Monday, July 7, 2008

SEKADAR BUAT RENUNGAN : KENAPA PERLU MELAYAN SUAMI?



Aku dapat artikel ini. sekadar buat renungan bersama.


Kenapa suami perlu dilayan? dan kenapa pula layanannya mesti istimewa dan sempyurna? tidak bolehkah suami dilayan seperti seorang kawan atau sahabat sahaja?.


Jawapannya tidak boleh! Suami hendaklah dilayan dengan layanan terbaik dan paling istimewa yang dapat diberikan. Demikianlah ketentuan Allah keatas setiap wanita bergelar isteri, suami perlu dilayan kerana :-


1. Perintah Allah. Allahlah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suaminya dengan baik. Sabda Rasulullah s.a.w. " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya" Isteri yang enggan melayan suaminya dengan baik akan diheret ke mahkamah pengadilan Rabbul Jalil di akhirat untuk dibicarakan.


2. Kedudukan Suami. suami adalah pemimpin kepada kaum wanita sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam AlQuran " kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dari kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka" An-Nisa :34. Firman Allah lagi " Dan para wanita mempunyai hak yang semibang dengan kewajipan menurut cara yang baik, akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya" Al-Baqarah : 228.


3. Kewajipan Isteri. Kewajipan isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan memberi erti yang besar kepada wanita. Saidatina Aisyah r.a. berkata "Wahai kaum wanita ! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya".


4. Mendapatkan Keredhaan Allah. Isteri yang mentaati suami dan melayaninya dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan mendoakannya. Sebaliknya jika tidak dapat berbuat begitu Allah akan melaknatinya. Sabda Rasulullah s.a.w. " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya."


5. Merebut Ganjaran Pahala, Suami menjadi salurah bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebaikan sebanyak-banyaknya dengan cara mentaati dan melayani suami sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah janjikan dengan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat. sabda Rasulullah s.a.w " Ya Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan ? dia dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratus maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga yang dicatatnya Allah baginya pelepasan daripada api neraka dan selamatlah ia melintas titian sirat. Isteri boleh mendapat pahala berjihad dijalan Allah hanya dengan melayan suami. Rasulullah s.a.w. bersabda " mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam jumaat, pahalanya seperti berjuang di medan perang."


6. Menghindari azab neraka. Allah mengancam dengan azab yang oedih kepada isteri yang enggan mentaati dan melayani suaminya. Jadi untuk menyelamatkan diri daripada azab seksa, bersungguh sungguhlah berkhidmat melayani suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disuakinya dengan tidak dihisab". Setiap apa yang dilakukan untuk menyenangkan dan menggembierkan hati suami mendapat ganjaran pahala dan menyelamatkan daripada api neraka.


Demikianlah pentingnya para isteri melayan suami. Allah menyediakan jalan jalan yang mudah untuk diallui oleh para wanita untukmendapat kebaikan dan keselamatan di dunia, manakala di akhirat mengecap kebahagian yang kekal abadi.


Wassalam. semoga artike ini menjadi pedoman....

No comments:

Post a Comment