Monday, October 13, 2008

TERDENGAR BEDUK BERBUNYI SUARA TAKBIR AIDILFITRI




Hmmm diam tak diam,,,, Ramadhan dah datang lagi... seperti biasa syawal pun datang sama... maka setelah sebulan berpuasa.. tibalah masanya untuk berhari raya dan menyambut aidilfitri. Aku rasakan pada tahun ini aku sambut serba amat sederhana..malumlah aku sekarang ni sumber kewangan teramatlah sempit.. segalanya kena berhati hati dan kena kawal... alhamdulillah setakat duit raya tu ada la untuk budak budak. ada la jugak duit untuk sedekah tuh. kalau nak dapat duit raya tuh amat la jauh sekali. cuma pada kedua-dua akak aku la ku ketuk he he... jadi la buat duit minyak. Pada Hari Raya Pertama dan Kedua aku beraya di rumah sanak saudara belah isteri dan belah keluarga ku. Aku tak pergi beraya jauh jauh sebab mengenangkan kedai aku dan tiada pekerja lagi yang boleh membantu aku. Pada raya pertama dah ada pelanggan, walaupun sepatutnya tutup tapi kalau bab duit mesti la bukak sekejap he he. Ada la beberapa keluarga ambil gambar sempena hari raya ini, ahamdulillah aku bersyukur, setidak tidaknyaiklan yang masuk suratkhabar ada la memberi kesan sikit demi sedikit, aku paham, takkan la nak paksa orang datang ke kedai aku kan, mesti la sikit demi sedikit dan ak yakin lama kelamaan mereka semua akan datang juga melawat ke kedai aku. Memang dalam beberapa bulan pertama ini kurang pelanggan, tapi kesabaran akan memberikan satu kelebihan nanti,


Banyak juga peristiwa yang berlaku beberapa waktu ini, sepanjang Sebelum, Semasa dan Selepas Raya ini, ada yang manis, pahit, masam dan kelat kelat pun ada. Tapi semuanya kita kena harunginya, apa cara sekalipun kita kena tabah hadapi dugaan dan cabaran ari Tuhan, dan kalau mendapat peristiwa gembira pulak jangan a kita lupa dan lalai. Sebab Tuhan kalau nak tarik balik apa yang kita ada, sekejap saja dibuatnya, begitu juga kegembiraan, kalau dah gembira tapi tak bersyukur, boleh bertukar duka jadinya. Beberapa hari yang lepas Abang ipar aku telah kembali ke Rahmatullah, Abang Ipar belah isteri aku, dulu bekas YB Sekinchan Kassim namanya, sebelum itu sakit eksiden lepas tuh merebak ke bahagian perut, rupanya sakit lama yang tidak diubat dan jadi merepak. Innalillah, moga Roh Arwah dicucuri Rahmat. Amin, Beberapa hari sebelum itu pulak jiran aku meninggal dunia kerana keracunan pulak. Aku bila ada kes kematian ini amat menakutkan aku, sapa yang tak takut mati kan. Aku takut mati sebab banyak perkara, amalam aku masih belum cukup lagi, jasa ibu bapa aku yang banyak belum berbalas, tanggungjawab aku pada semua orang yang masih belum aku aku jalankan, dan banyak lagi rasanya, dan sering berkumandang dalam nasyid, tuhanku aku tidak layak untuk ke syurgamu, namun aku tidak sanggup untuk ke nerakamu. Setiap kali aku mengenang kematian, rasanya tidak ada ertinya kita carik duit banyak banyak kan. Tapi aku teringat satu ayat ni " hendaklah kita cari harta di dunia ini seolah olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan hendaklah kita beramal di dunia ini seolah olah kita akan mati pada esok hari". Jadi eloklah kita berpesan pesan sesama kita untuk semuanya ini. Pada aku, bagi yang sudah tiada mereka akan menemui tuhannya nanti, bagi yang masih hidup, mesti teruskan perjuangan dan kehidupan. Cuma kita mesi beringat akan kekuasan tuhan, dan ambillah iktibar akan setiap kejadian dan peristiwa di dunia ini, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Mudah mudahan tuhan memberkati semua yang kita lakukan.


Kita telahpun sebulan berpuasa, dan raya telah menjlang tiba, sebaiknya kebaikan di bulan puasa kita teruskanlah untuk sampai bila bila, jangan hanya bulan puasa aja berbuat baik lepas raya sambung balik beronggeng he he... Bulan puasa ini banyak mengajar aku. bulan puasa ini juga aku telah membuka kedai aku dan berharap ianya memberikan keberkatan pada aku dan memberikan perubahan dalam hidup aku untuk menjadi lebih baik dan berjaya insyaAllah. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengubah nasib aku menjadi lebih baik. Dan sudah tibanya masanya untuk aku melangkah lebih jauh lagi. Biarlah aku berusaha dengan cara aku, mungkin tak boleh nak kaya cepat macam kawan kawan Buluhmas...tapi aku redha dengan cara aku, aku pandai tangkap gambar dan akan aku gunakan kelebihan yang tuhan berikan pada aku ini untuk berjaya, dan berjaya dengan cara aku, memang ramai yang seakan tak yakin dan tidak percaya yang aku ni boleh bukak kedai, tapi aku setidak tidaknya tidak menyusahkan orang lain. Inilah saja caraya untuk aku buktikan aku boleh berjaya dan sumbangan aku untuk masyarakat. Kalau aku berjaya, aku akan bawa semuanya berjaya bersama aku. Aku tak mahu menempa kejayaan seorang diri, biarlah kita bersama sama terutamanya bangsa kita yang sudah sekian lama jauh dan mundur dari segi ekonomi disebabkan kemunduran pemikiran bangsa kita sendiri. Orang kita terlalu kuat perasaan hasad dengkinya sampai tak boleh lihat kawan lain lebih dari dirinya. itulah yang perlu dikikis. Sampai bila bangsa melayu kita nak mundur di bidang ekonomi, tak boleh tengok bangsa kita maju sikit mula la nak pikir yang bukan bukan, rasuah la songlap duit la.. makan duit luar la dan macam macam lagi. Aku harap bangsa kita jangan la macam itu, aku tak boleh nak kutuk lebih lebih sebab bangsa itu bangsa ku, seburuk buruk sikap. ia tetap banga aku juga, itu sebabnya aku beusaha dengan cara aku, aku tak boleh mengharapkan simpati dan bantuan orang lain, aku akan berusaha cara aku, aku ingin berjaya, mungkin bukan menjadi tokoh peniaga terkenal. tapi cukuplah kalaupun menjadi kebanggan keluarga. Aku orang Tanjong Karang dan orang tempatan, nilah caranya untuk aku memberikan sumbangan aku pada kampong aku.


Beberapa hari ini pelanggan tak berapa ramai, mungkin sibuk dan tak ada masa agaknya untuk cuci gambar, kesabaran itu penting dalam berniaga, aku kena pikirkan strategi perniagaan yang baik, buat promosi dan iklan yang lebih efektif, banyak cara dan berusahalah. Bak kata pepatah "ulat dalam batu pun boleh hidup... inikan pulak ulat dalam tong sampah.. he he". Satu lagi terlintas di fikiran aku, Jurugambar di KL dengan di kampong macam aku, aku pernah la jumpa berapa jurugambar yang baru berjinak0jinak dengan dunia fotografi, aku sebenarnya pelik perangai orang kita ni, baru setahun jagung baru beli kamera SLR dah tunjuk lagak, cakap pun eksen dan gayanya pacam professional, tengok gambar hampeh..... pelik betul. tapi tak kesah la situ... beli kamera pun bukan pakai duit aku kan, cuma aku kesal sebab kenapa la sikap bongkak dan riak tu selalu sangat ada pada bangsa kita, kenapa la tak bersikap merendah diri atau mesra. Ini tidak, menang mentang la ada belajar dengan cikgu cikgu yang pandai di KL tu pun dah tunjuk terer. Aku pun tak nafikan ada jugak jurugambar yang memperlekehkan aku sebab aku bukak kedai gambar, pelik juga aku kenapa jadi begitu, bukannya aku pakai duit diorang kan, Jangan la macam tu brader... rilek la... kalau tuhan nak tunjuk, kamera boleh hilang, mata boleh sakit, tangan boleh lenguh, idea boleh hilang dan banyak lagi... keep cool ok,.. bertenang dan rajin rajin la belajar, kalau dah pandai tangkap gambar tuh.. buat betul betul.. jangan ambil ksempatan dengan cas lebih lebih... berpada pada la dengan usaha kita dan jangan nak ambil untuk berlebihan daripada sepatutnya. ingat tuh. dan satu lagi kalau kita ambil sesuatu yang bukan hak kita, tuhan akan ambil balik bila bila masa saja.. percayalah. Sepanjang bulan puasa ni, banyak sumbangan hari raya dikeluarkan, untuk anak yatim dan fakir miskin, dan kalau yang bukan anak yatim tuh jangan la pulak mengaku anak yatim, kalau yang bukan fakir miskin tuh jangan la pulak memandai nak ambik bahagian, ingatlah duit itu semuany ada hak masing masing, jangan kita makan duit yang bukan hak kita, haram jadinya, aku ni nasihat untuk diri aku dan kawan kawan semua, moga dapat pedoman untuk semuanya.


Ok lah,,,, aku ada kerja nak buat ni.. sambungh di lain lembaran.. salam perjuangan untuk semuanya....

1 comment: