Wednesday, April 29, 2009

Selsema Babi, Sawan Babi, Gila Babi, semuanya Babi




Hmmmm... hari ni aku boring sangat, tak tau la napa sebabnya boring ni, mungkin sebab peristiwa semalam......tapi pada aku semalam sudah berlalu, yang tinggal hari ini dan yang akan datang adalah hari esok, pagi ni aku ke opis awal sikit, ikut hati tanak gi opis langsung... nak gi jejalan makan angin... sorang sorang.... carik ketenangan jiwa dan hati. Tapi nak kemana? adakah dengan keluar bercui kompom ke aku akan tenang jiwa aku ni, dimanakah boleh aku cari ketenangan itu, dimanakah boleh kucari kedamaian itu, dimanakah boleh kucari keindahan itu. Pikiran aku tak berapa tenteram semenjak dua menjak ni, nak cerita kat kawan pun tak berapa ramai yang nak dengar, mungkin aku menulis lebih baik untuk kucurahkan perasaan dan perasan aku ni, mungkin ada insan insan yang memahami dan boleh berkongsi pendapat dan pengalaman. Sememangnya tuhan telah menetapkan segala galanya untuk hambanya. Itulah sebabnya kita lahir saja ke dunia ini menangis, menangis kerana tidak sanggup menahan dugaan dunia yang amat kuat, berbeza dengan haiwan dan makhluk lain. Ternyata manusia ini begitu lemah kalau dibandingkan dengan semua makhluk tuhan, yang membezakan manusia dengan haiwan pulak adalah akal fikiran, kalau manusia tak gunakan sebaiknya mungkin boleh jadi lebih teruk dari binatang. Itupun kita masih tak sedar dan perasan lagi yang kita ni makhluk paling lemah, kalau dibandingkan, manusia yang berketul ketul sasa badannya pun paling berat boleh angkat tak lebih dari 3 kali ganda berat badannya, kalau semut tuh yang kecik cenonet berkali kali ganda berat badan dia boleh angkat kan. itu sebagai contoh lemahnya kita ni sebagai manusia. dah tau lemah taknak bersyukur pada tuhan lak tuh, patut kita bersyukur telah dilahirkan di dunia ini dan berbuatlah kebaikan dan kewajipan sebagai hamba Allah untuk tanda terima kasih. Itulah ceramah kita untuk hari ini. he he...

Pagi ini aku membizikan diri dengan mencuci mesen fuji aku, ye la mesen pun kena mandi kan, tapi tak selalu la, 2 atau 3 minggu sekali bergantung pada kekerapan mencuci gambo. Semalam aku beli 'sling bag' untuk letak kamera. senang sikit kalau tak naik lenguh bahu aku dibuatnya, dah la bahu rasa nak hencot sebelah isk risau lak. nanti jatuh saham nanti... (eh ada lagi ke saham tuh!!) Esok malam ada shoot, esok cuti hari pekerja, hari buruh, aku tak pasti nak bukak kedai ke tidak, aku rasa nak bukak la, tapi lambat sikit kot bukaknya. kalau cuti pun aku nak kemana, poket pun ringan, jadi malas nak keluar kemana-mana. alih alih pun buat masa ni shopping paling jauh pun kat pasar malam jer la, pasar malam yang lepas aku beli selipar jer, namanya 'adorai' he he macam nama kedai dorai jer... takper la...lagi pun tesco kat kuala selangor tuh baru sekali jer aku pergi. apa tidaknya kalau kesana setakar 50 hengget jer jangan la....paling koman 200 hengget, lain la kalau jenis suka window shopping, jejalan jer tanak beli. tapi pada pendapat, kejap jer kecoh tesco tuh, orang kat kuala selangor ni bukan macam orang bandar yang banyak duit dan sentiasa membeli belah rasanya. Hari ni pun aku malas nak makan, aku beli biskut tiger je suruh staf aku beli kat mini merkit sebelah. dah ada orang meniaga dah kat baris kedai aku ni, mudah mudahan makin ramai la yang berniaga di barisan kedai aku ni, bagi kecoh sikit, he he. dengar cerita pun depan kedai aku ni nak bukak stesen minyak, haaa strategik la tuh.. mudah mudahan la...semoga aku akan berjaya meneruskan cita cita aku nanti. mudah mudahan kedai aku akan lebih maju dan berjaya insyaAllah.

Ya tuhan, kenapa la aku hari ini, macam tak berapa nak ceria la... aku asik termenung jer... pikiran melayang jauh terus ke udara angkasa lepas sampai jumpa Dato' sheikh muzaffar angkawasan negara. Hmmm beruntung betul dia, bertuah badan, kata orang tuh dia ni full pakej la.. muka pun ada life pun ada boleh kata hampir sempurna la, dan ianya menjadi dambaan wanita terkini, beruntung kalau jadi dia, ramai yang memuji, ramai juga yang memuja, dan ramai juga yang menjadikan dia idola, beruntung betul, begitu juga tokoh tokoh yang berjaya dan terkenal di arena masing masing, yang menjadi kebanggan keluarga dan negara, mawi pun ok glamer, dato' azhar mansor, dato' lee chong wei.... beruntung betul mereka dapat mengharumkan negara. bertuah meraka dapat berjasa pada negara. aku pun teringin nak jadi macam mereka gak, jauh di sudut hati ini ingin sangat menjadi seperti mereka, berjaya dan terkenal, jauh disudut hati aku ingin berjaya macam mereka, jauh disudut hati ini ingin dipuji dan dipuja seperti mereka, jauh disudut hati ini ingin dijadikan idola seperti mereka. semuanya jauh disudut hati ini. semuanya jauhhhhhhhhhhhh hhhhhhhhhhhhhhhhhh hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh hhhhhhhhhhhhhhhh hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Bolehkah apa yang aku lakukan ini akan menjadikan sebuah kejayaan untuk aku dimasa depan. Ya Allah... hanya dikau yang maha mengetahui. Aku mungkin tidak dilahirkan kaya dan ternama seperti sesetengah orang, belajar pun tak berapa pandai dan tak dapat pun pakai topi empat segi. Nak kata berjaya di bidang yang diceburi pun macam tak berapa berjaya lagi. Buat masa ini aku sedang berusaha, berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mencapai apa yang aku cita citakan, berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang aku ceburi, berusaha untuk membuat yang terbaik dan menjadi kebanggaan keluarga dan sahabat handai, dan segala usaha aku ni kadangkala mencapai jalan buntu dan berserabut, adakah aku tak cukup usaha ataupun masih belum tiba masanya untuk aku berjaya. atau aku tak pandai carik peluang, atau aku ni dilahirkan untuk GAGAL ???????????????? Aku cuba menyangkal anggapan itu jauh jauh, aku masih punyai pendirian, aku dan banyak kali jatuh dan aku tetap bangun, aku dah banyak kali luka dan aku balut luka itu dan teruskan perjalanan. Aku dah berjalan jauh, aku sudah tentu kena teruskan perjalanan hidup aku ini, mungkin aku perlu rehat untuk ambik tenaga, tapi aku kena teruskan kehidupan aku. Mak dan ayah aku serta keluarga aku telah mendidik aku sebaik mungkin untuk menjadi insan yang berguna, takkan aku nak persia siakan segala tunjuk ajar mereka selama ini, mungkin aku ni bukan anak yang boleh dibanggakan, tapi aku akan cuba untuk berbuat demikian. Aku terlalu banyak menyusahkan mak dan ayah aku, dan aku memohon ampun dan maaf untuk itu, Air mata ini sanggup mengalir untuk mak dan ayah kerana sayangnya aku padamu.

Kita tak boleh mengenang nasib, kita tak boleh mengenang yang sudah lepas, yang dah berlalu biarlah berlalu, kita jadikan segalanya pengajaran dan pengalaman hidup, kegagalan adalah satu bentuk pengajaran yang amat berkesan. Kita redha saja apa yang tuhan tentukan, kita berusahalah untuk yang terbaik di masa depan, aku kalau terlalu penat berfikir akan jadi mengantuk kerana penat. begitu juga aku sekarang ni, penat.. aku penat berfikir.. berfikir tentang sesuatu. tentang sesuatu yang tak pasti.... yang tak pasti yang boleh mengubah nasib aku....Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan. Aku terdengar lagu Kenny Remy Martin... Surata Atau Kebetulan....

Sesuatu yang tak disangka, Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan, Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan, Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang, Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan, Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi, Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan, Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus, Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini, Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan, Bimbang kan berulang kesilapan

Mudah-mudahan Tuhan akan memberikanku cahaya...cahaya kebahagiaaan dan kejayaan InsyaAllah....

Tuesday, April 28, 2009

ORANG ADA PENYAKIT DATANG BULAN, AKU PULAK PENYAKIT HUJUNG BULAN HUUU




Hmmm kejapnye pulak aku rasa dah ujung bulan, pagi tadi dah sampai surat kuning bill api kena bayar, ele mengada ngada TNB, surat tarikh 17 April sampai kat aku 27 April, suruh bayar 27 april gak. merepek, kalau aku nampak sapa yang hantar surat tu nak jer aku terus lempang....ala.. memang biasa aku bayar hujung bulan...takpa la... itu namanya dugaan diwaktu pagi, tapi setakat ni tak pernah la aku lempang sesiapa.. he he...lagipun aku ni bukannya garang sangat orangnya. cuma bila masa marah jer muka tu merah padam, tapi aku akan pastikan emosi aku tidak menggangu dan mengatasi akal fikiran, aku akan berfikir dulu sebelum bertindak. Hmmm kejap jer dah hujung bulan, bank pun dah mula call, bill pun dah mula sampai, hutang pun dah mula kena bayar, hmmmm kalau dulu aku kira sama rata, gaji pun dapat ujung bulan, hutang pun kena bayar hujung bulan, tapi sekarang ni dah lain, maklum la... aku pun dah lama tak dapat gaji, entah kenapa bos aku dah lama sangat tak bagi gaji, nak kena saman bos aku ni.. isk isk. Takpa la sabar je la yer zaini, nanti kalau ada untung besar, berapa banyak gaji pun ko boleh dapat, sabar je. Harini aku tak berapa ada mood nak edit gambo la... hati ni macam tensen jer.... dan jiwa aku rasa tak kreatif lak arini, mungkin otak aku penat agaknya, pagi tadi pun aku bangun lambat, macam tak larat nak bangun, semangat jer yang membuka kelopak mata aku ni, kalau ikutkan kesihatan, dan kalau aku kerja makan gaji dah lama aku mintak mc jer huuu.. semalam aku gi kl carik barang potograpi, sambil cuba pikirkan idea terbaik untuk menambahkan pendapatan dan menaiktaraf kedai aku, tengah memikirkan strategi promosi dan pemasaran yang efektif untuk aku buat di kedai aku, iklan kat majalah sinar dah buat, dan aku nak buat promosi lain pulak, tunggu jer la nanti. cuma sekarang ni aku nak buat satu kelainan, dan aku nak uprade servis aku untuk pakej wedding photography, dan aku nak tambah ilmu lagi untuk photoshop, dah tiba masanya untuk aku buat begitu, aku bukan nak lwan dari segi glamer atau harga gambar murah, aku nak lawan kualiti, mungkin kalau orang ingin bertanya pasal pakej. aku akan pastikan diorang puas hati, aku akan cuba buat yang terbaik, yang lain biarkan tuhan tentukan. dugaan dalam perniagaan memang banyak, itu sebab tak ramai yang berjaya dalam perniagaan, sebab orang yang berjaya adalah orang yang pandai carik peluang dan yang banyak bersabar, mana la ada oarang yang lahir lahir dah kaya, sebab yang kaya tuh mak bapak dia... betul tak, tapi pada aku, lebih baik la kira bersusah susah dahulu, senang senang kemudian. Pagi tadi mak aku call, rindu pulak aku kat mak dan ayah aku, maklum la aku duduk umah mentua (ooo dah kawen yer...) dah lama rasanya aku tak tidur rumah mak aku, jumpa tu selalu la, malas la nak cerita, nanti masuk masalah keluarga lak nanti, biarlah rahsia, cuma dalam hidup ni aku cuba berusaha untuk menjadi anak yang baik, suami yang baik, menantu yang baik, dan segalanya yang baik, tapi aku tahu aku ni manusia yang lemah dan serba kekurangan, walaupun aku cuba, ada saja yang tak betul atau yang silap, susah untuk aku memenuhi kehendak semua orang. tapi tak mengapalah, yang penting kita berusaha. Biasa la manusia ni, nampak betul yang salah dari yang betul atau yang baik. Aku masih teringat masa aku gi kursus motivasi dulu, ada jurulatih tu tunjukkan sehelai kertas yang bertitik hitam di tengah, dia tanya semua ada nampak apa, kami semua cakap nampak titik hitam, semua kena marah sebab bgtau jawapan itu, pelik jugak, rupanya tau la moral of the story mori....kita nampak yang hitam tuh... yang sehelai putih kertas tuh kita tak nampak pun... laaa ye ker... maksudnya kita ni asik sebok pandang yang burok jer.. yang baik tak nampak langsung... huuu.. itulah lumrah hidup manusia. Itulah sebabnya kalau kita nak kata yang buruk buruk pasal orang, cuba bayangkan kita kutuk diri kita sendiri, jadi kita tak jadi la nak kutuk , betul tak,

Arini aku tak kuar makan, makan roti bakar 3 ketul jer, (itupun roti dah expired tarikhnye, gasak la he he) itu jer yang aku jumpa dalam lemari tuh, nak makan tu boleh, cuma malas jer nak kuar, takpa la.. kiranya diet la tuh he he, ambil sufr dan edit gambor sikit sikit walaupun takda semangat. tapi tengok tengok jugak la gambar tuh. nanti bila aku free aku sambung la edit gambor. Buat masa ni aku nak menulis dulu, dan melayan perasaan yang melayang layang ne. hmmm macam macam yang melanda jiwa dan sanubari aku.... asik asik bank call mintak duit, mintak duit... Cuba la call nak bagi duit ker he he he....entah la....dah tu road tax kereta pulak dah nak mati. huuuuu alahai mana la aku nak korek duit nak bayor ni....hmmm nanti la aku cuba carik carik kat depan kedai ni... ada kot... he he... takpa la... sabor... insyaallah setakat ni aku masih boleh bertahan. takkan la sekarang ni pulak aku tak boleh bersabar menghadapi dugaan hidup. Aku sambung balik tulis ni... tadi petang rehat jap sebab ada orang datang.. ni aku sambung balik.... perut aku kembali lapo... maklum la tadi makan roti 3 set jer... katanya kakak aku nak bawak sizzling mee... he he best cedap cedap... tak dinafikan sayang betul keluarga aku pada aku.... aku pun sayangkan mereka jugak.. tak terbalas aku dengan jasa jasa mereka yang tidak ternilai. Buat masa sekarang ni dah tentu aku tak terbalas jasa mereka, sebab sekarang ni pun kedudukan aku tak stabil, tapi aku yakin, dan aku pasti, kepada sesiapa yang yakin dan percaya akan usaha aku, dan terus menyokong aku, dan sanggup bersusah senang menghadapi segala pahit maung getir kehidupan bersama aku, aku pasti akan mengenang jasa mereka semua dan pasti aku akan cuba menghargai jasa mereka. Buat masa ni aku dah tahu kawan mana yang betul kawan, dan juga kawan mana yang hanya datang bila masa kita ada duit, kawan mana yang ada masa kita senang, kawan mana yang ada masa kita susah, semuanya boleh aku kategorikan, kalau nak diikutkan kawan yang meminjam tapi tak nak bayar pun aku tau. Itulah adat manusia, macam cerita drama jugak la kan. macam macam kisah masyarakat kita dah tengok, takkan la cerita cerita sebegitu kita tak boleh jangka akan berlaku dalam hidup kita, dalam hal melaga lagakan kawan pun banyak, kekadang tuh kawan atau orang yang paling kita percaya pun mengkhianati kita. Oleh yang demikian, berhati hatilah dan jangan terlalu percaya seratus peratus sesiapapun.

Malam ini tenang, tapi kastemer pun dah balik, sempat aku nak sambung sikit sikit cerita aku ni, hmmmmm lenguh lak badan, kenyang pun kenyang sebab akak aku bawak mee sizzling tadi. he he... burp... alhamdulillah he he....tadi mak ayah aku singgah jap sebab nak gi melawat pekerja dia di kapar. Hm. takpa la... mudah mudahan segala urusan aku akan bertambah baik dari sehari ke sehari, moga hari esok lebih baik dari hari ini dan begirulah seterusnya, moga tuhan memberikanku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi hari hari mendatang, dan moga kejayaan juga akan menantiku di masa hadapan amin. Kesabaran sesungguhnya adalah sebahagian dari iman, ok lah... aku nak sambung balik kerja... ada orang datang lak... salam salam....

Thursday, April 23, 2009

hentam sajalah untuk engkau, hentam sajalah untuk aku...





Hm.... dah lama gak aku tak menulis ni, otak dah macam macam dah meleleh idea nak menulis tapi ada saja yang menghalangnya, tak ada masa pulak nak menulis, tah la, arini ada masa sejenak aku tekan tekan la keybord ni, malam tadi bali dari kerja ingatkan nak menulis sikit sikit, tapi klihat jam di dinding dekat kol 12 lebih, alaai lewat sangat dah ni, dah beberapa hari aku rasa keletihan yang amat sangat, bila nak bangun pagi jer, alahai berat kelopak mata aku ni dah dekat 10 kilo punya susahnya nak bukak, entah la, cuma aku rasa badan jasad aku ni betul betul tak larat, cuma semangat aku jer yang membangunkan aku setiap hari kerana memikirkan masa depan, memikirkan hutang mara yang kena bayar masa bukak kedai harituh, he he, dan hari hari akan datang yang tidak dapat kupastikan aku akan jadi apa, kalau dulu aku makan gaji boleh la, penat atau tak sehat jer boleh la amik MC ker, cuti ker, sekarang ni, kalau takda kerja takda gaji tau, sapa yang nak bayar gaji aku setiap masa, haaa bukan senang tau bisnes sendiri ni, nampak jer ok dan senang, tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu, entah beberapa waktu ni aku susah tidur lena, macam iklan 'ikea' lak, nasib baik tak macam tu la kan, cuma ada kalanya aku diselaputi rasa malas dan tak larat, aku ni tanak dah pikir macam macam, kena buat orang la kena bomoh orang la, memang tak dinafikan berkemunkinan ada yang boleh buat camtuh, tapi lantak la, itu biar tuhan yang membalasnya, aku tak kacau sesiapapun, aku buat kerja ini semuanya usaha dan kepayahan aku, dan aku mesti buktikan walaupun aku ni jauh di ceruk rantau, aku masih boleh berdiri setaraf dengan jurugambar di bandar, selama ini pun aku akan berusaha untuk berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga aku, memang susah memang payah, tapi akan tetap kugagahi sempai kepuncak, beberapa hari ini alhamdulillah orang dah mula bertambah datang ke kedai aku berbanding dengan masa dulu, syukur alhamdulillah, memang kena la bagi masa untuk pelanggan datang ke kedai kita kan, takan la nak paksa tarik tarik tangan diorang datang ke sini lak, huuu, sekarang ni pun aku nak fokus pada wedding photography sebab aku nak buat promosi 2 dalam satu, jurugambar pun yer dan kedai gambar pun yer, kalau ada yang terbaca majalah sinar tuh jangan marah la yer muka akak ader kat rauangan iklan nyah, he he geli lak membacanya, aku masuk iklan dalam suratkhabar sinar sebagai satu cara promosi, nanti kalau ada rezeki aku masuk majalah pengantin pulak, promosi kena kuat, cuma sekarang ni aku kena usaha lebih untuk memajukan diri aku, terlalu banyak rintangan yang kena aku hadapi, tapi aku yakin aku akan terus bersabar, dalam kegawatan ekonomi sekarang ni, ramai gak jurugambar yang kulihat telah tumbang dan tergolek, sebab hadirnya jurugambar baru yang letak harga yang teramat murah untuk pakej mereka tanpa memikirkan kualiti dan editing, bahaya tu, mereka letak harga murah tanpa memikirkan kos kos yang sepatutnya diorang pikir seperti harga kamera, kos editing, kos peralatan, kos perjalanan dan lain lain, seolah olah sanggup nak dapatkan kerja dan lupakan semua kos itu, dalam jangkamasa pendek nampak la untung, tapi kalau dikira balik, mau meleleh peluh jantan sebab segala usaha yang dilakukan tidak berbaloi.

Pokok pangkalnya jurugambar melayu tidak mahu bersatu dan sanggup turunkan harga semata mata nak lawan dengan kawan kawan, entahla kenapa jadi camtu dan sanggup buruk burukkan kawak kawan sendiri, pada aku senang jer, hari ni ko buat jahat kat kawan, esok lusa mesti kena balik, tuhan maha adil kan, semalam aku dikejutkan dengan sesuatu benda yang tidak pernah aku lakukan dikatakan orang aku buat, itu dah fitnah namanya, aku pelik kenapa aku difitnah sebegitu, tak sangka betul, aku nak carik sapa yang buat fitnah pasal aku tuh, siap aku cucuk buntut dia dengan skrew drebar. hmmm geram betul dibuatnya, tapi buat masa ni aku akan terus bersabar dan bertenang dan taknak cepat melatah. opocot, dari dulu lagi ibu dan ayahku sudah cukup memberikanku tunjuk ajar untuk menjadi manusia berguna dan baik, mungkin buat masa ini aku belum berjaya dan kaya raya, setidak tidaknya aku tak kacau orang dan menyusahkan masyarakat, aku pun bukannya sampah masyarakat dan aku pun jenis bercampur dengan orang gak, aku cuba untuk menyenangi semua orang, kalau sesiapa yang datang ke kedai aku, aku akan cuba melayani semuanya yang terbaik, kekadnag tuh sampai aku tak tau mana satu nak layan sebab semuanya aku kenal baik he he. waktu puncak kat kedai aku tuh antara kol 5 hingga 7, biasa la masa lepas pejabat, malam pun aku tutup kol sepuluh kekadang tuh kol sebelas pun tak aik lagi, dan beberapa hari ni lambat lak aku balik, sampai orang rumah merungut kenapa balik lambat, laa aku buat kerja la kat kedai ni, daripada aku pergi mengular baik aku buat kerja kat kedai ni, sebab aku rasa hidup dan mati aku untuk kedai ni, bukannya apa, kedai nilah menentukan aku dimasa depan, aku dah tak makan gaji lagi, sapa lagi yang nak bagi aku makan untuk hidup kalau aku tak kerja bersungguh sungguh, inilah kurniaan tuhan kelebihan yang tuhan berikan pada aku iaitu bidang fotografi, benda lain aku tak pandai, jadi bila tuhan dah berikan kelebihan tuh gunkanlah sebaik baiknya, nanti kalau tuhan dah tarik balik kelebihan tu susah lak nanti.

Ada beberapa pengantin lagi aku belum siapkan, entah la idea tak banyak pulak nak editing gambor ni sebab banyak lak masalah yang kena dipikirkan, tu yang susah tuh sebab segalanya memerlukan idea dan kreativiti, aku cuba untuk membetulkan keadaan dan cuba membuat sesuatu yang terbaik, aku kena teruskan apa yang aku usahakan walaupun banyak dugaan dan cabarannya, ada saja masalah yang mendatang pada diriku, aku cuba dan aku akan terus mencuba, tak semudah itu untuk aku menyerah kalah, boleh dikatakan setiap hari ada saja msalah yang perlu disesesaikan, tapi tak pa lah, sebab kata orang tuh alah bisa tegal biasa kan, kalau seandainya dalam pinggan makanan kita ada benda yang pahit, masam, masin, payau dan manis, kita pilih yang mana dulu untuk kita rasa, tentulah yang manis tu kita makan yang terakhir kan, dalam filem pun kita mesti suka cerita cerita yang hepi ending, aku pun begitu la.. mudah mudahan aku akan mendapat yang baik baik dan yang bahagia yang berjaya pada akhirnya, biarlah bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan, mudah mudahan kita semua akan berjaya di bidang masing masing, buangkanlah sikap bangsa melayu yang penuh dengan cemburu dan hasad dengki, jadilah melayu baru yang penuh dengan kerjasama dan sepakat, amin. Dah aku nak pegi semayang jumaat ni, nanti aku sambung...