Saturday, May 23, 2009

dan sebenarnya......Yuna





Hmmm.... hari ni Sabtu..... aku sekarang ni kat kedai.... pagi tadi mesyuarat umno cawangan. Alhamdulillah semuanya selesai. Cukop korom dan karem. he he. Habis lebih kurang 12 tengahari dan aku terus ke sungai sireh sebab ada program kat sekolah. MSU dan PTPL ada buat program dan dirasmikan oleh YB Samsuddin Lias ADUN Sg. Burong, sambil tu ada la jumpa beberapa potograper utusan dan lain lain yang bawak SLR. Borak borak la sambil sambil menembak. Fuhh panas betul arini. Balik jer kedai aku terus memandikan diri aku... ada baju lebih kat kedai.. hmm nyamannya.. macam iklan sabun mandi lak... he he. Lepas tuh ada citer hindustan lak kat tv... hmm layan jap... ye la sementara takda kastemer ni... mata penat lak nak edit gambor.. jap agi la edit gambor... arini takda shoot pengantin. minggu depan la penuh sampai tak larat... takperlah... dah rezeki tuhan bagi bentuk tu kan.... bersyukurlah kita. Sebenarnya aku takda idea la nak tulis banyak banyak..... tapi takpa la... kita layan jer sikit sikit.

Thursday, May 21, 2009

KURSUS SEHARI KAT IMAN WORLD


Hari ini aku tengah belajar blog kat Iman world. Aku dah buat dah jadi senang sikit nak terai terai apa apa yang patut, dekat lebih kurang 10 orang gak yang datang kursus ni. Ok jugak boleh tambah tambah ilmu komputer. Aku kuar opis jap, biar staff aku tunggu sambil aku belajar kat sini. lagipun dah lama aku tak menulis ni.... sebenarnya banyak bebenor nak tulis... tapi macam tak ada masa jer nak menulis, dan banyak pulak yang nak dipikirkan, dan macam macam yang terjadi semenjak dua menjak ni. Apapun yang berlaku, aku akan tetap gagah dan bangkit meskipun jatuh dan tergolek berguling guling. Aku tau aku tak boleh bergantung pada orang lain, tak boleh mengharap dari orang lain, dan tak boleh meminta minta dari orang lain. Segalanya kena usahakan sendiri, segalanya kena cari sendiri, segalanya kena buat sendiri. Kurrr.... lapor lak perut aku ni... ada bunyik lak.... huuu.... nanti jap agi lepas kursus ni aku minum la jap. 

Hmm apa aku nak tulis ni.. hilang lak idea... entah napa yer sambil sambil tengok kengkawan belajar best la pulak.  he he... nanti ada masa aku tulis lagi la.... ni masa untuk belajar.....chow.....