


Syukur hari ini aku masih bernafas untuk meneruskan kehidupan aku ini. Memang hampir setiap pagi aku pening dan risau kalau bank talipon takut duit tak cukup kat bank, aku juga tak putus putus memikirkan masalah kedai yang selalu bermain main dalam ingatan aku, tapi semua masalah aku itu aku harungi dengan kesabaran, walaupun ada kalanya aku tak sanggup menghadapi semuanya itu, diam tak diam sudah setahun aku meredah kepayahan hidup berniaga sendiri. Kalau dulu secara sepenuh masa tak la berapa pedih sebegini, sekarang ni kalau tak kerja takda la gaji, takda la duit nak bayar gaji staff dan tak ada la duit nak bayar sewa, bil api dan sebagainya.
Aku mengambil masa malam ini untuk menulis, hari ini jadual aku agak penuh, pagi tadi aku ke sekolah seri tiram untuk buat berita penyampaian alatulis untuk pelajar UPSR, Y.B. Dato Noh yang sampaikan. Aku datang sebab bos berita harian aku kat Shah Alam tu dah sms, lagipun aku takda kerja pagi ni, boleh jugak aku ambil masa belajar mengarang dan membuat berita, kalau tidak macam mana nak belajar. Makin hari makin seronok pulak aku jadi wartawan sambilan ni, walaupun ayat tak berapa bagus, aku ucapkan terima kasih gak pada bos shah alam tuh sebab banyak tolong dan sabar kerenah penulisan aku yang tak berapa manis. Maklum la dah lama sangat aku meninggalkan bidang penulisan ni.
Antara yang Y.B. Noh katakan adalah tentang usaha kita, mak bapak dah buat macam macam seperti kursus motivasi dan bacaan yassin serta tahlil, sekarang ni terpulang pada anak anak untuk menentukan masa depan sendiri, tak siapa boleh bantu melainkan ilmu yang dah disimpan dalam fikiran untuk dijawab masa periksa nanti, Anak anak kena belajar bersungguh sungguh sampai dapat 5A dan boleh pergi ke asrama penuh. Jika dibandingkan yang di Bandar dengan yang dikampong, sama saja badan dan otaknya tapi kenapa yang dibandar ramai mendapat 5A, itulah yang kena difikirkan. Tambah Noh lagi kita mestilah mengikuti Panduan Rukunegara Malaysia, jangan hanya tahu membacanya sahaja tapi tidak diamalkan, jika kita patuh dan hayatinya pasti kita akan hidup aman damai dan harmoni di Negara kita ini.
Banyak juga yang aku dapat ingat dan selami jiwa seorang wartawan, walaupun sambilan pun sambilanlah, tapi aku macam seronok pulak. Tapi buat masa ni kalau bab politik aku tak pandai la dan tanak komen apa apa, Cuma ada mata kita pandang dan kita nilai sendiri. Cuma aku taknak menyebelahi sesiapa, biar aku simpan dalam hati saja. Paling tidak aku dapat menjalankan peranan aku dalam bentuk penulisan, matlamat aku sekarang ni untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cara menulis. Semasa program tadi, mereka macam tak berapa perasan yang aku ni wakil berita harian, dato noh pun tak kesah sebab aku selalu tangkap gambar dia, biar la nanti dia tau la, bukan nak di banggakan sangat, biasa jer aku ni kan. Cuma aku sekarang ni nak carik banyak berita untuk aku berlatih menulis.
Aku dah kena banyak membaca dan membaca akhbar bukan hanya ruangan hiburan sahaja. Kena baca dan memerhatikan gaya penulisannya dan persembahannya. Setiap artikel semuanya berbeza. Cuma kita kena berusaha untuk menarik minat pembaca untuk membacanya dan meneruskan bacaan, bukannya separuh jalan dah malas baca. Itulah yang aku cuba usahakan sampai sekarang. Aku ingin membuat yang terbaik. Bila aku di bidang yang aku ceburi, aku akan cuba berada di peringkat yang terbaik. Mungkin aku agak perlahan, tapi aku lebih rela naik tangga sikit sikit dari naik lif tapi terus jatuh. Aku cuba pelbagaikan kerjaya aku, sekarang ni aku dah sepenuh masa di kedai gambar, dan tak salah kalau wartawan ini jadi part time aku, ianya juga berkaitan dengan kerjaya sebagai jurugambar. Sekurang kurangnya bila kita di majlis majlis rasmi dapat juga kita cari sesiapa yang boleh dibuat berita. Dapat kita kita pendapatan sampingan.
Pada masa ini aku menulis sambil mendengar lagu lagu zikir, ianya dapat memberikan ketenangan yang hakiki dan boleh merasakan kita dekat pada Tuhan kita, walaupun aku ni jahil dan tak berapa kukuh imannya, tapi aku tahu yang mana baik dan yang mana jahat. Aku akan terus berbuat baik dan akan berusaha meninggalkan kejahatan. Cuma bulan puasa yang amat berkat ini tak dapat aku gunakan sepenuhnya untuk membuat amal. Aku di kedai sampai malam. Masa cuti saja dapat aku berterawikh. Tapi aku harap Allah maha penganpun dan maha mengasihani. Aku memohon ampun dariNya. Setakat ini aku tetap memohon bantuan dan doa padaNya. Aku akan berusaha untuk menjadi seorang hambaNya yang bersyukur.
Memang kalau aku pikirkan masalah kedai memang tak pernah putus, tapi aku kena bertenang, selesaikan satu persatu dan jangan mudah melatah dan yakinlah ada jalan penyelesaiannya kalu kita cuba carik dan pikirkan betul betul. Mudah mudahan segala kesusahan kita akan diganti dengan kesejahteraan di masa akan datang insyaAllah. Kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir. Kita bukan dilahirkan untuk menyerah kalah, setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara. Aku masih teringat laungan itu di Sinar FM, bukannya hanya mendenga lagu saja, benda benda itu semuanya perlu kita pikirkan, jangan hanya penuhkan diri kita dengan hiburan sahaja. Dalam Islam pun katanya hiburan ini boleh mematikan hati kita, bukannya tidak boleh tapi kena kawal juga, nanti kita tak sedar dan asyik berapa di alam mimpi.
Bercakap tentang hiburan, di tv kita terlalu banyak cerita hiburan, lagi la di astro, aku sedih dan kecewa juga kenapa orang kita terlalu suka sangat rancangan hiburan sangat, sesekali tak pa juga, tapi sekarang ni makin kurang rancangan ilmiah. Kuiz ilmu pengetahuan kebanyakannya untuk budak U sahaja, selain dari itu, macam macam rancangan hiburan berbentuk pertandingan, jangan lupa lirik la, kalau dulu roda impian la, kita seronok tengok orang menang tapi kita dapat apa, lagi lagi rancangan akademi fantasia, punya la banyak kita sms, tapi kita dapat apa?. Aku tak kata aku tak suka sangat rancangan sebegini, aku suka juga tengok tapi kalau boleh kita jangan taksub sangat,, berpada pada la kita. Jangan sampai tak buat kerja yang wajib, kita jangan lupa, sekarang ni kita kena selalu membaca, setidak tidaknya akhbar, dan kita patut tahu tentang Negara yang kita duduk sekarang, kita kena jadi masyarakat berilmu. Bak kata pepatah orang putih “ Knowledge is Power” orang lain pasti akan menghormati kita kalau kita bijak.
Semasa kita keluar dari sekolah, hanya ada dua benda sahaja yang boleh jadi pegangan kita, samada ilmu dengan belajar pandai pandai ataupun kemahiran yang boleh kita buat untuk menyara hidup kita. Kalau kita tak pegang salah satu, kita akan hanyut dan habis lenyap dari muka bumi ini. Percayalah, Cuba kita perhatikan betul betul masyarakat melayu kita sekarang, anak anak mudanya, masih berempit atau melepak, siapa yang salah, mak bapak atau guru, semuanya kena sama sama bekerjasama dan bukannya menuding jari sesame sendiri. Setiap manusia kena jalankan tanggungjawabnya, bukannya hanya lepas tangan dan mengatakan orang lain yang bersalah. Kalaulah aku dapat ambil masa melepak mereka tu sorang sorang, aku pasti sudah jadi kaya. Macam macam yang boleh aku lakukan dengan masa yang banyak. Ak tak pasti apa yang mereka dapat dengan melepak dan bermain gitar yang tak berapa pandai. Apa yang mereka dapat dengan merempit dan merosakkan badan sendiri kalu terjatuh.
Aku pelik bila tengok dekat youtube akan keseronokan ‘wheelie’ , angkat tayar depan dan gesel kepala kat jalan. Aku tak tau apa yang mereka dapat, aku cuba pikirkan juga apa keuntungannya tapi tidak tersenarai satupun melainkan semuanya keburukan. Adakah kerana inigin mendapat pujian dan dibanggakan. Entahla, Kenapa perlu membuat kerja bodoh itu, kalau nak berlumba, belajar betul betul berlumba, kalau nak buat aksi stunt belajar stunt betul betul. Nampaknya anak melayu kita masih belum sedar sedar lagi. Buat masa ini Negara ini orang kita yang memimpin, kalau orang lain entah dimana letaknya kita kalau kita tak ada pengetahuan dan kemahiran. Nak bekerja malas dan terpaksa ambil pekerja bangla dan Nepal. Malu bekerja buruh kerana takut dihina, kalau kita memang dah tak pandai kena la terima hakikat, kerja kampong pun tak mahu, dan sering memilih kerja, nak yang sesuai dan taknak belajar dari bawah dan nak kerja terus loncat jadi bos. Kalau kena marah jer terus nak carik kerja lain.
Mana boleh jadi bos terus, semuanya nak kerja senang, bila kena marah sikit dah melenting, kena tegur sikit dah nak berenti, kena tekanan sikit dah nak tukar department. Bagi yang dah jadi graduan yang dapat pakai songkok 4 segi tuh eksen semacam, kerja pun demand dan tanak dari bawah, bangga sangat dapat ijazah sampai tanak belajar dari bawah dan tunjuk lagak dengan budak spm aja.Hmmm… nampaknya orang kita kebanyakannya kurang ketahanan mental. Kita kurang tabah dan sentiasa nak cepat senang dan cepat kaya, betul ker begitu. Kita kena kupas masalah ini satu persatu, Sampai bila kita nak lapisan bangsa kita jadi sebegini, kenapa kita tak boleh mengubahnya dan siapa yang patut mengubahnya. Siapakah yang bersalah, Ibubapa, Guru, Kawan kawan, Masyarakat, Agama atau Negara.
Kita tidak tahu pisau itu tajam jika kita tidak menyentuhnya, kita takkan tahu air itu panas jika kita tidak merasanya, tapi takkan kita dah nampak kawan kita pegang pisau tajam dan menjerit pun kita nak rasa juga, ataupun takkan kita dah cucuk sikit pisau dan rasa sakit, kita cucuk dan cucuk sampai berdarah dan barulah nak mengaku. Sampai begitu sekalikah pandangan kita. Mudah mudahan tidaklah begitu, cubalah kita belajar dari sejarah dan pengalaman. Jangan kita sering inginkan kebahagian dan kejayaan tetapi sanggup korbankan keluarga, sahabat, agama dan Negara semata mata kita dapat apa yang kita inginkan. Takkan kita dah merosakkan segalanya kehidupan kita baru nak menyesal. Terlajar perahu boleh kita untuk, terlajak kata atau perbuatan boleh ke kita ‘reverse’ ?, tentu tidak mungkin.
Banyak pulak idea aku nak menulis, he he… isk isk… macam tengah naik syeikh lak.. eh takda la.. jam didinding dah pukul satu, elok la aku merehatkan badan aku ni. Akan aku menulis di lain kali, selamat berpuasa dan bersahur untuk semuanya. Salam
End.
No comments:
Post a Comment