
Mudah mudahan harini tuhan perkuatkan semangatku dan ringankan beban hidupku. Pagi pagi lagi bank dah telepon duit tak cukop, kejadian semalam masih lagi memeningkan kepala aku, buat julung julung kalinya bini aku melihat blog aku ni, sesuatu yang memeranjatkan dia sebab didalamnya banyak gambar pompuan, yang terbaru gambar budak petronas tuh, punya la mengamuk bagai nak rak, aku tak tau nak jawab apa, dan aku tak boleh memaksa dia untuk memahami diri aku ni. Dan aku tak pasti dimana silapnya, adakah aku yang silap atau dia. Aku serahkan semuanya pada takdir. Pada aku apa yang aku tulis di blog ini dan gambar yang disiarkan hanya sekadar cerita dan untuk dikongsi bersama sesiapa yang sudi. Bukan niat aku untuk menyusahkan sesiapa dan berniat tidak baik untuk sesiapapun. tapi bolehkah dia memahami keadaan ini atau perlukan aku korbankan segalanya untuk dia.

Aku tak pasti walaupun sudah lama menjalani kehidupan berumahtangga, banyak yang aku korbankan untuknya tapi aku tak pasti pengorbanan ini dilihat atau dihargai. Walaupun demikian aku tetap terima kalau aku dipersalahkan, kalau yang baik dan benar biarlah dia yang menerima anugerahnya. Dia seorang isteri yang baik dan aku saja yang tak pandai menjaga rumahtangga, aku selalu melukakan hatinya kerana perangai aku yang suka berkawan ramai, lagi lagi dengan perempuan. Sikap aku sebegini sememangnya tidak dia senangi, dia selalu terluka dengan perangai aku yang ambil berat tentang orang lain dan dia merasakan aku tidak mengambil berat tentang dirinya. Sebagai seorang suami dan lelaki aku cuba melakukan yang terbaik dalam hidup aku.
Terlalu banyak yang aku kena pikirkan untuk aku teruskan kehidupan aku sekarang ni, ada kalanya aku tak sanggup menerima dugaan yang sebegini kuat, masalah rumahtangga, masalah perniagaan, masalah kewangan dan lain lain lagi sering menyerang aku dari segenap ruang. kenapa la tak ada ruang untuk aku bernafas dengan selesa. Celik mata jer mula ada masalah, bila nak masuk tidur jer mulalah susah nak tidur memikirkan perkara macam macam. Sudah setahun aku berniaga, saat untuk aku rehat hanyalah aku bangun lewat, kalau rasa nak demam aku minum panadol soluble, besok pagi mudah mudahan ok la.
Semalam juga ayah aku sakit keracunan makanan dan muntah muntah, aku sedih mengenangkan keadaan aku dan ibu bapaku, alangkah baiknya kalau aku dapat bermanja manja denan ayah ibuku seolah zaman kanak kanak. Berbeza pula di zaman dewasa dan berumahtangga. Aku dah tidak dapat bermanja dan selalu menjenguk ibu ayahku. Aku tak ahu dimana silapnya, setiap kali aku melihat ibu dan ayahku sakit atau tak sihat, aku rasa mata aku ni berair jer, aku tak nafikan kasih sayang aku dengan kedua duanya teramat amat mendalam. Kasih yang tidak terbanding hinggakan malam tadi aku bermimpi memeluk ayahku dan tanpa disedari air mata mengalir.
Aku sentiasa berdoa agar kedua ibu bapaku bahagia dan gembira selalu, walaupun aku tak mampu memberikan kebahagiaan dan kebanggan buat mereka, aku masih berharap aku dapat membawa mereka ke mekah dengan duit hasil usaha aku sendiri. Walaupun sekarang aku menghadapi banyak masalah dari segenap sudut dan ruang, aku akan tetap bangun dari jatuh walaupun bertongkat atau merangkak. Aku tahu memang susah untuk hidup berniaga, macam macam cabaran yang harus ditempuhi, aku bersedia tetapi sebenarnya persediaan aku tak cukup kuat, walaupun kekuatan aku kurang tapi aku akan terus bertahan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Aku tetap teruskan kehidupan aku walaupun penuh dengan dugaan dan cabaran dengan harapan satu cahaya akan muncul dihadapan aku. Aku akan tetap bersabar dengan dugaan yang aku alami. Tapi tak tau la nanti kalau ada masuk berita harian aku orang bunuh diri depan kedai ker tak tau la, tapi mintak dijauhkan Aku ucapkan terima kasih banyak banyak pada sesiapa sahaja yang menolong aku samada bentuk sokongan moral dan material. Moga tuhan saja yang mampu membalas jasa anda semua, buat keluarga tetap aku tidak lupakan, buat isteriku yang disayangi, kuserahkan padamu samada boleh terima aku sebegini atau tidak. Buat wanjai bos shah alam, thanks for trusting me to become a stringer, and also thanks for being a friend. Aku pasti cerita dan ayat sebegini tak boleh masuk surat khabar......
-end-
semoga tabah menghadapi dugaan yang tidak pernah berhenti buat diri kamu yang begitu penyabar dalam mengharunginya..mohon petunjuk dan bantuan dari Tuhan.. InsyaALLAH,semuanya pasti akan berakhir kelak...-gadis sawah-
ReplyDelete