

Hmmm.. siapa aku ni?... Aku berasal dari Tg. Karang, memang anak jati di sini. Sekarang bekerja di Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Selangor, kerjaya separuh masanya pulak sebagai jurugambar. Dan tak dinafikan aku lebih glamer lagi sebagai jurugambar dari seorang pegawai penyelia bekalan input di Persatuan Nelayan. Apa tidaknya sepanjang hidup aku macam macam kerja yang aku buat. Walaupun tak la menyangkul atau bawak lori. Setidak tidaknya aku banyak berkhidmat di tempat aku, apa tidaknya, aku hanya keluar dari kepompong tanjong karang ni masa aku belajar kat ITM (Uitm sekarang ni) masa tahun 1994. Lama dah tuh, selepas tuh aku apat kerja pun kat sini dan hinggalah ke hari ini. Mungkin ramai yang berhijrah ke bandar kerana alasannya banyak peluang kerja di sana, berlainan dengan prinsip aku, aku dapat rasakan banyak peluang di tanjong karang ni. cuma susah sikit jer. memang tak dinafikan ramai kengkawan semuanya dah berhijrah ke bandar. maklum la. ape la yang ada kat tanjong karang ni, lain la kalau di kl ker atau klang ker. Satu lagi, mesti korang seronok kalau ada orang tanya, dari mana ni, dengan bangganya katakan dari kl, tapi pada aku aku tetap berbangga kalau orang tanya dari mana, aku katakan dari tg. karang.
Macam kerjaya aku sebagai jurugambar, kekadang orang memperlekehkan kameraman dari kampong ni, maklum la apa la sangat ada kat tanjong karang ni, aku selalu dah kena, kalau kata dari tanjong karang, mesti macam tak pernah dengar jer katanya, ada ka patut anggap orang kl jer yang berkualiti gambarnya, ingat orang macam aku ni tak power ker?... he he. tah la dah nasib badan. Kalau ada situasi macam itu, aku suruh jer lawat website aku baru tau kualiti aku cemana. Bukannya apa, kita tak nafikan orang melayu kita kaya dengan budi bahasa dan sikap rendah diri, tapi ada kalanya kita kena berbangga dengan apa yang kita mampu dan yang kita ada sebab takut nanti orang pijak kepala. maklum la asik rendah diri jer sampai orang perlekeh lekehkan kita pulak. Susah tuh, aku berpendapat rendah diti pun berpada pada juga sebab ada masanya sikap rendah diri dan mudah beralah boleh menjerat diri kita. Tak salah kalau kita buktikan kita mampu buat sekiranya kita betul betul mampu, dan yang penting jangan la macam tin kosong, bising jer lebih tapi hampeh.
Aku mempunyai keluarga yang harmoni, aman dan bahagia, keluarga belah isteri juga takda masalah (ooo dah kawen rupanya he he). Tapi biasa la sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulah sup lidah he he. Kami dari golongan berpendapatan sederhana, tak kaya pun cuma hidup setakat ini alhamdulillah senang la sikit, aku pun nasib baik ada kerja part time jurugambar tuh boleh la kalau setakat jumpa aku nak belanja kopi jantan tu boleh la. Masalah moral rasanya takda la jugak. moga moga keluarga kami semuanya begitulah bahagianya selama lamanya mudah mudahan. Aku menyayangi semua ahli keluarga, dan aku dalam hati amat amat menyayangi ibu dan ayahku melebihi segalanya dalam hidup ini. cuma aku ni tak berapa pandai meluahkan pada mereka. maklum la aku ni anak manja, anak bongsu la katakan. Sampai sekarang ni aku masih lagi marasakan belum lagi dapat membalas jasa kedua ibu dan bapaku, betapa pengorbanan mereka amat besar sekali. Dan aku berdoa semoga mereka berdua dimasukkan ke syurga yang paling tinggi.
Dari segi pelajaran ini ni setakat SPM jer, tapi ada jugak amik Diploma Akaun di ITM Segamat Johor, tah kenapa minat aku lain pulak, semenjak 2003 aku dah mula main kamera, mulanya aku membeli kamera 'seken hen' analog SLR berharga 200 hengget, bila main main kamera tuh aku dah mula jatuh cinta (jatuh cinta dengan kamera takper, nanti bini marah o.) dan aku berkeputusan untuk beli kamera digital SLR Canon EOS300D dengan harganya pada masa itu RM4150 hengget. Dengan itu maka bermulalah kerjayaku secara melonjak ke arah jurugambar.
Alhamdulilah aku berdikit dikit sekarang ni dah banyak kamera dan lens dah aku beli, kalau dulu aku mungkin malu kalau shoot sebelah jurugambar berita, api sekarang ni tidak lagi, paling tidak aku berbangga sebab semuanya aku beli dengan usaha titik peluh aku tangkap gambar. Tahun 2007 aAku dah pun bukak kedai studio kecik di tingtak atas di bangunan rumah kedai sebelah masjid, kira macam kongisi tempat dengan bini aku, dia buat salun kecantikan dan aku bukak studio kat sana.
Sekarang ni sebenarnya aku kat opis, tengah ada kerja sedangkan hari ini sabtu kena dok umah, tapi apakan daya. petang ni pulak aku ada shoot kat Sg. Terap, tapi buat sementara waktu ni aku tengah tunggu kat opis ni dengan kengkawan sebab ada sistem baru nak masuk untuk sistem e pendaratan ni. tah la. ok la ada keje ni nanti aku sambung balik. Salam