni nak carik banyak berita untuk aku berlatih menulis.
Aku dah kena banyak membaca dan membaca akhbar bukan hanya ruangan hiburan sahaja. Kena baca dan memerhatikan gaya penulisannya dan persembahannya. Setiap artikel semuanya berbeza. Cuma kita kena berusaha untuk menarik minat pembaca untuk membacanya dan meneruskan bacaan, bukannya separuh jalan dah malas baca. Itulah yang aku cuba usahakan sampai sekarang. Aku ingin membuat yang terbaik. Bila aku di bidang yang aku ceburi, aku akan cuba berada di peringkat yang terbaik. Mungkin aku agak perlahan, tapi aku lebih rela naik tangga sikit sikit dari naik lif tapi terus jatuh. Aku cuba pelbagaikan kerjaya aku, sekarang ni aku dah sepenuh masa di kedai gambar, dan tak salah kalau wartawan ini jadi part time aku, ianya juga berkaitan dengan kerjaya sebagai jurugambar. Sekurang kurangnya bila kita di majlis majlis rasmi dapat juga kita cari sesiapa yang boleh dibuat berita. Dapat kita kita pendapatan sampingan.

Pada masa ini aku menulis sambil mendengar lagu lagu zikir, ianya dapat memberikan ketenangan yang hakiki dan boleh merasakan kita dekat pada Tuhan kita, walaupun aku ni jahil dan tak berapa kukuh imannya, tapi aku tahu yang mana baik dan yang mana jahat. Aku akan terus berbuat baik dan akan berusaha meninggalkan kejahatan. Cuma bulan puasa yang amat berkat ini tak dapat aku gunakan sepenuhnya untuk membuat amal. Aku di kedai sampai malam. Masa cuti saja dapat aku berterawikh. Tapi aku harap Allah maha penganpun dan maha mengasihani. Aku memohon ampun dariNya. Setakat ini aku tetap memohon bantuan dan doa padaNya. Aku akan berusaha untuk menjadi seorang hambaNya yang bersyukur.
Memang kalau aku pikirkan masalah kedai memang tak pernah putus, tapi aku kena bertenang, selesaikan satu persatu dan jangan mudah melatah dan yakinlah ada jalan penyelesaiannya kalu kita cuba carik dan pikirkan betul betul. Mudah mudahan segala kesusahan kita akan diganti dengan kesejahteraan di masa akan datang insyaAllah. Kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir. Kita bukan dilahirkan untuk menyerah kalah, setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara. Aku masih teringat laungan itu di Sinar FM, bukannya hanya mendenga lagu saja, benda benda itu semuanya perlu kita pikirkan, jangan hanya penuhkan diri kita dengan hiburan sahaja. Dalam Islam pun katanya hiburan ini boleh mematikan hati kita, bukannya tidak boleh tapi kena kawal juga, nanti kita tak sedar dan asyik berapa di alam mimpi.
Bercakap tentang hiburan, di tv kita terlalu banyak cerita hiburan, lagi la di astro, aku sedih dan kecewa juga kenapa orang kita terlalu suka sangat rancangan hiburan sangat, sesekali tak pa juga, tapi sekarang ni makin kurang rancangan ilmiah. Kuiz ilmu pengetahuan kebanyakannya untuk budak U sahaja, selain dari itu, macam macam rancangan hiburan berbentuk pertandingan, jangan lupa lirik la, kalau dulu roda impian la, kita seronok tengok orang menang tapi kita dapat apa, lagi lagi rancangan akademi fantasia, punya la banyak kita sms, tapi kita dapat apa?. Aku tak kata aku tak suka sangat rancangan sebegini, aku suka juga tengok tapi kalau boleh kita jangan taksub sangat,, berpada pada la kita. Jangan sampai tak buat kerja yang wajib, kita jangan lupa, sekarang ni kita kena selalu membaca, setidak tidaknya akhbar, dan kita patut tahu tentang Negara yang kita duduk sekarang, kita kena jadi masyarakat berilmu. Bak kata pepatah orang putih “ Knowledge is Power” orang lain pasti akan menghormati kita kalau kita bijak.

Semasa kita keluar dari sekolah, hanya ada dua benda sahaja yang boleh jadi pegangan kita, samada ilmu dengan belajar pandai pandai ataupun kemahiran yang boleh kita buat untuk menyara hidup kita. Kalau kita tak pegang salah satu, kita akan hanyut dan habis lenyap dari muka bumi ini. Percayalah, Cuba kita perhatikan betul betul masyarakat melayu kita sekarang, anak anak mudanya, masih berempit atau melepak, siapa yang salah, mak bapak atau guru, semuanya kena sama sama bekerjasama dan bukannya menuding jari sesame sendiri. Setiap manusia kena jalankan tanggungjawabnya, bukannya hanya lepas tangan dan mengatakan orang lain yang bersalah. Kalaulah aku dapat ambil masa melepak mereka tu sorang sorang, aku pasti sudah jadi kaya. Macam macam yang boleh aku lakukan dengan masa yang banyak. Ak tak pasti apa yang mereka dapat dengan melepak dan bermain gitar yang tak berapa pandai. Apa yang mereka dapat dengan merempit dan merosakkan badan sendiri kalu terjatuh.

Aku pelik bila tengok dekat youtube akan keseronokan ‘wheelie’ , angkat tayar depan dan gesel kepala kat jalan. Aku tak tau apa yang mereka dapat, aku cuba pikirkan juga apa keuntungannya tapi tidak tersenarai satupun melainkan semuanya keburukan. Adakah kerana inigin mendapat pujian dan dibanggakan. Entahla, Kenapa perlu membuat kerja bodoh itu, kalau nak berlumba, belajar betul betul berlumba, kalau nak buat aksi stunt belajar stunt betul betul. Nampaknya anak melayu kita masih belum sedar sedar lagi. Buat masa ini Negara ini orang kita yang memimpin, kalau orang lain entah dimana letaknya kita kalau kita tak ada pengetahuan dan kemahiran. Nak bekerja malas dan terpaksa ambil pekerja bangla dan Nepal. Malu bekerja buruh kerana takut dihina, kalau kita memang dah tak pandai kena la terima hakikat, kerja kampong pun tak mahu, dan sering memilih kerja, nak yang sesuai dan taknak belajar dari bawah dan nak kerja terus loncat jadi bos. Kalau kena marah jer terus nak carik kerja lain.
Mana boleh jadi bos terus, semuanya nak kerja senang, bila kena marah sikit dah melenting, kena tegur sikit dah nak berenti, kena tekanan sikit dah nak tukar department. Bagi yang dah jadi graduan yang dapat pakai songkok 4 segi tuh eksen semacam, kerja pun demand dan tanak dari bawah, bangga sangat dapat ijazah sampai tanak belajar dari bawah dan tunjuk lagak dengan budak spm aja.Hmmm… nampaknya orang kita kebanyakannya kurang ketahanan mental. Kita kurang tabah dan sentiasa nak cepat senang dan cepat kaya, betul ker begitu. Kita kena kupas masalah ini satu persatu, Sampai bila kita nak lapisan bangsa kita jadi sebegini, kenapa kita tak boleh mengubahnya dan siapa yang patut mengubahnya. Siapakah yang bersalah, Ibubapa, Guru, Kawan kawan, Masyarakat, Agama atau Negara.

Kita tidak tahu pisau itu tajam jika kita tidak menyentuhnya, kita takkan tahu air itu panas jika kita tidak merasanya, tapi takkan kita dah nampak kawan kita pegang pisau tajam dan menjerit pun kita nak rasa juga, ataupun takkan kita dah cucuk sikit pisau dan rasa sakit, kita cucuk dan cucuk sampai berdarah dan barulah nak mengaku. Sampai begitu sekalikah pandangan kita. Mudah mudahan tidaklah begitu, cubalah kita belajar dari sejarah dan pengalaman. Jangan kita sering inginkan kebahagian dan kejayaan tetapi sanggup korbankan keluarga, sahabat, agama dan Negara semata mata kita dapat apa yang kita inginkan. Takkan kita dah merosakkan segalanya kehidupan kita baru nak menyesal. Terlajar perahu boleh kita untuk, terlajak kata atau perbuatan boleh ke kita ‘reverse’ ?, tentu tidak mungkin.

Banyak pulak idea aku nak menulis, he he… isk isk… macam tengah naik syeikh lak.. eh takda la.. jam didinding dah pukul satu, elok la aku merehatkan badan aku ni. Akan aku menulis di lain kali, selamat berpuasa dan bersahur untuk semuanya. Salam
End.

Wednesday, August 26, 2009

MERDEKA MERDEKA MERDEKA




Tidak berapa lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 52. Secara diam tak diam sudah lebih setengah abad kita merdeka. Tapi seringkali kita berbicara perihal kemerdekaan yang akan kita sambut pada 31 Ogos setiap tahun hanyalah laungan MERDEKA di Perarakan sambutannya samada di Dataran Merdeka atau Putrajaya. Adakah kita pernah mengambil masa sejenak untuk merenung apakah erti kemerdekaan dan perjuangan untuk mendapatkannya. Barangkali anak anak yang bersekolah dan mengambil subjek sejarah boleh mengingatinya. Tetapi adakah kita sekadar mempelajarinya semasa kita di sekolah rendah untuk lulus peperiksaan atau kita benar benar memahami dan menghayatinya.

Bertitik tolak dari cerita kemerdekaan inilah lahirnya suasana politik yang ada sekarang. Negara kita yang asalnya ramai dari keturunan Melayu telah mendapat perubahan dengan kemasukan bangsa Cina dan bangsa India. Dan seterusnya digabungkan dengan nama bangsa Malaysia, bangsa Melayu tidak boleh lagi mengatakan ini negara mereka lagi sepenuhnya. Hanya taraf Bumiputera sahaja yang masih digunapakai dan mungkin juga akan hilang sekiranya tidak dijaga dengan baik. Bangsa Melayu hanya dianggap bangsa majoriti di negara Malaysia. Agama Islam yang orang Melayu anuti sekali lagi menjadi kekuatan bangsa Melayu, dengan menjadikannya agama rasmi mudah mudahan memperkukuhkan lagi keutamaan bangsa Melayu di negara ini.

Kalau dikaji sejarah, Bangsa Melayu adalah bangsa yang paling banyak dijajah, Bermula dari Zaman Kesultanan Melaka hinggalah sebelum Merdeka. Akibat dari kurangnya sepakat dan bersatu, akibat dari kurang sikap setiakawan dan kerjasama. Seringkali kita akan lihat, bila sesuatu kaum itu maju, ada pula seseorang didalam kaum itu akan menjatuhkan sesama sendiri. Mungkin inilah yang terjadi di negara kita, Sebuah bangunan yang memerlukan bertahun tahun untuk didirikan hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk dirobohkan. Kita sebagai manusia lebih seronok mendengar fitnah dari kata kata kebaikan tentang orang lain.

Beberapa hari lepas di pilihanraya Permatang Pasir, PAS menang dengan majoriti yang kurang dari PRU ke 12 tempoh hari, walaubagaimanapun mereka tetap menang dengan bergaya, mungkin juga Barisan Nasional menghantar calon yang ada sedikit rekod yang kurang bersih. Apapun rakyat telah memberikan kata putus, sebarang ulasan dan kesimpulan boleh kita buat sendiri, yang menang dan yang kalah kita dah tahu, yang kalau boleh buat 'post mortem' dan yang menang boleh bergembira. Ramai yang membuat kesimpulan dan ada yang membuat andaian, tapi semuanya kita tak pasti mana sesahihannya. Kedua dua pihak masing masing ingin menegakkan kebenaran.

Kalau kita berbalik dari sejarah, dari manakah asalnya perpecahan politik ini, yang pada asalnya murni dan suci untuk membela rakyat, kini sudah menjadi kotor dan hina kerana mencaci dan memfitnah sesama manusia. Kenapa mereka berpecah dan mencipta parti lain, kenapa ada haluan yang berbeza walaupun kita adalah sesama manusia. Adakah kerana terdapat kelompok yang tidak dapat apa yang mereka inginkan, atau terdapat kelompok yang tidak puas hati terhadap pemimpin yang memimpin, atau ingin merasakan tidak puas hati tentang sesuatu. Kita boleh cuba bertanya kepada mereka dan mereka akan menjawab satu persatu masalahnya sebagai tanda protes dan tidak puas hati.

Apa yang boleh kita lihat, bukannya besar sangat masalah yang mereka hadapi dan sebenarnya kita boleh bersatu, cuma kita masih angkuh untuk mempertahankan pendirian kita, tidak mahu beralah dan kuat dengan ego masing masing. Boleh dikatakan setiap pemimpin yang lantang berkata-kata tidak mahu mengambil langkah untuk bersatu dan sering menuding jari menyalahkan orang lain dan menganggap diri mereka cukup sempurna. Baru baru ini kedengaran PAs ingin cuba berbincang sesama UMNO tetapi tidak kemana akhirnya, tak dapat dipastikan kemana akhirnya cerita tersebut. PAS seakan angkuh dengan pendirian Islamnya itu tetapi agak pelik kerana sanggup untuk bersatu dengan agama lain untuk menolak UMNO yang sama pegangan dan sama mengucap dua kalimah syahadah.

Kadangkala kita tidak pasti mana satu untuk kita percaya, semua suratkhabar berbeza beza ceritanya, berita harian, utusan dan akhbar semuanya bercerita tentang kerajaan tetapi harakah menulis lain pulak ceritanya, hanya suratkhabar sinar menulis untuk kedua dua belah pihak. Yang mana satu kita boleh percaya, kebanyakan wartawan sekarang seolah olah lupa etika kewartawanan yang mereka pelajari. segalanya tidak penting lagi tentang etika, Fitnah dan cacian dengan selambanya ditulis di akhbar, kalau dulu semua berita berdasarkan fakta, tapi kini berbeza. Kita sebagai pembaca eloklah berfikir dan menilai sendiri samada cerita itu benar atau salah.

Ada kalanya tidak salah kita menerima kelamahan diri kita dan menerima kelemahan orang lain, kita patut tahu kita tidak sempurna,sesekali kita patut cuba belajar dari orang lain. Jangan sesekali menganggap diri kita sempurna. "Kalau memandang awan di langit, rumput dibumi dilupa jangan". Di bulan Ramadhan yang mulia ini sepatutnya kita mengambil kesempatan untuk bertaubat dan mengenang kesalahan dan dosa kita pada sesama manusia. Dosa dengan tuhan boleh kita mohon keampunan dariNya, tapi dosa sesama manusia takan diampunkan selagi kita tidak memohon ampun dari manusia itu sendiri. Kita semua sudah tahu tentang maksud firman Allah itu, tapi kita sering melupakannya akibat dari sikap sombong dan bongkak yan menebal dalam diri kita.

Kesimpulannya, bersatulah kita wahai bangsa Melayu, kita adalah serumpun, negara ini negara kita, kita mempunyai agama yang sama, menyembah tuhan yang sama, janganlah nanti negara yang kita cintai ini akan menjadi milik bangsa lain, dimanakah akhirnya peruangan kita nanti, berusahalah yang terbaik untuk hidup kita, berusahalan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kewangan, Islam inginkan kita bersatu, islam adalah agama suci yang boleh menyatukan umatnya, kenapa tidak di malaysia, kenapa islam tidak boleh menyatukan UMNO, PAS, PKR (Islam) ?. Adakah selama ini kita terlupa atau lalai dalam menghayati perjuangan Islam itu sendiri.

Ambillah masa kita sejenak untuk memikirkan dimanakah kedudukan kita pada 10, 20 30 tahun akan datang. Dimanakah anak cucu kita akan belajar, bekerja dan berniaga. Masih adakah lagi kesan perjuangan bangsa kita atau perjuangan itu telah gagal kerana manusia seagama dengan kita yang menghancurkannya.
Wassalam.

End.