Monday, June 29, 2009

anak kecil main api.....terbakar hatinya yang sepi....






Sudah sekian lama aku tak menulis, banyak yang telah berlalu dan tak dapat aku kongsikan bersama-sama. musim cuti sekolah yang penuh dengan jadual yang padat dan sendat, expo di tg. karang semasa kehadiran Perdana Menteri Malaysia, dan baru baru ini karnival Bank Rakyat di dataran tg. karang. banyak juga peristiwa sampingan yang berlaku, semuanya kalau dapat nak saja aku tulis didalam blog ni, tapi takpe la.. mungkin dah basi sikit atau munkin ingatan tentangnya telah kabur dan tak berapa jelas dah. Apapun di waktu ini aku tak berapa sihat, batuk-batuk dan semalaman aku tak tidor sebab tekak dan dada yang bagai nak pecah, puas aku sapu minyak panas, minyak sejuk, minyak angin, cuma minyak petrol jer belum lagi. Asik kulum gula gula hacks jer la, kalau tekak ak isi apa apa, terasa kering dan berkokok kokok la aku membatukkan diri aku ni, hmmm apa nak buat, kita kena sabar, lagipun dah lama sangat aku tak sakit, tuhan suruh aku rehat kot, entahla, aku redha dengan ketentuan tuhan sebab Dia maha mengetahui tentang tiap sesuatu yang terjadi, kita mestilah redha dan bersyukur, kalau kita redha, tuhan pasti akan berikan jalan kesenangan nanti untuk kita, Batuk ni risau gak kalau ada jangkitan selsema babi, tapi rasanya aku tak penah lagi ke luar negeri, ke luar atau ke seberang sungai ada la he he, mudah mudahan baik la cepat sakit aku ni.

Beberapa minggu lepas aku ada masuk pameran di dataran tg. karang sempena lawatan perdana menteri ke tg. karang, seronok juga buat pameran ini, inilah julung julung kalinya aku buat pameran untuk diri sendiri, kalau dulu aku buat untuk orang lain, syukur juga muat semua barang pameran dalam kereta avanza yang aku baru hantar cuci kat kedai depan semalam he he. banyak juga brosur yang habis dan ada nampak sedikit perubahan dimana ramai pelanggan yang baru aku tengok dah datang ke kedai aku. Aku bersyukur alhamdulillah, dan pameran selama 3 hari tu aku rasakan amat berbaloi, dalam bentuk promosi, alhamdulillah, pernah ada satu hari tuh aku punya la takda masa nak buang air kecik... apa taknya diorang tak sediakan tandas langsung, lepas tuh letrik pun dan jenuh sehari suntuk pun baru petang ada letrik, nasib baik masa perdana menteri nak buat apam balik letrik ada. kalau tak jenuh la kena sembur penganjur tuh, aku sewa khemah mahal gak RM150.00 tapi katanya dapat khemah free, aku rasa berbaloi la jugak, sapa nak bagi khemah murah kan, syukur alhamdulillah, rasa rata perjalanan program lawatan pm ke tg. karang rasanya berjalan lancar, walaupun penat dan tak larat, aku puas hati dengan kerja yang aku dah buat, aku patut berbangga sebab semuanya aku usaha sendiri, ada jugak kengkawan yang turut melawat ke kemah aku. bagus la alhamdulillah, dan tak dinafikan sokongan famili aku yang tolong tolong lepak kat kemah aku.

Pada masa yang sama dapat juga aku cover shoot untuk perdana menteri buat apam balik dan beberapa aktiviti yang lain, rasanya mungkin di lain kali aku nak turun untuk promosi yang lain gak, terima ksih jugak pada kengkawan yang turun ke tempat aku, aku amat menghargainya, terima kasih atas sokongan semua kengkawan, hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa anda semuanya. Kalau aku berjaya, kawan semuapun akan aku bawa bersama, satu masa nanti aku akan berjaya, macam selalu aku tuliskan " im not the best, but i will be one". apa yang penting mestilah berusaha walaupun banyak mana pun rintangan yang terpaksa kita tempuhi, bersabar, berusaha dan bertawakkallah. insyaAllah, tuhan maha mengetahui, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Badan tak beapa sedap la.... nanti ada masa aku sambung balik la yer.....