Monday, March 23, 2009

MAJLIS PENYERAHAN PAMPASAN UNTUK NELAYAN






Hari ini aku dapat cover untuk program Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Pejabat Persatuan Nelayan Kuala Selangor, lagipun aku bekas staff sana, jadi aku pun datang la tolong shoot apa apa yang patut, Program ini disempurnakan oleh Y.B. Dato (Dr) Noh Omar, Ahli Parlimen Tg. Karang dam juga Menteri PEmbangunan Usahawan dan Koperasi. Apa yang dapat aku lihat pada kaca mata contact lens aku dan penilaian aku....tentang apa yang dikatakan pencerobohan tanah oleh LKIM semuanya sengaja direka reka. aku kerja kat sana aku tau la ceritanya macam mana, kalau difikirkan dan Y.B. Dato Noh pun kata, nak jaga 7 orang ker atau nak jaga 70 ribu orang. Dah la kawasan situ undi untuk sokong barisan nasional kalah, punya la tunjuk lagak katakan yang mereka sokong barisan. tah hapa hapa. Aku pun tak paham bangsa diorang ni, diorang yang mendakwa LKIM ceroboh tanah... ceroboh apanya, pada aku, pendapat aku sebaiknya tak bagi pampasan pun takpa, sebabnya diorang yang kiranya menceroboh tanah kat situ, dan kelulusan tanah itu semuanya hak Pejabat Daerah Kuala Selangor. dan dari segi undang undang pun kerajaan berhak ambil balik tanah sebab tanah disitu semuanya TOL dan ada pula mereka mendakwa dapat pinjaman untuk bina pelantar, aku tak tau lak mana punya bank yang baik hati sangat boleh bagi pinjaman pada kawasan tanah TOL,. Lu pikirla sendiri.

Tapi apa apa pun aku respek kat Y.B. Dato Noh. Pandai selesaikan masalah mereka. Kalau orang biasa mau jer agaknya bergaduh. Ye la kalau pada aku takan kasi muka punya. Apa taknya dah bagi betis nak peha, tak cukup lagi pampasan yang dibagi, rumah pprt yang dibagi dan pampasan dari pihak kontraktor, dan aku yakin mereka mereka tuh semuanya takkkan pandang rumah pprt tuh... diorang sebenarnya banyak duit tapi sajer jer tanak tunjuk. dan aku kecewa sangat dengan sikap bangsa mereka. nasib baik la pemimpin kita orang melayu, kalau bangsa lain aku tak tau macam mana kedudukan orang melayu ni. Tapi apapun aku hanya mampu melihat dan menilai dari pemikiran aku yang tak berapa pandai ni. itulah sebabnya orang melayu kita mesti bersatu, tolonglah bangsaku, takan benda benda seperti ini kita tak perasan atau buat buat tak perasan. bangsa lain dah jauh meningalkan kita dari segi ekonomi dan kewangan, kalau kita pergi bagan pun tengok la di kawasan bagan kampong melayu dan kampong cina, kita peratikan bagan kampong melayu semuanya pakai sampan dan rumah pun ada banyak rumah pprt dan banyak moto ada depan rumah, kalau bagan kampong cina pulak, rumah mereka atas air tapi batu bata, dah tu kereta honda dan kereta besar besar, naik bot pegi kelaut, kalau orang cina boleh kelaut naik bot dan berkongsi panggu, dan hasil mereka banyak dan boleh berkongsi dan mereka buat macam makan gaji kumpul untuk sebulan, berbanding dengan orang melayu kita, naik sampan kelaut, sehari income lebih kurang 50 hengget, dah tuh, amik hari hari, tanak kumpul untuk simpanan dan tanak buat tabung, dah tuh pinjaman enjin dan sampan dari persatuan nelayan tanak bayar, macam mana tak berkat kan. Lepas tuh dengan sikap yang tanak menabung, bila masa udang banyak jer.... wahhhh enjoy gila... pegi sehari dapat 2oo dah tuh rehat sampai duit habis baru kelaut. itulah sikap bangsa aku nelayan. Aku tak tahu macam mana kata mereka kerajaan tak bantu, dah banyak kerajaan bantu diorang tapi selagi sikap tanak mengubah nasib sendiri tuh masalahnya. Aku seronok tengok kerajaan bantu mereka. aku ni masa berniaga, memang dapat bantuan pinjaman.... pinjaman tau bukan geran atau free... tu la beruntung betul mereka ni... cuma katanya ada yang tak mengenal untung.... kerajaan bagi sumbangan ambik... lepas tuh pangkah ikut suka.. dan tanak bersatu... mudah terpengaruh dengan fitnah dan ada kalanya ibarat lalang.. tak tetap pendirian....pelik... aku heran jugak...dan ada kalanya sanggup mengaku miskin dan tak kelaut semata mata nak dapatkan hamper untuk sumbangan hari raya...adakah ini yang dikatakan peminta sedekah alaf baru.

Kalau kita dapat lihat bangsa lain dapat menumpang tuah di negara kita, kenapa kita tak dapat lihat apa yang orang lain telah kecapi dan nikmati, aku dah berniaga beberapa tahun di bidang fotografi, ternyata apa yang aku lihat sikap bangsa kita yang tak boleh bersatu, dan menyokong sesama lain. dan sentiasa berfikiran buruk dan suka menjatuhkan orang lain serta seronok dan bertepuk tangan bersama sama. tapi kalau kita nak berjaya, itulah perkara utama yang kita kena tempuhi. Dan aku kena banyak bersabar untuk menempuh segala dugaan itu, itulah cabaran aku pada diri aku sendiri. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai ok. Aku sekarang tengak berusaha untuk membuat promosi dan satu kelainan dalam bisnes, aku yakin aku mampu berjaya jika aku berusaha bersungguh sungguh, aku tau ramai yang suka kalau aku gagal, tapi aku juga yakin ada ramai juga yang inginkan aku berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal, itu hasilnya jadi DUIT he he... betul la tuh....memang semenjak bukak kedai ni aku pening nak pusing duit, tapi alhamdulillah... semuanya tanggungan dapat aku bayar... walaupun perit tapi aku masih tetap boleh bernafas walaupun ada kalanya hanya satu lubang hidung jer yang boleh he he.... aku tak berani nak mintak tolong pada sesiapa, sebab aku tak yakin mereka akan tolong, aku hanya buat pinjaman yang halal jer. biasa la... kalau masa kita susah... ramai yang akan jauhkan diri... takpa la... nanti aku akan tahu yang mana kawan sejati dan mana kawan yang makan kawan. buat masa ni pun aku dah dapat kesan dah kategori kawan kawan aku yang macam mana. takpa la... buat kawan kawan yang baik dan menyokong aku.... aku ucapkan jutaan terima kasih bebanyak dan hanya tuahn saja yang dapat membalaasnya.... dan buat kawan yang tak berapa baik tuh.... biar tuhan juga membalasnya....ok la... aku dah nak tutop kedai dah.. ada masa nanti sambung balik.....

Wednesday, March 11, 2009

TREKTAR DEPAN UMAH KENA PINDAH SEBAB KENDURI






Salam perjuangan untuk semua, aku mengambil kesempatan ini untuk menulis sebab nak menenagkan jiwa, jiwa yang agak kacau kerana terlalu banyak nak dipikirkan, terlalu banyak sampai tak bole nak pikir. dan dah jadi buntu dan penuh hingga meleleh leleh masalah sebab terlalu penuh umpama melelehnya hingus dari lubang hidung. Petang ni aku ada kat kedai sambil merenung laptop. dan sesekali merenung luar kedai dan memerhatikan jalan raya yang tidak pernah putus putus melalui jalan raya. Fikiran aku hari ini dan beberapa hari yang lepas agak sedikit bercelaru. Aku juga penat dengan panuhnya jadual shoot pengantin sepanjang hujung minggu, dan operasi seharian kedai dengan kerja kerja editing gambar dan kerja cuci gambar serta menguruskan kedai. Buat masa ni yang menguatkan hati aku adalah kesabaran, benarlah kata pepatah " kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Memang benar, dan sekarang ni kiranya aku dah buat rumah kat tepi pantai (pantai baywatch kat sungai kajang ker..?) ni... jadi kena la berani dilambung ombak la kan. Aku bukannya seorang pemikir yang bagus, tapi sekarang ni terlalu banyak sangat benda yang nak kena pikir, tentang kehidupan, tentang keluarga, tentang perniagaan, dan banyak lagi, tapi betulkah kata orang kalau kita banyak berfikir kita akan jadi matang dan lebih dewasa....atau rambut atas kepala pun akan kurang... hmm ye juga. Dah rasa macam nipis la pulak rambut kat kepala aku ni, Memangla..aku sering memerhatikan keadaan sekeliling, aku seronok melihat anak anak kecil yang bermain main dan gelak ketawa dan tak memikirkan apa yang berserabut di fikiranku, aku seronok melihat haiwan-haiwan seperti kucing yang comel yang tak payah memikirkan apa apa masalahpun, hanya tahu bergesel di kaki dan menjalankan rutin harian dengan berjalan kehulu hilir dan buat anak jer kerjanya. Aku seronok melihat burung berterbangan dan berkicauan di langit sambil terbang bebas dan beterbangan berkumpulan. Seronok kan kalau begitu. Tapi aku sudah dilahirkan sebagai seorang manusia, jadi sudah menjadi kewajipan untuk aku menjadi seorang manusia,dan khalifah di muka bumi ini, dan aku aku wajib menjalankan tanggungjawab sebagai seorang umatnya.

Harini aku tak ada berapa mood la nak edit gambor... buat jer beberapa keping dah pedih mata aku.. aku rasa aku perlu rehat.... tapi nak rehat cemana... kalau rehat pun kerja melambak ni sapa yang nak sudahkan... takan nak biarkan ianya bertimbun timbun. cuma buat masa ni kalau nak rehat pun aku tidur jer...paling tidak pun badan aku dapat rehat... otak aku tak tau nak bagi rehat cemana. Macam beberapa hari lepas... sampai aku nak terlelap masa shoot posing pengantin.... huu seksanya jiwa dibuatnya.. balik jer umah aku terus tidur tak sedarkan diri....bukannya apa... bila aku tidur pun aku pikir macam macam sampai termimpi mimpi aku dibuatnya. Kalau orang bertanya rehat cemana yang aku perlukan.... hmmmmm aku nak camni : aku berada di tepi pantai yang tenang dengan cuaca yang redup, bersantai bersama orang yang tersayang (amboi... dengan bini ker makwer ni?) dan berjalan jalan di persisiran pantai dan melihat anak anak kecil bermain main di gigi air. hmmmm indahnya imaginasiku.....takpa la.... nanti ada masa nanti aku gi jejalan la...cuma buat masa ni sibuk sangat....tapi nanti bila ada masa free kena la rehatkan badan ni jugak. Kalau ikutkan hati nak jer jadi macam superman boleh terbang jauh.....jauh dari kesibukan dan kepeningan tentang masalah masalah... tapi takper la... aku tanak pakai sepender kat luar. he he merah lak tuh... eee tanak la....

Aku dah selalu sangat menikmati suasana pengantin baru...ye la.. wedding pohotgrapher kan... banyak yang aku perhatikan dan belajar sepanjang masa aku jadi potograper. Aku sering memerhatikan suasana majlis dan kesibukan menguruskan majlis kahwin hinggalah ke tamat majlisnya. Macam macam yang ku lihat dan perhatikan, dan sungguh indah senyuman kedua dua pengantin dikala dinikahkan dan disandingkan. aku seronok bila melihat semuanya tersenyum dan ketawa keriangan. dan hatiku amat amat sejuk dan gembira bila melihat kegembiraan yang tertera di wajah pengantin yang diraikan, begitu juga keceriaan kedua ibubapa yang menerima menantu yang baru. Tidak dilupakan juga anak anak kecik yang menjerit jerit bermain dan berebut rebut mengambil gula gula yang ditaburkan. Oh indahnya dunia bila dapat dihentikan pada tika dan saat itu. Dan semuanya kalau boleh berharapkan semuanya akan kekal sebegitu dan tak mungkin masa dan ketika itu akan dihentikan. Aku tetap tidak lupa waktu pengantin lelaki telah diijab kabulkan dan dan senyuman manis terukir pada pengantin lelaki yang bahawasanya beliau telah menjadi seorang suami isteri kepada kekasihnya yang tercinta. Dan ada kalanya si isteri akan menangis kegembiraan (atau mungkin ksedihan sebab dah tak jadi anak dara lagi) kerana telah menjadi Puan dan bukan Cik lagi, dan sewaktu bersalaman dengan ayahanda dan bonda pula akan bercucuranlah air mata si ibu dan ayah kerana anaknya telah menjadi milik orang lain dan terlepaslah tanggungjawab mereka dan diserahkan kepada si suami atau menantu lelakinya. Segala peristiwa manis itu sering kali ku hadapi dan aku tidak pernah jemu menikmatinya. Dan ada kalanya aku rasakan aku seolah olah ahli keluarga mereka dan aku tumpang merasakan apa yang mereka rasa. Dan mudah mudahan kegembiraan dan kebahagian mereka akan kekal selamanya InsyaAllah. Kita mampu merancang dan hanya Tuhan yang dapat menentukannya. Soal jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Apa yang penting kita buatlah yang terbaik, usaha dan yang lain biarlah tuhan yang tentukan.