Tuesday, February 3, 2009

Monday, February 2, 2009

TREKTAR DEPAN UMAH TAKLEH GERAK




Salam sejahtera kuucapkan kepada semua kengkawan dan sahabat dan sesiapa juga yang sering melewati (bukan liwat tau he he) halaman blog aku ni. Sudah sekian lama aku tak menulis dan mengarang, mungkn aku teramat sibuk dan terlalu banyak yang aku pikirkan, lagipun bulan 12 adalah bulan masyuk bagi semua jurugambar di serata dunia sebab masa itulsh bonus untuk semua jurugambar. Kekadang tuh sampai 2 pengantin amik sekaligus yer... jangan la camtuh. kita kena ingat sorang potograper satu tempat jer la... nanti takut tak terkejar. aku pun ada satu masa tuh sampai 5 shoot dalam satu masa terpaksa la mintak bantuan kengkawan, aku mintak upah shoot. punya la padat jadual sampau nak edit pun tak sempat. ada 2 lagi job bulah disember yang dalam proses editing, ada juga yang marah. tapi nak buat cemana itulah dugaan berniaga. bukan sengaja kita nak lambatkan proses gambar, nanti kalau cepat tapi tak cantik kang susah pulak. jadi aku lebih suka buat sebaik mungkin. kalau lambat sikit tuh kita slow talk dengan pengantin la... apa nak buat... kalau nak cepat sehari pun bleh siap. tapi hasilnya nanti tak tau la nak kata cemana kan. Petang ni aku amik kesempatan untuk menaip sebanak sedikit untuk mencurahkan rasa aku dah dah sekian lama terpendam, dan tidak dinafikan juga dalam beberapa bulan kebelakangan ini banyak perkara yang kulalui dan berbagai dugaan dan cabaran berniaga yang aku terpaksa tempuhi. tapi adat berniaga, mersti sabar dan tabah, bak kata pepatah tuh kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga, begitu juga kata pepatah kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. hmm itulah yang aku pegang selama ini. aku dah mencabar diri aku sendiri dengan tinggalkan kerja makan gaji. dan segalanya di sini aku kena tempuhi seorang diri, dan tidak dinafikan juga aku tetap memerlukan sokongan dan galakan dari keluarga dan sahabat handai. walaupun tak dapat sumbangkan modal, galakan pun jadilah.

ingin aku kongikan pengalaman aku dan pandangan aku setelah aku berniaga dalam beberapa bulan ini, alhamdulillah mesen cuci gambar fuji frontier dah ada di kedai aku, sama dah tarafnya kedai aku dengan level klang atau kl. 10r dah boleh print kat tempat aku, dan semua jurugambar dah pasti kalau mesen fuji frontier dah cukup cantik hasil cetakannya. itu tidak dinafikan. tapi tengok harganya jelah dah nak meleleh air hidung dan air liur. setakat ni alhamdulillah ramai juga orang dah cuci gambar kat tempat aku, tapi aku ada sedikit pelik dah musykil dan nak juga aku mintak pendapat sesiapa saja yang boleh berkongsi dengan aku, kenapa jurugambar tempatan tak ramai yang nak cuci gambar kat tempat aku?.... dan ada jugak yang aku jumpa di klang masih lagi cuci gambar, sedangkan apa yang ada di klang atau kl aku dah bawak ke sini, kenapa?. aku masih lagi tercari carik jawapannya. adakah kerana hasil cetakan aku tidak bagus?(ala kalau cina cuci kuning sikit tak kesah pon) atau aku tak melayan mereka dangan bagus? atau kerana aku ni tak jaga hati mereka?. aku masih lagi belum dapat jawapannya. kalau setakat promosi dah puas aku sms dan bagi maklumat pada semua potograper, cuma nak taknak jer diorang datang kesini. dan adakah kerana mereka tak suka sebab aku dah melangkah setapak lebih jauh dari mereka dan menyebabkan mereka tidak sukakan aku?... betulkan begitu, kalau sikap orang melayu begini aku memang percaya. berbeza benar dengan kengkawan aku di klang dan kl, boleh kata semuanya menyokong aku, dan aku bersyukur sebab ada juga kawan kawan yang walaupun jauh masih teap memberikan sokongan dan galakan untuk aku terus berusaha dan berjaya. aku juga ucapkan terima kasih pada semua yang telah memberikan galakan dan sokongan moral untuk aku berjaya sehingga ke tahap ini.

tapi berbalik pada persoalan tadi, aku tak boleh nak katakan apa apa, mungkin itu dah sikap, dan aku tak nak jadikan itu masalah besar dalam hidup aku, kalau diorang tanak cuci gambar kat tempat aku takper la...takan nak pujuk pujuk lak. aku tetap anggap itu sebagai dugaan hidup dan adat berniaga, aku sebenarnya penah merancang nak bukak kedai di tempat lain seperti klang atau shah alam atau kl, walaupun kosnya tinggi tapi pulangannya amat berbaloi, sebenarnya aku berniat nak tolong orang kampong aku, aku bukak di tempat aku, sebab pada diri aku yang merasakan terpaksa mencuci jauh di klang, aku bawakkan mesen cuci ini ke sini supaya kengkawan aku senang nak cuci gambar, supaya kengkawan aku senang nak beli album, supaya kengkawan aku senang nak beli frame, supaya kengkawan aku senang nak bisnes, dan macam macam lagi. tapi tak kusangka niat baik aku ini jadi kesan sebaliknya, dan aku rasa niat menghargai kengkawan rupanya tidak dihargai atau mungkin tidak disukai, kerana mungkin meeka semuanya berkategoriumpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing, betulkah begitu, lu pikurla sendiri. inilah sikap orang melayu yang perlu dikikis, buangla sikap ni. inilah sikap yang boleh menjatuhkan bangsa kita kalau kita tidak bersatu, tapi dalam pemerhatian aku tak semuanya begitu tapi segelintis lagi masih ada. dan buangkanlah sikap suka melaga lagakan sesama kawan, kalau kawan bukak bisnes sama sama la kita sokong, pada aku, seandainya kedai aku maju, kengkawan juga akan dapat kebaikannya, kalau ada 10 pengantin datang di kedai aku, sudah tentu aku hanya akan shoot sorang jer dan yang lain tu kengkawan la yang akan dapat, takan la aku nak bolot semuanya. entahla... kekadang aku pening memikirkan kenapa segelintir sikap orang melayu tak boleh nak bersatu.

penubuhan kelab fotografi tg. karang pun dah macam senyap jer. aku harap la ada yang aktif sikit untuk sama sama menjayakannya. setakat cakap jer ada la. kata dia hebat la, kata dia pengalaman la, tapi takda pun, masa plancaran kedai tuh pun aku semuanya yang buat. tapi takpe la.. .. sekarang ni aku nak buat group aku sendiri.. snapdigital team. dan aku akan buat usahasama dengan asfon wilayah dan asiaphotogrup untuk membesarkan dan mengaktifkan kelab ini. dan aku akan bagi diskaun untuk yang cuci kat tempat aku. hmmm... mudah mudahan berjaya la hendaknya. aku takan mengalah. aku dah pergi sejauh ini untuk mencapai cita cita aku. tak mungkin aku akan mengalah, andainya ditakdirkan aku jatuh tersungkur tertelan batupun. akan aku berusaha bangun dan melangkah lagi sampai ke garisan penamat. aku mencabar diri aku sendiri, aku tahu amat payah untuk berjaya dan aku yakin aku bukan manusia yang gagal. walaupun aku bukan golongan orang kaya atau ada status, tapi bukan itu penghalangnya untuk aku berusaha untuk berjaya. memang ada kalanya aku fed up dan sakit jiwa dengan keadaan yang banyak sangat masalah. tapi aku yakin aku bukannya yang cepat mengalah. aku kena berusaha sebab segalanya di tangan aku, aku ingin berjaya, kalau orang lain boleh berjaya kenapa aku tidak.

aku tahu ibu dan ayahku selalu mendoakan kesejahteraan aku dan kejayaan aku. aku amat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami, mereka sanggup menyokong untuk aku terus berjaya. cuma aku yang terasa terharu kerana tidak dapat membalas jasa mereka, sampai sekarang aku sedih kerana belum boleh lagi membalas jasa ibu dan ayah aku, mereka telah mendidik aku dengan sempurna walaupun tidak berjaya di bidang akademik. aku bersyukur sebab ibu dan ayah aku telah mendidik aku sebaik mungkin, aku amat berterima kasih pada mereka, aku mendapat doa dan restu mereka, dan aku yakin kekuatan yang aku ada ini adalah hasil doa dan berkat restu mereka, walaupun aku tak pandai nak tunjukkan kasih sayan aku, aku teramat amat menghargai mereka. aku juga tahu ada juga insan istimewa yang menyokong aku dari belakang, aku ucapkan terima kasih juga. ternyata segala usaha yang baik akan dibalas juga dengan yang baik oleh tuhan. pada aku, kalau ada sesiapa yang iri hati atau tak suka pada aku takpa la.... seandainya aku menghulurkan salam an tidak bersambut ak redha.. dan seandainya sesiapa yang menghulurkan salam padaku.. pasti aku akan sambut insyaAllah, aku bukannya jenis pendendam, dan pada aku, hanya tuhan yang berhak membalas perbuatan jahat yang orang buat dekat kita dan bukannya kita yang membalas atau menjatuhkan hukumannya... nanti kita pulak yang jadi jahat nanti.

sekarang ni aku pening nak menyudahkan editing gambar, syukur semalam dah berjalan dengan baik kursus yang dianjurkan oleh profoto dengan kerjasama kedai aku. alhamdulillah, mulanya aku risau takut tak jadi, melihatkan komitmen kengkawan semuanya berjalan dengan baik. respon kengkawan yang dari klang dan kl alhamdulillah. dan aku bersyukur sebab projek tu ok. mungkin bredernizam nak buat di cameron kot projek akan datang... he he... kita sokong jer. tahniah pada bradernizam sebab dialah sebenarnya tunggak kejayaan program ni, dan juga sokongan kawan kawan potograper yang lain, mudah mudahan semuanya akan berjaya di bidang masing masing dan jauhkanlah sikap yang tak baik di kalangan bangsa kita, kalau oran tuh dah maju biarkanlah dia maju dan kalau kawan kita jatuh tolong la bangunkan dia. hari ini kita buat baik kat orang, esok lusa orang akan buat baik kat kita pulak, dan begitual jugak perbuatan yang jahat.