Tuesday, August 25, 2009

ANAK BULAN TIDAK KELIHATAN YANG NAMPAK ANAK ORANG JER



Syukur alhamdulillah, puasa telah datang dan syawal juga bakal menjelang, terasa begitu cepat sangat masa berlalu, masih terngiang ngiang takbir raya tahun lepas dan sambutan pembukaan kedai aku ni masa raya tahun lepas gak, hmm apapaun aku bersyukur Allah berikan aku nikmat untuk hidup lagi dan dapat merasakan puasa di bulan Ramadhan lagi. Aku juga ingin mengucapkan Selamat berpuasa pada sesiapa juga yang mengenali aku. Ternyata bulan yang penuh keberkatan ini akan memberikan kita peluang banyak untuk menebus dosa dan membanyakkan pahala, dan perbanyakkan amalan di dunia untuk kesejahteraan kita di akhirat, kalau sesiapa yang terlalu keduniaan tu bawak bawak la rajin untuk semayang terawikh di mesjid, pada aku pulak ni ada pening sikit, kedai tutup sampai kol sepuluh jadi susah sikit la nak terawikh, kalau ahad tuh insyaAllah sempat la, tapi kalau hari lain pun aku buat jugak, kalau tak berjemaah aku solat terwikh sendiri la kan, boleh jer kalau nak buat, apa yang penting tuhan yang tentukan dosa pahala kita, bukan manusia.

Bulan puasa ni kedai aku tutup sejam dari pukul tujuh hingga sembilan malam. Lepas pukul lapan aku bukak balik dan teruskan bisnes macam biasa, alhamdulillah aku ingatkan bulan puasa ni selow bisnes, tapi aku syukur, ada la jugak kerja dan bisnes yang kena dibuat sampai tak sempat pulak nak tidor siang, biasanya kalau puasa ni kalau dapat tidur siang best betul kan, tapi kalau dah tidur tak ingat ingat pulak untuk bangun. Apapun kita kena gunakan sebaiknya masa yang kita ada, kalau dulu aku tak berapa kesah sangat, tapi sekarang ni aku lain sikit, sekarang ni masa rasanya macam emasintan barlian, kejap betul berlalu, kejap sangat hujung bulan, kejap sangat bil letrik, telepon sampai, kejap sangat kena bayar gaji. Kalau kejap sangat dapat duit takper juga kan. Takper la, apapun aku bersyukur atas ketentuan yang tuhan berikan, dan aku tak akan merungut melainkan memohon agar diringankanlah beban yang aku tanggung ini, moga juga dibukakan pintu rezeki dan aku mendapat kesenangan, insyaAllah.

Kita seringkali inginkan yang terbaik dalam hidup, tapi kita mesti terima segala yang ditentukan, kita tak boleh inginkan yang seronok saja dah tak inginkan kesusahan, mana boleh begitu, kita mesti merasa segalanya asam garam dalam hidup kita, dan segala yang manis itu eloklah kita bersyukur pada tuhan dan pada yang tidak baik itu mintaklah dijauhkan dan seandainya berlaku angaplah itu adalah dugaan dan pengajaran dari tuhan, dan kita mesti beranggapan tuhan itu menyayangi kitalah sebabnya Dia memberikan kita ujian, kalau Dia tak sayang Dia takkan ambil berat pun pada kita. Kita kena banyak bersabar, kalau kita tengok orang kaya dan senang, pikirkanlah hari ini hari dia, hari esok hari kita pulak, takkan tiap tiap hari dia yang punya, mesti salah satu hari tuh Ahmad Albab yang PunyAAAAA HAAAAAA he he... terlajak lak ...

Aku baru lepas berbuka puasa tadi, pukul 8 malam aku masuk balik ke kedai dan sambung kerja balik, hari ini macam biasa, ada kerja nak buat membuatkan aku tak rasa nak tidur, perut tuh lapor tapi tak la seteruk mana, cuma letih jer, lapar dan dahaga ini sebenarnya memberi peringatan kepada kita akan insan insan yang tidak berduit dan tiada makanan macam di somalia dan negara Afrika tuh, kita patut bersyukur dapat semuanya, makan pakai cukup, bahkan aku rasa tak ada dalam negara ini yang mati kebuluran, yang mati sebab terlebih makan ada agaknya. Tapi masih ada lagi yang tak bersykur dan masih meminta minta belas kasihan orang lain, tidak segan silu untuk menghulur tangan meminta sedekah dan simpati, kemana hilangnya rasa malu dan segan itu pada orang lain. Kenapa sampai sanggup menggadai maruah kerana inginkan hamper dan beras sumbangan orang lain. Dan ada juga aku melihat jenis yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki, sentiasa meminta tapi tidak berusaha untuk mendapatknnya, seolah olah ingin disuap makanan ke mulut sendiri tanpa berusaha untuk mencarik duit untuk makan.

Aku akan sentiasa berusaha untuk mengubah nasib aku, aku redha akan ketentuannya, tapi aku akan berusaha yang terbaik dalam hidup aku, hari ini aku bersyukur kerana artikel aku telah masuk dalam surat khabar Berita Harian, dan dengan ini aku telah menjadi seorang SUPERMAN.... eh silap, aku dahpun menjadi seorang wartawan separuh masa atau sambilan, artikel pertama aku yang pertama tentang perusahaan kerepek oleh penduduk desa, hmmm masa mula mula tuh banyak la buat silap, maklum la dah lama sangat aku tak mengarang dan membuat latihan menulis, kalau menulis pun blog jer, kalau blog boleh la tulis macam macam sebab tak da sapa nak check nahu dan silap tulisan. InsyaAllah lama lama aku harap aku akan makin mahir, itu sebabnya aku kena banyak menulis dan membuat karangan dan berita. Aku rasa elok juga aku memohon jadi wartawan sambilan sebab aku selalu ke majlis dan program rasmi, dan aku juga selalu mengambil gambar gambar, aku boleh jadikan "serampang dua mata" dengan menangkap gambar dan membuat berita, mula mula susah, tapi lama lama ok la, "alah bisa tegal biasa" kan, lagipun aku dah sepenuh masa sekarang ni, boleh jugak dapat duit kopi untuk hasil tulisan aku. Lagipun selama ini aku ada jugak menghantar artikel kat Sinar Harian, tapi macam tak dapat apa apa pun.

Aku bersyukur kerana dapat peluang untuk duduk di kerusi lain, dan aku akan cuba buat yang terbaik untuk mengubah nasib aku, dah lama dah aku kepingin untuk menjadi wartawan, cuma aku ingatkan dah tua ni tak da peluang, tapi tak la tua sangat, jiwa muda lagi he he. OK la selamat berpuasa untuk semua. SALAM

-End-

No comments:

Post a Comment