



Alhamdulillah hari ini kita teruskan perjalanan hidup seperti biasa. Aku mengambil masa seberapa ketika untuk menulis beberapa patah ayat. Hari ini macam biasa kerja seharian, sabtu dan ahad jadual alhamdulillah penuh. Aku bersyukur semuanya kuasa tuhan, dialah juga yang memberikan dugaan dan dialah juga yang memberikan kebahagiaan. Hari ini aku rasa macam nak demam jer pagi pagi, apa taknya badan aku tak rehat langsung ni, hujung minggu patutnya rehat, tapi kerja tak rehat, sabtu ahad jer jadual kesana dan kemari, tapi aku tak ada masalah dengan itu semuanya, dah menjadi kerja dan rutin hidup aku, kalau aku letih aku tidur la kejap. lepas tuh sambng balik. dan satu lagi, kalau aku tidur tuh maknanya aku ada banyak masalah la. nak buat cemana, mungkin penat sangat nak pikir jadi aku bawak la tidur, mudah mudahan dapat la idea idea bernas masa tidur nanti.
Aku pernah di tanya kawan baik aku, kenapa dalam blog ini macam aku ada banyak sangat masalah dan dugaan, sedangkan bila berjumpa dengan orang lain, berbeza sangat dan aku masih boleh bergumbira dan senyum. Itulah aku pun pelik jugak kenapa jadi camtuh. memang la dalam hidup aku, aku tumpang gembira kalau kawan aku gembira, aku turut macam sedih kalau kawan aku sedih, dan satu perkara lagi, takkan la kita nak cerita semua masalah dan isi hati kita pada kawan kan, sebab aku rasa tak semuanya sanggup mendengar luahan hati dan kedukaan kawan kawan, kawan masa gembira sudah tentu ramai, kawan di masa sudah tak ramai pun. Tapi aku cukup berterima kasih pada kawan yang ambil berat dan tanya masalah aku. aku cukup berterima kasih kerana bersimpati dan ambil berat kat aku. Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.
Insyaallah blog ini bukan untuk menunjukkan rasa kesedihan aku. ianya sekadar memberikan semangat untuk aku menjadi kuat dan mungkin juga boleh menjadi pedoman untuk orang lain bahawa tak semuanya orang di dunia ini bernasib malang, ada lagi yang lebih malang dan tidak bernasib baik dari kita. Setiap orang ada caranya untuk meluahkan perasaan dan menenangkan jiwa dan sanubari. Samada memandang ke langit, memandang air laut yang membasahi pantai, ataupun memandang sawah padi yang luas terbentang. apa yang penting kita mempunyai satu kegiatan yang boleh menenangkan jiwa. Kita juga digalakkan berzikir dan memberbanyakkan membaca ayat quran untuk menenangkan jiwa kita, dan aku juga menasihati diri aku dan semuanya agak ada kalanya kita berzikir dan mengingati tuhan. mudah mudahan kita mendapat petunjuk dari tuhan mudah mudahan.
Dalam kehidupan aku, aku cuba menggembirakan sesiapa saja yang mengenali aku, sebab aku ni pada asalnya pemalu, tapi aku cuba untuk tidak menjadi pemalu, sampai ada kalanya terlebih peramah, he he. lagipun ianya baik untuk promosi dan perniagaan aku, dan aku ikhlas bukannya hanya semata mata untuk perniagaan. Aku kalau berkawan biarlah sepanjang hayat. sebab berkawan biarlah seramai yang mungkin, jangan kita memusuhi orang sebab aku taknak orang memusuhi dan membenci aku. kalau orang benci kita dalam diam itu takper lah biar tuhan saja yang membalasnya. Dan apa yang paling penting, kita mesti ikhlas walaupun keikhlasan itu tidak dilihat pada mata sesama manusia, tuhan maha mengetahui. Kita wajib percaya pada hukum karma kan, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati diri aku dan pada kawan baik aku, sentiasa bersabar kalau ada menghadapi masalah atau musibah, kerana tuhan itu maha adil, dia akan menduga kita dan selepas itu barulah kita akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan. Kalau kita dilanda duka didalam hati, fikirkanlah orang yang lebih bernasib malang dari kita. Fikirkan juga benda benda yang manis dalam hidup kita, insyaallah kita akan bertenang. Hari ini aku pening memikirkan hal bisnes, pagi pagi bank dah telepon suruh masukkan duit, dah la badan aku rasa macam nak demam, seram sejuk masih lagi terasa...syukur alhamdulillah ada juga sumber kewangan yang aku perolehi, sebenarnya hari ini aku tensen, tapi aku pujuk hati dengan taknak memikirkan masalah itu sangat dengan membuat kerja kerja yang patut sambil berbual dengan kengkawan. Aku tak boleh melayan perasaan gundah gulana dalam hati ini, nanti berlebih lebih, aku kena ambil langkah positif untuk berfikiran terbuka dan merancang sesuatu yang baik. dan sambil tu kena la berdoa dan bertawakal semoga tuhan membuka pintu rezeki aku dan memberikan aku kesenangan di dunia dan akhirat. Syukur juga petang ni ada la jugak penuh kedai aku ni orang cuchi gambar, alhamdulillah.
Dan aku juga mengharapkan sokongan kawan kawan dalam kerjaya aku, sebab aku juga sering berdoa pada semua kawan kawan aku agar semuanya berjaya di bidang masing masing. Bila kawan kawan memberikan galakan dan sokongan sudah cukup untuk memberikan aku kekuatan untuk berjaya. Bukan senang nak senang kan... bukan susah nak susah..... Kudoakan semua sahabat dan kengkawan agar sehat sejahtera dan bahagia selamanya....
-end-
amboi..tajuk kelass gitu
ReplyDeletegambar pengantin tu memang cantik.. bole la amik gambar saya nanti.hehee
pepe pun, teruskan usaha majukan perniagaan..sy doakan perniagaan abg berjaya..amiinnn