



14 September 2009 2.39 pagi
Alhamdulillah, malam ini berlalu seperti biasa, aku masih diberi peluang untuk Allah swt meneruskan hidup aku, segalanya berjalan dengan baik seperti biasa. Segala masalah untuk sehingga malam ini nampaknya boleh dan telah diselesaikan. Untuk hari esok aku cuma berdoa dan berharap agar lebih baik dan dipermudahkan untuk aku menghadapinya.
Hari ini aku tak bukak kedai sebab Ahad, aku merancang nak pergi ke Klang nak beli frame gambar untuk pelanggan aku yang nak frame, tapi memandangkan dah beberapa hari aku tak berapa cukup tidur, aku lambat sikit bangun, nak recharge balik. Nampaknya beberapa hari lepas aku sibuk sikit walaupun dah malam, apa tidaknya, dah dua hari ikut program unisel dan umno bahagian tg. karang untuk program ala ala singgah sahur. Program yang bermula Khamis malam jumaat dan berlangsung selama dua hari itu melibatkan persinggahan ke rumah anak anak yatim di Parit 4,juga balai polis, balai bomba dan diakhiri dengan rumah warga emas di batu 10 tg. karang.
Pelajar pelajar unisel begitu teruja dan seronok menjalankan program itu, ramai juga kumpulan dari umno bahagian yang turut serta. Lebih lebih lagi sokongan penuh en. jasman anuar dan salbiah ketua puteri. Semasa lawatan ke Balai polis pelajar merasa la masuk dalam lokap, dan mendapat tunjuk ajar menggunakan pistol dan senapang, ada insiden yang memeranjatkan berlaku, tapi alhamdulillah semuanya selamat. Kalau di balai bomba pula semuanya merasa pakai baju bomba, cuma tk dapat berlatih padamkan api jer. Kalau nak tengok gambar sila la ke
www.flickr.com/superzai .
Bila sampai di rumah warga tua di batu 10, semuanya berkumpul untuk bersahur bersama sama mereka, Turut hadir Ustaz Khir Ketua Pemuda dan rakan rakan yang lain. Banyak yang perlu kita renungkan bila berada dirumah warga emas itu, Ada juga ucapan ustaz khir yag menyentuh perasaan. Sayu melihat nenek nenek yang keseorangan dan tiada ahli keluarga di sini ketika bersahur, dan adakah mereka akan menyambut syawal nanti seorang diri tanpa keluarga juga?. Entahlah, aku juga rasanya ingin mengalirka air mata, tapi entah kenapa tak keluar, mungkin dah beku sebab sejuk sangat agaknya.
Aku takut untuk melihat wajah nenek nenek semuanya, Jelas terbayang wajah wajah yang aku sayangi, dan juga wajah aku nanti, bagaimanakah aku dimasa akan datang, adakah aku boleh dibela dan dijaga atau aku akan dicampak ke rumah warga emas seperti ini?. Itu yng sentiasa timbul di fikiran aku semasa berada di sana. Aku bersyukur sekurang kuragnya bila program ini memberikan kesedaran kepada aku untuk bersedia dab beringat ingat di masa depan.
Dan sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini banyak yang memberikan aku kesedaran tentang betapa beruntungnya aku hidup di dunia ini, walaupun tak berapa kaya dan senang masih dikira bertuah jika dibandingkan dengan yang kurang bernasib baik. Aku patut bersyukur kerana telah diberikan kehidupan yang selesa, mungkin aku ingin lebih lagi, tapi aku sudah patut bersyukur. Mata aku sudah terbuka dan boleh menilai tentang tuhan yang maha adil dan maha mengasihani. Kadang kadang hasrataku nak saja menolong orang yang tidak mampu dan miskin, tapi aku sendiri pun tak berupaya untuk menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin dan ekonomi aku mash belum kukuh. InsyaAllah kalau aku senang aku akan cuba membantu mereka yang memerlukan.
Sebelum program singgah sahur ini juga aku dapat mengikuti program puteri kuala selangor dengan kelab 4x4 redah yang menjalankan aktiviti konvoi menghantar sumbangan kepada yang tak mampu, aku yang pakai avanza ni pun rasa macam naik 4x4 pulak, seronok sangat rasanya, mungkin lain kali kalau aku ada duit nak jugak belik 4x4, memang dari dulu lagi impian aku nak beli 4x4 sebab kalau ada kereta sesiapa yang rosak bolehla aku tolong tarik, he he.
Smenjak aku jadi wartawan sambilan ni, aku dapat rasakan perbezaan dalam kehidupan aku, aku rasa semakin dekat pada masyarakat dan dapat menyelami masalah mereka, dan dapat juga menyalurkan masalah ini kepada mereka yang terbabit. Satu benda yang kelakar juga aku kena belajar menulis laju, aku menulis punya la laju sampai aku sendiripun tak paham. Takpelah janji aku belajar untuk menulis dengan lebih baik lagi. Sekurang kurangnya aku cuba mengubah nasib dan hidup aku untuk yang lebih baik.
Aku bersyukur kerana telah diberikan kerjaya tambahan yang baru dalam hidup aku, sekurang kurangnya kerjaya wartawan ini menjadi kerja sambilan aku. Aku tetap ada kedai untuk diuruskan dan jurugambar pengantin sepeti biasa, InsyaAllah aku akan cuba menguruskan masa sebaik mungkin. Buat masa ini aku akan cuba menambahkan pengetahuan dengan membaca dan mengetahui perkembangan negara dan masyarakat, Aku mesti banyak ambil tahu supaya tidak ketinggalan daripada orang lain.
Buat masa ini ekonomi aku amat membimbangkan, terlalu banyak yang harus aku pikirkan untuk meneruskan kehidupan aku.Boleh dikatakan setiap pagi aku sering risau untuk memikirkan macam macam tentang kewangan kedai aku yang tidak lagi stabil. Walaubagaimanapun aku tetap berusaha untuk mengubah nasib aku dan mencuba yang terbaik dalam hidup aku, aku taknak dan tak mungkin menyesal dengan apa yang aku dah buat sekarang, setidaknya aku mencuba mengubah nasib aku dan kuserahkan kepada tuhan untuk menentukan apa sahaja. Dankerjaya wartawan ini juga boleh membantu ekonomi aku dan aku cukup yakin dengan segala yang aku lakukan ini bukanlah kerja yang sia sia sahaja.
Mungkin ramai yang suka dan bertepuk tangan jika aku jatuh, kalau itu kehendak tuhan aku rela dan terima, tapi tak semudah itu untuk aku tidak bangun semula, sekiranya aku jatuh aku akan bangun lagi, mungkin aku bukannya seorang yang mempunyai sejarah kejayaan atau keluarga aku bukannya golongan elit dan bangasawan, tapi semuanya tidak memberikan tiket untuk aku gagal atau berjaya, dan semuanya tidak boleh menjadi ukuran. Apa yang penting aku mesti berusaha untuk yang terbaik dalam hidup aku,meskipun pada waktu ini belum menampakkan kejayaan, tapi aku yakin aku pasti berjaya.
Aku ingin berjaya dan pada masa yang sama berkhidmat pada masyarakat. Sikap aku ingin menolong orang lain dah bermula lama, semenjak aku masuk unit pertolongan cemas st. john ambulans masa dulu. Aku amat seronok dan gembira bila dapat menolong orang dalam kesusahan, kalau masa kemalangan aku akan cuba menolong apa yang mampu, inilah anugerah tuhan, dan inilah juga caranya untuk aku membalas apa yang tuhan telah berikan kepada aku, dengan membantu orang lain. Kalau bab duit tu mungkin aku tak berapa mampu, selain daripada itu insyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin.
Syawal sudah hampir mendapatkan kita, tapi seolah baru beberapa hari sahaja kita berpuasa, kad raya pun tak sempat dibeli, aku dapat rasakan aku tak berapa nak sambut syawal tahun ni kerana aku ada masalah kewangan, itulah sebabnya aku bukak kedai pada raya pertama untuk seesiapa yang nak bergambar studio, Kasihan juga aku melihat bini aku, dia tak beli baju rasa sebab aku tak bagi dia duit raya, entahlah, aku sendiri sedih bila mengnangkan semuanya. Tapi aku tetap yakin pada kekuasaannya. Selama ini bukannya aku duduk berdiam diri dan bergoyang kaki, cuma pintu rezeki untuk aku belum dibuka lagi itu saja. Aku cuma mengucapkan syukur pada ahli keluarga yang banyak membantu aku, terutamanya ibu dan ayahku, aku amat menyayangi mereka, jauh di sudut hati aku tak sanggup untuk aku menysahkan mereka, aku tak mahu membebankan mereka dengan masalah masalah aku.
Ada kalanya aku rasakan kehidupan aku berjalan kerana doa ibu bapaku sahaja,ada kalanya aku begitu lemah hingga yang tinggal dalam badan aku adalah doa dan harapan sahaja. Tapi aku teruskan juga hidupku ini, aku yakin cahaya pasti muncul dan pada sesiapa yang yakin dan percaya kepadaku tetap aku akan hargainya, pada sesiapa yang membantu aku insyaAllah tidak akan aku lupakan sama sekali. Dunia ini bulat dan sentiasa bergerak, yang diatas tak semestinya sentiasa diatas, yang yang tak semestinya kekal kaya dan bolehdikatakan semuanya tidak pernah kekal melainkan Allah swt.
Ada satu masa aku melihat seseorang yang sudah lama aku tidak bertemu denganna, aku terkejut kerana melihat tubuhnya yang agak cengkung dan tidak bermaya, mungkin kerana sakit. Berbanding dulu yang seolah olah pemimpin besar yang mempunyai kuasa memerintah, kata katanya akan diikuti oleh pengikutnya. Inilah hukum tuhan, hari ini kita kaya, janan lupa bersyukur, hari ini kita miskin jangan lupa memohon doa dan berusaha. Pada diri aku, eloklah ak bersusah dahulu dan bersenang kemudian, setidaknya aku dapat merasa susah dan insyaAllah aku takan lupa daratan.
Aku rasa cukuplah setakat ini coretan aku, aku akan menyambungnya di lain kali. Salam.
/end.