


Hari ini kehidupan aku diteruskan macam biasa.... lepas semayang subuh aku sambung tidur sebab macam tak cukup tidur saja rasanya. Lepas tu ada pulan insiden boring di rumah yang membuatkan aku lagi malas nak bangun kerja, jangka nak ke kuala selangor tapi tak jadi. Aku keluar dari rumah dekat tengahari sebab lepas jumaat ada shoot pengantin nikah di taliair 3, sempat la ke kedai kejap untuk bagi taklimat. Beli suratkhabar dulu tengok tengok kalau berita aku keluar. Lepas tuh aku terus ke taliair 7 dan semayang jumaat kat sana dulu. Arini aku malas sangat nak bercakap, banyak bercakap pun dalam hati jer. Jiwa aku tak berapa tenteram, pagi tadi pun bank tak telepon aku, maksudnya duit kat bank tu cukup la, esok lusa aku tak tau cemana, Hanya berserah pada yang maha kuasa. Aku banyak termenung berfikir arini, berserabut sangat masalah sampai tak tau apa yang nak dipikirkan. MAcam macam hal yang melanda jiwa aku, buat masa ni tak ada yang boleh menenagkan jiwa aku, segenap ruang hidup aku ni terlalu banyak yang berserabut dan memeningkan.
Memang la.. kalu jumpa kengkawan, suruh aku bersabar, memang tak dinafikan memang sampai saat ini aku masih bersabar dan bertenang, aku masih ada iman walaupun mungkin hanya selembut buih buih dilautan, tapi aku masih mengenal mana yang baik dan mana yang salah. Kalau boleh dalam hidup aku tanak menyusahkan sesiapa, tanak orang anggap aku ni mendatangkan masalah, dan aku amat malu untuk minta tolong dari kengkawan, kalau keluarga pun aku tengok jugak, tapi aku sebenarnya malu. Tapi tak salah kalau kita bertanya atau meminta kan, kalau tak bagi takpe lah. Sepatutnya waktu ini aku sudah boleh menyara hidup dan membalas jasa ibu bapa aku dan keluarga. Cuma ditakdirkan tuhan segala yang dirancang tak semestinya tuhan makbulkan, tak semestinya segala yang diusahakan akan membuahkan hasil, segalanya tuhan punya kerja dan Dia yang menentukan hidup kita, jadi kita hanya perlu bersabar, dan aku tetap yakin dan aku tau aku dah berusaha sebaik mungkin. Memang ramai yang tak berapa yakin dan memperlekehkan aku dan suka sangat kalau aku jatuh tergolek.
Tapi takpa lah apa orang nak kata dan buat, yang penting aku takkan berundur atau berpatah balik, aku dah berusaha bersungguh sungguh unuk berjaya dan mengubah nasib aku, aku yakin pasti akan ada kejayaannya, mungkin esok, lusa atau bila bila, tapi pasti ada, aku tahu dugaan tuhan itu maha hebat, sebab bila kita terima dugaan tu maknanya tuhan sayangkan kita, dia uji kita dan bila kita sabar itulah yang menjadikan kita lebih tabah dan kuat, cuma aku terpaksa menghadapinya dalam keadaan yang amat rumit, aku umpama diserang secara fizikal dan mental, hinggakan aku mahu melempang sesiapa saja yang boleh, hmm tapi itu takkan berlaku. Aku masih waras dan boleh berfikir panjang. Setidak tidaknya aku dah bertambah bidang baru, boleh juga aku melupakan masalah dan membuat kerja aku bersungguh sungguh. Setidak tidaknya aku berusaha mencari duit lebih.
Ada kalanya aku rasa hidup aku masa ini gelap hitam pekat dan tak nampak apa apa, tiada nampak hala tuju untuk aku meneruskan kehidupan aku, tapi aku juga terus teringatkan kata kata pujangga yang lebih kurang maksudnya " Ada kalanya tuhan mendatangkan hujan lebat dan ribut serta guruh setelah hari panas dan cerah, kita kecewa kerana dari hari cerah menjadi gelap, tapi kita harus ingat, selepas itu tuhan terbitkan pelangi yang cantik dan indah menerangi langit". kesimpulannya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, setiap satu dugaan pasti ada ganjarannya, cuma kita perlu yakin dan betul betul percaya. MEmang kita sukar mempercayai benda benda masa depan, tapi itulah sebabnya rukun iman yang keenam ada menyebut tentang percaya pada Qada dan Qadar tuhan.
Hanya blog ini tempat aku meluahkan perasaan, mungkin ada yang membacanya atau mungkin ada yang tidak, pada aku itu tak penting, kalau ada yang membacanya kalau ada yang baik boleh dijadikan panduan, kalau ada yang tak baik janganlah diikut, satu masa nanti bila aku dah senang pasti segala masalah dan keperitan ini aku jadikan sejarah dan ingatan seumur hidup aku. Bukan mudah untuk kita menjalani kehidupan kalau kita tidak benar benar tabah. Ada yang diduga setelah senang, ada juga sebaliknya, kalau aku eloklah susah dahulu dan biar nanti dah tua senang. Dan aku tak membandingkan diri aku dengan orang lain, sebab aku yakin tuhan maha adil, kalau yang kaya tu mungkin hartanya yang kaya tapi budi bahasanya tidak, sebab tuhan takkan memberikan kesempurnaan seratus peratus pada hambanya, mesti ada yang lebih dan ada ang kurang. Kita kena redha dan bersyukur dengan pemberian tuhan dan pasti tuhan akan memberikan lagi rezekinya pada kita.
Petang ni mendung jer, sama macam hati aku, buat masa sekarang aku suka sunyi, aku tak suka bising bising dan menyakitkan hati aku, aku inginkan ketenangan, moga moga tuhan berikan aku ketenangan jiwa. Memang fikiran aku tak sanggup untuk berfikir macam macam lagi, macam nak pecah kepala otak ni dah.... arghhhhhhh!!!!! jangan pulak ada sesiapa yang ternampak aku menjerit jerit depan kedai aku lak.... huuu !!!! Cuma ada kalanya aku terpaksa senyum kelat pada pelanggan kat kedai aku, walaupun jiwa ini hanya tuhan yang tahu. Pada raya tahun ni juga aku terkilan sangat sebab tak dapat luangkan banyak masa dengan keluarga aku sebab sibuk bekerja di kedai, Maafkan anakmu Mak dan Ayah, Maafkan juga adikmu ini wahai kakak kakakku, maafkan paksu wahai anak anak sedaraku, Aku mohon maaf kerana tidak dapat bersama semua kerana tepaksa berusaha untuk hidup, memang orang kata kena utamakan keluarga tapi aku kena carik duit juga, sapa nak bagi aku duit raya, aku bukannya bebudak lagi nak mintak duit raya dari orang, lagipun aku tak banyak balik rumah aku, asik rumah bini aku jer, ini aku tak tau nak kata macam mana,.
Ya tuhan, ampunilah dosa aku pada kedua ibu bapa aku, aku banyak berdosa kerana tidak menjadi anak yang baik, maafkan aku..... tapi dihati ini tetap menyanjungi dan menghormatimu, walaupun tidak dapat kuungkapkan. Air mata ini hanya mampu mengalir sekiranya aku mengenangmu. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu... moga dikau berdoa sihat sejahtera hendaknya. Amin Ya Rabbal alamin.
-end-