Alhamdulillah.... dari sehari ke sehari aku nak buat blog... dapat jugak buatnya hari ini. Sebab sekarang ni dah macam macam hal orang cerita pasal blog ni. Maklum la semenjak dua menjak pilihanraya ni. Kebanyakan blog digunakan untuk unsur unsur bercerita tentang orang. Tak tau la fitnah ke tidak. Bak kata pepatah Tepuk dada tanya Iman. Tapi bagi aku lain, aku buat blog ini selain nak berfungsi sebagai luahan perasaan, ia juga sebagai meletakkan hasil kerja aku. Tak kira la apapun. Yang penting apa yang mungkin tersimpan didalam hati mungkin akan tercatat di sini untuk tatapan sesiapa sahaja. Mungkin boleh berkongsi masalah atau tempat melepaskan geram atau tempat menyatakan kegembiraan atau apa saja. Dari dulu lagi aku memang minat menulis, teringin juga nak jadi penulis, tapi apa nak buat, tulisan tak cantik. Kekadang tu aku sendiri tak paham apa yang aku tulis, hmm apa nak buat. Kalau nak pakai PC tu barulah sedap sikit menaip.
Blog yang aku buat ini, bukanlah untuk memfitnah sesiapa, dan aku tak suka buat begitu, pada aku kita tidak boleh menilai seseorang itu samada dia baik atau jahat. Biar tuhan yang menentukan samada seseorang itu masuk syurga atau neraka, samada jahat atau baik. Yang penting kita dah jalankan tugas kita di muka bumi ini. Aku bukan ustaz atau pak imam. Tapi aku tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Dan yang penting aku tidak bermuka muka dan bertopeng. Aku lebih suka seseorang itu berterus terang biarpun pahit tetapi ianya benar. Memang la sapa yang suka kena tegur kan. Kalau boleh nak rasa diri ini sempurna kan. Tapi pada aku hidup di dunia ini mestilah diuji, kalau tidak diuji mana kita tahu kita ni hebat atau tidak.
Ok la.. nanti in the next session aku akan tulis serba sedikit tentang diri aku. Salam

No comments:
Post a Comment