Tuesday, December 8, 2009

sua sue kemuning... istimewa raja......



Hmmmm, buat sekian kalinya aku dah mencapai usia baligh aku... ha ha ha aku dah tua dah.... 8 haribulan adalah besdey aku. seperti biasa dah tua ni takda la macam masa bebudak dulu kena tiup lilin dan nyanyi lagu. Tapi macam teringin gak nak buat camtuh, cuma besdey tahun ni suram sikit sebab banyak sangat masalah yang melanda jiwa hati dan perasaan aku. takpa la apa yang penting betapa susahnya hidup ini kita tetap kena teruskan, bukannya boleh macam lagu atau video yang boleh di cepatkan, diberhentikan, diperlahankan atau dicepatkan. semuanya telah ditetapkan dan ditentukan oleh tuhan. kita hanya berusaha untuk yang terbaik sebab kita tidak tahu bagaimana agaknya di masa akan datang.

Pagi ni aku pergi hantar akak aku ke selayang untuk dia meneruskan perjalanan ke temerluh, atas desakan ayah aku yang risaukan anaknya, aku pun pergi la. sempat la akak aku belikan baju dan seluar buat hadiah besdey aku, terima kasih la bebanyak. dalam perjalanan aku tak banyak bercakap dengan wife aku, mungkin sebab badan aku yang tak berapa sihat dan batuk yang agak teruk gak. tapi dah ok sikit, bila mak ayah aku dengar je aku batuk punya la risau, apa nak buat dah memang adat ibubapa akan risau akan anaknya. aku sampai jer opis tayar keta macam buat hal lak, nasib baik tampal jer ok la tuh. Sampai kedai aku dapat kek besdey sedap mata memandang dan sudah tentunya sedap juga untuk dimamam, aku ucapkan terima kasih kerana memberikan kek buat aku, aku menghargai pemberian kawan kawan aku, aku tak dapat membalas apa apa hanya jutaan terima kasih ku ucapkan dan moga tuhan dapat membalas budi baik kawan kawan semua.

Aku ucapkan terima kasih kepada semuanya yang mengenali aku, aku tetap menghargai semua yang mengenali aku, ibubapaku, keluargaku, sahabahandaiku, dan sesiapa jua yang mengenali aku, apa yang aku harapkan semuanya gembira dan bahagia semuanya, pada aku apalah ertinya sebuah kehidupan bila diri kita tidak dihargai dan disayangi. Apalah ertinya sebuah kehidupan bila kita dibenci dan dimaki, dan dikutuk dari belakang. entahlah, aku cuba untuk menjadi yang terbaik tapi segalanya tuhan yang tentukan, kekadang kita rasa kita dan jaga hati orang lain dan mengorbankan hati kita sendiri, tapi adakah pengorbanan kita berbaloi dan ada balasannya?. entahlah. aku cuba berusaha untuk tidak mengganggu hidup orang lain dan juga tidak mahu menyusahkan orang lain, begitu juga aku tidak mahu menyusahkan ibubapa aku dan isteri aku. Tapi aku juga manusia biasa yang lemah dan tidak berdaya melawan ketentuan tuhan dan suratannya. tapi aku sedang berusaha untuk yang terbaik, terlalu banyak dugaan yang kulalui tetapi aku redha dan tetap yakin akan ada kegembiraan dan kebahagiaan di hadapan aku nanti.

Meningkatnya umur aku dan aku tahu meningkatnya juga dugaan hidup aku sebagai seorang manusia. Walaupun aku seolah olah tiada senjata untuk berperang sedangkan musuh banyak berada di hadapanku, tapi berbekalkan tulang empat kerat ini aku akan berusaha biarpun telah jatuh dan luka parah. Memang aku tak boleh bergantung kepada sesiapapun dan hanya diri sendirilah penentu segalaya samada aku jatuh atau bangun, aku ada juga terbaca buku Dr. Irfan Khairi, tapi tak sempat baca banyak, jeling sikit sikit jer, anti ada masa aku baca la betul betul. banyak tips yang amat berguna dan bagus betul muda muda lagi dah berjaya. mungkin itu dah rezeki dia. "dalam hidup ini kalau kita berdoa jangan hanya meminta untuk diringankan beban dan dugaan, mintalah juga untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk menempuh dugan itu".

Badan aku tak berapa sihat kebelakangan ini, pegi klinik tekanan darah aku naik sikit, mungkin aku stress atau banyak kolesterol, tak tau la. mungkin juga aku kurang bersenam dan mengamalkan diet yang sihat, aku jarang makan siang tapi balik kerja malam terus makan. rasanya kena ubah sikit tabiat aku ni, aku kena selalu bersenam dan keluarkan peluh sikit, kena jaga kesihatan sebab badan nak pakai lama kan, ni batuk aku ni pn dah rasa lain macam. huuu apa la nak jadi aku ni, apa taknya sibuk jer memanjang. nak rehat pun macam takda masa inikan ulak bersenam. takpa lah aku cuba la buat apa yang patut, dan bebrapa waktu ni aku asi naik darah jer, ada jer bendanya aku nak marah. tapi aku masih dapat kawal keadaan aku, mudah mudahan kesabaran aku tetap ada.

Setiap manusia pasti ada impian dan cita citanya dalam hidup, bagi yang berjaya mencapai apa yang dicita citakan, pasti akan merasa bangga dan berjaya,bagi yang tidak berjaya mereka seolah olah berada dialam lain yang penuh dengan tandatanya. samada akan meneruskan hidup akan menetapkan diri mereka sebagai gagal. kalau mereka menyerah kalah dan tidak meneruskan usaha mereka akan dianggap gagal. bagi yang terus berusaha pasti kejayaan akan datang dihadapan mereka. kalau aku bertanya pada saat ini, aku tak berani untuk menawab aku dikategori mana sebenarnya, tpi mungkin aku dalam proses untuk berusaha hingga berjaya, sebab kalau dikirakan masa kecik kecik dulu, aku nak jadi doktor, pilot, askar. itu masa sekolah rendah dulu ada tercatat masa nak tulis buku laporan. tapi itu dulu dulu, dan aku masih tak mengerti kenapa aku kena belajar bersungguh sungguh hingga berjaya, aku tak paham kenapa kena berusaha hingga ke menara gading. dulu aku tak paham, sekarang ni dah cukup jelas dan menyesal kenapa tak belajar bersungguh sungguh dan berjaya dalam apa yang dicita citakan, adakah kesedaran ini agak terlewat buatku atau masih ada masa lagi untuk aku mengubah nasib hidup aku ini.

Mungkin masih belum terlewat untuk segalanya, masih boleh berusaha lagi untuk berjaya dan aku tetap yakin, dan aku tetap memujuk hati aku ini supaya yakin. "tidak apa pengajaran yang terbaik selain dari kegagalan yang dilalui. mungkin benar kata kata itu." aku bersyukur sebab ibubapaku tetap mendoakan kesejahteraan aku dan kejayaan aku, sebagai balasan aku tatap mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan mereka walaupun setakat ini tak banyak wang ringgit yang mampu aku hulurkan buat mereka kerana aku sendiri kesempitan wang. Tapi aku cukup menghargai kedua mereka yang memahami situasi hidupku. Dan aku harap juga isteri aku memahami diriku, walaupun aku tak berapa pasti kebenarannya.

Aku berharap hari hari yang seterusnya selepas ini, aku akan menjadi lebih kuat untuk berusaha hingga matlamat yang aku cita citakan akan berjaya, aku akan cuba menjadi anak, suami, menantu, sahabat, kawan yang terbaik dalam hidup aku, aku akan berusaha mendalami ilmu agama untuk menjadikan kehidupan aku sejahtera di dunia dan akhirat, aku akan berusaha untuk yang terbaik dalam hidup aku.

Mudah mudahan juga perjalanan hidup aku akan lebih teratur, selesa, berkat, aman dan bahagia insyaallah, terima kasih juga kuucapkan pada sesiapa yang membaca coretan aku yang panjang lebar dan mungkin memboringkan untuk sesetengah orang. Apapun terima kasih banyak banyak, dengan ini marila kita sama sama menyanyikan lagu..... "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Suzaini Sulaiman, Allah selamatkan kamu.... tepuk tepuk..."