Thursday, September 25, 2008

AYAM GOLEK TERCEKIK IKAN SIAKAP 3 RASA




Hmm… arini macam biasa.. dah dekat pukul satu.. mata macam belum mengantuk…. Tadi dah baring dah… rasa macam tak mengantuk la pulak. Aku baru lepas dengar lagu faveret aku buat masa ini “kenang daku dalam doamu” dendangan S.M. Salim, Aku jatuh cinta pada lagu tu masa tengah cerita Man Laksa. Tah kenapa lagu itu betul betul menyentuh kelabu aku. Sedih rasa macam nak menangis jer bila membayangkan cinta kita ditolak oleh seseorang tanpa sebab dan usul periksa kan. He he, aku kalau dah suka lagu memang akan dengar lagu tu tanpa jemu jemu, macam biasa la kalau kat opis tu pun bebudak semuanya paham, mesti ulang ulang sampai nak pedih la telinga mendengarnya. Semalam Pak Lah datang ke Tanjong Karang, kelihatan ramai juga taiko taiko potograper Tg. Karang datang untuk menangkap gambar… ala elok la kalau camtuh, asik shoot gambar pengantin jer sesekali shoot la pulak majlis majlis macam ini, kalau gambar elok boleh la jualkan. Sepanjang program berjalan aku macam biasa la shoot dengan penuh bergaya.. he he.. gaya jer la…. Kebetulan aku pada masa itu dapat pulak killer shots. Alhamdulillah Ayah aku berpeluang bergambar dengan Pak Lah, kira nasib sebab aku dah simpan kamera waktu tu dan cepat cepat aku paanga balik. Memeng rezeki ayah aku, nanti aku bsarkan la letak kat kedai buat tatapan semua kengkawan. Cuma moral of the stori mori adalah untuk menangkap gambar memerlukan kesabaran. Dan sentiasa mencuba cari peluang yang orang tak carik, Berkat kesabaran InsyaAllah akan terciptalah gambar gambar yang menarik. Berusahalah, walaupun kamera kita tak semahal kamera mereka. Dan kita mesti buat sesuatu dengan usaha kita, tak perlu untuk tiru tiru orang lain. Ala macam lagu Frank Sinatra tu… My Way…. Ha itulah lagunya. Setiap kali aku dengar lagu tuh aku jadi semakin semangat. Walaupun kekadang aku tak berapa paham liriknya he he.

Hari ini seharian aku duduk di kedai. Ada juga yang cuci gambar, ada yang potostet dan ada juga yang beli topap, ok la kan, harini dapat sikit, esok lusa dapat la banyak. Sabar dan teruskan usaha, aku takkan berganjak dari kedudukan aku, tetapi kadang kala kena la bangun dari kerusi kan he he. Memang tak dinafikan aku ada kalanya dapat rasakan hidup ini macam bawak kereta. Tak kira la avanza ker wira ker…. Sebab setiap kali kita berjalan kehadapan, ada kalanya kita perlu memandang ke kiri dan kanan, dan juga ke belakang, untuk memastikan perjalanan kita berjalan dengan lancar ataupun tiada gangguan dari orang lain. Memang elok juga dalam kehidupan ini kita sesekali menoleh kebelakang dan menilai segala kesilapan atau perjalanan hidup kita samada ianya baik atau tidak, tapi tak perlulah kita selalu mengenangkan atau melihat ke belakang sampai terganggu perjalanan hidup kita. Macam kata pepatah juga barang yang lepas jangan dikenang, takut nanti merosak badan, life must go on, dan setiap malam sebelum kita masuk tidur eloklah berdoa moga moga tuhan memberikan hari esok untuk kita hari yang lebih baik dari hari ini, mudah mudahan begitulah. Dan itulah yang sering aku doakan agar setiap detik yang mendatang mampu berikan aku kejayaan.Kita tak salah kalau berangan atau bermimpi untuk menjadi kaya, tapi laksanakanlah atau capaikanlah mimpi dengan usaha dan sepenuh tenaga untuk mencapainya. Kita sering diceritakan dengan kisah angan angan Mat Jenin, Pak Kadok, Pak Pandir dan lain lain lagi kisah yang tak patut sama sekali untuk menjadi contoh, dan aku pelik kenapa kisah kisah begini sering diceritakan kepada budak budak menyebabkan mereka mungkin akan terikut, ada baiknya kia ceritakan tentang kejayaan seseorang. Kemunduran bangsa kita mungkin disebabkan banyak dipengaruhi oleh cerita cerita sebegini, Aku harap bangsa melayu yang kuat dan maju akan ada dan akan benarlah kata kata Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Janganlah kita berpecah belah kerana politik, bersatulah kita kerana kekuatan bangsa, kita dah tak ada apa apa lagi selain kuasa politik, kita bukalah mata dan pasangkanlah telinga, jangan mudah percaya dengan fitnah dan keburukan yang digembar gemburkan. Pada aku satu saja prinsipnya, kalau kita baik, kita takan ceritakan keburukan orang lain, kalau buat macam itu kita dah jadi orang jahat, sebaiknya kalau kita orang yang baik, orang lain yang akan mengatakan kita baik dan bukan diri kita sendiri. Senang jer, tepuk dada, Tanya lauk apa nak buka puasa he he… isk.. Tanya iman la….

Aku tahu aku bukan dilahirkan untuk manjadi seorang penulis, tapi inilah tempatnya untuk aku meluahkan perasaan, bukan perasan tau he he. Dan juga tempat untuk aku memberikan perangsang dan motivasi untuk diri aku sendiri, sebab aku tahu, hanya diri kita yang memahami diri kita sendiri dan bukan orang lain, Sebanyak mana kita dengar ceramah motivasi pun, kalau kita tak berubah, kita tetap takkan berubah. Jadi pokok pangkalnya diri kita sendiri, tapi jenis aku, kalau aku dengar ceramah, aku cuba ingat sampai bila bila dan cuba memahaminya, itulah konsep belajar, sebab kalau kita belajar semata mata nak lulus periksa, sudah tentu bila lepas periksa jer akan hilanglah ilmu itu, percaya tak anda semua, Itu sebabnya dalam kehidupan kita seharian, manusia di sekeliling kita, kita perhatikanlah mereka, dan setiap kehidupan yang dilalui, eloklah kita merasakan keperitan dan kesusahan dulu, dan merasa kegembiraan dan kesenangan pada akhirnya. Tapi kalau dah senang tuh jangan lak mengada mengada nak menyusahkan diri. Paling tidak kita ambil iktibar akan kesusahan orang lain dan kita mesti sentiasa beringat akan kekuasaan dari Tuhan, kalau dia nak bagi kesenangan atau kesusahan, sekelip mata jer. Tak payah lama lama, kita kana yakin dan sabar. Dan sesekali aku nak nasihatkan kawan semua, kalau jumpa orang yang tak berkemampuan ker atau orang jual barang kat depan Bank ke si Ajis ke atau si Hamid ke atau si Abu ker (ini adalah nama-nama mereka yang kurang siuman di kawasan tg. karang, harap maklum ) hulurkan la singgit dua ker, paling tidak itulah saham kita di akhirat nanti, kekadang tu ada bebudak nak jual kalender ker kalau tak beli pun sedekah jer la singgit dua, mudah mudahan ada keberkatan dan setiap benda yang baik tu ada balasan yang baik juga. Tapi kena ikhlas la.. tak payah buat mock cek besar besar dan tunjuk kat media tau….

Malam tadi aku diajak berbuka puasa besama rakan rakan opis yang lama, sebelah pejabat jer, aku sedih juga meninggalkan opis tuh, tapi kalau diingatkan pasal kerja aku, pasal gaji aku yang susah nak naik, kalau dipikirkan tentang tak dapat bonos, pikirkan hal bos, pikirkan hal ALP gila kuasa dan lagi lagi dan lagi.. semuanya membuatkan aku bersyukur kerana keluar dari pejabat itu, paling tidak aku dalam hilangkan masalah itu dalam pikiran aku dan sekarang ni aku hanya perlu berusaha untuk mengubah kehidupan aku sendiri, Tapi bila kenangkan kengkawan aku sedih juga, dan sebenarnya aku tujukan lagu “Kenang Daku Dalam Doamu” itu untuk kengkawan aku di opis tu. Memang pengalaman selama hamper 9 tahun dah cukup masak dalam pikiran kita, semuanya suka duka kena marah dengan Md. Zin masih tidak hilang dari ingatan, kalau aku jumpa dia nak jer aku sepak terajang sampai pengsan, Nasib baik anak dia lawa…. Eh… tak kena mengena tuh….memang kalau aku tengok muka dia memang aku geram sangat. Tapi tak pa lah…. Aku tak layak untuk membalas apa saja yang orang buat tak baik pada aku.. aku serahkan segalanya pada tuhan yang maha adil. Aku sebenarnya dah lama memaafkan dia dan luka itu telah lama sembuh, Cuma parut itu masih kelihatan, Macam macam department aku dah masuk, banyak pengalaman yang aku lalui dan segala pengalaman pahit dan manis ini kan ku bawa bersama, untuk menempuh satu kehidupan yang baru. Kehidupan sebagai seorang peniaga, seorang usahawan dan bukan lagi makan gaji, aku tetap yakin, dan aku tahu dan sedar ada kalanya dalam hidup aku ini hanya ada tinggal semangat saja, dan ada masanya dalam dompet aku hanya ada kertas aja, singgit pun takda, tapi setakat ini alhamdulillah,walaupun aku kesempitan duit, badan aku ni tak pernah la pulak kebulur, dan akan aku pastikan apa yang terisi didalam perut aku ini adalah yang halal. Tak mungkin aku akan memakan sesuatu yang bukan hak aku, dan aku tetap tidak yakin pada konsep jutawan segera yang sering di gembar gemburkan sekarang ini. Biarlah aku dapat dari hasil usaha aku sendiri, kalau banyak yang aku usaha maka banyak la yang aku dapat, takpa la.. nanti dapat la banyak kan lambat laun, Terima kasih aku ucapkan pada kengkawan semua kerana sudi mengajak aku makan bersama, aku amat menghargainya, ye la…aku tau tak ada jamuan perpisahan untuk aku, tak ada acara majlis ucapan untuk aku. Tak ada sessi peluk memeluk He he. Dan aku ada kalanya merasakan yang pemergian aku seolah olah disukai dan disenangi oleh mereka semua. Surat resign aku pun tak pulak dipanggil untuk suruh pikirkan semula atau ditangguhkan. Terus lulus jer permohonan letak jawatan aku tu. Aku paham dan aku tak semudah itu untuk membuat sebarang tanggapan negative pada Pejabat, sebenarnya nak juga aku ucapkan kata kata akhir untuk mereka semuanya, tapi mungkin tidak, mungkin disebabkan permasalahan pejabat yang tak berkesudahan, umpama ‘anak ayam yang kehilangan maknya’ itulah yang aku rasa tentang kakitangan opis sekarang ni, mungkin pemergian aku pada waktu ini salah ‘timing’. tapi kehidupan kita mesti diteruskan. Dan satu lagi pinjaman tekun aku mesti dibayar…. Setakat ini sajalah coretan aku, Paling tidak setiap kali aku menulis, aku akan berasa lega kerana dapat meluahkan sesuatu melalui tulisan, paling tidak aku boleh tidur lena kerana tidak perlu memikirkan masalah masalah tertentu, biarlah malam ini aku tidur lena dan biarlah esok dengan masalah pada keesokan harinya, aku ingin tidur dan berharap dapat bermimpi yang indah indah dan baik baik , dan akan kujadikan mimpi mimpi yang indah dan baik itu menjadi sebuah kenyataan. Satu jer tak boleh jadi kenyataan… mimpi kawin lagi…. Ha ha ha ah aha ha.. salam.

Sunday, September 21, 2008

BURUNG APER...BURUNG MURAI.....




Malam ni aku terpanggil untuk menulis. Banyak yang membelenggu di kepala aku sekarang ni, pikirkan pasal kedai baru aku, pikirkan pasal keluarga, pikirkan pasal duit dan perkara perkara yang memeningkan. Tah kenapa fikiran aku beberapa waktu ini terganggu, dan aku sengaja menyorokkan masalah aku ini, kalau boleh tak payah la menyusahkan orang lain kerana aku ni memang dah selalu menyusahkan orang. Dah lebih 20 hari berpuasa dan raya makin dekat, aku rasa raya tahun ini macam tak meriah aja. Mungkin aku sibuk menuruskan kedai dan tak tau nak buat macam mana nak dapat duit lebih sekarang ni, maklum la duit dah banyak pakai untuk kedai dan aku tau dan sememangnya aku perlu tahu yang bisnes macam ni tak boleh nak harapkan keuntungan segera, aku tau, walaupun kedai aku dah bukak hamper sebulan, tapi tak berapa nampak memberangsangkan, mungkin belum kuat promosi lagi agaknya, dan aku tahu bulan bulan puasa ni mana ada orang rajin nak cuci gambar, mesti banyak buat kuih jer, dan orang bisnes kuih la yang amat kenyang dan kaya raya sekarang ni. Tengok jer bazaar ramadhan, syukur alhamdulillah aku seronok tengok mereka semuanya berjaya dapat kumpul duit bonos masa bulan puasa ni, Cuma aku ni jer yang tak pandai nak masak dan buat kuih, kalau aku tahu dah lama dah aku duduk kat pasar tuh berniaga, yang aku tahu sekarang ni Cuma tangkap gambar saja, itu saja yang Allah dah berikan kelebihan pada aku, aku terima kelebihan yang Allah berikan itu, aku tahu walaupun aku tak dapat kesenangan yang cepat seperti sesetengah orang, tapi aku akan tetap berusaha, berusaha denga cara aku, malam ini cuaca hujan renyai renyai, aku malam ini baru balik dari ambil mertua di rumah kakak ipar, aku tak banyak cakap hari ini, setidak tidaknya bila aku bawak kereta, aku dapat melayangkan perasaan aku untuk memikirkan sesuatu, mungkin cara atau jalan untuk menjadi yang lebih baik. Malam semalam pulak aku ada majlis berbuka puasa bersama kawan kawan jurugambar di KL, hmmm seronok tengok semuanya berlumba lumba nak beli kamera baru dan bercerita tentang pergi trip ke luar Negara untuk shooting gambar, nampaknya aku terpaksa memendamkan hasrat aku untuk semua itu, dan memikirkan semuanya untuk kedai aku, semuanya untuk kedai aku, kalau dah stabil nanti barulah aku boleh memikirkan untuk beli kamera atau trip ke luar Negara.

Aku juga membuat risiko yang amat besar dengan berhenti kerja, kalau sesetengah orang mungkin kata elok aku teruskan kerja aku seperti sekarang dan upahkan pekerja untuk kedai aku. Tapi aku dah pikirkan semasak masaknya untuk berhenti, aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Aku dah ada kedai dan aku kena pikirkan untuk kedai aku, memangla aku akan rugi dengan ketiadaan gaji seribu lebih tuh, kalau fikirkan kerja aku sekarang, aku dah kerja dari tahun 1999 dengan tangga gaji RM1000.00 tapi dah dekat 9 tahun kenaikan hanya 300 lebih jer, dan ada beberapa masalah pejabat yang menyebabkan ketiadaan bonus dan kelebihan kelebihan lain, sedangkan masalah itu semuanya bukan dari aku, aku dan semua geng bekerja berhempas pulas untuk menaikkan nama pejabat, tapi kerana ada beberapa orang yang dah buat taik menyebabkan semuanya terpalit taik sama, Entah la, semua department aku dah masuk, dan aku kat pejabat tu selalunya mangsa keadaan, kalau difikirkan elok juga aku berhenti, dengan banyaknya masalah pejabat itu yang penuh dengan gila kuasa dan gila pangkat dan ada juga penyelewengan yang tak pernah dapat diselesaikan, datanglah audit dari kerajaan langit sekalipun yang hanya boleh buat hanyalah laporan jer.. apa apaun laporan jer lah. Itu sebabnya dalam keadaan lain aku tak mahu jadi mangsa keadaan lagi, aku dah banyak berkorban di pejabat itu, dan tibalah masanya untuk aku keluar, mungkin dengan tidak secara terhormat, tetapi dengan cara yang terbaik, sebab banyak dah aku korbankan untuk pejabat itu tetapi aku tak berapa nampak penghargaan yang mereka berikan, bukan nak kata penghargaan, ucapan terima kasih pun belum tentu lagi. Tapi aku tetap menghargai semua kawan kawan aku kat sana, memang berat hati aku nak berhenti sebab kengkawan, tapi aku kena pikirkan pasal masa depan aku. Sedih juga bila aku hantar surat resign, tak da la bos aku nak memujuk atau lembaga pengarah nak berbincang ke atau bagi pendapat ker. Hanya diam dan luluskan saja, sedih aku sebab aku rasa macam aku tak dihargai di pejabat aku, tapi aku redha, dan lebih baik la aku keluar daripada asik panjat lori jer sepanjang masa dan macam aku ni takda prospek langsung, aku pun dah masak dengan perangai bos aku sekarang ni, dah macam tak kesah pasal pejabat, aku masih ingat lagi masa mula mula dia masuk kerja, macam macam dia Tanya aku dan aku dan nizam ni macam bodyguard dia, kehulu kehilir semuanya dia ajak, maklumla dulu bos aku ni tak tahu apa apa, sekarang ni dah tahu semuanya macam dah tak endahkan aku dan nizam, kekadang tuh ajak minum pun jarang sangat, ala paham jer la kan kalau dah bos tuh bos juga, aku harap satu masa nanti kalau aku jadi bos aku tak la macam tuh. Mudah mudahan la yer he he.sekarang ni cerita pasal kedai pulak, alhamdulillah walaupun aku kekurangan modal, aku berjaya bukak kedai, aku banyak bertawakkal kepada tuhan sebab aku tahu memeng susah berniaga, banyak benar dugaan dari segi fizikal dan mental, dan kekadang aku tertekan dengan berbagai dugaan, dari segi kewangannya, dari segi pelanggannya, dari segi pengurusannya dan berbagai lagi, dan baru baru ni ada kekecohan sikit pasal pemilihan pekerja, aku nak perempuan tapi bini aku nak lelaki, mungkin dia ada alasan sendiri, tapi aku malas nak tulis, paham paham sendiri la, apapun aku terpaksa hadapi masalah ini yang mana terpaksa jaga hati orang dari jaga hati sendiri, dan walaupun dalam sesuatu keadaan yang munasabah dan konkrit kita memberikan alasan, ada kalanya kita terpaksa beralah dan menurut kata orang lain, aku yakin sesiapapun ada mengalami perkara sebegini, aku redha saja dan aku berharap pengorbanan dan kesabaran aku ini akan mendapat ganjarannya nanti. Ada kalanya sesuatu perbalahan dan pertelingkahan itu sebaiknya berkesudahan dengan beralah sahaja. Dan sampai sekarang aku masih tiada pekerja, kalau ada sesiapa yang berminat cubalah mohon, he he.

Memang dalam pelbagai keadaan, aku ni terpaksa banyak bersabar, dan aku tak mahu membuat keputusan terburu buru, tapi aku masih rasa tertekan bila mana keputusan yang aku buat rupa rupanya salah walaupun aku dah piker sebaik mungkin, dan aku terpaksa ikut pendapat orang lain kerana pendapat mereka lebih baik, bolehkah begitu, kadangkala aku sedih kenapa aku ni macam tak pandai membuat keputusan atau aku ni memang suka ikut cakap orang, aku dah cukup dewasa untuk menentukan yang mana betul dan yang mana salah, mungkinkah aku ni mudah mengikut kata orang atau aku ni memang lembut hati dan tak kuat pendirian Entah aku tak dapat nak menjawabnya. Tapi selama ini aku akan berusaha untuk membuat yang terbaik walaupun aku tahu selama ini aku selalu menempuh kegagalan. Aku tetap kuatkan semangat walaupun aku tak dapat nasihat dari sesiapapun, aku berkata dan berbisik dengan diri aku sendiri, aku tahu tak semua orang boleh dan sanggup mendengar masalah aku yang memeningkan ini, Tapi, aku dibekalkan dengan keyakinan dan ketabahan yang cukup, dan tak mudah untuk aku berasa kecewa dan gagal walaupun ada kalanya aku lemah dan tidak bermaya. Aku selalu menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya pelan pelan, mudah mudahan udara oksigen yang masuk didalam paru paru aku akan memberikan oksigen yang banyak untuk otak aku berfungsi, dan aku tahu aku bukanlah seorang yang warak dan anak yang soleh, tapi aku tetap tidak lupakan tuhan aku dan sebaiknya aku tetap berpegang teguh pada ajaran tauhid. Ibu dan ayahku sudah cukup mengasuh dan mengajar aku tentang ilmu akhirat dan terpulanglah pada aku untuk mengamalkannya atau tidak, dan aku sebagai hamba Allah tetap bersyukur memuliki ibu bapa dan keluarga yang amat mulia dan amat baik, aku bersyukur dilahirkan oleh keluarga Siti Asa dan Sulaiman, dan setiap kali aku merenung wajah mereka, aku jadi sedih kerana hingga tika dan saat ini aku masih belum mampu untuk membalas jasa mereka, ibu dan ayahku sentiasa menyokong apa yang aku buat dan aku amat menghargainya. Cuma aku ni jenis tak pandai nak tunjukkan, aku malu sebenarnya, aku tetap menyayangi keluarga aku dalam apa cara sekalipun.

Hari Raya dah makin dekat, aku jarang benar bulan ini bersolat tarawikh, sibuk benar dengan kedai agaknya, ayah dah banyak kali suruh tapi aku macam tak sempat aja, insyaAllah aku pergi nanti, Raya tahun ini susah untuk aku merasa kemeriahannya, mungkin aku boleh tersenyum tapi dalam hati siapa yang tahu, adakah kesedihan yang aku rasa akan diganti dengan kegembiraan pada masa akan datang, berbaloikah pengorbanan yang aku buat ini, Aku pada masa ini pening memikirkan tanggungjawab dan kewangan yang perlu diselesaikan, dan aku sedih juga bila terpaksa kawal sumber kewangan. Aku tahu aku memang boros, tapi adakah dikatakan boros bila aku beli peralatan untuk kamera, pada benda yang boleh dilihat dan boleh dibuat berniaga, tah la lu pikirla sendiri beb.Ada kalanya au sedih bila tak dapat belkan sesuatu yang istimewa untuk isteri aku, nak juga aku belikan rantrai barlian atau intan permata, tapi seriang kali aku katakana aku belum bersedia untuk memberikannya kerana masalah kewangan dan aku berharap sangat agar dia memahami dank u harapkan agar dia bersabar, seandainya dia bersabar aku yakin bukan setakat rantai barlian, rantai basikalpun aku boleh berikan, cuba harap bersabarlah sayang, rezeki tu tuhan akan berikan nanti, kita hanya perlu berusaha dan bertawakkal, yang lain biar tuhan yang tentukan. Memang aku dilahirkan bukan dari golongan yang kaya raya, bukan dari golongan yang senang atau bapak aku seorang kontraktor atau orang kuat politik, tapi keluarga aku jugak kaya, kayang dengan kebaikan dan budi bahasa dan keluarga bahagia. Pernah juga masa dulu, setiap kali aku lalu ke kedai yang berprestij dan berjenama, bila agaknya aku mampu beli semua benda benda tu, ala…nanti dapat la.biarlah bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian kan. Aku harap aku dapat buat kedai terbukak nanti masa raya, aku nak buat pelancaran dan kalau dapat aku nak Y.B. Dato’ yang buat pelancarannya nanti, dan aku akan panggil semuanya kengkawan jurugambar dan semuanya yang mengenali aku untuk bersama sama aku nanti, aku ni bukannya pandai sangat, belajar pun bukannya tinggi sangat, kerja pun kat tempat aku jer, mana ada keluar kawasan pun dari dulu sampai la sekarang kerja kat tanjong karang jer la. Takpe la paling tidak aku nak tolong orang kampong aku sendiri, Pada aku kalau setakat ke KL atau ke Klang tuh macam pejam mata jer, tapi kalau orang KL atau Klang nek ke tanjong karang… huuu macamjauh jer… tah la…. Tapi kalau dah minat aku takda hal untuk ke KL untuk belajar atau berkursus apatah lagi cuci gambar, tapi sekarang ni dah kada mesen cuci gambar aku senang sikit tak payah aku nak turun ke klang lagi, Cuma sesekali jer la kesana utnuk beli barang atau hal hal lain. Paling tidak dapat la mengurangkan kos minyak aku. Walaupun avanza 1.3 tapi minyak tetap minyak juga kan…

Sudah tiba masanya untuk kita mengorah langkah untuk menuju kejayaan, tinggalkanlah fahaman fahaman yang tidak berfaedah yang boleh merosakkan bangsa. Cukuplah dengan masalah politik yang melanda Negara kita sekarang ni, dan setiap kali aku tengok berita aku takut, taku kalau berlaku pergaduhan ataupun pertelingkahan yang meragut nyawa dan menjadikan Negara kita tidak aman, tolonglah, janganlah merosakkan Negara kita yang aman damai ni, susah nanti bila dah bergaduh gaduh, PAsal Negara kita ni pun memeningkan kepala kita, kenapa kita ni susah sangat nak bersatu, mana ada orang yang sempurna kat dunia ini, berlebih kurang la sikit, dan bertimbang rasalah sesame kita demi keamanan semua manusia sejagat. Aku berdoa dan berharap Negara kita akan aman dan sejahtera, dan aku berharap orang orang yang kat atas sana pandai pandai la jaga Negara kita ni, undi dah dibuat dan pilihanraya juga dah berjalan tapi kenapa ada lagi suara suara menyakitkan, kenapa kita tak biarkan orang yang kita pilih itu untuk menjalankan amanahnya, tak perlu la kita menyibuk macam nak jadi pemimpin dan YB pulak, sudahla tuh, kita buat kerja kita, diorang buat kerja diorang. Dalam blog ini paling tidak aku tak kacau orang lain dan aku yakin isi kandungan dalam blog ini takda la yang boleh mamasukkan aku dalam ISA kan…. Harapnya begitulah, takut juga ni he he. Aku buat blog ini sebab ianya sekadar meluahkan perasaan dan harap aku dapat berkongsi dengan sesiapa saja yang rajin membacanya. Terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi membacanya. Paling tidak pengalaman dan masalah aku dapat dikongsi bersama, OK la… aku rasa setakat ini saja buat masa ni, aku akan menulsi lagi di lain masa dan lain ketika, Salam….

Wednesday, September 10, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI.......




Hm....diam tak diam bulan puasa datang lagi. Inilah masanya nak buat pahala banyak banyak sebab dosa dah banyak buat sepanjang bulan lain .. ye tak... eh tak lah..... jangan kata macam tu.... takkan la kita ni jahat sangat sampai begitu sekali....cuma bukan apa. masa bulan puasa inilah kena rajin rajin pergi ke masjid dan bulan puasa ni lah kena banyak buat kebaikan... paling tidak pun buat kebaikan untuk diri sendiri wwlaupun tidak buat kebaikan pada orang lain. Ye la.. kita ni sebaik baik manusia kan... yang tak menyusahkan orang lain. kalau kita ni tak menyusahkan orang lain pun dah cukup baik dah he he...Aku dah bukak kedai gambar dah http://www.snapdigital.biz/ cuma sekarang ni aku tinggal beberapa hari lagi dekat opis lama. Banyak yang aku pikirkan, memangla... bukan senang nak kerja sendiri kan... mula mula berniaga jangan harap nak untung apa apa... dah jalan bisnes pun dah cukup baik. dengan pinjaman yang dapat radi Tekun boleh la aku mula berniaga... tapi memang tak cukup sebenarnya. aku sanggup tanggung risiko demi apa yang aku cita citakan. Aku berbekalkan semangat dan galakan keluarga dan rakan rakan untuk buat kedai ni. dan aku yakin aku mampu berjaya. Memang tak dinafikan orang melayu memang susah kalau nak berniaga. ada saja cabaran dari segi hasad dengki dan iri hatinya. dan ramai juga yang berharap bisnes aku cepat jatuh. tapi aku rasa aku boleh tahan dengan semua dugaan itu. Aku bukan sehari dua dalam bisnes, dan aku rasa pengalaman aku di bidang fotografi pun apa kurangnya kan. Dan satu lagi, aku sentiasa berserah pada kekuasaan Allah, aku tahu aku dah banyak menderita dan gagal, aku yakin tuhan akan pasti berikan aku kejayaan di masa akan datang, aku tetap yakin dan berfikiran positif akan apa yang berlaku dan ditakdirkan tuhan. Seandainya apa apa musibah yang Allah turunkan kepada aku dan keluarga aku, aku tetap berfikiran positif, dan aku tahu biarlah aku bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Memang ada kalanya aku sedih sebab banyak sangat dugaan yang tuhan berikan kepada aku dan banyak aku berusaha dan tak nampak pun kejayaannya. Tapi aku kena bersyukur dan bayangkan orang yang lebih malang dari aku.




Dari segi bisnes, aku dah bukak kedai baru aku bagitahu kengkawan, bukannya nak berahsia tapi takut tak jadi, sekarang ni dah bukak kedai baru la kengkawan tau, sebab aku risau orang melayu kita kuat cantas mencantas dan sanggup menggadai maruah bangas semata mata untuk berjaya. Inilah yang berlaku kepada situasi politik kita sekarang ini. Aku makin sakit hati dengan berita di surat khabar, tak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Aku pun pening orang ni kata lain orang ni kata tidak, sampai bab agama pun orang main main, sumpah laknat la dan main bontot la.... sampai budak kecik yang tak tahu makna liwat pun dah tau apa makna liwat. Tapi kalau orang jawan kata liwat tu 'lalu'. Itu sebab kekadang aku malas nak baca berita. dan sekarang ni kekuatan orang melayu dah makin hancur... disebabkan orang melayu sendiri yang memperjuangkan bangsa malaysia. apa cara sekalipun aku tetap memperjuangkan bangsa melayu sebab melayu adalah bangsa pribumi di tanah melayu ini. Dan hak keistimewaan mesti dikekalkan. Kalau orang cina dah ada negara cina, orang india dan ada negara india, orang melayu mana ada negera melayu sebab inilah negara kita, takan tak paham lagi, dan aku cukup menyampah bila tengok sesiapa yang nak menyatukan semua bangsa, bukan aku ni perkauman tapi selama ini aku boleh berkawan dengan semua bangsa dan tanpa rasa perkauman, apa yang aku minta hanyalah sedikit keistimewaan sebagai anak pribumi itu sahaja. Tetapi dalam perniagaan dan kehidupan semuanya tak ada batasan, kalau ko rajin, belajar la pandai pandai tak ada sesiapa yang nak sekat, kalau ko nak kaya berusahalah betul betul dan tak ada siapapun nak halang. setakat cukai pendapatan tu biasa la.. kalau dah kaya kena la potong sikit. Dan apa yang aku pelik dengan pembangkang sekarang ni .... tidak cukupkah keamanan yang kita perolehi sekarang ni, kenapa perlu ada rusuhan dan perbalahan dan demonstrasi jalanan. apa lagi yang tak cukup kalau dibandingkan dengan negara lain yang huru hara. Kenapa lah suka sangat menimbulkan isu isu sensitif dan remeh remeh. Mana ada yang sempurna di dunia ini. Terima ajalah seadanya. Selama ini kerajaan cuba buat seadilnya tapi tak dinafikan la ada pegawai kerajaan yang 'buat taik' dan ada juga YB yang buat hal juga. Tapi semuanya boleh selesai dengan cara baik. Bukan dengan rusuhan dan pergaduhan.




Aku juga mengalami dugaan yang perit bila pinjaman SME bank aku tak lepas, tah kenapa... dah berbulan bulan aku tunggu pinjaman tu akhirnya menemui kegagalan. Macam bodoh jer aku tunggu.. ingatkan lulus rupanya hampeh. nasib baik la pinjaman Tekun tu lulus, aku harapkan SME bank ni sebenarnya, memang la tak cukup nak bukak bisnes kalau dengan pinjaman Tekun. Aku pening memikirkan macam mana nak carik duit. Diorang ni agaknya tak boleh pikir agaknya kedai gambar tak boleh maju agaknya. Ye aku tak nafikan bangsa kita jarang bukak kedai gambar, itu sebab aku nak bukak, kenapa diorang tak yakin.... kenapa... tim kai......aku pelik... sebab dah dikhabarkan untuk tolong orang kita berniaga.. tapi nampak macam senang .. rupanya... ala malas la nak kata la. aku berserah je, yang penting aku berusaha sebanyak mungkin, yang lain biar tuhan yang tentukan, aku yakin aku pasti berjaya. Memang tak dnafikan, kawan bersedih susah benar dicari, kawan bergelak ketawa ramai.. itulah hakikat duniawi sekarang. Itu sebab kita kena berhati hati pilih kawan. Tapi jenis aku ni senang jer berkawan, dan elokla begitu kan... tak payah nak bermusuh, buat baik dengan semua orang dan kena ikhlas, jangan ambil kesempatan... dan aku tetap anggap semua customer aku sebagai kawan. dan setiap kali aku shoot pengantin... aku mesti enjoy dan jangan anggap itu sebagai carik makan.... memang la carik makan... tapi kalau nak best kena anggap kerja itu sebagai enjoy, belajar an sambil carik makan.


Setiap malam sebelum tidur aku sering memikirkan.... memikirkan bagaimana nak berjaya, bagaimana nak menjadi senang, dan bagaimana nak hidup aman damai di dunia dan akhirat, aku tak menharapkan apa apa tapi aku ingin berusaha menjadi yang terbaik. dengan cara aku. aku tau aku sering gagal dan tak berjaya dalam banyak benda yang aku lakukan. tapi aku tak pernah goyang kaki, banyak yang aku lakukan untuk mengubah hidup aku menjadi seorang yang berjaya. mungkin masih belum tiba lagi waktunya. Aku terima dan aku redha dengan ketentuannya. Aku bukannya seorang yang meminta minta, aku bukan jenis macam tu, kalau dah tak berupaya langsung baru la aku fikirkan cara lain. Tapi sudah tentu yang halal. memang sekarang ni banyak tanggungan, lagipun aku ni bukannya membazir. duit yang habis pun sebab aku banyak beli peralatan kamera dan aksesorinya. ala... kalau difikirkan minat fotografi ni boleh dapat duit kan... kalau dibandingkan dengan minat memancing..... isk kang marah pulak orang yang minat memancing.... he he....takper la.... aku ni sebenarnya didalam hati aku ni perlukan sokongan moral, sebab aku rasa ramai yang suka aku jatuh dari berjaya. Aku tak tahu la... mungkin juga itu perasaan aku saja.....


apapun ynag terjadi, life must go on, kekadang tuh bila masa tensen tensen... aku dengar lagu hero dendangan mariah carey.... maksudnya tuh penuh makna.... benar benar memberikan aku semangat....dan aku sentiasa berfikir .... dan aku bukannya jenis yang mudah mengalah walaupun sesekali tuh rasa fed up dengan keadaan tekanan yang berbagai bagai. Bak kata orang puteh, "you can rest but you can't quit"..... paham cakap atuk he he.... ok la nanti sambung lagik....perut pedih la pulak.... selamat berpuasa....