Tuesday, December 2, 2008

IKAN BUNTAL VERSES BIARLAH RAHSIA


















Hmmm... malam ni aku boring... aku kat kedai sekarang ni..... nak balik rasa macam malas jer.... rasa macam nak tidor ker kat kedai ne. Macam macam yang berlaku... tapi kesabaran saja pengubat hati aku sekarang ni. memang tidak dinafikan segala masalah yang dilalui akan memberikan kita kekuatan dalam menempuh ujian didalam kehidupan. Dan kita kena ingat, segala benda yang kita alami itu, di sebalik kesusahan itu, akan datang kesenangannya. kita hanya perlu bersabar dan berusaha untuk yang terbaik. selama ini dari sehari ke sehari, ada masa susah dan ada masa senang, kalau masa senang aku harap aku tak lupa siapa diri aku, dan kalau aku ditimpa kesusahan, aku anggap dugaan dan yakin dengan kekuasaan tuhan. kesabaran, itu saja tunggak penguat aku selama ini, selama ini aku berusaha, dengan galakan keluarga dan rakan rakan rapat, aku boleh sampai ke takat ini, takkan semudah itu untuk aku mengalah, aku pernah dengar pepatah omputih " dont stop at the top, touch the sky before u drop". dan aku masih ingat kata kata YB Sulaiman Razak masa perasmian kedai aku dulu, moga-moga kedai aku akan jadi warisan selama 200 tahun, mudah mudahan. memang aku selalu doakan sebegitu, aku harap aku mampu berjaya, dan berulang kali aku tegaskan, kalau aku berjaya, semuanya bangsa aku akan turut bejaya insyaallah, aku takkan makan sorang, selama ni pun kalau sapa sapa yang jumpa aku, kalau aku ajak minum, maksudnya aku ada duit la tuh, kalau aku diam jer.. maksudnya... bulan gerhana la.. takder duit he he.... Rasa nak balik umah la... tapi ujan pulak...lebat lak tuh.... nak balik kang takut kene ujan he he.. tak la memain jer.. aku naik keta la...takper la. tunggu reda sikit....aku sebenarnya takda mood harini, pagi tadi aku ke bentong hadiri majlis pengkebumian makcik aku, pergi bertiga dengan mak dan ayah, balik tadi kol 5 lebih, penat giler... giler pun tak penat macam tuh la.. he he.... petang tadi ada orang datang cuci gambar. bizi la jugak kiranya arini. tapi alamdulillah semuanya ok.

Hmmm sambung pagi ni, malam tadi takda mood lak nak tulis.. tah hilang jer mood tuh. Tengahari ni aku buat kerja kat kedai, pagi tadi dah settel kerja, petang ni nak edit gambar pulak, ada belambak la tak settle lagi huuuu, takper la pelan pelan kayuh, tak rasa lapar sangat tengahari ni sebab tadi dah minum neskepe 3 dalam satu, sekarang ni masa rehat jap. staff aku gi kuar, aku duk kat depan ni mengelamun sambil layan lagu lagu hindustan, sambiltu terpikir jugak, best kan kalau hidup kita jadi macam pengarah dalam pelem, boleh tentukan apa yang kita nak, lakonan cemana dan bentuk cerita dan paling best aku suka sangat masa hepi ending, aku kalau ikutkan diri aku ni memang consenteret kalau tengok tv, aku jenis yang suka hayati sesuatu cerita dan kalau sesuatu yang bermakna dan baik tu aku suka ikut contoh, pada yang tak elok tuh aku buat sempadan la. kalau diulas cerita cerita dalam filem yang aku minat, aku suka yang sentimentol, sebab aku ni sentimentol sebenarnya, cuma orang tak perasan jer he he, ada masanya kena tengok mood, kekadang aku layan cerita aksi dan masyarakat, lagipun aku jenis yang tak suka orang kacau aku masa tengok tv ker wayang ker cd ker, sebab aku konsenteret, dan kalau sapa sapa kacau aku kompom aku tak layan punyer he he, sebabnya, aku rasa aku ni jenis yang kalau aku minat, mesti buat betul betul, kalau aku tak minat, rasanya nak buat pun aku malas, memang itu yang aku perhatikan diri aku, memang selama ni kalau aku suka dan minat dengan apa benda, mesti aku usaha dan buat betul betul, tapi kalau aku dah tak suka dan tak minat, hmmm lupakan saja la kan. Masa dulu pun masa aku belajar akaun, memang sabjek tu aku kurang minat pun, tapi nak buat cemana, orang dah suruh belajar, aku belajar la, tapi sebenarnya kesilapan aku itu membuatkan aku kerugian, sepatutnya masa dulu aku patut kaji apa bidang yang aku minat dan bukannya ikut kehendak sesiapa, aku sepatutnya dari awal awal lagi kena kaji apa cita-cita aku dan impian aku, tapi kekadang tu semuanya telah ditentukan tuhan, memang la seronok kan kalau kita boleh putar balik masa, tapi tak boleh beb, kalau diingat masa aku belajar dulu, minat aku pada komputer, dan aku lebih banyak masa aku belajar komputer selain dari belajar akaun, hmm apa tidaknya, bila aku minat komputer masa tuh, aku tengok jer apa orang tu buat aku dah tau dah, tak sangta jugak aku cepat belajar. kata orang tuh jenis fast learner la kalau sesuatu yang aku minat tuh. dan sekarang ni pun, aku dah tau apa minat aku dan aku tahu apa impian aku dan aku dah tahu apa yang aku cita citakan, dan sekarang ni bukannya pilihan untuk aku tersilap langkah atau gagal, aku tak boleh menyerah kalah dan terima kegagalan. aku telah tetapkan matlamat hidup aku dan bukan lagi masanya untuk aku berubah minat kepada benda lain, dan sekarang ni aku berusaha untuk mempelbagaikan pendapatan aku dengan membuat beberapa kerja dan bidang yang berkaintan dengan fotografi dan yang penting bgoleh tambah pendapatan, dan aku tetap kata TIDAK pada skim cepat kaya, orang yang nak cepat kaya semuanya tak betul, mana ada yang ekspress di dunia ni nak kaya, bas ekspress ada la, tapi dalam hidup ni kata orang easy come easy go, pepatah melayu pun ada mengatakan berakit rakit kehulu berenang renang ketepian, bersusah susah la dahulu bersenang senang kemudian. jangan bersenang senang dulu pulak, mungkin kita rasa kita senang dah.. tapi nanti yang susah anak bini kita pulak.. kan ke payah jadinya.

Aku jenis tak suka masalah yang kecik dibesar besarkan, pada aku banyak lagi yang perlu difikirkan selain dari masalah yang remeh temeh, tidak dinafikan masalah kecik akan menjadi besar kalau dikumpulkan, betul aku tidak nafikan. tapi kalu kita sebok pikirkan masalah orang lain sampai terlupa masalah yang kita buat sendiri.... lu pikirlah sendiri....aku pelik kekadang ada sesetengah manusia sebok jaga tepi kain orang sampai terlupa atau buat buat lupa yang selama ini dia yang mendatangkan masalah. dan ada kalanya buat buat tak kesah yang pada masa dulunya pernah kutuk dan bencikan kita. pelik kan dunia ini, takpa la... apapaun biar tuhan yang tentukan balasannya, sebab kalau kita nak balas dendam, kita pulak yang jadi jahat kang. bercakap tentang masalah, aku dengar tape datuk fadilah katanya masalah yang besar boleh di kecilkan jadi masalah masalah kecik, sebagai contoh kita nak pinjam 100 ribukat seseorang, kalau tidak cuba kita kecikkan kepada 10 ribu dan mintak kat sepuluh orang, gitulah kiranya. dan sebaiknya kita jangan lari dari masalah, kita selesaikan satu persatu, takper, kalau kita tak selesaikan nanti ianya mengejar kita, nanti lagi pening, dan petuanya aku pernah buat dalam periksa matematik dulu la kan, tengok soalan yang susah kita tinggalkan kejap, cari yang mudah mudah jer dulu, kalau dah settle kita tengok balik soalan yang susah dengan penuh konsentrasi, insyaallah mudah mudahan kita akan berjaya, memang tak dinafikan kita boleh cemburu melihat orang yang lebih berjaya dari kita dan jadikan cemburu itu sebagai dorongan dan inspirasi, tapi jangan la nak jatuhkan orang tu pulak.

Hari ini aku ada macam macam perkara yang nak dipikirkan.... tapi kena pikir satu persatu la... yer..... hmmm ok la.. nanti aku sambung balik....ada kerja nie.....

Wednesday, November 19, 2008

APA DIHARAP PADI SEBERANG....







Hmmm.....hari ini seperti biasa.... banyak benda yang aku uruskan dan staff aku ada kat kedai untuk kemas kedai dan terima tempahan gambar. Pagi ini mendung, menang dah beberapa hari ni hujan jer memanjang. tak pa la kat... asik panas jer nanti pening kepala pulak, segalanya yang ditentukan ada sebab dan musababnya dan tuhan maha mengetahui. kita kena terima hakikat bahawa pemikiran kita tidak sejauh tuhan yang maha kuasa, akal kita trermatlah pendek dibandingkan Allah. Kita hanya wajib mempercayai dan salah satu dari rukun iman yang keenam adalah percaya kepada Qada dan Qadar ilahi, setiap yang berlaku di muka bumi tuhan ini hanya Allah yang dapat menentukannya, kalau kita tidak boleh menerimanya, berdoalah dan mudah mudahan doa kita termakbul, tuhan juga berfirman tidak tertolak Qadaq melainkan dengan doa, tuhan juga berfirman berdoalah nescaya aku akan memakbulkan doamu, itu sebabnya kita kena yakin dengan kekuatan doa dan segalanya berserah pada tuhan yang maha esa, kita ni insan yang amat lemah. selama ini aku selalu pasrah dengan ketentuan ilahi, aku yakin setiap dugaan yang tuhan berikan adalah sebagai ujian untuk aku. biarlah aku bersusah payah dahulu, mudah mudahan akan senang di kemudian hari, aku yakin dengan ketentuan ilahi, aku yakin setiap dugaan dan cabaran itu akan membuatkan aku lebih tabah dan kuat, aku yakin aku bukan manusia yang mudah mengalah, aku yakin kita akan berjaya sekiranya kita mampu bangun dari kegagalan. Pada masa ini aku akan berusaha untuk berjaya dengan usaha dan ikhtiar aku sendiri, aku bukannya jenis yang meminta minta, meminta tak mengapa dan terpulang la orang nak bagi atau tidak, tapi aku bukannya orang yang meminta minta, memohon belas simpati dan menjatuhkan maruah sendiri semata mata nak mendapatkan bantuan. Memang ramai yang jenis macam tu kan, tapi aku harap aku bukannya macam tu, aku akan berusaha untuk berjaya dan terus berjaya walaupun terlalu banyak dugaan yang kutempuh. Aku terima segala dugaan itu dengan harapan kejayaan akan menyusul nanti, dan pada sesiapa yang tak suka dan iri hati dengan aku, kuucapkan terima kasih, hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala perbuatan baik dan jahat mereka semuanya, pada yang menyokong aku ucapkan terima kasih, begitu juga tetap tidak kulupakan keluarga aku yang teramat amat kuat memberikan dorongan dan sokongan moral, kalau tidak aku tak tahu sampai mana arah tujuan aku saat ini,

Aku sedar siapa diri aku, bukannya berpelajaran sangat, kemahiran pun tak seberapa, aku redha dengan keadaan aku sekarang ni, tapi aku akan tetap berusaha untuk mengubah nasib aku, dengan cara aku, dengan usaha aku, walaupun tak banyak berubah, tapi aku tetap berusaha mengubahnya, apa yang pebting aku berkata dalam hati, kita usaha dulu, segalanya tuhan yang tentukan, aku tetap yakin dan wajib percaya tentang kekuasaan tuhan, kalau tuhan nak kayakan kita sekejap jer, dan nak tarik balik pun sekejap jer, pada aku eloklah tuhan berikan kesenangan untuk aku lewat sikit setelah aku berusaha keras. itu lebih baik daripada aku kaya cepat, manala tau nanti kalau aku kaya cepat dibuatnya aku jadi gila kuasa dan pangkat sampai lupakan kekuasaan tuhan, itu yang aku taknak tuh, aku rasa tuhan maha mengetahui akan apa yang dirancangkan dan aku yakin tuhan akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk diri aku, aku memang yakin. Tak semua masalah kita boleh ceritakan kepada semua orang, dan tak semua orang sanggup mendengar masalah kita, aku juga yakin tak ramai orang yang sanggup menempuh dugaan kesukaran bersama, kalau masa masa bergumbira ramai la kan. Itu sudah pasti, tak mengapalah.

Tapi sebaiknya dalam setiap langkah yang kita lalui, berfikirlah dulu sebelum bertindak, berfikirlah dan jangan membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan dan musibahnya, samada yang kita fikirkan itu kita tak pasti betul atau salah.... berbincanglah dulu, mungkin ada kawan kawan yang boleh memberikan pendapat yang berguna, dan semoga apa tindakan kita akan mendapat menafaatnya, mudah mudaha. Pada aku, setiap langkah yang aku jalani, aku pohon restu keluarga terutamanya ibu dan ayah aku, pada aku susah nak mendapat keberkatan atau kejayaan kalau tiada restu dan doa dari ibu dan ayah tercinta, ditambha pula doa dan restu dari isteri, dan sahabat handai, insyallah apa yang kita lakukan akan berjaya cuma perlu bersabar kerana bak kata pepatah yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih itu takkan datang melayang, berusaha dan bertawakkallah. Dalam setiap kesusahan yang kita lalui pasti ada kesenangan dan kebaikannya nanti, percaya dan yakinlah. Ada kalanya kita kaang kadang mengharapkan belas dan simpati dari orang lain, mengharapkan orang akan membantu kita, sebaiknya janganlah terlalu mengharap, sebab kebanyakan orang hanya akan melihat kita bila kita dah senang bukannya masa kita susah dan meminta minta. Aku menasihati diriku dan buat pedoman pada rakan rakan, kita sudah tentu mengetahui firman Allah yang bermaksud Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri. Memang la begitu, tidak pernah ada kasa magik yang boleh mengubah nasib kita dan sikap negatif kita, lain la kalau kita memang peraduan senang menang ker, Pakcik menang moto ker... itu lain, itu dah rezeki mereka. Dan pada aku mereka beruntung mendapat rezeki sebegitu dan harapnya mereka tidak lupa diri, dan ingat betul betul, Allah kalau nak bagi rezeki, sekelip mata saja dan begitu juga kalau Allah nak tarik balik. Kena ingat tuh, dan aku bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada aku setakat ini, dan aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan berjaya di dalam bidang yang aku ceburi, mungkin kerjaya jurugambar ni bukannya untung banyak, tapi paling tidak aku sedang berusaha untuk mengubah nasib aku, dan aku juga berusaha untuk mengubah nasib bangsa aku dengan membantu mereka berjaya bersama sama aku.

Hmmm rasanya sampai setakat ini saja coretanaku, nanti sambung balik.. salam

Tuesday, November 11, 2008

TEDDY BEAR VERSES ROJAK




Malam ni aku sorang jer kat kedai, boring sikit, kalau siang tadi ada la staff aku si becok marlina.. he he jangan marah ek... hmm dah lama jugak aku tak tulis blog ni, semenjak perasmian kedai aku sampai la sekarang, banyak jugak perkara yang berlaku, aku cuba ingatykan beberapa benda untuk kenangan bersama, PElancaran kedai aku sekali dengan jamuan raya beserta pelancaran kelab fotografi berjalan dengan baik alhamdulillah, dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji sulaiman Razak, ADUN PErmatang, Pada awalnya aku risau takut tak jadi dan memandangkan aku mula berniaga, banyak juga nak pakai duit dan pelbagai perbelanjaan yang perlu ditapis dan dikurangkan, Dan aku percaya dengan ketentuan Ilahi, kalau tuhan dah restu dan redha, benda yang susah pun jadi mudah benda yang berat pun boleh jadi ringan dengan izinNya, setelah dikira kira, alahai bajet dekat 3 ribu jugak la... aku pun bincang dengan urusetia Goal Horizon untuk mintak sponsor sebab majlis tu bukan untuk aku sorang, ianya disekalikan dengan majlis penyampaian sijil dan majlis penubuhan kelab fotografi, lepas tuh berulang kali aku katakan pada kengkawan, majlis ini bukan untuk aku sahaja, semuanya akan dapat keuntungan, tapi aku sedih bila tak ramai yang sokong aku, dan ada pulak yang kutuk aku bila aku mintak sponsor, aku tak pernah paksa uintuk kengkawan tolong, tapi aku benar benar sedih bila ada yang terdengar di telinga aku, aku kecewa sebab selama ini aku berusaha untuk menjayakan kelab fotografi bukan untuk kepentingan aku, dan majlis jamuan raya ni juga bukan untuk kepantingan aku seorang, aku takkan nak bolot semua pengantin kat seluruh tanjong karang ni, aku pelik bila ada yang kata bajet aku sampai 3 ribu hengget tuh untuk bagi makan 3 ribu orang, nak kata bangan dah tua dah, takkan tak pikir kalau seorang makan dikira 5 hengget kalau didarabkan 2oo orang dah kira berapa, takan nak sewa kanopi, buat banner, buat surat semuanya pakai air liur, semuanya pakai duit kan. tu la susahnya orang melayu kita ni, selalu saja merendah rendahkan bangsa sendiri, sentiasa memperlekeh lekehkan bangsa sendiri, aku cukup sakit hati bila dapat kawan macam tuh, sepatutnya berilah sokongan bukannya komplen macam macam, dan satu lagi kedai aku ni bukan pakai duit dia, dan majlis itu berjaya semuanya hampir 99 peratus hasil usaha aku, kengkawan pun tidak dinaikan ada yang tolong juga seorang dua, aku ucap terima kasih bebanyak pada yang sudi menolong, tapi pada yang tak menolong pun takper lah, aku tak kesah, aku dah paham, jenis aku cakap sekali jer, kalau dah tanak tolong aku boleh buat sendiri, aku bukannya tak pandai, cuma kalau dapat aku nak mintak jasa baik kengkawan sebab aku rasakan program tu untuk kita semuanya, las las aku semua yang buat, dan sekarang ni aku mula paham yang mana kawan dan yang mana bukan kawan, dan aku mula mengenali kawan mana yang sanggup bersusah payah bersama aku, aku takkan lupakan kawan yang banyak membantu, dan aku juga tidak lupakakn kawan yang buat hal dengan aku, aku ikhlas tapi tak sangka keikhlasan itu dibalas tuba, tak pa lah.

Minggu lepas aku bizi sangat buat kad untuk pemuda, puteri, dan perwakilan, dan aku tersilap terbagi harga murah, mungkin untuk kos kad tu dah cover tapi upah potong tak lepas, tapi apa nak buat bukan boileh tarik balik kan harga tuh, paling tidak untuk promosi kedai aku, ramai juga orang kuat UMNO yang datang ke kedai aku, seronok juga ramai yang berkunjung ke kedai aku, nasib baik waktu tuh dah ada pembantu, aku dah ada staff full time dan ada yang part time, alhamdulillah mesen aku jalan laju jer, dan cina paper tuh terperanjat cepatnya habis, alhamdulillah, risau jugak kalau mesen aku buat hal, ku pujuk bebaik supaya jangan buat hal. Kesian juga mereka, bak kata orang tuh dah naik kembang la otot diorang memotong kertas tuh he he, tapi hari ini alhamdulillah aku dapat sesesaikan elaun khas untuk mereka, paling tidak aku harap bayaran itu berbaloi buat mereka, aku buat kat tuh sebenarnya amat murah , apa taknya 100 keping 25 hengget, kalau kat kedai biasa dapat 45 hengget, dah tu ada gak melayu yang tak mengenal untung, datang kedai aku nak mintak kurang lagi, aku terus jer jawab suruh dia pergi kedai cina, tu la yang aku pelik, kalau dekat kedai cina 45 hengget sanggup bayar, kalau kedai melayu 25 hengget pun mintak kurang lagi, aku memang dah paham orang kita memang macam ni., itulah dilemanya berurusan sesama bangsa ini, tapi kesabaran memang penting dan aku cukup panas telinga bila bercakap tentang bangsa melayu, dijadikan cerita ada satu pelanggan ni, orang kuat UMNO juga ni, aku tersilap tulis nama bapaknya, bila dia dapat kad tuh dia punya bising tak tentu hala, dijadikan cerita masa tu aku takda di opis dan dia sembur staff aku, dia katakan beginilah orang melayu nak berniaga buat tak betul betul, aku cukup benci la camni, sepatutnya dia beri peluang kalau orang tersilap, dan aku boleh perbetulkan dan aku boleh bagi jer kad tu free atau aku bakar aja kad tuh, aku tak kesah kalau rugi tapi akucukup benci bila cakap tak serupa bikin, kata 'mengangkat martabat melayu' la dan macam macam lagi, lepas tuh kutuk macam macam kat bangsa sendiri. pelik betul aku, lepas tuh nak tempah lagi pulak tuh, bila aku ada kat kedai tak pulak cakap macam macam, huh, tak guna betul. tapi aku terpaksa bersabar dan aku berterima kasih pada yang menyokong aku dengan berurusniaga dengan aku, aku syukur juga sebab disebalik yang memperkecil kecilkan aku, ada juga yang menghargai dan menyokong aku, terima kasih ku ucapkan pada mereka semua, pada yang menyokong dan menghargai aku ucapkan terima kasih tak terhingga, moga tuhan saja yang dapat membalasnya,

Habis saja mesyuarat segalanya berjalan seperti biasa, aku ucapkan tahniah pada sesiapa yang berjaya menjawat jawatan yang penting penting, dan diharapkan bila dah berjaya, jangan la lupa diri dan lupa tanggungjawab, anda semuanya dipilih dan jangan lupa membalas jasa orang yang memilih anda, Bagi aku, aku tetap menyokong sesiapa saja yang boleh buat kerja, jangan la jadi macam pak kadok yer, menang sorak kampong tergadai, Tahniah, tahniah, mlm ini juga aku rasa tak berapa sedap badan, mungkin banyak yang dipikirkan, tapi apapaun aku bersabar saja, aku ada mimpi yang tidak baik malam tadi, pasal kematian, aku sedih dan takut sangat, aku berdoa agar apa yang aku mimpikan tidak menjadi kenyataan, aku berdoa sangat sangat. Memang benda yang tak berapa baik jadi pada aku hari ini, cek aku ada masalah, dan ada beberapa masalah lagi yang timbul. alhamdulillah aku berserah pada kekuasaan yang maha Esa dan segalanya boleh diatasi sedikit demi sedikit, memang tak selesai semuanya tapi paling tidak ianya disesesaikan satu persatu, aku bersyukur kerana tuhan memberikan aku jalan untuk menyelesaikannya, aku tahu aku kena buat semuanya dan aku tak boleh bergantung pada orang lain, kematangan berfikir membuatkan aku tidak membuat keputusan drastik atau terburu buru, alhamdulillah, aku bersyukur, dan aku berharap esok akan lebih baik dari hari ini, insyaallah, moga tuhan memberikan aku keberkatan. ternyata aku ni hamba yang lemah dan kepada tuhan sahaja tempat untuk aku berserah. ok la aku dah nak balik ke umah, dah penat dah nie. Salam Salam

Thursday, October 16, 2008

Berarak Mendung Kelabu... Menyusuri Langkahku




Petang ni mendung.. dicampur hujan renyai renyai.... aku menghadap jalan di hadapan kedai aku.. hari ini kedai aku lengang sikit... tak ada lagi orang datang cuci gambar.. sekadar bertanya tentang hal pajer tu ada la... memang hari ini murung sikit bisnes aku... kekosongan masa ini aku luangkan untuk menghantar surat kepada pelanggan dan potostat beberapa risalah untuk promosi kedai.. aku mana boleh duduk duiam menunggu duit datang bergolek kan... aku tau bukan macam dulu dulu masa makan gaji, sekarang ni setiap saat dan setiap waktu aku mesti merancang dan memikirkan apa nak buat, perancangan hari ini , esok dan masa hadapan, mana boleh lagi duduk goyang kaki, setiap kali jumpa orang atau kengkawan mesti rajin promosi, takpa la... pelan pelan la kan. yang penting kesabaran itu boleh menyelesaikan masalah, jangan terburu buru dan tak boleh la nak paksa orang datang kedai kita kan, segala perancangan telah dipikirkan dan kita kena buat satu persatu, tak perlu terburu buru dan gelojoh, kita usaha sedaya upaya dan hanya tuhan yang mampu menentukan segalanya, kita hanya bersabar dan bertawakkal saja, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita dah lakukan. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, 24 haribulan nanti aku nak buat open house untuk kedai aku dan sekali majlis pelancaran kedai dan penyampaian sijil untuk peserta kursus fotografi yang lalu. Sepatutnya awal awal hari tu dah dapat dah sijil tuh, kenapa tah sampai sekarang tak bagi lagi. itu sebabnya aku dah bincang dengan urusetia kursus haritu en. Assri untuk diberikan pada majlis yang sama, ye la seronok la sikit kalau sijil tu Yang Berhormat yang bagi kan. mesti berbangga giler rasanya. PAgi tadi aku dah poskan surat untuk sekolah sekolah dan beberapa jabatan untuk buat promosi, mudah mudahan ada la yang telefon bertanyakan tentang kedai aku, dan setiap pagi bila nak bukak kedai aku sentiasa berdoa agar bila aku bukak pintu kedai, moga moga Allah bukakan juga pintu rezeki untuk aku juga, dan moga moga dibuangkan segala hasad dengki manusia manusia jahat yang sekiranya ada niat tak baik untuk merosakkan perniagaan aku, harapnya begitulah.




Malam tadi aku pergi rumah terbuka Belia 4B di dewan Dato' Hormat, ramai juga yang datang, aku singgah jer sekadar jenguk jenguk muka sebab nak makan pun masa tuh tak berapa selera, kira cuci cuci mata jer dan bersalam salaman denghan sahabat handai, lagipun pemilihan jatawankuasa pemuda dah nak dekat, masa nilah nak buat promosi diri kan, ha sekarang ni la baru nak dekat dekat dengan orang ramai nak meraih undi kan, haa elok la tuh, tapi rata rata yang dicalonkan pada tahun ini semuanya bagus bagus belakan dan semuanya jenis yang selalu aku tengok dimana mana, bukan macam pemilihan yang lepas, semuanya jarang aku tengok dan kebanyakannya yang menang ikut senarai yanbg diberi, tah la, mungkin dulu aku ni tak berapa pandai sangat nak tengok semua benda benda macam ni, tapi punca punca berbecahnya bangsa kita adalah disebabkan tidak ada perasaan berlebih kurang dan tidak mahu mengalah, dan sebaik baiknya biarlah umpama kata pepatah biduk lalu kiambang bertaut. Kalau yang dah memang tu kita terima saja dan yang kalah tu kita sokong saja yang dah menang dan terima kekalahan itu dengan hati terbuka, Aku masih teringat masa pemilihan jawatankuasa pemuda yang lalu, aku atas galakan daripada beberapa rakan, aku bertanding untuk jawatankuasa pemuda bahagian dibawah rombongan Ustaz Khir, memang masa tu ada 2 grup yang bertanding , Ustza Khir dan Ustaz Nasir, aku masa tu dibawah Ustaz Khir, tapi aku pelik, sepatutnya biarlah kita bersama walaupun berlainan orang yang disokong, tapi lain pulak jadinya, aku pernah diboikot kerana tak menyokong Ustaz Nasir masa tu, dan aku tak sangka sampai begitu sekali pandangan orang orang tertentu terhadap aku, aku buat tak kesah sebab bukannya diorang yang bagi makan aku pun, masa dulu nak bertegur sapa pun susah sikit disebabkan berlainan sokongan, aku pelik juga, sepatutnya tak salah kan kalau duduk bersama atas satu perjuangan bangsa melayu. Tapi pada penggal ini aku harap segalanya boleh berubah, masa pemilihan nanti kita terima siapa saja yang menang dan teruskan lah kembali perjuangan yang asal, jangan ada lagi puak puak tertentu macam dulu dulu, kalau boleh kita teruskan perjuangan kita macam biasa, walaupun aku ni bukannya orang kuat politik sangat, tapi aku tetap sokong sepenuhnya parti yang menyatukan dan mendaulatkan bangsa kita. Tapi aku takut pulak kalau apa yang dikatakan UMNO takkan dijatuhkan oleh PAS atau PKR, tetapi ianya akan dijatuhkan oleh orang orang UMNO sendiri, betulkah kenyataan sebegitu? aku rasa betul, cuba bayangkan pilihanraya yang baru baru ini, pengikut PKR bukannya ramai sangat di Selangor ini tapi kenapa Selangor ni dah jadi Negeri Pembangkang, siapa yang boleh jawab, UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya memang kukuh di Selangor tapi kenapa sekelip mata saja dah jatuh di tangan pembangkang, siapa lagi kalau tak orang Barisan Nasional sendiri yang mengundi pembangkang betul tak? Ada orang kata itu merupakan undi protes, betul ke tuh? aku tak bolerh nak jawab, NJegeri Selangor yang dah maju dibawah kempipinan Menteri Besar Khir Toyo dah jatuh d tangan pembangkang, ada yang kata sebab tak suka dengan pemilihan wakil rakyat, ada yang kata sebab tak dapat cukup bantuan, ada juga yang kata tak dapat bonos menjadi punca protes, itu sebab aku katakan golongan sebegini bukan melayu sejati yang setia kepada kepimpinan, umpama musang berbulu ayam, berani bertindak secara senyap dan diam diam, inilah dia tanda tanda yang UMNO akan jatuh desebabkan oleh orang UMNO sendiri. Entahlah aku berharap Kerajaan Barisan Nasional akan kekal memerintah kerana hanya Barisan Nasional sahajalah yang boleh menyatukan berbagai bangsa dan mendaulatkan ketuanan Melayu,




Teringat aku masa pilihanraya yang baru baru ini, tak sehangat seperti sebelumnya, masa dulu aku terlibat dengan jawatankuasa teknikal yang bertugas kalau kalau komputer rosak atau bermasalah, tahun ini aku tak ada tugas yang berat sangat, hanya sebagai jawatankuasa ceramah sahaja, dan pejabat umno pada masa itu tak sekecoh masa dulu, mungkin kita semuanya terlalu yakin memang agaknya, kalau masa dulu kita berhempas pulas sebab Sungai Burong kalah, mungkin terlalu yakin agaknya, tapi alhamdulillah aku sepanjang masa mengambil kesempatan untuk ambil gambar suasana pilihanraya dan mohon pas kat pejabat daerah. Aku abadikan gambar kenangan sepanjang masa pilihanraya, walaupun tidak dibayar, aku cukup suka merakamkan peristiwa bersejarah tersebut, pada malam itu satu demi satu keputusan dikeluarkan. dan aku terperanjat besar bila satu demi satu aku dengar kalah dan kecundang, dan aku yakin pihak pembangkang juga tidak percaya yang mereka telah menang banyak kerusi sebab aku yakin mereka menang kerana undi orang barisan sendiri, orang barisan sendiri yang protes atau tidak puas hati agaknya, tapi aku bersyukur sangat bila Parlimen Tg. Karang menang kerusi parl;imen dan DUN, syukur alhamdulillah, paling tidak Tanjong Karang merupakan bentang kukuh bagi kita semuanya. Dan aku gembira pada waktu itu, masa ucapan Y.B. Dato' Noh, beliau berkata beliau gembira tetapi berduka kerana kekalahan banyak dan Negheri kita telah jatuh di tangan Pembangkang, entahlah, harapnya orang yang memangkah pembangkang akan dapat obat sepanjang 4 tahun ini sementara menanti pilihanraya yang akan datang, aku harap, siapa yang salah dan silap, perbaikilah kesilapannya, pemimpin yang salah, betulkanlah kesalahannya, terimalah teguran dari orang lain dan dengarkanlah pandangan dari orang ramai, jangan syok sendiri tanpa memperdulikan orang lain, dan kena la ingat undi dari orang ramai, pemimpin naik sebab undi dari rakyat, renung renungkanlah.




ok lah.. nanti ada masa sambung lagi.....

Monday, October 13, 2008

KUIH MAZOLA, KUIH TART, KUIH BATANG BARU.. HE HE




Malam ini aku tak berapa tenang, hari ini aku rasa letih pulak. Macam banyak sangat kerja kat kedai tadi, mungkin banyak pikir agaknya. Entah la, balik rumah lapar sebab tak makan tengahari, nak jaga body konon, sampai jer rumah sedih sebab lauk takda….lapar punya pasal aku belasah jer apa apa yang patut, kicap dengan nasik pun jadi. Untung la sebab aku ni tak cerewet, untung kan sapa sapa yang dapat aku… agaknya la… lepas tuh rasa tak cukup aku belasah biskut pulak. Lepas mandi dan solat aku ambik lasa untuk bukak computer seselaikan sikit kerja kerja editing gambar aku yang beberapa waktu ini agak terbengkalai. Kakak aku telefon, makcik aku dari johor yang sakit telah dibawak ke sini untuk iktiar rawatan cara lain, nampaknya macam teruk juga sakit makcik aku tu, aku panggil dia Cik Noor, Dia duduk jauh di JB, dibawa ke sni untuk ikhtiar berubat, sebab sakitnya dimaklumkan makin teruk, aku baru beberapa hari lepas banyak peristiwa kematian. Rasa risau pulak aku ni. Aku ni beberapa hari ini sering resah dan memikirkan benda tak baik jer. Mintak dijauhkan, Ya Tuhan ku pinta agar dikau sejahterakan diriku, ibu bapaku isteriku dan seluruh keluarga aku. Moga dikau kurniakan mereka kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Hindarkanlah kami semua dari gelaja dan musibah yang tidak baik Ya Allah. Amin. Malam ini rasanya aku nak menulis sikit supaya hati aku tenang dan lega. Sebab aku kalau banyak berfikir menyebabkan aku susah nak tidur dan takut bermimpi tak baik nanti, dan jiwa aku pulak akan murung dan tidak bermaya, takut pulak nanti susah nak menghadapi hari esok . Paling tidak aku dapat menenangkan jiwa dan naluri aku. Aku sebenarnya letih malam ni, tak tahu kenapa aku rasa tidak bermaya, jiwa dan perasaan, Cuma aku kuatkan semangat aku untuk bekerja sebab aku tahu, aku tak boleh bergoyang kaki lagi macam dulu, aku perlu kerja lebih dari biasa, aku perlu berusaha dua atau tiga atau lebih berganda dari sebelum ini, walaupun apa yang akan dating masih lagi samara samara dan kabur. Apa yang penting aku akan terus berusaha. Yang lain biar tuhan yang menentukannya. Aku tak boleh bergoyang kaki sekarang ini, aku kena buat banyak promosi, banyak marketing walaupun kekadang tu pusingan untuk marketing tu macam kurang, tapi alhamdulillah setakat ini tak pulak aku kekeringan yang amat sangat, di kala aku kering, aku bersyukur ada saya rezeki masuk tanpa di undang bila aku betul betul sesak. Aku dah banyak merasa kesusahan walaupun susah tidak la seteruk macam cerita Bersamamu tu, tapi aku pernah merasa ketiadaan duit dan terpaksa berlapar, tiada duit nak isi duit minyak dan macam macam lagi kesesakan dan keperitan aku, ada waktunya nak bayar duit tol pun korek korek laci dashboard, jumpa la siling 5 sen. Sedih juga mengenangnya. Tapi kalau dipikirkan kesusahan orang lain yang lebih teruk, aku patut la bersyukur kerana tuhan beri peluang aku berkereta, tuhan beri peluang untuk aku bekerja, tuhan bari peluang untuk aku mampu makan, dan akhir sekali tuhan beri peluang untuk aku terus hidup. Dan tiap kali aku berfikir begitu aku akan bersyukur pada tuhan kerana Dia memberikan aku peluang dan senantiasa memberikan aku peluang walaupun aku selalu tidak menjalankan kewajipanku terhadap Dia, Ampunkan aku Ya Allah.

Di opis tadi aku dah download cerita man laksa, cerita kegemaran aku semenjak aku tengok kat Astro bulan lepas, tak jemu aku menontonnya, kelakar pun ada, terhibur pun ada dan yang paling aku sedih bila dengar lagu S.M. Salim, kenang daku dalam doamu, betapa keciwanya Man Laksa bila tidak tercapai hasratnya untuk memberikan cintanya pada Cah, walaupun pada awalnya amat berpeluang, hanya kerana fitnah dan hasad dengki berubahlah hati seorang insan. Nasib baiklah kebenaran dapat dibuktikan. Begitulah sikap manusia terutamanya bangsa kita. Suka tengok orang lain jatuh dan gagal. Satu kepuasan yang amat sangat bila dapat menjatuhkan orang. Hm tah la. Sedangkan dalam agama kita juga mengamalkan berbuat baik sesama sendiri akan mendapat pahala, juga menutup keaiban orang lain juga akan mendapat ganjaran juga, Entah la, rambut sama hitam, hati lain lain, sekarang pun rambut pun tak sama hitam dah weh he he. Aku Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, dan begitulah juga akan datang , Pekerja aku katanya nak dating temuduga hari ni tapi tak nampak batang hidung pun, esok agaknya datang la kot, Kat kedai tadi aku makan kuih raya jer, biskut nestom, he he, minum teh uncang jer, elok juga sebab kalau selalu minum minuman 3 dalam satu tu kuat gulanya takut kencing manis pulak aku ni, mintak dijauhkan, dah la jarang buat senaman, buat senaman mulot jer, takpa la nanti aku akan carik masa sesuai untuk mulakan kembali minat aku iaitu memanah.. he he… dah lama dah tersepuk panah aku tuh, beli dekat 2 ribu tapi jarang sangat pakai, biasa dulu aku memanah di stadium kuala selangor, sekarang ni dah takda geng rasa malas la pulak, pernah aku memanah ni rumah, beli kotak tebal tebal lepas tuh gantung kat kayu, dijadikan cerita satu batang anak panah tak jumpa jumpa ampai sekarang, kemana hiangnya aku pun tak tahu, disorok anak jin agaknya la…. Mahal oo.. sebatang dekat 30 hengget … kalau hilang nangis la. Hmmmm aku rasa cukup setakat ini, akan kusambung dilain masa…. salam

TERDENGAR BEDUK BERBUNYI SUARA TAKBIR AIDILFITRI




Hmmm diam tak diam,,,, Ramadhan dah datang lagi... seperti biasa syawal pun datang sama... maka setelah sebulan berpuasa.. tibalah masanya untuk berhari raya dan menyambut aidilfitri. Aku rasakan pada tahun ini aku sambut serba amat sederhana..malumlah aku sekarang ni sumber kewangan teramatlah sempit.. segalanya kena berhati hati dan kena kawal... alhamdulillah setakat duit raya tu ada la untuk budak budak. ada la jugak duit untuk sedekah tuh. kalau nak dapat duit raya tuh amat la jauh sekali. cuma pada kedua-dua akak aku la ku ketuk he he... jadi la buat duit minyak. Pada Hari Raya Pertama dan Kedua aku beraya di rumah sanak saudara belah isteri dan belah keluarga ku. Aku tak pergi beraya jauh jauh sebab mengenangkan kedai aku dan tiada pekerja lagi yang boleh membantu aku. Pada raya pertama dah ada pelanggan, walaupun sepatutnya tutup tapi kalau bab duit mesti la bukak sekejap he he. Ada la beberapa keluarga ambil gambar sempena hari raya ini, ahamdulillah aku bersyukur, setidak tidaknyaiklan yang masuk suratkhabar ada la memberi kesan sikit demi sedikit, aku paham, takkan la nak paksa orang datang ke kedai aku kan, mesti la sikit demi sedikit dan ak yakin lama kelamaan mereka semua akan datang juga melawat ke kedai aku. Memang dalam beberapa bulan pertama ini kurang pelanggan, tapi kesabaran akan memberikan satu kelebihan nanti,


Banyak juga peristiwa yang berlaku beberapa waktu ini, sepanjang Sebelum, Semasa dan Selepas Raya ini, ada yang manis, pahit, masam dan kelat kelat pun ada. Tapi semuanya kita kena harunginya, apa cara sekalipun kita kena tabah hadapi dugaan dan cabaran ari Tuhan, dan kalau mendapat peristiwa gembira pulak jangan a kita lupa dan lalai. Sebab Tuhan kalau nak tarik balik apa yang kita ada, sekejap saja dibuatnya, begitu juga kegembiraan, kalau dah gembira tapi tak bersyukur, boleh bertukar duka jadinya. Beberapa hari yang lepas Abang ipar aku telah kembali ke Rahmatullah, Abang Ipar belah isteri aku, dulu bekas YB Sekinchan Kassim namanya, sebelum itu sakit eksiden lepas tuh merebak ke bahagian perut, rupanya sakit lama yang tidak diubat dan jadi merepak. Innalillah, moga Roh Arwah dicucuri Rahmat. Amin, Beberapa hari sebelum itu pulak jiran aku meninggal dunia kerana keracunan pulak. Aku bila ada kes kematian ini amat menakutkan aku, sapa yang tak takut mati kan. Aku takut mati sebab banyak perkara, amalam aku masih belum cukup lagi, jasa ibu bapa aku yang banyak belum berbalas, tanggungjawab aku pada semua orang yang masih belum aku aku jalankan, dan banyak lagi rasanya, dan sering berkumandang dalam nasyid, tuhanku aku tidak layak untuk ke syurgamu, namun aku tidak sanggup untuk ke nerakamu. Setiap kali aku mengenang kematian, rasanya tidak ada ertinya kita carik duit banyak banyak kan. Tapi aku teringat satu ayat ni " hendaklah kita cari harta di dunia ini seolah olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan hendaklah kita beramal di dunia ini seolah olah kita akan mati pada esok hari". Jadi eloklah kita berpesan pesan sesama kita untuk semuanya ini. Pada aku, bagi yang sudah tiada mereka akan menemui tuhannya nanti, bagi yang masih hidup, mesti teruskan perjuangan dan kehidupan. Cuma kita mesi beringat akan kekuasan tuhan, dan ambillah iktibar akan setiap kejadian dan peristiwa di dunia ini, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Mudah mudahan tuhan memberkati semua yang kita lakukan.


Kita telahpun sebulan berpuasa, dan raya telah menjlang tiba, sebaiknya kebaikan di bulan puasa kita teruskanlah untuk sampai bila bila, jangan hanya bulan puasa aja berbuat baik lepas raya sambung balik beronggeng he he... Bulan puasa ini banyak mengajar aku. bulan puasa ini juga aku telah membuka kedai aku dan berharap ianya memberikan keberkatan pada aku dan memberikan perubahan dalam hidup aku untuk menjadi lebih baik dan berjaya insyaAllah. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengubah nasib aku menjadi lebih baik. Dan sudah tibanya masanya untuk aku melangkah lebih jauh lagi. Biarlah aku berusaha dengan cara aku, mungkin tak boleh nak kaya cepat macam kawan kawan Buluhmas...tapi aku redha dengan cara aku, aku pandai tangkap gambar dan akan aku gunakan kelebihan yang tuhan berikan pada aku ini untuk berjaya, dan berjaya dengan cara aku, memang ramai yang seakan tak yakin dan tidak percaya yang aku ni boleh bukak kedai, tapi aku setidak tidaknya tidak menyusahkan orang lain. Inilah saja caraya untuk aku buktikan aku boleh berjaya dan sumbangan aku untuk masyarakat. Kalau aku berjaya, aku akan bawa semuanya berjaya bersama aku. Aku tak mahu menempa kejayaan seorang diri, biarlah kita bersama sama terutamanya bangsa kita yang sudah sekian lama jauh dan mundur dari segi ekonomi disebabkan kemunduran pemikiran bangsa kita sendiri. Orang kita terlalu kuat perasaan hasad dengkinya sampai tak boleh lihat kawan lain lebih dari dirinya. itulah yang perlu dikikis. Sampai bila bangsa melayu kita nak mundur di bidang ekonomi, tak boleh tengok bangsa kita maju sikit mula la nak pikir yang bukan bukan, rasuah la songlap duit la.. makan duit luar la dan macam macam lagi. Aku harap bangsa kita jangan la macam itu, aku tak boleh nak kutuk lebih lebih sebab bangsa itu bangsa ku, seburuk buruk sikap. ia tetap banga aku juga, itu sebabnya aku beusaha dengan cara aku, aku tak boleh mengharapkan simpati dan bantuan orang lain, aku akan berusaha cara aku, aku ingin berjaya, mungkin bukan menjadi tokoh peniaga terkenal. tapi cukuplah kalaupun menjadi kebanggan keluarga. Aku orang Tanjong Karang dan orang tempatan, nilah caranya untuk aku memberikan sumbangan aku pada kampong aku.


Beberapa hari ini pelanggan tak berapa ramai, mungkin sibuk dan tak ada masa agaknya untuk cuci gambar, kesabaran itu penting dalam berniaga, aku kena pikirkan strategi perniagaan yang baik, buat promosi dan iklan yang lebih efektif, banyak cara dan berusahalah. Bak kata pepatah "ulat dalam batu pun boleh hidup... inikan pulak ulat dalam tong sampah.. he he". Satu lagi terlintas di fikiran aku, Jurugambar di KL dengan di kampong macam aku, aku pernah la jumpa berapa jurugambar yang baru berjinak0jinak dengan dunia fotografi, aku sebenarnya pelik perangai orang kita ni, baru setahun jagung baru beli kamera SLR dah tunjuk lagak, cakap pun eksen dan gayanya pacam professional, tengok gambar hampeh..... pelik betul. tapi tak kesah la situ... beli kamera pun bukan pakai duit aku kan, cuma aku kesal sebab kenapa la sikap bongkak dan riak tu selalu sangat ada pada bangsa kita, kenapa la tak bersikap merendah diri atau mesra. Ini tidak, menang mentang la ada belajar dengan cikgu cikgu yang pandai di KL tu pun dah tunjuk terer. Aku pun tak nafikan ada jugak jurugambar yang memperlekehkan aku sebab aku bukak kedai gambar, pelik juga aku kenapa jadi begitu, bukannya aku pakai duit diorang kan, Jangan la macam tu brader... rilek la... kalau tuhan nak tunjuk, kamera boleh hilang, mata boleh sakit, tangan boleh lenguh, idea boleh hilang dan banyak lagi... keep cool ok,.. bertenang dan rajin rajin la belajar, kalau dah pandai tangkap gambar tuh.. buat betul betul.. jangan ambil ksempatan dengan cas lebih lebih... berpada pada la dengan usaha kita dan jangan nak ambil untuk berlebihan daripada sepatutnya. ingat tuh. dan satu lagi kalau kita ambil sesuatu yang bukan hak kita, tuhan akan ambil balik bila bila masa saja.. percayalah. Sepanjang bulan puasa ni, banyak sumbangan hari raya dikeluarkan, untuk anak yatim dan fakir miskin, dan kalau yang bukan anak yatim tuh jangan la pulak mengaku anak yatim, kalau yang bukan fakir miskin tuh jangan la pulak memandai nak ambik bahagian, ingatlah duit itu semuany ada hak masing masing, jangan kita makan duit yang bukan hak kita, haram jadinya, aku ni nasihat untuk diri aku dan kawan kawan semua, moga dapat pedoman untuk semuanya.


Ok lah,,,, aku ada kerja nak buat ni.. sambungh di lain lembaran.. salam perjuangan untuk semuanya....

Thursday, September 25, 2008

AYAM GOLEK TERCEKIK IKAN SIAKAP 3 RASA




Hmm… arini macam biasa.. dah dekat pukul satu.. mata macam belum mengantuk…. Tadi dah baring dah… rasa macam tak mengantuk la pulak. Aku baru lepas dengar lagu faveret aku buat masa ini “kenang daku dalam doamu” dendangan S.M. Salim, Aku jatuh cinta pada lagu tu masa tengah cerita Man Laksa. Tah kenapa lagu itu betul betul menyentuh kelabu aku. Sedih rasa macam nak menangis jer bila membayangkan cinta kita ditolak oleh seseorang tanpa sebab dan usul periksa kan. He he, aku kalau dah suka lagu memang akan dengar lagu tu tanpa jemu jemu, macam biasa la kalau kat opis tu pun bebudak semuanya paham, mesti ulang ulang sampai nak pedih la telinga mendengarnya. Semalam Pak Lah datang ke Tanjong Karang, kelihatan ramai juga taiko taiko potograper Tg. Karang datang untuk menangkap gambar… ala elok la kalau camtuh, asik shoot gambar pengantin jer sesekali shoot la pulak majlis majlis macam ini, kalau gambar elok boleh la jualkan. Sepanjang program berjalan aku macam biasa la shoot dengan penuh bergaya.. he he.. gaya jer la…. Kebetulan aku pada masa itu dapat pulak killer shots. Alhamdulillah Ayah aku berpeluang bergambar dengan Pak Lah, kira nasib sebab aku dah simpan kamera waktu tu dan cepat cepat aku paanga balik. Memeng rezeki ayah aku, nanti aku bsarkan la letak kat kedai buat tatapan semua kengkawan. Cuma moral of the stori mori adalah untuk menangkap gambar memerlukan kesabaran. Dan sentiasa mencuba cari peluang yang orang tak carik, Berkat kesabaran InsyaAllah akan terciptalah gambar gambar yang menarik. Berusahalah, walaupun kamera kita tak semahal kamera mereka. Dan kita mesti buat sesuatu dengan usaha kita, tak perlu untuk tiru tiru orang lain. Ala macam lagu Frank Sinatra tu… My Way…. Ha itulah lagunya. Setiap kali aku dengar lagu tuh aku jadi semakin semangat. Walaupun kekadang aku tak berapa paham liriknya he he.

Hari ini seharian aku duduk di kedai. Ada juga yang cuci gambar, ada yang potostet dan ada juga yang beli topap, ok la kan, harini dapat sikit, esok lusa dapat la banyak. Sabar dan teruskan usaha, aku takkan berganjak dari kedudukan aku, tetapi kadang kala kena la bangun dari kerusi kan he he. Memang tak dinafikan aku ada kalanya dapat rasakan hidup ini macam bawak kereta. Tak kira la avanza ker wira ker…. Sebab setiap kali kita berjalan kehadapan, ada kalanya kita perlu memandang ke kiri dan kanan, dan juga ke belakang, untuk memastikan perjalanan kita berjalan dengan lancar ataupun tiada gangguan dari orang lain. Memang elok juga dalam kehidupan ini kita sesekali menoleh kebelakang dan menilai segala kesilapan atau perjalanan hidup kita samada ianya baik atau tidak, tapi tak perlulah kita selalu mengenangkan atau melihat ke belakang sampai terganggu perjalanan hidup kita. Macam kata pepatah juga barang yang lepas jangan dikenang, takut nanti merosak badan, life must go on, dan setiap malam sebelum kita masuk tidur eloklah berdoa moga moga tuhan memberikan hari esok untuk kita hari yang lebih baik dari hari ini, mudah mudahan begitulah. Dan itulah yang sering aku doakan agar setiap detik yang mendatang mampu berikan aku kejayaan.Kita tak salah kalau berangan atau bermimpi untuk menjadi kaya, tapi laksanakanlah atau capaikanlah mimpi dengan usaha dan sepenuh tenaga untuk mencapainya. Kita sering diceritakan dengan kisah angan angan Mat Jenin, Pak Kadok, Pak Pandir dan lain lain lagi kisah yang tak patut sama sekali untuk menjadi contoh, dan aku pelik kenapa kisah kisah begini sering diceritakan kepada budak budak menyebabkan mereka mungkin akan terikut, ada baiknya kia ceritakan tentang kejayaan seseorang. Kemunduran bangsa kita mungkin disebabkan banyak dipengaruhi oleh cerita cerita sebegini, Aku harap bangsa melayu yang kuat dan maju akan ada dan akan benarlah kata kata Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Janganlah kita berpecah belah kerana politik, bersatulah kita kerana kekuatan bangsa, kita dah tak ada apa apa lagi selain kuasa politik, kita bukalah mata dan pasangkanlah telinga, jangan mudah percaya dengan fitnah dan keburukan yang digembar gemburkan. Pada aku satu saja prinsipnya, kalau kita baik, kita takan ceritakan keburukan orang lain, kalau buat macam itu kita dah jadi orang jahat, sebaiknya kalau kita orang yang baik, orang lain yang akan mengatakan kita baik dan bukan diri kita sendiri. Senang jer, tepuk dada, Tanya lauk apa nak buka puasa he he… isk.. Tanya iman la….

Aku tahu aku bukan dilahirkan untuk manjadi seorang penulis, tapi inilah tempatnya untuk aku meluahkan perasaan, bukan perasan tau he he. Dan juga tempat untuk aku memberikan perangsang dan motivasi untuk diri aku sendiri, sebab aku tahu, hanya diri kita yang memahami diri kita sendiri dan bukan orang lain, Sebanyak mana kita dengar ceramah motivasi pun, kalau kita tak berubah, kita tetap takkan berubah. Jadi pokok pangkalnya diri kita sendiri, tapi jenis aku, kalau aku dengar ceramah, aku cuba ingat sampai bila bila dan cuba memahaminya, itulah konsep belajar, sebab kalau kita belajar semata mata nak lulus periksa, sudah tentu bila lepas periksa jer akan hilanglah ilmu itu, percaya tak anda semua, Itu sebabnya dalam kehidupan kita seharian, manusia di sekeliling kita, kita perhatikanlah mereka, dan setiap kehidupan yang dilalui, eloklah kita merasakan keperitan dan kesusahan dulu, dan merasa kegembiraan dan kesenangan pada akhirnya. Tapi kalau dah senang tuh jangan lak mengada mengada nak menyusahkan diri. Paling tidak kita ambil iktibar akan kesusahan orang lain dan kita mesti sentiasa beringat akan kekuasaan dari Tuhan, kalau dia nak bagi kesenangan atau kesusahan, sekelip mata jer. Tak payah lama lama, kita kana yakin dan sabar. Dan sesekali aku nak nasihatkan kawan semua, kalau jumpa orang yang tak berkemampuan ker atau orang jual barang kat depan Bank ke si Ajis ke atau si Hamid ke atau si Abu ker (ini adalah nama-nama mereka yang kurang siuman di kawasan tg. karang, harap maklum ) hulurkan la singgit dua ker, paling tidak itulah saham kita di akhirat nanti, kekadang tu ada bebudak nak jual kalender ker kalau tak beli pun sedekah jer la singgit dua, mudah mudahan ada keberkatan dan setiap benda yang baik tu ada balasan yang baik juga. Tapi kena ikhlas la.. tak payah buat mock cek besar besar dan tunjuk kat media tau….

Malam tadi aku diajak berbuka puasa besama rakan rakan opis yang lama, sebelah pejabat jer, aku sedih juga meninggalkan opis tuh, tapi kalau diingatkan pasal kerja aku, pasal gaji aku yang susah nak naik, kalau dipikirkan tentang tak dapat bonos, pikirkan hal bos, pikirkan hal ALP gila kuasa dan lagi lagi dan lagi.. semuanya membuatkan aku bersyukur kerana keluar dari pejabat itu, paling tidak aku dalam hilangkan masalah itu dalam pikiran aku dan sekarang ni aku hanya perlu berusaha untuk mengubah kehidupan aku sendiri, Tapi bila kenangkan kengkawan aku sedih juga, dan sebenarnya aku tujukan lagu “Kenang Daku Dalam Doamu” itu untuk kengkawan aku di opis tu. Memang pengalaman selama hamper 9 tahun dah cukup masak dalam pikiran kita, semuanya suka duka kena marah dengan Md. Zin masih tidak hilang dari ingatan, kalau aku jumpa dia nak jer aku sepak terajang sampai pengsan, Nasib baik anak dia lawa…. Eh… tak kena mengena tuh….memang kalau aku tengok muka dia memang aku geram sangat. Tapi tak pa lah…. Aku tak layak untuk membalas apa saja yang orang buat tak baik pada aku.. aku serahkan segalanya pada tuhan yang maha adil. Aku sebenarnya dah lama memaafkan dia dan luka itu telah lama sembuh, Cuma parut itu masih kelihatan, Macam macam department aku dah masuk, banyak pengalaman yang aku lalui dan segala pengalaman pahit dan manis ini kan ku bawa bersama, untuk menempuh satu kehidupan yang baru. Kehidupan sebagai seorang peniaga, seorang usahawan dan bukan lagi makan gaji, aku tetap yakin, dan aku tahu dan sedar ada kalanya dalam hidup aku ini hanya ada tinggal semangat saja, dan ada masanya dalam dompet aku hanya ada kertas aja, singgit pun takda, tapi setakat ini alhamdulillah,walaupun aku kesempitan duit, badan aku ni tak pernah la pulak kebulur, dan akan aku pastikan apa yang terisi didalam perut aku ini adalah yang halal. Tak mungkin aku akan memakan sesuatu yang bukan hak aku, dan aku tetap tidak yakin pada konsep jutawan segera yang sering di gembar gemburkan sekarang ini. Biarlah aku dapat dari hasil usaha aku sendiri, kalau banyak yang aku usaha maka banyak la yang aku dapat, takpa la.. nanti dapat la banyak kan lambat laun, Terima kasih aku ucapkan pada kengkawan semua kerana sudi mengajak aku makan bersama, aku amat menghargainya, ye la…aku tau tak ada jamuan perpisahan untuk aku, tak ada acara majlis ucapan untuk aku. Tak ada sessi peluk memeluk He he. Dan aku ada kalanya merasakan yang pemergian aku seolah olah disukai dan disenangi oleh mereka semua. Surat resign aku pun tak pulak dipanggil untuk suruh pikirkan semula atau ditangguhkan. Terus lulus jer permohonan letak jawatan aku tu. Aku paham dan aku tak semudah itu untuk membuat sebarang tanggapan negative pada Pejabat, sebenarnya nak juga aku ucapkan kata kata akhir untuk mereka semuanya, tapi mungkin tidak, mungkin disebabkan permasalahan pejabat yang tak berkesudahan, umpama ‘anak ayam yang kehilangan maknya’ itulah yang aku rasa tentang kakitangan opis sekarang ni, mungkin pemergian aku pada waktu ini salah ‘timing’. tapi kehidupan kita mesti diteruskan. Dan satu lagi pinjaman tekun aku mesti dibayar…. Setakat ini sajalah coretan aku, Paling tidak setiap kali aku menulis, aku akan berasa lega kerana dapat meluahkan sesuatu melalui tulisan, paling tidak aku boleh tidur lena kerana tidak perlu memikirkan masalah masalah tertentu, biarlah malam ini aku tidur lena dan biarlah esok dengan masalah pada keesokan harinya, aku ingin tidur dan berharap dapat bermimpi yang indah indah dan baik baik , dan akan kujadikan mimpi mimpi yang indah dan baik itu menjadi sebuah kenyataan. Satu jer tak boleh jadi kenyataan… mimpi kawin lagi…. Ha ha ha ah aha ha.. salam.

Sunday, September 21, 2008

BURUNG APER...BURUNG MURAI.....




Malam ni aku terpanggil untuk menulis. Banyak yang membelenggu di kepala aku sekarang ni, pikirkan pasal kedai baru aku, pikirkan pasal keluarga, pikirkan pasal duit dan perkara perkara yang memeningkan. Tah kenapa fikiran aku beberapa waktu ini terganggu, dan aku sengaja menyorokkan masalah aku ini, kalau boleh tak payah la menyusahkan orang lain kerana aku ni memang dah selalu menyusahkan orang. Dah lebih 20 hari berpuasa dan raya makin dekat, aku rasa raya tahun ini macam tak meriah aja. Mungkin aku sibuk menuruskan kedai dan tak tau nak buat macam mana nak dapat duit lebih sekarang ni, maklum la duit dah banyak pakai untuk kedai dan aku tau dan sememangnya aku perlu tahu yang bisnes macam ni tak boleh nak harapkan keuntungan segera, aku tau, walaupun kedai aku dah bukak hamper sebulan, tapi tak berapa nampak memberangsangkan, mungkin belum kuat promosi lagi agaknya, dan aku tahu bulan bulan puasa ni mana ada orang rajin nak cuci gambar, mesti banyak buat kuih jer, dan orang bisnes kuih la yang amat kenyang dan kaya raya sekarang ni. Tengok jer bazaar ramadhan, syukur alhamdulillah aku seronok tengok mereka semuanya berjaya dapat kumpul duit bonos masa bulan puasa ni, Cuma aku ni jer yang tak pandai nak masak dan buat kuih, kalau aku tahu dah lama dah aku duduk kat pasar tuh berniaga, yang aku tahu sekarang ni Cuma tangkap gambar saja, itu saja yang Allah dah berikan kelebihan pada aku, aku terima kelebihan yang Allah berikan itu, aku tahu walaupun aku tak dapat kesenangan yang cepat seperti sesetengah orang, tapi aku akan tetap berusaha, berusaha denga cara aku, malam ini cuaca hujan renyai renyai, aku malam ini baru balik dari ambil mertua di rumah kakak ipar, aku tak banyak cakap hari ini, setidak tidaknya bila aku bawak kereta, aku dapat melayangkan perasaan aku untuk memikirkan sesuatu, mungkin cara atau jalan untuk menjadi yang lebih baik. Malam semalam pulak aku ada majlis berbuka puasa bersama kawan kawan jurugambar di KL, hmmm seronok tengok semuanya berlumba lumba nak beli kamera baru dan bercerita tentang pergi trip ke luar Negara untuk shooting gambar, nampaknya aku terpaksa memendamkan hasrat aku untuk semua itu, dan memikirkan semuanya untuk kedai aku, semuanya untuk kedai aku, kalau dah stabil nanti barulah aku boleh memikirkan untuk beli kamera atau trip ke luar Negara.

Aku juga membuat risiko yang amat besar dengan berhenti kerja, kalau sesetengah orang mungkin kata elok aku teruskan kerja aku seperti sekarang dan upahkan pekerja untuk kedai aku. Tapi aku dah pikirkan semasak masaknya untuk berhenti, aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Aku dah ada kedai dan aku kena pikirkan untuk kedai aku, memangla aku akan rugi dengan ketiadaan gaji seribu lebih tuh, kalau fikirkan kerja aku sekarang, aku dah kerja dari tahun 1999 dengan tangga gaji RM1000.00 tapi dah dekat 9 tahun kenaikan hanya 300 lebih jer, dan ada beberapa masalah pejabat yang menyebabkan ketiadaan bonus dan kelebihan kelebihan lain, sedangkan masalah itu semuanya bukan dari aku, aku dan semua geng bekerja berhempas pulas untuk menaikkan nama pejabat, tapi kerana ada beberapa orang yang dah buat taik menyebabkan semuanya terpalit taik sama, Entah la, semua department aku dah masuk, dan aku kat pejabat tu selalunya mangsa keadaan, kalau difikirkan elok juga aku berhenti, dengan banyaknya masalah pejabat itu yang penuh dengan gila kuasa dan gila pangkat dan ada juga penyelewengan yang tak pernah dapat diselesaikan, datanglah audit dari kerajaan langit sekalipun yang hanya boleh buat hanyalah laporan jer.. apa apaun laporan jer lah. Itu sebabnya dalam keadaan lain aku tak mahu jadi mangsa keadaan lagi, aku dah banyak berkorban di pejabat itu, dan tibalah masanya untuk aku keluar, mungkin dengan tidak secara terhormat, tetapi dengan cara yang terbaik, sebab banyak dah aku korbankan untuk pejabat itu tetapi aku tak berapa nampak penghargaan yang mereka berikan, bukan nak kata penghargaan, ucapan terima kasih pun belum tentu lagi. Tapi aku tetap menghargai semua kawan kawan aku kat sana, memang berat hati aku nak berhenti sebab kengkawan, tapi aku kena pikirkan pasal masa depan aku. Sedih juga bila aku hantar surat resign, tak da la bos aku nak memujuk atau lembaga pengarah nak berbincang ke atau bagi pendapat ker. Hanya diam dan luluskan saja, sedih aku sebab aku rasa macam aku tak dihargai di pejabat aku, tapi aku redha, dan lebih baik la aku keluar daripada asik panjat lori jer sepanjang masa dan macam aku ni takda prospek langsung, aku pun dah masak dengan perangai bos aku sekarang ni, dah macam tak kesah pasal pejabat, aku masih ingat lagi masa mula mula dia masuk kerja, macam macam dia Tanya aku dan aku dan nizam ni macam bodyguard dia, kehulu kehilir semuanya dia ajak, maklumla dulu bos aku ni tak tahu apa apa, sekarang ni dah tahu semuanya macam dah tak endahkan aku dan nizam, kekadang tuh ajak minum pun jarang sangat, ala paham jer la kan kalau dah bos tuh bos juga, aku harap satu masa nanti kalau aku jadi bos aku tak la macam tuh. Mudah mudahan la yer he he.sekarang ni cerita pasal kedai pulak, alhamdulillah walaupun aku kekurangan modal, aku berjaya bukak kedai, aku banyak bertawakkal kepada tuhan sebab aku tahu memeng susah berniaga, banyak benar dugaan dari segi fizikal dan mental, dan kekadang aku tertekan dengan berbagai dugaan, dari segi kewangannya, dari segi pelanggannya, dari segi pengurusannya dan berbagai lagi, dan baru baru ni ada kekecohan sikit pasal pemilihan pekerja, aku nak perempuan tapi bini aku nak lelaki, mungkin dia ada alasan sendiri, tapi aku malas nak tulis, paham paham sendiri la, apapun aku terpaksa hadapi masalah ini yang mana terpaksa jaga hati orang dari jaga hati sendiri, dan walaupun dalam sesuatu keadaan yang munasabah dan konkrit kita memberikan alasan, ada kalanya kita terpaksa beralah dan menurut kata orang lain, aku yakin sesiapapun ada mengalami perkara sebegini, aku redha saja dan aku berharap pengorbanan dan kesabaran aku ini akan mendapat ganjarannya nanti. Ada kalanya sesuatu perbalahan dan pertelingkahan itu sebaiknya berkesudahan dengan beralah sahaja. Dan sampai sekarang aku masih tiada pekerja, kalau ada sesiapa yang berminat cubalah mohon, he he.

Memang dalam pelbagai keadaan, aku ni terpaksa banyak bersabar, dan aku tak mahu membuat keputusan terburu buru, tapi aku masih rasa tertekan bila mana keputusan yang aku buat rupa rupanya salah walaupun aku dah piker sebaik mungkin, dan aku terpaksa ikut pendapat orang lain kerana pendapat mereka lebih baik, bolehkah begitu, kadangkala aku sedih kenapa aku ni macam tak pandai membuat keputusan atau aku ni memang suka ikut cakap orang, aku dah cukup dewasa untuk menentukan yang mana betul dan yang mana salah, mungkinkah aku ni mudah mengikut kata orang atau aku ni memang lembut hati dan tak kuat pendirian Entah aku tak dapat nak menjawabnya. Tapi selama ini aku akan berusaha untuk membuat yang terbaik walaupun aku tahu selama ini aku selalu menempuh kegagalan. Aku tetap kuatkan semangat walaupun aku tak dapat nasihat dari sesiapapun, aku berkata dan berbisik dengan diri aku sendiri, aku tahu tak semua orang boleh dan sanggup mendengar masalah aku yang memeningkan ini, Tapi, aku dibekalkan dengan keyakinan dan ketabahan yang cukup, dan tak mudah untuk aku berasa kecewa dan gagal walaupun ada kalanya aku lemah dan tidak bermaya. Aku selalu menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya pelan pelan, mudah mudahan udara oksigen yang masuk didalam paru paru aku akan memberikan oksigen yang banyak untuk otak aku berfungsi, dan aku tahu aku bukanlah seorang yang warak dan anak yang soleh, tapi aku tetap tidak lupakan tuhan aku dan sebaiknya aku tetap berpegang teguh pada ajaran tauhid. Ibu dan ayahku sudah cukup mengasuh dan mengajar aku tentang ilmu akhirat dan terpulanglah pada aku untuk mengamalkannya atau tidak, dan aku sebagai hamba Allah tetap bersyukur memuliki ibu bapa dan keluarga yang amat mulia dan amat baik, aku bersyukur dilahirkan oleh keluarga Siti Asa dan Sulaiman, dan setiap kali aku merenung wajah mereka, aku jadi sedih kerana hingga tika dan saat ini aku masih belum mampu untuk membalas jasa mereka, ibu dan ayahku sentiasa menyokong apa yang aku buat dan aku amat menghargainya. Cuma aku ni jenis tak pandai nak tunjukkan, aku malu sebenarnya, aku tetap menyayangi keluarga aku dalam apa cara sekalipun.

Hari Raya dah makin dekat, aku jarang benar bulan ini bersolat tarawikh, sibuk benar dengan kedai agaknya, ayah dah banyak kali suruh tapi aku macam tak sempat aja, insyaAllah aku pergi nanti, Raya tahun ini susah untuk aku merasa kemeriahannya, mungkin aku boleh tersenyum tapi dalam hati siapa yang tahu, adakah kesedihan yang aku rasa akan diganti dengan kegembiraan pada masa akan datang, berbaloikah pengorbanan yang aku buat ini, Aku pada masa ini pening memikirkan tanggungjawab dan kewangan yang perlu diselesaikan, dan aku sedih juga bila terpaksa kawal sumber kewangan. Aku tahu aku memang boros, tapi adakah dikatakan boros bila aku beli peralatan untuk kamera, pada benda yang boleh dilihat dan boleh dibuat berniaga, tah la lu pikirla sendiri beb.Ada kalanya au sedih bila tak dapat belkan sesuatu yang istimewa untuk isteri aku, nak juga aku belikan rantrai barlian atau intan permata, tapi seriang kali aku katakana aku belum bersedia untuk memberikannya kerana masalah kewangan dan aku berharap sangat agar dia memahami dank u harapkan agar dia bersabar, seandainya dia bersabar aku yakin bukan setakat rantai barlian, rantai basikalpun aku boleh berikan, cuba harap bersabarlah sayang, rezeki tu tuhan akan berikan nanti, kita hanya perlu berusaha dan bertawakkal, yang lain biar tuhan yang tentukan. Memang aku dilahirkan bukan dari golongan yang kaya raya, bukan dari golongan yang senang atau bapak aku seorang kontraktor atau orang kuat politik, tapi keluarga aku jugak kaya, kayang dengan kebaikan dan budi bahasa dan keluarga bahagia. Pernah juga masa dulu, setiap kali aku lalu ke kedai yang berprestij dan berjenama, bila agaknya aku mampu beli semua benda benda tu, ala…nanti dapat la.biarlah bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian kan. Aku harap aku dapat buat kedai terbukak nanti masa raya, aku nak buat pelancaran dan kalau dapat aku nak Y.B. Dato’ yang buat pelancarannya nanti, dan aku akan panggil semuanya kengkawan jurugambar dan semuanya yang mengenali aku untuk bersama sama aku nanti, aku ni bukannya pandai sangat, belajar pun bukannya tinggi sangat, kerja pun kat tempat aku jer, mana ada keluar kawasan pun dari dulu sampai la sekarang kerja kat tanjong karang jer la. Takpe la paling tidak aku nak tolong orang kampong aku sendiri, Pada aku kalau setakat ke KL atau ke Klang tuh macam pejam mata jer, tapi kalau orang KL atau Klang nek ke tanjong karang… huuu macamjauh jer… tah la…. Tapi kalau dah minat aku takda hal untuk ke KL untuk belajar atau berkursus apatah lagi cuci gambar, tapi sekarang ni dah kada mesen cuci gambar aku senang sikit tak payah aku nak turun ke klang lagi, Cuma sesekali jer la kesana utnuk beli barang atau hal hal lain. Paling tidak dapat la mengurangkan kos minyak aku. Walaupun avanza 1.3 tapi minyak tetap minyak juga kan…

Sudah tiba masanya untuk kita mengorah langkah untuk menuju kejayaan, tinggalkanlah fahaman fahaman yang tidak berfaedah yang boleh merosakkan bangsa. Cukuplah dengan masalah politik yang melanda Negara kita sekarang ni, dan setiap kali aku tengok berita aku takut, taku kalau berlaku pergaduhan ataupun pertelingkahan yang meragut nyawa dan menjadikan Negara kita tidak aman, tolonglah, janganlah merosakkan Negara kita yang aman damai ni, susah nanti bila dah bergaduh gaduh, PAsal Negara kita ni pun memeningkan kepala kita, kenapa kita ni susah sangat nak bersatu, mana ada orang yang sempurna kat dunia ini, berlebih kurang la sikit, dan bertimbang rasalah sesame kita demi keamanan semua manusia sejagat. Aku berdoa dan berharap Negara kita akan aman dan sejahtera, dan aku berharap orang orang yang kat atas sana pandai pandai la jaga Negara kita ni, undi dah dibuat dan pilihanraya juga dah berjalan tapi kenapa ada lagi suara suara menyakitkan, kenapa kita tak biarkan orang yang kita pilih itu untuk menjalankan amanahnya, tak perlu la kita menyibuk macam nak jadi pemimpin dan YB pulak, sudahla tuh, kita buat kerja kita, diorang buat kerja diorang. Dalam blog ini paling tidak aku tak kacau orang lain dan aku yakin isi kandungan dalam blog ini takda la yang boleh mamasukkan aku dalam ISA kan…. Harapnya begitulah, takut juga ni he he. Aku buat blog ini sebab ianya sekadar meluahkan perasaan dan harap aku dapat berkongsi dengan sesiapa saja yang rajin membacanya. Terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi membacanya. Paling tidak pengalaman dan masalah aku dapat dikongsi bersama, OK la… aku rasa setakat ini saja buat masa ni, aku akan menulsi lagi di lain masa dan lain ketika, Salam….

Wednesday, September 10, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI.......




Hm....diam tak diam bulan puasa datang lagi. Inilah masanya nak buat pahala banyak banyak sebab dosa dah banyak buat sepanjang bulan lain .. ye tak... eh tak lah..... jangan kata macam tu.... takkan la kita ni jahat sangat sampai begitu sekali....cuma bukan apa. masa bulan puasa inilah kena rajin rajin pergi ke masjid dan bulan puasa ni lah kena banyak buat kebaikan... paling tidak pun buat kebaikan untuk diri sendiri wwlaupun tidak buat kebaikan pada orang lain. Ye la.. kita ni sebaik baik manusia kan... yang tak menyusahkan orang lain. kalau kita ni tak menyusahkan orang lain pun dah cukup baik dah he he...Aku dah bukak kedai gambar dah http://www.snapdigital.biz/ cuma sekarang ni aku tinggal beberapa hari lagi dekat opis lama. Banyak yang aku pikirkan, memangla... bukan senang nak kerja sendiri kan... mula mula berniaga jangan harap nak untung apa apa... dah jalan bisnes pun dah cukup baik. dengan pinjaman yang dapat radi Tekun boleh la aku mula berniaga... tapi memang tak cukup sebenarnya. aku sanggup tanggung risiko demi apa yang aku cita citakan. Aku berbekalkan semangat dan galakan keluarga dan rakan rakan untuk buat kedai ni. dan aku yakin aku mampu berjaya. Memang tak dinafikan orang melayu memang susah kalau nak berniaga. ada saja cabaran dari segi hasad dengki dan iri hatinya. dan ramai juga yang berharap bisnes aku cepat jatuh. tapi aku rasa aku boleh tahan dengan semua dugaan itu. Aku bukan sehari dua dalam bisnes, dan aku rasa pengalaman aku di bidang fotografi pun apa kurangnya kan. Dan satu lagi, aku sentiasa berserah pada kekuasaan Allah, aku tahu aku dah banyak menderita dan gagal, aku yakin tuhan akan pasti berikan aku kejayaan di masa akan datang, aku tetap yakin dan berfikiran positif akan apa yang berlaku dan ditakdirkan tuhan. Seandainya apa apa musibah yang Allah turunkan kepada aku dan keluarga aku, aku tetap berfikiran positif, dan aku tahu biarlah aku bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Memang ada kalanya aku sedih sebab banyak sangat dugaan yang tuhan berikan kepada aku dan banyak aku berusaha dan tak nampak pun kejayaannya. Tapi aku kena bersyukur dan bayangkan orang yang lebih malang dari aku.




Dari segi bisnes, aku dah bukak kedai baru aku bagitahu kengkawan, bukannya nak berahsia tapi takut tak jadi, sekarang ni dah bukak kedai baru la kengkawan tau, sebab aku risau orang melayu kita kuat cantas mencantas dan sanggup menggadai maruah bangas semata mata untuk berjaya. Inilah yang berlaku kepada situasi politik kita sekarang ini. Aku makin sakit hati dengan berita di surat khabar, tak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Aku pun pening orang ni kata lain orang ni kata tidak, sampai bab agama pun orang main main, sumpah laknat la dan main bontot la.... sampai budak kecik yang tak tahu makna liwat pun dah tau apa makna liwat. Tapi kalau orang jawan kata liwat tu 'lalu'. Itu sebab kekadang aku malas nak baca berita. dan sekarang ni kekuatan orang melayu dah makin hancur... disebabkan orang melayu sendiri yang memperjuangkan bangsa malaysia. apa cara sekalipun aku tetap memperjuangkan bangsa melayu sebab melayu adalah bangsa pribumi di tanah melayu ini. Dan hak keistimewaan mesti dikekalkan. Kalau orang cina dah ada negara cina, orang india dan ada negara india, orang melayu mana ada negera melayu sebab inilah negara kita, takan tak paham lagi, dan aku cukup menyampah bila tengok sesiapa yang nak menyatukan semua bangsa, bukan aku ni perkauman tapi selama ini aku boleh berkawan dengan semua bangsa dan tanpa rasa perkauman, apa yang aku minta hanyalah sedikit keistimewaan sebagai anak pribumi itu sahaja. Tetapi dalam perniagaan dan kehidupan semuanya tak ada batasan, kalau ko rajin, belajar la pandai pandai tak ada sesiapa yang nak sekat, kalau ko nak kaya berusahalah betul betul dan tak ada siapapun nak halang. setakat cukai pendapatan tu biasa la.. kalau dah kaya kena la potong sikit. Dan apa yang aku pelik dengan pembangkang sekarang ni .... tidak cukupkah keamanan yang kita perolehi sekarang ni, kenapa perlu ada rusuhan dan perbalahan dan demonstrasi jalanan. apa lagi yang tak cukup kalau dibandingkan dengan negara lain yang huru hara. Kenapa lah suka sangat menimbulkan isu isu sensitif dan remeh remeh. Mana ada yang sempurna di dunia ini. Terima ajalah seadanya. Selama ini kerajaan cuba buat seadilnya tapi tak dinafikan la ada pegawai kerajaan yang 'buat taik' dan ada juga YB yang buat hal juga. Tapi semuanya boleh selesai dengan cara baik. Bukan dengan rusuhan dan pergaduhan.




Aku juga mengalami dugaan yang perit bila pinjaman SME bank aku tak lepas, tah kenapa... dah berbulan bulan aku tunggu pinjaman tu akhirnya menemui kegagalan. Macam bodoh jer aku tunggu.. ingatkan lulus rupanya hampeh. nasib baik la pinjaman Tekun tu lulus, aku harapkan SME bank ni sebenarnya, memang la tak cukup nak bukak bisnes kalau dengan pinjaman Tekun. Aku pening memikirkan macam mana nak carik duit. Diorang ni agaknya tak boleh pikir agaknya kedai gambar tak boleh maju agaknya. Ye aku tak nafikan bangsa kita jarang bukak kedai gambar, itu sebab aku nak bukak, kenapa diorang tak yakin.... kenapa... tim kai......aku pelik... sebab dah dikhabarkan untuk tolong orang kita berniaga.. tapi nampak macam senang .. rupanya... ala malas la nak kata la. aku berserah je, yang penting aku berusaha sebanyak mungkin, yang lain biar tuhan yang tentukan, aku yakin aku pasti berjaya. Memang tak dnafikan, kawan bersedih susah benar dicari, kawan bergelak ketawa ramai.. itulah hakikat duniawi sekarang. Itu sebab kita kena berhati hati pilih kawan. Tapi jenis aku ni senang jer berkawan, dan elokla begitu kan... tak payah nak bermusuh, buat baik dengan semua orang dan kena ikhlas, jangan ambil kesempatan... dan aku tetap anggap semua customer aku sebagai kawan. dan setiap kali aku shoot pengantin... aku mesti enjoy dan jangan anggap itu sebagai carik makan.... memang la carik makan... tapi kalau nak best kena anggap kerja itu sebagai enjoy, belajar an sambil carik makan.


Setiap malam sebelum tidur aku sering memikirkan.... memikirkan bagaimana nak berjaya, bagaimana nak menjadi senang, dan bagaimana nak hidup aman damai di dunia dan akhirat, aku tak menharapkan apa apa tapi aku ingin berusaha menjadi yang terbaik. dengan cara aku. aku tau aku sering gagal dan tak berjaya dalam banyak benda yang aku lakukan. tapi aku tak pernah goyang kaki, banyak yang aku lakukan untuk mengubah hidup aku menjadi seorang yang berjaya. mungkin masih belum tiba lagi waktunya. Aku terima dan aku redha dengan ketentuannya. Aku bukannya seorang yang meminta minta, aku bukan jenis macam tu, kalau dah tak berupaya langsung baru la aku fikirkan cara lain. Tapi sudah tentu yang halal. memang sekarang ni banyak tanggungan, lagipun aku ni bukannya membazir. duit yang habis pun sebab aku banyak beli peralatan kamera dan aksesorinya. ala... kalau difikirkan minat fotografi ni boleh dapat duit kan... kalau dibandingkan dengan minat memancing..... isk kang marah pulak orang yang minat memancing.... he he....takper la.... aku ni sebenarnya didalam hati aku ni perlukan sokongan moral, sebab aku rasa ramai yang suka aku jatuh dari berjaya. Aku tak tahu la... mungkin juga itu perasaan aku saja.....


apapun ynag terjadi, life must go on, kekadang tuh bila masa tensen tensen... aku dengar lagu hero dendangan mariah carey.... maksudnya tuh penuh makna.... benar benar memberikan aku semangat....dan aku sentiasa berfikir .... dan aku bukannya jenis yang mudah mengalah walaupun sesekali tuh rasa fed up dengan keadaan tekanan yang berbagai bagai. Bak kata orang puteh, "you can rest but you can't quit"..... paham cakap atuk he he.... ok la nanti sambung lagik....perut pedih la pulak.... selamat berpuasa....

Monday, August 25, 2008

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG





Hmmm aku sekarng ni macam sibuk jer memanjang..... apa nak dibuat sekarang ni aku dah nampak aku hala tuju aku sekarang ni. InsyaAllah kalau tak ada yang menghalang kedai aku akan dibuka dalam awal bulan september ini. Alhamdulillah impian aku akan terlaksana, walaupun tak banyak modal tapi akan kusahakan juga. Aku ingin buktikan aku mampu berjaya walaupun tiada siapa yang membantu. Tapi tidak dinafikan juga bantuan juga kuperlukan dari keluarga dan rakan rakan, nyata sekali tanpa mereka aku mungkin tidak dapat buka kedai. Sekarang ni kedai aku dah 85 persen siap. cuma belum banyak barang yang nak aku pamerkan dan letakkan di kaunter. Mesin cuci gambar pun dah ada dah. cuma belum sempurna lagi sebab ada setting yang belum aku habis belajar. sebenarnya. Alhamdulillah beberapa hari ni dah ok dah. mesin pun dah boleh cuci gambar dah.... setakat ni tak boleh la nak lawan kedai FDI Fuji... tapi paling tidak gambar dah boleh cuci dah kat tempat aku tu. Kalau tak ada masalah awal bulan 9 boleh bukak la dah. Lesen MDKS pun dah submit dan signboard pun dah hampir siap. Mudah mudahan berjaya la hendaknya. Paling tidak aku mampu buktikan yang orang macam aku mampu berjaya... walaupun belum berjaya sepenuhnya paling tidak aku mampu mengatakan aku akan membuat semalam lebih baik dari hari ini dan moga esok akan lebih baik dari hari ini. Memang tidak dinafikan modal aku tak berapa cukop la.. tapi dimana ada kemaluan... eh silap lak.. dimana ada kemahuan.. disitu ada jalan.....

Tu la sebab aku sekrang ni macam tak sempat jer tulis blog. Ada jer yang nak kena buat...maklum la aku dah bajet dalam bulan 9 kena bukak.... mesti buat cepat cepat... lagipun hutang dah nak kena bayar....sebenarnya aku takut jugak.....tapi bak kata pepatah kan.. kalu tak dipecahkan ruyung.. manakan dapat sagunya.... Aku yakin rezeki tu tuhan akan bagi.....cuma yang penting kita jangan malas untuk berusaha. aku dah lama di bidang fotografi ni kan.. bila lagi aku nak terjun betul betul.... aku nak jadi full time photographer... bukan part time lagi... kalau part time lover nak la (eh,,,, kena sembat dengan bini kang baru tau he he) dan akui yakin dengan adanya sokongan kawan kawan jurugambar yang lain....



Tuesday, August 5, 2008

PERJUMPAAN JURUGAMBAR TG. KARANG






Perjumpaan tersebut diadakan sekadar untuk bersalam salaman dan berkenal kenalan dengan jurugambar jurugambar yan muda yang tua yang junior dan yang senior. Antara perbincangan yang dikemukakan seperti :
1) Cadangan penubuhan kelab dan koperasi untuk jurugambar dikawasan tg. karang
2) Cadangan bentuk baju dan vest utuk kumpulan ini bertugas.
3) Cadangan aktitivi perjumpaan yang akan diadakan semasa cuti persekolahan bulan Ogos nanti. Cadangn dibuatdi De Palma Inn Kuala Selangor.
4) Cadangan aktiviti sempena kemerdekaan. Outing di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Paling tidak perjumpaan ini dapat membuta mata sesetengah pihak yang jurugambar di Tg. Karang mampu bergerak dan memberikan sentuhan seni mereka untuk pengtantin-pengantin tempatan. Mudah mudahan banyak aktiviti yang bolh dijalankan untuk mereka semua.

Monday, July 21, 2008

NOMBOR YANG ANDA DAIL DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN




Hmmm dah lama jugak aku tak menulis ni. dalam beberapa minggu ni macam macam yang berlaku, julai ini masa yang sibuk bagi aku, mana taknyer... jadual shooting penuh alhamdulillah... kerja kat pejabat pun sama la jugak banyaknya.... dah tu urusan perniagaan aku pun satu lagi dan tidak dinafikan hal rumahtangga pun masuk la jugak he he...bak kata segalanya perlu ditangani dalam masa yang singkat. Tapi alhamdulillah aku tak mudah untuk menyerah kalah dalam menghadapi masalah. aku tahu dan kusimpan dalam hati bahawa setiap dugaan tuhan itu ada kelebihan dan kebaikan disebaliknya. Satu lagi beg tangan bini aku pun kena kebas dekat kedai aku.... itu satu hal lagi tuh..... tapi segalanya aku terima dengan penuh sabar. sebab aku tahu bila tuhan amik sesuatu dari kita, kta kena yakin yang tuhan akan beri yang lebih baik untuk kita. kita sebagai hamba nya hanya perlu bersabar dengan ujian. Sebaiknya kita kena redha akan segala ketentuannya. sampai ada kalanya aku ketandusan idea untuk berfikir menyelesaikan masalah masalah. tapi tak kesah la kan... kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. jadi aku teruskan saja kehidupanku seperti biasa dan aku selesaikan masalah aku satu persatu. Aku tak boleh menghatrapkan belas simpati dari orang lain. Kita sering dengan kawan gembira mudah dicari , kawan masa susah jarang sekali . memang tak dinafikan betul kenyataan itu. masa kita senang ramai betul kawan yang berkunjung. tapi masa kita ada masalah... mintak tolong sikit pun susah. biasalah kan. kekadang aku pun penah cuma mintak duit kat kengkawan aku dengan alasan nak berniaga... tapi biasalakan alasannya nak pakai la nak guna itula nak guna inilah... tapi sebaliknya bila aku dah senang sikit orang itulah balik yang nak mintak pinjam kat aku pulak.... he he... tak semudah itu kan. itu sebabnya kalau kita nak berkawan ni kena ikhlas, bukan kerana berkepentingan atau kerana nak inginkan sesuatu. pada aku aku ikhlas berkawan dengan semuanya. dan tidak dinafikan juga zaman sekarang dengan zaman dulu berbeza. kalau dulu kita makan nasik je kan.. sekarang ni kan... kawan makan kawan tau.... bukan apa... yang banyak buat bomoh membomoh ni kebanyakannya kawan rapat la. dia taknak tengok kita berjaya dan mengatasi dia. jadi dia bomohkan kita la pulak. aku bercakap sebab ada pengalaman. dah sesungguhnya aku takkan melupakan apa yang orang dah buat pada aku walaupun aku telah memaafkannya. bukan dendam tau.. tapi beringat jangan sampai pisang berbuah dua kali.




Zaman sekarang ni kalau berkawan kena berwaspada, bukan tidak percaya tetapi kena berhati hati, dan tak semuanya rahsia kita boleh ceritakan. Sebab zaman sekarang ni orang sanggup gadai maruah agama bangsa dan negara semata mata untuk mendapat kepentingan peribadi. itulah penyakit zaman sekarang. kekadang aku tak tahan dengan kerenah dunia sekarang ni. dengan politiknya yang macam macam sampai orang tak tahu yang mana benar dan yang mana salah. surat khabar tu kata lain dan surat khabar tu pulak kata lain. jadi rakyat nak percayakan siapa sekarang ni. jadi pada aku kalau dtanya pendapat. aku buat je kerja aku, baca sekabar dan dengan berita juga tapi ada kalanya sesuatu itu susah untuk dipercayai kesahihannya. tapi bak kata orang life must go on. kita kena teruskan kehidupan seperti biasa biarpun parlimen bertumbuk dan berbaling baling kerusi. sapa yang undi diorang jadi pemimpin. kita jugak kan. jadi kita tengok la diorang boleh jadi pemimpin ker tidak. dia buat kerja dia dan kita buat kerja kita. tak payah la nak sebuk sibuk memikirkan hal negara sedangkan anak bini menunggu di rumah bilela bapaknya nak balik dari kedai kopi tuh... hmm....kekadang aku ada masa termenung gak apa nak jadi dengan krisis politik kita sekarang ni. disebabkan ada kepentingan peribadilah semuanya jadi huru hara. susah benar nampaknya nak cari tokoh pemimpin macam zaman nabi nabi dulu kan. tah la... mungkin dunai dah nak kiamat agaknya... alahai takutnya aku..


Untuk makluman kengkawan.. sekarang ni aku tengah bizi giler.... buat website la aper lagi he he... dan kalau kengkawan rajin buleh la lawat http://www.snapdigital.biz/ halaman web untuk kampeni aku dan juga untuk kengkawan fotografi lepak kat sana.... paling tidak dapat la aku masukkan semua aktiviti kat situ dan bermacam macam lagi yang boleh difikirkan berfaedah... ok la... nanti sambung lagi....

Monday, July 7, 2008

SEKADAR BUAT RENUNGAN : KENAPA PERLU MELAYAN SUAMI?



Aku dapat artikel ini. sekadar buat renungan bersama.


Kenapa suami perlu dilayan? dan kenapa pula layanannya mesti istimewa dan sempyurna? tidak bolehkah suami dilayan seperti seorang kawan atau sahabat sahaja?.


Jawapannya tidak boleh! Suami hendaklah dilayan dengan layanan terbaik dan paling istimewa yang dapat diberikan. Demikianlah ketentuan Allah keatas setiap wanita bergelar isteri, suami perlu dilayan kerana :-


1. Perintah Allah. Allahlah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suaminya dengan baik. Sabda Rasulullah s.a.w. " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya" Isteri yang enggan melayan suaminya dengan baik akan diheret ke mahkamah pengadilan Rabbul Jalil di akhirat untuk dibicarakan.


2. Kedudukan Suami. suami adalah pemimpin kepada kaum wanita sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam AlQuran " kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dari kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka" An-Nisa :34. Firman Allah lagi " Dan para wanita mempunyai hak yang semibang dengan kewajipan menurut cara yang baik, akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya" Al-Baqarah : 228.


3. Kewajipan Isteri. Kewajipan isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan memberi erti yang besar kepada wanita. Saidatina Aisyah r.a. berkata "Wahai kaum wanita ! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya".


4. Mendapatkan Keredhaan Allah. Isteri yang mentaati suami dan melayaninya dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan mendoakannya. Sebaliknya jika tidak dapat berbuat begitu Allah akan melaknatinya. Sabda Rasulullah s.a.w. " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya."


5. Merebut Ganjaran Pahala, Suami menjadi salurah bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebaikan sebanyak-banyaknya dengan cara mentaati dan melayani suami sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah janjikan dengan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat. sabda Rasulullah s.a.w " Ya Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan ? dia dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratus maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga yang dicatatnya Allah baginya pelepasan daripada api neraka dan selamatlah ia melintas titian sirat. Isteri boleh mendapat pahala berjihad dijalan Allah hanya dengan melayan suami. Rasulullah s.a.w. bersabda " mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam jumaat, pahalanya seperti berjuang di medan perang."


6. Menghindari azab neraka. Allah mengancam dengan azab yang oedih kepada isteri yang enggan mentaati dan melayani suaminya. Jadi untuk menyelamatkan diri daripada azab seksa, bersungguh sungguhlah berkhidmat melayani suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disuakinya dengan tidak dihisab". Setiap apa yang dilakukan untuk menyenangkan dan menggembierkan hati suami mendapat ganjaran pahala dan menyelamatkan daripada api neraka.


Demikianlah pentingnya para isteri melayan suami. Allah menyediakan jalan jalan yang mudah untuk diallui oleh para wanita untukmendapat kebaikan dan keselamatan di dunia, manakala di akhirat mengecap kebahagian yang kekal abadi.


Wassalam. semoga artike ini menjadi pedoman....

Tuesday, June 24, 2008

BERHATI HATILAH DI JALAN RAYA




Hatiku berdetik untuk memikirkan masalah ini, dalam kemelut minyak naik ni, ada lagi benda lain yang amat penting sebenarnya, kalau nyawa dah tiada, segalanya tidak ada lagi ertinya, hal minyak ker hal politik ker satu sen pun tak guna. Apa yang dapat aku kongsikan pun tak banyak, sekadat berkongsi pengalaman. LAgipun aku tak berapa berani nak ambil gambar kemalangan, sedih lagi lagi yang melibatkan hal kematian, Masa hari ahad lepas selepas penat shooting pengantin, masa dalam perjalanan tu ada kemalangan di parit 4 sekinchan, sila lihat lampiran di akhbar sinar. mula mulanya aku malas nak shoot tapi tengok ada tempat parking aku pun turun la dengan kengkawan yang lain. banyak juga aku shoot, tapi sebenarnya aku tak sampai hati melihatnya apatah lagi kemalangan yang melibatkan kematian, aku turut merasa sedih, nasib baik aku tak jadi jurugambar forensik... huu takut.. masa shoot kejadian tu pun aku rasa menggeletar sikit tapi gambar tak blur walaupun takda Image Stabilizer. Lepas tu aku telefon sekabar sinar kalau dia nak gambar, hal berita dia call jer balai. aku terus apload gambar tuh bagi kat dia. masuklah majalah sinar keesokan harinya.

Apa yang aku rasakan, kalau bab kemalangan ini, banyak cara kan tuhan nak cabut nyawa kita, kemalangan jalanrayalah satu caranya. Pada aku, kita mesti berhati hatilah dijalanraya, baca la doa sikit masa nak naik kereta tuh, paling tidak bismillah ker dan doa la sikit moga selamat pergi dan selamat balik, yang penting kita ingat tuhan dan kalau apa apa yang berlaku pun kehendak takdir, jangan dah setat enjen jer terus berdesup.....tinggal asap jer, sekarang ni pun banyak ada kat pasar tuh sticker yang doa makan ker, doa naik kenderaan ker... beli la sekeping dua untuk tampal kat depan cermin kereta tuh ( aku pun belum beli lagi sebab kereta baru.. he he eksen la tuh) cuma mesej aku beringatlah, dan kalau boleh kekadang kalau kita bergelak ketawa terlebih lebih tuh, beristighfar la sikit. jangan keterlaluan gelak ketawa sampai tak ingat dunia, pada aku kalau aku rasa gumbira sangat sampai tak ingat dunia, mesti sesuatu yang tak baik akan berlaku pada aku, itulah ada baiknya kalau kita rasa gembira sesangat dan lain macam punya hepi, eloklah kita ingat tuhan dan beristighfar bebanyak dan berdoa mudah mudahan tiadala benda buruk yang akan menimpa kita. Kalau ikutkan cerita aku, aku parking kat depan opis pun buleh kena langgar tau, nasib baik masa tu aku kat dalam opis, sedih jugak masa tuh sebab aku baru tukar bumper depan PU tu harga depan 300 tuh, alahai, kereta kancil budak tuh tergelincir dan berpusing pusing pastuh kena kereta aku, nasib baik dia tanggung semuanya dan aku tak perlu bayar sesen pun, alhamdulillah, tapi aku tambah la sikit untuk cat semua badan. gitula ceritanya. Setakat ini pengalaman aku, kalau keta aku nak rosak biasanya dekat dekat jer dari rumah, alhamdulillah la kan, takut juga kalau rosak tengah hutan ker, mudah mudahan dijauhkan la hendaknya,

Dalam kita di jalan raya, eloklah berhati-hati kalau boleh bila nak pergi kerja tuh, sapa yang ada mak bagitau la nak pergi kerja atau kalau boleh salam dan cium tangannya, kalau yang ada bini atau isteri tu salam dan ciumla tangannya dan minta restu sekali, dan kalau line clear tuh peluk la sekalik he he (amboi....) dan sebaiknya tunggulah kenderaan itu hilang dari pandangan kita. itu yang sebaiknya, kekadang tu ilang jer tak bagitau nak kemana (aku pun buat jugak kekadang kalau time perang dingan he he...) sebabnya itulah juga doa untuk kita selamat, doa seorang ibu atau isteri atau suami akan dimakbulkan tuhan insyaalah kalau niatnya baik. kalau jadi sesuatupun itulah takdirnya dan tuhan maha mengetahui. bila dah dapat restu, kita hati hati la memandu, jangan laju laju sangat nanti kena saman, dan jangan lupa pakai talipinggang keledar, jenis aku ni lain, aku pakai talipinggang keledar sebab jaga keselamatan dan bukannya takut pada polis, itu yang perlu disedarkan, kita jangan ditanam moral kita untuk takut kena saman atau takut pada polis, kenapa kita tidak tanamkan dalam hati kita supaya menyayangi nyawa kita. pakai talipinggang keledar sebab takut bahaya kemalangan. itu sebab jadikan tabiat, bila masuk kereta jer terus pakai, dah tak payah pikir pikir lagi kalau nampak polis baru mula kecih nak pakai.... hmmmm...aku pun kekadang bawak laju gak... selalu gak kena saman ekor kat sg yu kuala selangor tuh, alahai bayor ajer la.... laju pun tak keterlaluan la kot... sikit sikit jer...

Dalam hal di jalanraya ni aku pun ada persoalan yang timbul, apa yang mat rempit dapat dengan membuat aksi hebat buat wheelie tuh?.. sapa yang boleh jawab. apa yang mereka dapat, kemalangan, motor rosak dan benda benda lain yang tak berfaedah. aku bersyukur sangat kerana dilahirkan dengan cukup pengetahuan dan ilmu walaupun tak bijaksana tapi aku tahu yang mana baik dan yang mana buruk. sehinggakan aku pelik dengan golongan sebegini yang membazirkan masa mereka yang amat singkat, pada aku masa itu benar benar penting, mereka sempat melepak di kedai kopi sambil cerita cerita kosong (tapi orang tua pun melepak gak sambil cerita politik kedai kopi. hmmm) aku tak la kata aku ni tak melepak, aku minum jugak kat kedai kopi tapi kebanyakannya geng aku hampir semuanya jurugambar, dah tentulah cerita pasal fotografi jer memanjang. kekadang tuh naik meluat jer kalau orang yang tak masuk tajuk tuh mendengarnya he he. sebaiknya begitulah, luangkah masa untuk buat kerja kerja yang berfaedah. itu lebih baik. kalau mat rempit ni aku selalu tengok diorang rakam kat henpon diorang punya laju giler bawak sambil terbaring, lepas tuh terangkat tayar sebijik, huu tak takut mati rupanya diorang ni, apa yang diorang dapat sebenarnya, adakah dapat kepuasan saja sudah memadai, dan inikah keberanian yang orang melayu kita carik selama ini, inikah apa yang orang melayu kita banggakan, tepuk dada tanya iman, nyawa melayang di jalanraya. aku tak kesah akalu kemalangan yang tidak disengajakan tetapi bukannya kemalangan atau kematian yang sengaja ditempah. buat apa kita nak menggadaikan nyawa semata mata nak berseronok dan kepuasan diri yang tidak sejauh mana. mengapa tidak kalau nak buat begitu, buatlah di perlumbaan rasmi cub prix ker formula 1 ker. penat kerajaan buat litar lumba sepang dan banyak juga kejohanan cub prix yang dijalankan. ha apa lagi belasah jer la.. kalau yang tu menang dapat duit aper.

berhati hatilah kita di jalan raya, kalau kita dah berusaha untuk keselamatan, berdoalah dan semoga tuhan selamatkan perjalanan kita. bagi yang menempah maut, sukahati korang la nak buat apa, jangalah melibatkan orang yang tak berdosa, aku sedih bila kemalangan berlaku pada mangsa yang tidak bersalah kerana tak pasal pasal kena langgar kerana kecuaian orang lain. Sedihnya. Sebaiknya kalau kita terlihat kemalangan cubalah bantu apa apa yang patut, itu sebabnya aku masuk aktiviti pertolongan cemas, sampai sekarang aku aktif, paling tidak aku tau nak buat sesuatu andainya berlaku kemalangan. jangan tau melihat saja, lakukan sesuatu untuk cuba menyelamatkan mereka yang tercerdera, kalau yang dah meninggal tu tak boleh buat apa la. dan ingatlah, apa apapun berusahalah untuk selamat. dan hati hatilah dijalan raya, kalau tuhan nak cabut nyawa kita, sekejap jer dicabutnya tanpa apa apa tanda pun. Wassalam