Wednesday, March 11, 2009

TREKTAR DEPAN UMAH KENA PINDAH SEBAB KENDURI






Salam perjuangan untuk semua, aku mengambil kesempatan ini untuk menulis sebab nak menenagkan jiwa, jiwa yang agak kacau kerana terlalu banyak nak dipikirkan, terlalu banyak sampai tak bole nak pikir. dan dah jadi buntu dan penuh hingga meleleh leleh masalah sebab terlalu penuh umpama melelehnya hingus dari lubang hidung. Petang ni aku ada kat kedai sambil merenung laptop. dan sesekali merenung luar kedai dan memerhatikan jalan raya yang tidak pernah putus putus melalui jalan raya. Fikiran aku hari ini dan beberapa hari yang lepas agak sedikit bercelaru. Aku juga penat dengan panuhnya jadual shoot pengantin sepanjang hujung minggu, dan operasi seharian kedai dengan kerja kerja editing gambar dan kerja cuci gambar serta menguruskan kedai. Buat masa ni yang menguatkan hati aku adalah kesabaran, benarlah kata pepatah " kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Memang benar, dan sekarang ni kiranya aku dah buat rumah kat tepi pantai (pantai baywatch kat sungai kajang ker..?) ni... jadi kena la berani dilambung ombak la kan. Aku bukannya seorang pemikir yang bagus, tapi sekarang ni terlalu banyak sangat benda yang nak kena pikir, tentang kehidupan, tentang keluarga, tentang perniagaan, dan banyak lagi, tapi betulkah kata orang kalau kita banyak berfikir kita akan jadi matang dan lebih dewasa....atau rambut atas kepala pun akan kurang... hmm ye juga. Dah rasa macam nipis la pulak rambut kat kepala aku ni, Memangla..aku sering memerhatikan keadaan sekeliling, aku seronok melihat anak anak kecil yang bermain main dan gelak ketawa dan tak memikirkan apa yang berserabut di fikiranku, aku seronok melihat haiwan-haiwan seperti kucing yang comel yang tak payah memikirkan apa apa masalahpun, hanya tahu bergesel di kaki dan menjalankan rutin harian dengan berjalan kehulu hilir dan buat anak jer kerjanya. Aku seronok melihat burung berterbangan dan berkicauan di langit sambil terbang bebas dan beterbangan berkumpulan. Seronok kan kalau begitu. Tapi aku sudah dilahirkan sebagai seorang manusia, jadi sudah menjadi kewajipan untuk aku menjadi seorang manusia,dan khalifah di muka bumi ini, dan aku aku wajib menjalankan tanggungjawab sebagai seorang umatnya.

Harini aku tak ada berapa mood la nak edit gambor... buat jer beberapa keping dah pedih mata aku.. aku rasa aku perlu rehat.... tapi nak rehat cemana... kalau rehat pun kerja melambak ni sapa yang nak sudahkan... takan nak biarkan ianya bertimbun timbun. cuma buat masa ni kalau nak rehat pun aku tidur jer...paling tidak pun badan aku dapat rehat... otak aku tak tau nak bagi rehat cemana. Macam beberapa hari lepas... sampai aku nak terlelap masa shoot posing pengantin.... huu seksanya jiwa dibuatnya.. balik jer umah aku terus tidur tak sedarkan diri....bukannya apa... bila aku tidur pun aku pikir macam macam sampai termimpi mimpi aku dibuatnya. Kalau orang bertanya rehat cemana yang aku perlukan.... hmmmmm aku nak camni : aku berada di tepi pantai yang tenang dengan cuaca yang redup, bersantai bersama orang yang tersayang (amboi... dengan bini ker makwer ni?) dan berjalan jalan di persisiran pantai dan melihat anak anak kecil bermain main di gigi air. hmmmm indahnya imaginasiku.....takpa la.... nanti ada masa nanti aku gi jejalan la...cuma buat masa ni sibuk sangat....tapi nanti bila ada masa free kena la rehatkan badan ni jugak. Kalau ikutkan hati nak jer jadi macam superman boleh terbang jauh.....jauh dari kesibukan dan kepeningan tentang masalah masalah... tapi takper la... aku tanak pakai sepender kat luar. he he merah lak tuh... eee tanak la....

Aku dah selalu sangat menikmati suasana pengantin baru...ye la.. wedding pohotgrapher kan... banyak yang aku perhatikan dan belajar sepanjang masa aku jadi potograper. Aku sering memerhatikan suasana majlis dan kesibukan menguruskan majlis kahwin hinggalah ke tamat majlisnya. Macam macam yang ku lihat dan perhatikan, dan sungguh indah senyuman kedua dua pengantin dikala dinikahkan dan disandingkan. aku seronok bila melihat semuanya tersenyum dan ketawa keriangan. dan hatiku amat amat sejuk dan gembira bila melihat kegembiraan yang tertera di wajah pengantin yang diraikan, begitu juga keceriaan kedua ibubapa yang menerima menantu yang baru. Tidak dilupakan juga anak anak kecik yang menjerit jerit bermain dan berebut rebut mengambil gula gula yang ditaburkan. Oh indahnya dunia bila dapat dihentikan pada tika dan saat itu. Dan semuanya kalau boleh berharapkan semuanya akan kekal sebegitu dan tak mungkin masa dan ketika itu akan dihentikan. Aku tetap tidak lupa waktu pengantin lelaki telah diijab kabulkan dan dan senyuman manis terukir pada pengantin lelaki yang bahawasanya beliau telah menjadi seorang suami isteri kepada kekasihnya yang tercinta. Dan ada kalanya si isteri akan menangis kegembiraan (atau mungkin ksedihan sebab dah tak jadi anak dara lagi) kerana telah menjadi Puan dan bukan Cik lagi, dan sewaktu bersalaman dengan ayahanda dan bonda pula akan bercucuranlah air mata si ibu dan ayah kerana anaknya telah menjadi milik orang lain dan terlepaslah tanggungjawab mereka dan diserahkan kepada si suami atau menantu lelakinya. Segala peristiwa manis itu sering kali ku hadapi dan aku tidak pernah jemu menikmatinya. Dan ada kalanya aku rasakan aku seolah olah ahli keluarga mereka dan aku tumpang merasakan apa yang mereka rasa. Dan mudah mudahan kegembiraan dan kebahagian mereka akan kekal selamanya InsyaAllah. Kita mampu merancang dan hanya Tuhan yang dapat menentukannya. Soal jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Apa yang penting kita buatlah yang terbaik, usaha dan yang lain biarlah tuhan yang tentukan.

1 comment:

  1. apa...!! ko nak bjemur kat pantai..
    tenang2 dibuai angin sayu....
    banyak cantik..!!
    woi..!! keje la...
    jgn asik nak brangan...
    lagi satu... xsalah pun nak pakai spender merah kat luar.. seksi aper..
    lagi2 kalau ko pakai yang g-string punyer...
    burung terbang pun bule langgat pokok tau...

    ReplyDelete