Wednesday, August 26, 2009

MERDEKA MERDEKA MERDEKA




Tidak berapa lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 52. Secara diam tak diam sudah lebih setengah abad kita merdeka. Tapi seringkali kita berbicara perihal kemerdekaan yang akan kita sambut pada 31 Ogos setiap tahun hanyalah laungan MERDEKA di Perarakan sambutannya samada di Dataran Merdeka atau Putrajaya. Adakah kita pernah mengambil masa sejenak untuk merenung apakah erti kemerdekaan dan perjuangan untuk mendapatkannya. Barangkali anak anak yang bersekolah dan mengambil subjek sejarah boleh mengingatinya. Tetapi adakah kita sekadar mempelajarinya semasa kita di sekolah rendah untuk lulus peperiksaan atau kita benar benar memahami dan menghayatinya.

Bertitik tolak dari cerita kemerdekaan inilah lahirnya suasana politik yang ada sekarang. Negara kita yang asalnya ramai dari keturunan Melayu telah mendapat perubahan dengan kemasukan bangsa Cina dan bangsa India. Dan seterusnya digabungkan dengan nama bangsa Malaysia, bangsa Melayu tidak boleh lagi mengatakan ini negara mereka lagi sepenuhnya. Hanya taraf Bumiputera sahaja yang masih digunapakai dan mungkin juga akan hilang sekiranya tidak dijaga dengan baik. Bangsa Melayu hanya dianggap bangsa majoriti di negara Malaysia. Agama Islam yang orang Melayu anuti sekali lagi menjadi kekuatan bangsa Melayu, dengan menjadikannya agama rasmi mudah mudahan memperkukuhkan lagi keutamaan bangsa Melayu di negara ini.

Kalau dikaji sejarah, Bangsa Melayu adalah bangsa yang paling banyak dijajah, Bermula dari Zaman Kesultanan Melaka hinggalah sebelum Merdeka. Akibat dari kurangnya sepakat dan bersatu, akibat dari kurang sikap setiakawan dan kerjasama. Seringkali kita akan lihat, bila sesuatu kaum itu maju, ada pula seseorang didalam kaum itu akan menjatuhkan sesama sendiri. Mungkin inilah yang terjadi di negara kita, Sebuah bangunan yang memerlukan bertahun tahun untuk didirikan hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk dirobohkan. Kita sebagai manusia lebih seronok mendengar fitnah dari kata kata kebaikan tentang orang lain.

Beberapa hari lepas di pilihanraya Permatang Pasir, PAS menang dengan majoriti yang kurang dari PRU ke 12 tempoh hari, walaubagaimanapun mereka tetap menang dengan bergaya, mungkin juga Barisan Nasional menghantar calon yang ada sedikit rekod yang kurang bersih. Apapun rakyat telah memberikan kata putus, sebarang ulasan dan kesimpulan boleh kita buat sendiri, yang menang dan yang kalah kita dah tahu, yang kalau boleh buat 'post mortem' dan yang menang boleh bergembira. Ramai yang membuat kesimpulan dan ada yang membuat andaian, tapi semuanya kita tak pasti mana sesahihannya. Kedua dua pihak masing masing ingin menegakkan kebenaran.

Kalau kita berbalik dari sejarah, dari manakah asalnya perpecahan politik ini, yang pada asalnya murni dan suci untuk membela rakyat, kini sudah menjadi kotor dan hina kerana mencaci dan memfitnah sesama manusia. Kenapa mereka berpecah dan mencipta parti lain, kenapa ada haluan yang berbeza walaupun kita adalah sesama manusia. Adakah kerana terdapat kelompok yang tidak dapat apa yang mereka inginkan, atau terdapat kelompok yang tidak puas hati terhadap pemimpin yang memimpin, atau ingin merasakan tidak puas hati tentang sesuatu. Kita boleh cuba bertanya kepada mereka dan mereka akan menjawab satu persatu masalahnya sebagai tanda protes dan tidak puas hati.

Apa yang boleh kita lihat, bukannya besar sangat masalah yang mereka hadapi dan sebenarnya kita boleh bersatu, cuma kita masih angkuh untuk mempertahankan pendirian kita, tidak mahu beralah dan kuat dengan ego masing masing. Boleh dikatakan setiap pemimpin yang lantang berkata-kata tidak mahu mengambil langkah untuk bersatu dan sering menuding jari menyalahkan orang lain dan menganggap diri mereka cukup sempurna. Baru baru ini kedengaran PAs ingin cuba berbincang sesama UMNO tetapi tidak kemana akhirnya, tak dapat dipastikan kemana akhirnya cerita tersebut. PAS seakan angkuh dengan pendirian Islamnya itu tetapi agak pelik kerana sanggup untuk bersatu dengan agama lain untuk menolak UMNO yang sama pegangan dan sama mengucap dua kalimah syahadah.

Kadangkala kita tidak pasti mana satu untuk kita percaya, semua suratkhabar berbeza beza ceritanya, berita harian, utusan dan akhbar semuanya bercerita tentang kerajaan tetapi harakah menulis lain pulak ceritanya, hanya suratkhabar sinar menulis untuk kedua dua belah pihak. Yang mana satu kita boleh percaya, kebanyakan wartawan sekarang seolah olah lupa etika kewartawanan yang mereka pelajari. segalanya tidak penting lagi tentang etika, Fitnah dan cacian dengan selambanya ditulis di akhbar, kalau dulu semua berita berdasarkan fakta, tapi kini berbeza. Kita sebagai pembaca eloklah berfikir dan menilai sendiri samada cerita itu benar atau salah.

Ada kalanya tidak salah kita menerima kelamahan diri kita dan menerima kelemahan orang lain, kita patut tahu kita tidak sempurna,sesekali kita patut cuba belajar dari orang lain. Jangan sesekali menganggap diri kita sempurna. "Kalau memandang awan di langit, rumput dibumi dilupa jangan". Di bulan Ramadhan yang mulia ini sepatutnya kita mengambil kesempatan untuk bertaubat dan mengenang kesalahan dan dosa kita pada sesama manusia. Dosa dengan tuhan boleh kita mohon keampunan dariNya, tapi dosa sesama manusia takan diampunkan selagi kita tidak memohon ampun dari manusia itu sendiri. Kita semua sudah tahu tentang maksud firman Allah itu, tapi kita sering melupakannya akibat dari sikap sombong dan bongkak yan menebal dalam diri kita.

Kesimpulannya, bersatulah kita wahai bangsa Melayu, kita adalah serumpun, negara ini negara kita, kita mempunyai agama yang sama, menyembah tuhan yang sama, janganlah nanti negara yang kita cintai ini akan menjadi milik bangsa lain, dimanakah akhirnya peruangan kita nanti, berusahalah yang terbaik untuk hidup kita, berusahalan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kewangan, Islam inginkan kita bersatu, islam adalah agama suci yang boleh menyatukan umatnya, kenapa tidak di malaysia, kenapa islam tidak boleh menyatukan UMNO, PAS, PKR (Islam) ?. Adakah selama ini kita terlupa atau lalai dalam menghayati perjuangan Islam itu sendiri.

Ambillah masa kita sejenak untuk memikirkan dimanakah kedudukan kita pada 10, 20 30 tahun akan datang. Dimanakah anak cucu kita akan belajar, bekerja dan berniaga. Masih adakah lagi kesan perjuangan bangsa kita atau perjuangan itu telah gagal kerana manusia seagama dengan kita yang menghancurkannya.
Wassalam.

End.

Tuesday, August 25, 2009

ANAK BULAN TIDAK KELIHATAN YANG NAMPAK ANAK ORANG JER



Syukur alhamdulillah, puasa telah datang dan syawal juga bakal menjelang, terasa begitu cepat sangat masa berlalu, masih terngiang ngiang takbir raya tahun lepas dan sambutan pembukaan kedai aku ni masa raya tahun lepas gak, hmm apapaun aku bersyukur Allah berikan aku nikmat untuk hidup lagi dan dapat merasakan puasa di bulan Ramadhan lagi. Aku juga ingin mengucapkan Selamat berpuasa pada sesiapa juga yang mengenali aku. Ternyata bulan yang penuh keberkatan ini akan memberikan kita peluang banyak untuk menebus dosa dan membanyakkan pahala, dan perbanyakkan amalan di dunia untuk kesejahteraan kita di akhirat, kalau sesiapa yang terlalu keduniaan tu bawak bawak la rajin untuk semayang terawikh di mesjid, pada aku pulak ni ada pening sikit, kedai tutup sampai kol sepuluh jadi susah sikit la nak terawikh, kalau ahad tuh insyaAllah sempat la, tapi kalau hari lain pun aku buat jugak, kalau tak berjemaah aku solat terwikh sendiri la kan, boleh jer kalau nak buat, apa yang penting tuhan yang tentukan dosa pahala kita, bukan manusia.

Bulan puasa ni kedai aku tutup sejam dari pukul tujuh hingga sembilan malam. Lepas pukul lapan aku bukak balik dan teruskan bisnes macam biasa, alhamdulillah aku ingatkan bulan puasa ni selow bisnes, tapi aku syukur, ada la jugak kerja dan bisnes yang kena dibuat sampai tak sempat pulak nak tidor siang, biasanya kalau puasa ni kalau dapat tidur siang best betul kan, tapi kalau dah tidur tak ingat ingat pulak untuk bangun. Apapun kita kena gunakan sebaiknya masa yang kita ada, kalau dulu aku tak berapa kesah sangat, tapi sekarang ni aku lain sikit, sekarang ni masa rasanya macam emasintan barlian, kejap betul berlalu, kejap sangat hujung bulan, kejap sangat bil letrik, telepon sampai, kejap sangat kena bayar gaji. Kalau kejap sangat dapat duit takper juga kan. Takper la, apapun aku bersyukur atas ketentuan yang tuhan berikan, dan aku tak akan merungut melainkan memohon agar diringankanlah beban yang aku tanggung ini, moga juga dibukakan pintu rezeki dan aku mendapat kesenangan, insyaAllah.

Kita seringkali inginkan yang terbaik dalam hidup, tapi kita mesti terima segala yang ditentukan, kita tak boleh inginkan yang seronok saja dah tak inginkan kesusahan, mana boleh begitu, kita mesti merasa segalanya asam garam dalam hidup kita, dan segala yang manis itu eloklah kita bersyukur pada tuhan dan pada yang tidak baik itu mintaklah dijauhkan dan seandainya berlaku angaplah itu adalah dugaan dan pengajaran dari tuhan, dan kita mesti beranggapan tuhan itu menyayangi kitalah sebabnya Dia memberikan kita ujian, kalau Dia tak sayang Dia takkan ambil berat pun pada kita. Kita kena banyak bersabar, kalau kita tengok orang kaya dan senang, pikirkanlah hari ini hari dia, hari esok hari kita pulak, takkan tiap tiap hari dia yang punya, mesti salah satu hari tuh Ahmad Albab yang PunyAAAAA HAAAAAA he he... terlajak lak ...

Aku baru lepas berbuka puasa tadi, pukul 8 malam aku masuk balik ke kedai dan sambung kerja balik, hari ini macam biasa, ada kerja nak buat membuatkan aku tak rasa nak tidur, perut tuh lapor tapi tak la seteruk mana, cuma letih jer, lapar dan dahaga ini sebenarnya memberi peringatan kepada kita akan insan insan yang tidak berduit dan tiada makanan macam di somalia dan negara Afrika tuh, kita patut bersyukur dapat semuanya, makan pakai cukup, bahkan aku rasa tak ada dalam negara ini yang mati kebuluran, yang mati sebab terlebih makan ada agaknya. Tapi masih ada lagi yang tak bersykur dan masih meminta minta belas kasihan orang lain, tidak segan silu untuk menghulur tangan meminta sedekah dan simpati, kemana hilangnya rasa malu dan segan itu pada orang lain. Kenapa sampai sanggup menggadai maruah kerana inginkan hamper dan beras sumbangan orang lain. Dan ada juga aku melihat jenis yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki, sentiasa meminta tapi tidak berusaha untuk mendapatknnya, seolah olah ingin disuap makanan ke mulut sendiri tanpa berusaha untuk mencarik duit untuk makan.

Aku akan sentiasa berusaha untuk mengubah nasib aku, aku redha akan ketentuannya, tapi aku akan berusaha yang terbaik dalam hidup aku, hari ini aku bersyukur kerana artikel aku telah masuk dalam surat khabar Berita Harian, dan dengan ini aku telah menjadi seorang SUPERMAN.... eh silap, aku dahpun menjadi seorang wartawan separuh masa atau sambilan, artikel pertama aku yang pertama tentang perusahaan kerepek oleh penduduk desa, hmmm masa mula mula tuh banyak la buat silap, maklum la dah lama sangat aku tak mengarang dan membuat latihan menulis, kalau menulis pun blog jer, kalau blog boleh la tulis macam macam sebab tak da sapa nak check nahu dan silap tulisan. InsyaAllah lama lama aku harap aku akan makin mahir, itu sebabnya aku kena banyak menulis dan membuat karangan dan berita. Aku rasa elok juga aku memohon jadi wartawan sambilan sebab aku selalu ke majlis dan program rasmi, dan aku juga selalu mengambil gambar gambar, aku boleh jadikan "serampang dua mata" dengan menangkap gambar dan membuat berita, mula mula susah, tapi lama lama ok la, "alah bisa tegal biasa" kan, lagipun aku dah sepenuh masa sekarang ni, boleh jugak dapat duit kopi untuk hasil tulisan aku. Lagipun selama ini aku ada jugak menghantar artikel kat Sinar Harian, tapi macam tak dapat apa apa pun.

Aku bersyukur kerana dapat peluang untuk duduk di kerusi lain, dan aku akan cuba buat yang terbaik untuk mengubah nasib aku, dah lama dah aku kepingin untuk menjadi wartawan, cuma aku ingatkan dah tua ni tak da peluang, tapi tak la tua sangat, jiwa muda lagi he he. OK la selamat berpuasa untuk semua. SALAM

-End-

Thursday, August 13, 2009

bertamu di kalbu......syahdunya hatiku umpama kabus menyelubungi langit






Harini ini macam macam perasaan yang aku lalui, hanya tuhan yang menguatkan hati aku, pagi tadi aku kena pegi pejabt mara, pasal pinjaman la apa lagi, apa yang boleh aku katakan, patut laorang ramai pergi pinjam dekat along, salah satu sebabnya pegawai maranya yang sombong dan tak berapa pandai nak menyelami hati orang yang meminjam, bukannya kami taknak bayar, cuma mengharapkan agar meerikan kami masa dan sebanyak sedikit membantu meringankan tekanan untuk membayar hutang, apa yang aku alami tadi betul betul menyentap sanubari, aku rasa pegawai tuh macam tak pernah berniaga, mngkin tak pernah langsung dalam hatinya menyelami hati seorang peniaga agaknya, entah la, apa yang boleh aku simpulkan, dia hanya bertanya kenapa tak nak bayar dan itulah soalan yang sentiasa akan ditanyakan, bukannya bertanya apakah masalahnya atau apa yang boleh pihak mara bantu, setidak tidaknya cuba lah menyelami hati aku ni, bila dah berniaga baru kita akan dapat rasa apa masalahnya, lagipun tak semua perancangan yang kita buat akan mendapat keputusan yang dijangkakan, aku berkata dalam hati aku ini, kalau aku kaya, aku tak payah la nak pinjam, kalau aku kaya, mara tu aku beli dan pecat pegawai yang sombong macam tuh, masa kat dalam tuh aku rasa macam nak nangis jer, tapi tak boleh la, dah la pegawai tuh pompuan, he he, menangis tuh tak la.. tap aku kecewa dengan desakan dan pertanyaan bila nak bayar?.... takpe la.. kali ni aku di pihak yang meminjam, memang akan kena macam tuh, kena la diam jer, bila semuanya dan settle, aku balik la kedai, sampai lak surat merah tnb suruh bayar, alahai tak sampai 150 pun kedai surat merah, hmm kena la ke pajabat tnb bayor pulak, sabor jer la... aku begitu sedih hari ini, begiu sayu dan lemah hati ini, tak tau nak mengadu dengan siapa, lemah jiwa aku hari ini, harapnya aku mampu bertenang dan tak buat kerja bodoh, semoga tuhan perkuatkan hati dan jiwa aku, ya tuhan, berilah aku kekuatan, sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah, ringankanlah beban yang kau berikan kepadaku, dan berikanlah aku kesejahteraan dan kesenangan serta rezeki yang murah, aku akan berusaha untuk yang terbaik, dan aku redha dengan ketentuan darimu yaalllah, setiap hari aku menghitung masa dan ketika menyelesaikan masalah yang sering muncu di hadapanku, akutakan lari dari masalah itu, aku akan mencuba selesaikannya satu persatu, aku yakin dengan setiap dugaan tu pasti akan muncul satu kebaikan dan juga satu keajaiban.

Petang ni pulak seglanya macam biasa, mendung jer, semendung hati aku, semendung jiwa aku semendung perasaan aku, entahlah, kalau aku mampu lari dari masalah, dari awal sudah aku lari, andai aku mampu undurkan masa, akan aku belajar bersungguh sungguh hingga jadi pandai dan boleh berjaya dalam bidang yang aku ceburi, tapi segalanya tidak mungkin, segalanya sudah ditentukan tuhan samada baik atau buruk, cuma yang membezakan orang yang berjaya atau gagal adalah kesabaran dan ketahanan mentalnya, itu yang aku sedang harungi sekarang, ternyata begitu kuat dugaan tersebut dan tak boleh orang lain merasanya melainkan diri aku sendiri, mngkin juga ada yang mengatakan aku mungkin silap kerana berhenti kerja dan kerja sendiri, mungkin orang kata aku silap sebab dah elok elok makan gaji nak berhenti kerja pulak, biarlah apa orang lain nak kata, tapi aku tetap dengan keputusan aku dan aku tetap yakin apa yang aku telah putuskan untuk hidup aku, dengan doa dan harapan serta usaha, aku yakin pasti berjaya, memang orang akan pasti bertepuk tangan dan melompat lompat ala doremon kalau aku gagal, apapun yang berlaku, aku akan bangun seandainya jatuh, aku akan bertongkat seandainya kakiku lenguh, apapun aku akan berusaha bersungguh sungguh, moga tuhan memberkati perjuangan aku ini, walaupun bukannya perjuangan yang besar, tapi ianya perjuangan untuk hidup dan berjaya, perjuangan untuk membuktikan aku anak melayu yang mampu berjaya. setiap kali aku masuk duit kat bank, sringkali aku memujuk hati aku, hari ini 100 hengget, esok lusa 100 ribu hengget, insyaallah, kita mesti yakin dan percaya, dan ditambah engan doa, mudah mudahan tuhan akan permudahkan hidup kita,

Moga tuhan perkuatkan iman, semangat dan kesabaranku. Amin.

Friday, August 7, 2009

Anak Itik Terbang Melayang, Anak Ayam Berenang Renang




Hm… jam dah pukol satu lebih dah, aku masih tak tidur lagik, tadi balik dari kedai lewat sikit, ingatkan nak minum dengan kawan, tadi cuci gambor lambat, tu sebab tutup lambat sikit tuh, baru nak duduk jer orang rumah dah call suruh amik lak, hmm potong stim tul, hmm takpe la nak wat cemana, alik jer umah aku terus bukak tudung saji dan belasah apa apa yang patut, apa taknya lapar banget, lepas mandi dan solat isyak, lepak jap tengok astro, tapi citer CSI takder lak kat AXN, tengok apa apa yang patut jer, ingatkan nak baring dah, tapi perut masih macam penuh lagi lak, nak tidur pun tak sesuai sebab nanti senang jadi lemak he he, jadi aku cuba melayan perasaan dan perasan aku dengan menulis, lepas tuh esok paginya aku aplod la kat blog aku, Tarikh 8 ogos 2009 hari ni, kalau tahun lepas eemuanya berebut tarikh masa tuh nak kawin, hmmm kalau orang jawa lak biasanya diorang tengok kalendar jawa, gedong la,keliwon la dan macam macam lagi, yang pasti aku ingat adalah cerita malam jumaat keliwon, he he cerita seram masa aku kecik kecik dulu, sekali la dengan cerita penangkal ilmu teloh, masa dulu artis Indonesia yang popular kalau bab cerita hantu ni Suzanna.. he he sama dengan nama akak aku, Cuma rambut akak aku kerinting dan hantu tu pulak panjang lurus he he, kekadang jer akak aku tuh naik hantu… he he jangan marah. Hari ini kedai aku seperti biasa,Cuma kurang masyuk sikit, takper la, kita kena selalu berdoa moga setiap hari akan lebih baik dari semalamnya, insyaallah,. Aku sekarang ni tengah menulis sambil melayan lagu yang sangat sangat syahdu dan menusuk hati aku yang sentimental ni Lonely Sheperd la, dari semalam aku dah layan lagu ni, jenis aku memang akan putar lagu ni beulang ulang kali sampai aku boring, aku pasang selo selo, bini dah tido bior la dia melayan mimpi indah, aku ni tak ngantuk lagi, jadi aku amik kesempatan ini untuk menulis apa apa yang patut,

Sesungguhnya hati aku ni hanya tuhan yang maa mengetahui, tak dapat kugambarkan betapa segenap perasaan yang bergelumang didalamnya, ada masanya hati ini tenang, ada masanya hati ini resah, ada masanya hati ini risau, dan berbagai lagi, Cuma apa yang aku mampu lakukan adalah menyelaraskan perasaan aku ini, dan berbanyakkan bersabar. Sebab aku yakin tuhan maha mengetahui dan Dia telah memberikan jalan, Cuma aku kena buersaha untuk mencarinya dan jangan menyerah kalah, aku perlu bertenang untuk menghadapi dugaan tuhan, aku kena banyak bersabar dan sambil itu menyusun strategi untuk menjadi orang yang berjaya, dan aku nak biarlah aku berjaya dengan cara aku sendiri, aku yakin aku boleh, dan aku tau, tak semuanya boleh aku minta bantuan dan pertolongan, aku tau seandainya aku jatuh aku tak pasti ada yang sanggup memapah aku untuk bangun, aku mesti bangun sendiri, teringat juga aku pada lagu jentayu nyanyian Shila Majid dan Nora, Patah sayap bertongkat paruh, begitulah yang sepatutnya, jangan bergantung pada orang lain, berusaha bersungguh sungguh sampai berjaya, macam lagu My Way tu la jugak, bila aku dengar iklan ang ada lagu tuh, masa tuh kisah dato azhar mansor tengah dikagumi, seronok aku tengok iklan tuh, betul betul memanah sanubari aku, alangkah baiknya jika kita berjaya dalam apa yang kita cita citakan, alangkah baiknya jika kita berjaya mengharumkan nama bangsa dan Negara, alangkah baiknya jika kita berjaya menjadi idola setiap manusia, aku juga merenung dan menyelami perasaan aku sendiri sambil bertanya, apakah sumbangan aku pada agama, bangsa dan Negara aku, aku nilai juga pada diri aku ni, ada la jugak sikit sikit, adala, tapi tak boleh dibanggakan sangat, bangga sikit sikit dalam hati jer … takpe la.. paling tidak aku ni rasanya tak la menyusahkan sesiapa pun, paling tidak aku ni bukanlah sampah masyarakat, paling tidak aku masih boleh berbalas senyuman dengan orang lain, paling tidak aku boleh menberikan sumbangan pada penduduk tanjong karang ini khasnya denan perkhidmatan aku sebagai jurugambar. Aku teringat satu pedoman dalam Quran, sebaik baik manusia adalah manusia yang boleh memberikan kebaikan pada orang lain, lebih kurang gitula ayatnya.

Aku harini ada sedikit pening sebab staff aku Katanya nak berenti kerja sebab anak takda sapa nak jaga, hmm penangan hebat jugak kat dalam jiwa raga aku ni, apa taknya nak carik staff yang baik dan boleh percaya susah la jugak, setakat ni aku dah percayakan dia dan dia dah boleh handle mesin, tapi entahla katanya sampai ujung bulan ni katanya, aku kalau banyak pikir aku jadi mengantuk dibuatnya, hmmm aku berserah pada yang maha esa, mudah mudahan tuhan tolong berikan jalan terbaik untuk aku nanti, aku tetap percaya dan aku lebih rela bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian, takper la, aku tau aku ni tak cukup matang dalam dunia perniagaan, aku sering diperlekehkan, dan peluang untuk aku masih belum sampai lag, tapi bukannya bermaksud aku ni tak boleh berjaya, aku boleh berjaya Cuma kena tunggu masa dan ketikanya sahaja, Bila mana aku rasa resah dan tak tenang, aku ambik masa lebih sikit lepas sembahyang tuh, berkata kata dalam hati, memberikan kekuatan pada diri sendiri, memberikan semangat pada jiwa dan sanubari, memberikan santapan rohani untuk jiwa yang kosong dan kehausan, ku tahu diri ini bukanlah hamba tuhan yang benar benar warak dan beriman, tapi aku cuba yang terbaik, hanya tuhan yang maha mengeahui samada amalan kita ini diterima atau tidak, dalam diri aku ni ada kalanya dah tak ada apa apa langsung melainkan perasaan sabar ajer, hanya itulah yang menjadi kekuatan untuk aku, dan aku tetap berdoa moga kesabaran aku ini akan dibalas dengan kejayaan dan kemenangan, Memang dengan menulis aku dapat ketenangan, sebab dari dulu lagi aku suka menulis, Cuma aku menjadi malas dan kecewa sebab tulisan aku ni tak berapa cantik, orang kata tulisan doktor huuu, mengikut cerita dulu dulunya, aku ni memang seorang yang kidal, buat semuanya pakai tangan kiri, dah tuh aku bila tulis tangan kiri mak aku tak bagi, kena tulis pakai tangan kanan, tu la sebabnya tulisan aku tak elok sampai sekarang, he he

Orang kata orang kidal ni kreatif sebab gunakan otak sebelah kanan, sebab orang biasa guna tangan kanan dan pakai otak kiri, betul kot, tapi sampai sekarang aku tak ta aku ni kreatif ker tidak, Cuma apa yang aku ingat masa kecik kecik dulu aku sering mencipta benda macam macam, robot la, pedang thundercat la, masa tuh aku siap bagi pedang aku menyala lagi, kalau tak caya Tanya la kengkawan aku, ingat juga masa dulu cerita CHIPS, ala polis terapik tuh, aku siap buat kotak bulat letak kat basikal macam motor polis, he he macam macam gak yang aku buat, tapi tak lama, semuanya barang aku cipta umurnya tak lama, sebabnya aku sering upgrade dan upgrade sampai rosak langsung ha ha ha, aku pernah buat bilik aku ada alarm, lalu jer berbunyi he he, tapi kejap jer tahannya, he he, macam aku cakap rajin sangat upgrade sampai rosak, kejap aja rasanya zaman bebudak dulu, aku ni anak lelaki tunggal, dan kengkawan aku ramai adik beradiknya lelaki, masih terimbas kenangan masa bebudak dulu, tak sangka cepat benar masa berlalu, ada masanya bila berjumpa kengkawan lama teringat kembali peristiwa masa kecik kecik, semuanya masih segar didalam ingatan, bagu jugak kalau boleh jadi bebudak kecik balik, tak payah susah susah nak pikir macam macam, enjoy ajer, main main main, dan tak payah pikir macam macam, degil jer kena sebat he he, semuanya itu sudah menjadi kenangan, kenangan yang amat mengusik jiwa aku, hmmm tenang betul aku dengar lagu ni, syahdu jer, membuatkan aku boleh mengimbau kembali kenangan kenangan silam, membuat aku mengingati masa masa yang berlalu dalam hidup aku, lagu yang tidak berlirik ini boleh memberikan sejuta maksud dan bayangan, hmmm,aku berharap jiwa aku akan tenang dan boleh berfikir unuk berusaha hingga aku akan berjaya, aku tetap yakin aku akan berjaya, aku tak pandai nak menulis, tapi setidak tidaknya aku berusaha untuk meluahkan perasaan aku, setidak tidaknya tulisan ini mampu memberikan kekuatan untuk diri aku, setidak tidaknya tulisan ini boleh memberikan aku kekuatan untuk terus berusaha. Hmm jap dah pukul 2 pagi, aku rasa cukuplah untuk masa ini, ada masa aku akan menulis lagik, terima kasih pada insan yang sudi membaca dan menyelami diri aku, terima kasih banyak, Salam.

Thursday, August 6, 2009

hmmm mudah mudahan hatiku tenang....





hmmm... sudah sekian lama aku mencari akhirnya jumpa juga lagu yang aku idam idamkan, seringkali kita mendengarnya dikala sinar FM mendendangkan ruangan cetusan hati pada malam yang dingin dan hening, dikala hati aku buat masa ni pening memikirkan banyaknya surat mintak hutang yang sering muncul dikala hujung bulan dan ada kalanya tak tentu bulan membuatkan jiwa aku begitu tertekan dibuatnya. Semuanya adalah dugaan tuhan, aku kena sabar menghadapinya, ramai yang suka kalau kita gagal atau jatuh dan ak ramai juga yang memberikan sokongan dan galakan. Jadi kenalah kita berhati hati memilih kawan, kena la carik kawan yang boleh berada bersama sama kita dimasa kita susah dan dimasa kita senang, dulu aku mungkin tak perasan atau buat tak kesah, sekarang ni aku rasa aku dah tau mana yang aku boleh buat kawan atau lawan, maklumla bila masa aku susah, aku boleh tau sapa yang boleh tolong aku dan berikan sokongan, dan aku juga dah boleh tau mana yang biarkan atau buat tak kesah, aku juga dah boleh tau sapa yang nak menjatuhkan dan berniat nak menjatuhkan aku, tapi segalanya aku serahkan kepada tuhan untuk sebarang keadaan, apa yang penting aku akan berusaha yang terbaik dan aku akan berusaha untuk tidak mengalah, ada kalanya aku rasa aku tersilap langkah, ada kalanya aku rasa aku tersilap perancangan, ada kalanya aku rasa aku terlalai dalam membuat perhitungan, tapi aku dah cukup yakin dengan setiap keputusan yang aku buat, dan aku buat keputsan apa yang kupikirkan terbaik pada masa itu, dan segalanya aku serahkan kepada yang maha kuasa, memang tidak dinafikan ada kalanya keputusan itu memakan diri, dan aku yakin tuhan maha kuasa, dan aku juga yakin bahawa segala kegagalan atau kesilapan itu adalah ketentuan tuhan, dan kesilapan itu juga boleh membuatkan aku menjadi matang dan belajar dari kesilapan aku, dan aku rela gagal sekranya aku dah berusaha bersungguh sungguh dari aku gagal kerana tidak berusaha langsung.

Dah setahun kedai aku beroperasi, aku baru perasan sebab kat simen bawah kedai ada tuls tarikh 4 ogos 2008, hmm dah setahun dah, macam kejap jer masa berlalu, dah setahun jugalah aku menanggun keperitan berniaga, dan setahun jugalah aku belajar untuk berdikari dan carik duit sendiri, dah setahun jugalah aku menguruskan kedai gambar aku ni, dah setahun jugalah pengalaman aku disini, dan bermacam macam lagi yang difikirkan, mampukan aku bertahan dan berjayakah aku nanti di kemudian hari, aku yakin aku tidak gagal kalau aku tidak menyerah kalah dan berputus asa, aku juga yakin yang aku berada dibawah tidak bermakna aku gagal, dan gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya, kata kata semangat sering kutiupkan didalam hati dan sanubari aku, kekuatan semangat perlu untuk aku, itu sebabnya kebanyakan orang melayu kita gagaldalam berniaga kerana kebanyakannya cepat patah semangat dan mudah menyerah kalah, mudah merajuk dan suka untung cepat, memang tidak dinafikan oang melayu masih lemah dalam strategi meniaga, tapi lemah bukan bermakna tak boleh berjaya dan tak boleh hidup, apa yang penting kita jadikan contoh mereka yang berjaya dan cuba ambil motivasi dari kejayaan orang yang dah menempa nama, kita sering tengok tv dan mendengar cerita orang yang berjaya, sesekali cuba korek rahsia kejayaan mereka.

Sekarang ni aku di dunia fotografi, dan aku tengok dunia perniagaan orang melayu amat la lain, masih tak boleh berubah, sama sama berebut pelanggan, dan sama sama juga berebut turunkan harga sebab nak dapat pelanggan, itulah ang menjadi masalahnya, sepatutnya berebut untuk shoot dan edit yang terbaik sambil membuat pakej pakej istimewa, tapi ada yang aku tengok sanggup dan masuk lagi RM150.00 untuk satu roll (36 keping la tuh), harga ini adalah masa 10 tahun dulu, pelik benar aku dengar, lebih lebih lagi aku dah membuat perkiraan secara keseluruhan, untung bersih untuk perkiraan 3 roll pakej sehari fotografi pengantin hanya lebih kurang RM80.00, haaa itu hasil untuk seminggu, kekadang orang lupa untuk tolak itu dan ini, dan satu lagi, kamera digital yang kita pakai tuh jangan lupa bukan harganya seringgit dua, dan perkiraan sekurang kurangnya RM150.00 bagi sekali shoot pun kena la tolak, upah editing pun jangan lupa, dan duit minyak kereta pun sama la sekali yer, kenapa la kita tak kira betul betul, sanggup untung sikit semata mata nak tawan pelanggan, nanti bila dah dapat pelanggan, shot main main sebab merungut tak banyak untung, hmmmm entahla. Aku tidak menafikan, aku sokong geng Candid Syndrome atau Adan atau CST dan beberapa lagi geng fotografi yang ternama, tengok diorang punya harga, cuba la bandingkan dengan harga kita, diorang sekali shoot mak oih.... mau ada sampai puluh ribu, tapi kita cemana pulak, ratus jer... dah tuh pengantin nak suruh macam macam, akhirnya kita berikan hasil yang tidak memuaskan hati pengantin dengan alasan tak balik modal, janganlah kita buat dan kekalkan istilah "Melayu Itu Murah", buangkanlah istilah itu, kita kena sesuaikan harga dengan kualiti kita, buatlah yang terbaik. Tak salah kalau kita tinggikan harga asalkan hasil dan kualitinya meletup, kita boleh berjaya, apa yang penting kita kena belajar untuk buat yang terbaik, amik kursus fotografi, amik kursus potoshop, dan jangan rasa ilmu di dada tuh dah cukup banyak, rajinlah bertanya pada yang senior, dan sentiasa amik makluman dan amik tahu dengan teknik teknik terbaru dan angle yang menarik. sentiasa belajar dan terus belajar.

Ingatlah bangsa kita ni tak besar, sama samalah kita berusaha untuk berjaya di bidang yan kita ceburi, janganlah kita masukkan sampah di periuk nasik orang lain, sama samalah tolong menolong, buangkanlah sikap hasad dengki sesama bangsa kita, orang lain dah mendaki gunung kita baru nak menapak busut, berusahalah untuk berjaya di apa saja bidang yang kita ceburi, Tuhan juga berfirman sebaik baik pekerjaan adalah pekerjaan yang dibuat bersungguh dan sebaik baiknya. OK la moga kita semuanya berjaya insyaAllah. wassalam.