Tuesday, April 28, 2009

ORANG ADA PENYAKIT DATANG BULAN, AKU PULAK PENYAKIT HUJUNG BULAN HUUU




Hmmm kejapnye pulak aku rasa dah ujung bulan, pagi tadi dah sampai surat kuning bill api kena bayar, ele mengada ngada TNB, surat tarikh 17 April sampai kat aku 27 April, suruh bayar 27 april gak. merepek, kalau aku nampak sapa yang hantar surat tu nak jer aku terus lempang....ala.. memang biasa aku bayar hujung bulan...takpa la... itu namanya dugaan diwaktu pagi, tapi setakat ni tak pernah la aku lempang sesiapa.. he he...lagipun aku ni bukannya garang sangat orangnya. cuma bila masa marah jer muka tu merah padam, tapi aku akan pastikan emosi aku tidak menggangu dan mengatasi akal fikiran, aku akan berfikir dulu sebelum bertindak. Hmmm kejap jer dah hujung bulan, bank pun dah mula call, bill pun dah mula sampai, hutang pun dah mula kena bayar, hmmmm kalau dulu aku kira sama rata, gaji pun dapat ujung bulan, hutang pun kena bayar hujung bulan, tapi sekarang ni dah lain, maklum la... aku pun dah lama tak dapat gaji, entah kenapa bos aku dah lama sangat tak bagi gaji, nak kena saman bos aku ni.. isk isk. Takpa la sabar je la yer zaini, nanti kalau ada untung besar, berapa banyak gaji pun ko boleh dapat, sabar je. Harini aku tak berapa ada mood nak edit gambo la... hati ni macam tensen jer.... dan jiwa aku rasa tak kreatif lak arini, mungkin otak aku penat agaknya, pagi tadi pun aku bangun lambat, macam tak larat nak bangun, semangat jer yang membuka kelopak mata aku ni, kalau ikutkan kesihatan, dan kalau aku kerja makan gaji dah lama aku mintak mc jer huuu.. semalam aku gi kl carik barang potograpi, sambil cuba pikirkan idea terbaik untuk menambahkan pendapatan dan menaiktaraf kedai aku, tengah memikirkan strategi promosi dan pemasaran yang efektif untuk aku buat di kedai aku, iklan kat majalah sinar dah buat, dan aku nak buat promosi lain pulak, tunggu jer la nanti. cuma sekarang ni aku nak buat satu kelainan, dan aku nak uprade servis aku untuk pakej wedding photography, dan aku nak tambah ilmu lagi untuk photoshop, dah tiba masanya untuk aku buat begitu, aku bukan nak lwan dari segi glamer atau harga gambar murah, aku nak lawan kualiti, mungkin kalau orang ingin bertanya pasal pakej. aku akan pastikan diorang puas hati, aku akan cuba buat yang terbaik, yang lain biarkan tuhan tentukan. dugaan dalam perniagaan memang banyak, itu sebab tak ramai yang berjaya dalam perniagaan, sebab orang yang berjaya adalah orang yang pandai carik peluang dan yang banyak bersabar, mana la ada oarang yang lahir lahir dah kaya, sebab yang kaya tuh mak bapak dia... betul tak, tapi pada aku, lebih baik la kira bersusah susah dahulu, senang senang kemudian. Pagi tadi mak aku call, rindu pulak aku kat mak dan ayah aku, maklum la aku duduk umah mentua (ooo dah kawen yer...) dah lama rasanya aku tak tidur rumah mak aku, jumpa tu selalu la, malas la nak cerita, nanti masuk masalah keluarga lak nanti, biarlah rahsia, cuma dalam hidup ni aku cuba berusaha untuk menjadi anak yang baik, suami yang baik, menantu yang baik, dan segalanya yang baik, tapi aku tahu aku ni manusia yang lemah dan serba kekurangan, walaupun aku cuba, ada saja yang tak betul atau yang silap, susah untuk aku memenuhi kehendak semua orang. tapi tak mengapalah, yang penting kita berusaha. Biasa la manusia ni, nampak betul yang salah dari yang betul atau yang baik. Aku masih teringat masa aku gi kursus motivasi dulu, ada jurulatih tu tunjukkan sehelai kertas yang bertitik hitam di tengah, dia tanya semua ada nampak apa, kami semua cakap nampak titik hitam, semua kena marah sebab bgtau jawapan itu, pelik jugak, rupanya tau la moral of the story mori....kita nampak yang hitam tuh... yang sehelai putih kertas tuh kita tak nampak pun... laaa ye ker... maksudnya kita ni asik sebok pandang yang burok jer.. yang baik tak nampak langsung... huuu.. itulah lumrah hidup manusia. Itulah sebabnya kalau kita nak kata yang buruk buruk pasal orang, cuba bayangkan kita kutuk diri kita sendiri, jadi kita tak jadi la nak kutuk , betul tak,

Arini aku tak kuar makan, makan roti bakar 3 ketul jer, (itupun roti dah expired tarikhnye, gasak la he he) itu jer yang aku jumpa dalam lemari tuh, nak makan tu boleh, cuma malas jer nak kuar, takpa la.. kiranya diet la tuh he he, ambil sufr dan edit gambor sikit sikit walaupun takda semangat. tapi tengok tengok jugak la gambar tuh. nanti bila aku free aku sambung la edit gambor. Buat masa ni aku nak menulis dulu, dan melayan perasaan yang melayang layang ne. hmmm macam macam yang melanda jiwa dan sanubari aku.... asik asik bank call mintak duit, mintak duit... Cuba la call nak bagi duit ker he he he....entah la....dah tu road tax kereta pulak dah nak mati. huuuuu alahai mana la aku nak korek duit nak bayor ni....hmmm nanti la aku cuba carik carik kat depan kedai ni... ada kot... he he... takpa la... sabor... insyaallah setakat ni aku masih boleh bertahan. takkan la sekarang ni pulak aku tak boleh bersabar menghadapi dugaan hidup. Aku sambung balik tulis ni... tadi petang rehat jap sebab ada orang datang.. ni aku sambung balik.... perut aku kembali lapo... maklum la tadi makan roti 3 set jer... katanya kakak aku nak bawak sizzling mee... he he best cedap cedap... tak dinafikan sayang betul keluarga aku pada aku.... aku pun sayangkan mereka jugak.. tak terbalas aku dengan jasa jasa mereka yang tidak ternilai. Buat masa sekarang ni dah tentu aku tak terbalas jasa mereka, sebab sekarang ni pun kedudukan aku tak stabil, tapi aku yakin, dan aku pasti, kepada sesiapa yang yakin dan percaya akan usaha aku, dan terus menyokong aku, dan sanggup bersusah senang menghadapi segala pahit maung getir kehidupan bersama aku, aku pasti akan mengenang jasa mereka semua dan pasti aku akan cuba menghargai jasa mereka. Buat masa ni aku dah tahu kawan mana yang betul kawan, dan juga kawan mana yang hanya datang bila masa kita ada duit, kawan mana yang ada masa kita senang, kawan mana yang ada masa kita susah, semuanya boleh aku kategorikan, kalau nak diikutkan kawan yang meminjam tapi tak nak bayar pun aku tau. Itulah adat manusia, macam cerita drama jugak la kan. macam macam kisah masyarakat kita dah tengok, takkan la cerita cerita sebegitu kita tak boleh jangka akan berlaku dalam hidup kita, dalam hal melaga lagakan kawan pun banyak, kekadang tuh kawan atau orang yang paling kita percaya pun mengkhianati kita. Oleh yang demikian, berhati hatilah dan jangan terlalu percaya seratus peratus sesiapapun.

Malam ini tenang, tapi kastemer pun dah balik, sempat aku nak sambung sikit sikit cerita aku ni, hmmmmm lenguh lak badan, kenyang pun kenyang sebab akak aku bawak mee sizzling tadi. he he... burp... alhamdulillah he he....tadi mak ayah aku singgah jap sebab nak gi melawat pekerja dia di kapar. Hm. takpa la... mudah mudahan segala urusan aku akan bertambah baik dari sehari ke sehari, moga hari esok lebih baik dari hari ini dan begirulah seterusnya, moga tuhan memberikanku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi hari hari mendatang, dan moga kejayaan juga akan menantiku di masa hadapan amin. Kesabaran sesungguhnya adalah sebahagian dari iman, ok lah... aku nak sambung balik kerja... ada orang datang lak... salam salam....

No comments:

Post a Comment