



Hm.... dah lama gak aku tak menulis ni, otak dah macam macam dah meleleh idea nak menulis tapi ada saja yang menghalangnya, tak ada masa pulak nak menulis, tah la, arini ada masa sejenak aku tekan tekan la keybord ni, malam tadi bali dari kerja ingatkan nak menulis sikit sikit, tapi klihat jam di dinding dekat kol 12 lebih, alaai lewat sangat dah ni, dah beberapa hari aku rasa keletihan yang amat sangat, bila nak bangun pagi jer, alahai berat kelopak mata aku ni dah dekat 10 kilo punya susahnya nak bukak, entah la, cuma aku rasa badan jasad aku ni betul betul tak larat, cuma semangat aku jer yang membangunkan aku setiap hari kerana memikirkan masa depan, memikirkan hutang mara yang kena bayar masa bukak kedai harituh, he he, dan hari hari akan datang yang tidak dapat kupastikan aku akan jadi apa, kalau dulu aku makan gaji boleh la, penat atau tak sehat jer boleh la amik MC ker, cuti ker, sekarang ni, kalau takda kerja takda gaji tau, sapa yang nak bayar gaji aku setiap masa, haaa bukan senang tau bisnes sendiri ni, nampak jer ok dan senang, tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu, entah beberapa waktu ni aku susah tidur lena, macam iklan 'ikea' lak, nasib baik tak macam tu la kan, cuma ada kalanya aku diselaputi rasa malas dan tak larat, aku ni tanak dah pikir macam macam, kena buat orang la kena bomoh orang la, memang tak dinafikan berkemunkinan ada yang boleh buat camtuh, tapi lantak la, itu biar tuhan yang membalasnya, aku tak kacau sesiapapun, aku buat kerja ini semuanya usaha dan kepayahan aku, dan aku mesti buktikan walaupun aku ni jauh di ceruk rantau, aku masih boleh berdiri setaraf dengan jurugambar di bandar, selama ini pun aku akan berusaha untuk berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga aku, memang susah memang payah, tapi akan tetap kugagahi sempai kepuncak, beberapa hari ini alhamdulillah orang dah mula bertambah datang ke kedai aku berbanding dengan masa dulu, syukur alhamdulillah, memang kena la bagi masa untuk pelanggan datang ke kedai kita kan, takan la nak paksa tarik tarik tangan diorang datang ke sini lak, huuu, sekarang ni pun aku nak fokus pada wedding photography sebab aku nak buat promosi 2 dalam satu, jurugambar pun yer dan kedai gambar pun yer, kalau ada yang terbaca majalah sinar tuh jangan marah la yer muka akak ader kat rauangan iklan nyah, he he geli lak membacanya, aku masuk iklan dalam suratkhabar sinar sebagai satu cara promosi, nanti kalau ada rezeki aku masuk majalah pengantin pulak, promosi kena kuat, cuma sekarang ni aku kena usaha lebih untuk memajukan diri aku, terlalu banyak rintangan yang kena aku hadapi, tapi aku yakin aku akan terus bersabar, dalam kegawatan ekonomi sekarang ni, ramai gak jurugambar yang kulihat telah tumbang dan tergolek, sebab hadirnya jurugambar baru yang letak harga yang teramat murah untuk pakej mereka tanpa memikirkan kualiti dan editing, bahaya tu, mereka letak harga murah tanpa memikirkan kos kos yang sepatutnya diorang pikir seperti harga kamera, kos editing, kos peralatan, kos perjalanan dan lain lain, seolah olah sanggup nak dapatkan kerja dan lupakan semua kos itu, dalam jangkamasa pendek nampak la untung, tapi kalau dikira balik, mau meleleh peluh jantan sebab segala usaha yang dilakukan tidak berbaloi.
Pokok pangkalnya jurugambar melayu tidak mahu bersatu dan sanggup turunkan harga semata mata nak lawan dengan kawan kawan, entahla kenapa jadi camtu dan sanggup buruk burukkan kawak kawan sendiri, pada aku senang jer, hari ni ko buat jahat kat kawan, esok lusa mesti kena balik, tuhan maha adil kan, semalam aku dikejutkan dengan sesuatu benda yang tidak pernah aku lakukan dikatakan orang aku buat, itu dah fitnah namanya, aku pelik kenapa aku difitnah sebegitu, tak sangka betul, aku nak carik sapa yang buat fitnah pasal aku tuh, siap aku cucuk buntut dia dengan skrew drebar. hmmm geram betul dibuatnya, tapi buat masa ni aku akan terus bersabar dan bertenang dan taknak cepat melatah. opocot, dari dulu lagi ibu dan ayahku sudah cukup memberikanku tunjuk ajar untuk menjadi manusia berguna dan baik, mungkin buat masa ini aku belum berjaya dan kaya raya, setidak tidaknya aku tak kacau orang dan menyusahkan masyarakat, aku pun bukannya sampah masyarakat dan aku pun jenis bercampur dengan orang gak, aku cuba untuk menyenangi semua orang, kalau sesiapa yang datang ke kedai aku, aku akan cuba melayani semuanya yang terbaik, kekadnag tuh sampai aku tak tau mana satu nak layan sebab semuanya aku kenal baik he he. waktu puncak kat kedai aku tuh antara kol 5 hingga 7, biasa la masa lepas pejabat, malam pun aku tutup kol sepuluh kekadang tuh kol sebelas pun tak aik lagi, dan beberapa hari ni lambat lak aku balik, sampai orang rumah merungut kenapa balik lambat, laa aku buat kerja la kat kedai ni, daripada aku pergi mengular baik aku buat kerja kat kedai ni, sebab aku rasa hidup dan mati aku untuk kedai ni, bukannya apa, kedai nilah menentukan aku dimasa depan, aku dah tak makan gaji lagi, sapa lagi yang nak bagi aku makan untuk hidup kalau aku tak kerja bersungguh sungguh, inilah kurniaan tuhan kelebihan yang tuhan berikan pada aku iaitu bidang fotografi, benda lain aku tak pandai, jadi bila tuhan dah berikan kelebihan tuh gunkanlah sebaik baiknya, nanti kalau tuhan dah tarik balik kelebihan tu susah lak nanti.
Ada beberapa pengantin lagi aku belum siapkan, entah la idea tak banyak pulak nak editing gambor ni sebab banyak lak masalah yang kena dipikirkan, tu yang susah tuh sebab segalanya memerlukan idea dan kreativiti, aku cuba untuk membetulkan keadaan dan cuba membuat sesuatu yang terbaik, aku kena teruskan apa yang aku usahakan walaupun banyak dugaan dan cabarannya, ada saja masalah yang mendatang pada diriku, aku cuba dan aku akan terus mencuba, tak semudah itu untuk aku menyerah kalah, boleh dikatakan setiap hari ada saja msalah yang perlu disesesaikan, tapi tak pa lah, sebab kata orang tuh alah bisa tegal biasa kan, kalau seandainya dalam pinggan makanan kita ada benda yang pahit, masam, masin, payau dan manis, kita pilih yang mana dulu untuk kita rasa, tentulah yang manis tu kita makan yang terakhir kan, dalam filem pun kita mesti suka cerita cerita yang hepi ending, aku pun begitu la.. mudah mudahan aku akan mendapat yang baik baik dan yang bahagia yang berjaya pada akhirnya, biarlah bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan, mudah mudahan kita semua akan berjaya di bidang masing masing, buangkanlah sikap bangsa melayu yang penuh dengan cemburu dan hasad dengki, jadilah melayu baru yang penuh dengan kerjasama dan sepakat, amin. Dah aku nak pegi semayang jumaat ni, nanti aku sambung...
ish!! ish!!
ReplyDeletesape la yang suke kacau kawan aku nih!! ei..!! kawan aku ni baik tau..!! bagila can dia tenang skit...
alamak!! ko jgn bimbang.. kalau spanar ko x cukup.. nnt aku bagi gerudi yg paling besar!!