Wednesday, November 18, 2009

hujan yang rahmat, kesejukan yang berkat

petang ni sejuk betul rasanya, rasa macam nak demam pun ada jugak ni, takpa balik nanti aku telah panadol atau makan panadol solubel, memandangkan kesejukan didalam badan aku ni jadi aku pun pergi kat kedai depan sambil menikmati sup ekor, fuh sodapnya tapi aku pegi sorang sorang sebab takda kawan nak ku bawak teman. Hari ini aku tak keluar kemana, cuma petang tadi ada panggilan bgtau ada accident di sekinchan, aku gi kejap shoot apa yang patut tapi tidak melibatkan kematian. Awal pagi ni bank dah telepon, ada masalah akaun sikit katanya, takpa la aku dah settlekan masalah itu, walaupun ianya memeningkan tapi takpe la, aku kena siapkan gambar konvokesyen yang banyak lagi belum disiapkan. Entahlah hanya tuhan saja yang tahu betapa banyak benda yang harus aku fikirkan.

suratkhabar harini ada keluar berita aku, yang tak bestnya kejadian kebarakan semalam masuk metro pulak, dah la tagline bukan nama aku, gambar pun gambar aku, ceritanya pulak cerita aku yang diedit wanjai. boleh jadi macam tu pulak. entah la, nanti aku kena rujuk bos aku, ternyata kerjaya wartawan ni amat mencabar, ada kalanya menyeronokkan dan aka kalanya memeningkan kepala, walaupun aku masih baru di bidang ini tapi aku cabar diri aku sendiri utnuk melakukannya, walaupun tiada sekelumit pengetahuan dan pengalaman aku di bidang kewartawanan tapi aku usahakan juga dengan bejalar sedikit demi sedikit. aku yakin usaha akan memberikan kejayaan. tapi sekarang ni aku ada sedikit risau, kekadang yang telepon ni samada yang boleh bagi bisnes atau nak kutip hutang he he, tapi aku ni tak la sampai pinjam along, aku pinjam yang halal punya, tapi bila orang dah nak mintak hutang tu kepala pun jadi pening dibuatnya.

tapi aku anggap apa yang boleh aku buat, aku usahakan sebaiknya. Aku tau aku ni bukan orang kaya dan tak ada tanah berekar ekar, depan rumah mak mertua aku tu banyak la tanah tapi itu bukan aku punya, aku hanya tengok jer, memang keluarga mertua aku ni macam banyak duit, rumah besar besar, kereta besar dan bini pun besar gak he he. Cuma aku ni jer yang macam jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan keluarga bini aku tuh, dah la aku ni tak berapa kaya dan berjaya dalam perniagaan, cuma sekarang ni aku selalu pujuk diri aku, katakan supaya bersabar dan rezeki tu akan sampai nanti, aku mesti yakin dan bersabar. Siapa yang tak cemburu bila melihat orang yang berjaya dan senang dalam hidup, siapa yang tak cemburu bila melihat orang berumah besar, cuma aku tak cemburu kalau orang ada bini besar, he he.

Ayah dan mak aku alhamdulillah sihat, aku bersyukur melihat mereka berdua amat memberikan aku sokongan dan dorongan, merekalah yang terbaik dalam hidup aku, kalau aku dapat putarkan masa, pasti aku akan menjadi anak yang baik dan mendengar kata, pasti aku akan belajar bersungguh sungguh dan sampai ke menara gading, pasti aku akan mendapat jawatan terbaik dalam hidup dan dapat menyediakan rumah dan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan seluruh keluarga aku, pasti aku tidak akan membuatkan ibu dan ayahku menangis kerana kenakalan dan kedegilanku, dan pasti aku akan meluangkan masa sebaiknya bersama mereka.

Malam tadi aku bermimpi, mungkin sebab aku buat banyak berita sampai aku termimpi aku pergi program PM Najib Tun Razak untuk cover berita, lepas tu ada ka patut aku tertinggal kamera kat kereta, jenuh aku mintak tolong polis mintak kebenaran nak amik kamera kat dalam kereta, lepas tuh tak sempat nak shoot PM dah pergi entah kemana, dah tu aku punya la takut sebab tak dapat cover untuk berita dan takut pulak wanjai marah, lepas tuh aku terjaga jadi tak sempat la wanjai nak marah aku ha ha ha... itulah ceritanya.

Entahlah, aku harap hari yang aku lalui akan berubah menjadi lebih baik, moga tuhan memberikan aku kekuatan dan juga meringankan beban aku. Moga tuhan juga memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buatku juga. Aku berharap agar usaha aku akan mendapat kejayaan. Aku redha kalau ditakdirkan aku susah dan apa yang aku boleh buat moga kesusahan ini akan menjadi kesenangan di masa depan. Amin.

-end-

Monday, November 16, 2009

hari yang berikutnyaaaaaaa


aku terpaksa menulis pakai nokia 9300 aku, mungkin aku boleh mencuba samada aku boleh taip laju atau tidak, tapi takpelah, sebelum ni aku ada beli henpon cina e 71 , tapi tangan aku mcm kecik dan takleh berapa nak tekan, takpelah, hari ini suasana mendung, cuaca mendung hati ku pun mendung, tapi kuteruskan kehidupan dan kerja aku macam biasa, 

hari ini staff aku coti, masalah pertama datang dah pagi pagi, aku tkleh la nak kuar sebab opis takda sapa nak jaga, tak dapat la aku ke program kemas kat dewan harini, aku sempat beli surat khabar kat petronas macam biasa, syukur cerita aku masuk muka depan central arini, ada jugak penyedap hati aku sikit, bulan ini aku rasa banyak gak artikel aku hantar, mudah mudahan dapat la 20 artikel bulan ni dan boleh la aku carik duit lebih,

kedai hari ini beroperasi mcm biasa, ada yang cuci dan kad sihat bn pun dekat lebih seribu dah dihantar, mudah mudahan segalanya ok, kerja memang banyak tapi aku kena susun sedikit demi sedikit,

tapi ada kalanya otak aku ni macam jem jer, kadang kadang sedikit hiburan itu perlu dalam hidup, tadi lepas magrib aku temenung jap tengok tepi cermin, alangkah indahnya suasana senyap itu, alangkah hebatnya kesunyian yang menyelinap hati ini, bila aku merasakan kesunyian ini, begitu indah dan nyaman sekali, 

bila selalu bising dan telinga bunyi macam macam, bila masa sunyi betul rasa nyaman, indahnya dunia, tu sebab bila aku dah matikan enjin kereta aku selalu tunggu kejap bagi menghayati kesunyian, tu sebab ada kalanya bila tensen, lebih baik diam dan senyap tak payah cakap apa apa, lebih baik aku pikirkan apa nak buat untuk selesaikan masalah, dan kalau aku terlalu letih memikirkan macam macam, baik aku tidur kejap, paling tidak untuk merehatkan otak aku,

aku ucap terima kasih pada kawan yang sudi menolong aku hari ini, walaupun tak seberapa tapi ianya cukup untuk menunjukkan keikhlasannya, terima kasih banyak sahabat,

malam ni mungkin selesai masalah aku, esok pagi tak pasti lagi, mudah mudahan tuhan meringankan beban aku dan berikan aku kekuatan insyaallah, aku akan terus berdoa dan berusaha juga mengharap akan keajaiban tuhan, tak salah aku mengharapkan keajaiban tuhan sebab aku dah berusaha sebaik mungkin dan aku yakin tuhan pasti memberi aku peluang untuk berjaya,

aku akan tetap berusaha dan berdoa, dan aku tau ramai sahabat yang memberikan aku semangat dan dorongan, aku takkan lupakan jasa kawan kawanku yang memahami, biarlah kita sama sama berusaha untuk berjaya

Saturday, November 14, 2009

hari yang mendung


Alhamdulillah aku meneruskan hidup aku seperti biasa, pagi ni aku pergi rantau panjang untuk ambil berita operasi rela dan tengaharinya pula ke sekolah agama untuk program sekolah, setidak tidaknya aku tak perlu pikirkan macam macam yang sering menggangu kepala aku. ternyata kesibukan aku hari ini walaupun memenatkan tapi aku lebih rela penatkan badan dari penatkan otak aku.




semuanya seperti biasa, aku nak balik awal hari ni, nak luangkan masa bersama famili aku. hal hal lain aku letak sekejap ke tepi. aku pun tak berapa ada idea nak menulis tapi aku sengaja membiarkan tangan aku menari mari di papan kekunci sambil melayan perasaan. hari ini aku dah hantar 3 berita tapi macam biasa banyak ayat aku yang tak berapa boleh pakai, banyak yang salah dan banyak ayat yang tak cantik. nyata sekali banyak yang aku perlu pelajari untuk menjadi seorang wartawan. tapi tak mengapa, aku akan cuba berusaha walaupun aku tau otak aku ni macam dah ada karat sikit sikit, kalau ayat bunga atau ayat pasar mungkin aku tak menjadi masalah, ternyata ayat untuk buat berita memerlukan otak dan akal untuk disusun dan diatur menjadi menarik untuk dibaca dan dilihat.




semuanya aku jadikan pengajaran, walaupun aku tak berapa pandai menulis, tapi yang penting fakta tu betul dan tepat. aku masih baru didalam bidang ni dan aku pasti sesiapapun pasti banyak masalah pada permulaan, lagipun aku tak ada latarbelakang di bidang penulisan. apa yang penting aku akan cuba belajar lagi.








Thursday, November 12, 2009

Penyakit B1N1 verses H1N1

Mudah mudahan harini tuhan perkuatkan semangatku dan ringankan beban hidupku. Pagi pagi lagi bank dah telepon duit tak cukop, kejadian semalam masih lagi memeningkan kepala aku, buat julung julung kalinya bini aku melihat blog aku ni, sesuatu yang memeranjatkan dia sebab didalamnya banyak gambar pompuan, yang terbaru gambar budak petronas tuh, punya la mengamuk bagai nak rak, aku tak tau nak jawab apa, dan aku tak boleh memaksa dia untuk memahami diri aku ni. Dan aku tak pasti dimana silapnya, adakah aku yang silap atau dia. Aku serahkan semuanya pada takdir. Pada aku apa yang aku tulis di blog ini dan gambar yang disiarkan hanya sekadar cerita dan untuk dikongsi bersama sesiapa yang sudi. Bukan niat aku untuk menyusahkan sesiapa dan berniat tidak baik untuk sesiapapun. tapi bolehkah dia memahami keadaan ini atau perlukan aku korbankan segalanya untuk dia.

Aku tak pasti walaupun sudah lama menjalani kehidupan berumahtangga, banyak yang aku korbankan untuknya tapi aku tak pasti pengorbanan ini dilihat atau dihargai. Walaupun demikian aku tetap terima kalau aku dipersalahkan, kalau yang baik dan benar biarlah dia yang menerima anugerahnya. Dia seorang isteri yang baik dan aku saja yang tak pandai menjaga rumahtangga, aku selalu melukakan hatinya kerana perangai aku yang suka berkawan ramai, lagi lagi dengan perempuan. Sikap aku sebegini sememangnya tidak dia senangi, dia selalu terluka dengan perangai aku yang ambil berat tentang orang lain dan dia merasakan aku tidak mengambil berat tentang dirinya. Sebagai seorang suami dan lelaki aku cuba melakukan yang terbaik dalam hidup aku.

Terlalu banyak yang aku kena pikirkan untuk aku teruskan kehidupan aku sekarang ni, ada kalanya aku tak sanggup menerima dugaan yang sebegini kuat, masalah rumahtangga, masalah perniagaan, masalah kewangan dan lain lain lagi sering menyerang aku dari segenap ruang. kenapa la tak ada ruang untuk aku bernafas dengan selesa. Celik mata jer mula ada masalah, bila nak masuk tidur jer mulalah susah nak tidur memikirkan perkara macam macam. Sudah setahun aku berniaga, saat untuk aku rehat hanyalah aku bangun lewat, kalau rasa nak demam aku minum panadol soluble, besok pagi mudah mudahan ok la.

Semalam juga ayah aku sakit keracunan makanan dan muntah muntah, aku sedih mengenangkan keadaan aku dan ibu bapaku, alangkah baiknya kalau aku dapat bermanja manja denan ayah ibuku seolah zaman kanak kanak. Berbeza pula di zaman dewasa dan berumahtangga. Aku dah tidak dapat bermanja dan selalu menjenguk ibu ayahku. Aku tak ahu dimana silapnya, setiap kali aku melihat ibu dan ayahku sakit atau tak sihat, aku rasa mata aku ni berair jer, aku tak nafikan kasih sayang aku dengan kedua duanya teramat amat mendalam. Kasih yang tidak terbanding hinggakan malam tadi aku bermimpi memeluk ayahku dan tanpa disedari air mata mengalir.

Aku sentiasa berdoa agar kedua ibu bapaku bahagia dan gembira selalu, walaupun aku tak mampu memberikan kebahagiaan dan kebanggan buat mereka, aku masih berharap aku dapat membawa mereka ke mekah dengan duit hasil usaha aku sendiri. Walaupun sekarang aku menghadapi banyak masalah dari segenap sudut dan ruang, aku akan tetap bangun dari jatuh walaupun bertongkat atau merangkak. Aku tahu memang susah untuk hidup berniaga, macam macam cabaran yang harus ditempuhi, aku bersedia tetapi sebenarnya persediaan aku tak cukup kuat, walaupun kekuatan aku kurang tapi aku akan terus bertahan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Aku tetap teruskan kehidupan aku walaupun penuh dengan dugaan dan cabaran dengan harapan satu cahaya akan muncul dihadapan aku. Aku akan tetap bersabar dengan dugaan yang aku alami. Tapi tak tau la nanti kalau ada masuk berita harian aku orang bunuh diri depan kedai ker tak tau la, tapi mintak dijauhkan Aku ucapkan terima kasih banyak banyak pada sesiapa sahaja yang menolong aku samada bentuk sokongan moral dan material. Moga tuhan saja yang mampu membalas jasa anda semua, buat keluarga tetap aku tidak lupakan, buat isteriku yang disayangi, kuserahkan padamu samada boleh terima aku sebegini atau tidak. Buat wanjai bos shah alam, thanks for trusting me to become a stringer, and also thanks for being a friend. Aku pasti cerita dan ayat sebegini tak boleh masuk surat khabar......

-end-